KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: mohon bantuan

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label mohon bantuan. Papar semua catatan

Gua Musang - Setiap kali hujan mereka berdepan kesulitan kerana terpaksa menggunakan lebih 20 baldi untuk menadah air di­sebabkan bumbun...


Gua Musang - Setiap kali hujan mereka berdepan kesulitan kerana terpaksa menggunakan lebih 20 baldi untuk menadah air di­sebabkan bumbung bocor.

Mereka juga sedih memikirkan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba dengan keadaan rumah mereka yang semakin uzur.

Khatijah berkata, kerana tidak mampu hidup menyewa, mereka sekeluarga terpaksa mendiami rumah pusaka bapanya yang sudah meninggal dunia.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia bersama suami, Mohd. Yusoff Abdullah, 39, serta lima orang berumur setahun sehingga 14 tahun tiada pilihan selain terpaksa berteduh di rumah tersebut walaupun dindingnya semakin reput serta berlubang dimamah anai-anai.

“Jika sebut tentang rumah, saya sangat sedih. Rumah peninggalan ayah yang serba kekura­ngan inilah tempat kami menyambut hari raya sejak 14 tahun lalu.

“Saya sedih kerana permohonan bantuan rumah kami belum ada tindakan dan jawapan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Khatijah berkata, pendapatan suaminya sebagai penoreh getah sebanyak RM500 sebulan ha­nya cukup untuk makan minum mereka sekeluarga.

Katanya, pernah suatu ketika anaknya tidak dapat ke sekolah selama seminggu kerana tiada wang. “Kami berharap pihak berwajib dapat membantu keluarga kami.

Kami juga tidak membuat sebarang persiapan hari raya dan menyambutnya ala kadar seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh meng­hubungi Khatijah di talian:

011-25640832
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa rumah dan saya terpaksa menggunakan semua w...


Johor Bahru - “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa rumah dan saya terpaksa menggunakan semua wang disumbang jiran dan rakan untuk majlis tahlil arwah suami untuk melangsaikan hutang itu kerana tidak mahu anak hidup merempat,” luah ibu tunggal, Rosnani Abu Hanifah, 38.

Rosnani tinggal di Blok F Seri Seroja, PPR Kempas, di sini, bersama tiga anak kandung dan tiga anak tirinya yang berumur antara setahun sembilan bulan hingga 15 tahun sejak suami, Selamat Samsudin, 53 meninggal dunia akibat barah prostat pada 24 Oktober lalu.

Dia mahu bekerja untuk menyara keluarga, namun tidak dapat berbuat demikian kerana usia anak yang masih kecil dan kini hanya mengambil upah sebagai guru mengaji al-Quran di rumah.

“Arwah suami terlantar di rumah selama empat bulan sebelum meninggal dunia dan bagi membantunya, saya mengambil upah mengopek ikan bilis, tetapi pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan ketika itu.

“Akhirnya, rumah kami hampir disita kerana tidak melangsaikan bayaran sewa tertunggak dan peristiwa itu masih terkesan sehingga kini kerana berlaku empat hari selepas suami meninggal dunia.

“Mujur jiran, rakan dan saudara-mara datang melawat menghulurkan sumbangan dan wang itu digunakan bagi melangsaikan tunggakan sewa rumah walaupun bercadang menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan,” katanya.

Rosnani berkata, kepayahan hidup memaksa dirinya dan anak berjimat kerana mereka langsung tidak mempunyai simpanan kewangan peribadi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai jiran prihatin dan tidak lokek menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan makanan walaupun kadang kala terpaksa mengikat perut.

“Selepas pemergian suami, ada juga jiran dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan

“Tidak kurang juga menyumbang permaidani, peti ais, televisyen dan terbaru kelengkapan perabot kerana simpati dengan nasib saya sekeluarga yang tidur beralaskan tilam toto.

“Saya tidak tahu sampai bila terpaksa bergantung dengan orang sekeliling dan sedih kerana gagal memenuhi keinginan anak untuk menikmati makanan enak, namun saya tiada pilihan kecuali menyediakan nasi goreng dan bubur sebagai hidangan harian mereka,” katanya yang masih menunggu kelulusan bantuan dari JKM dan Baitulmal.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan melalui jiran Rosnani iaitu Amsah Che Daud menerusi akaun bank berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - Seorang peniaga capati meraih simpati orang ramai supaya membantu anak sulungnya yang mengalami kecacatan fizikal kekal untuk...


Kuantan - Seorang peniaga capati meraih simpati orang ramai supaya membantu anak sulungnya yang mengalami kecacatan fizikal kekal untuk terus hidup. Sharif Majib, 50, berkata, dia tidak mampu menyediakan keperluan Sakinah, 25, sebaiknya memandangkan pendapatan diraih sekitar RM50 sehari.

Menurutnya, wang yang diperolehi hasil penjualan capati itu terpaksa digunakan bagi membeli keperluan harian, selain menyara tiga anaknya yang masih bersekolah.Malah, katanya, isterinya, Ragina Abdullah tak boleh bekerja kerana perlu jaga Sakinah.

“Jadi saya pencari rezeki tunggal dengan menjual capati. Duit yang saya dapat dari penjualan itu saya gunakan untuk wang saku anak yang masih bersekolah dan perbelanjaan makanan harian mereka sekeluarga,” katanya.

Selain Sakinah, Pasangan itu turut mempunyai dua lagi anak OKU iaitu Muhammad Hafiz, 18, dan Nur Afeefah, 15, yang mengalami masalah pembelajaran. Bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun memperolehi bantuan bulanan JKM sekitar RM300, namun ia tidak mencukupi bagi menampung kos keperluan anak istimewanya itu.

Ini kerana, katanya, setiap bulan dia terpaksa membelanjakan wang sekitar RM1,000 hingga RM1,500 untuk membeli lampin pakai buang dan susu formula khas iaitu Ensure Fos.“Kos itu amat tinggi bagi saya, tambahan pula Sakinah bergantung sepenuhnya kepada susu formula untuk dia teruskan hidup. Sebulan dia memerlukan kira-kira empat hingga lima tin.

“Harga untuk satu tin pula cecah RM80. Lampin pakai buang pula sekitar dua atau tiga bungkus sebulan,” katanya ketika di Taman LKNP, Bukit Setongkol, semalam. Turut melawat keluarga itu, Ketua Pemuda Pas Dun Semambu, Zul Fadli Zakaria.

Bercerita lanjut mengenai Sakinah, Sharif memaklumkan anak sulungnya itu pada awalnya dilahirkan normal. Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa hari dilahirkan, dia mengalami demam panas sehingga memberi kesan kepada fizikalnya.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan saya anggap ia ujian kerana ALLAH menganugerahkan saya tiga anak OKU,” katanya. Dia bagaimanapun berharap ada pihak yang sudi menderma bagi membolehkan anaknya menjalani hidup dengan selesa.

“Bantulah anak saya untuk dia terus hidup. Cukup untuk dia saja. Untuk anak- anak lain saya masih ada kudrat untuk menyara mereka,” katanya. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Sharif di talian berikut:

011-16389399
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

*Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar jam 8....

*Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar jam 8.30 malam tadi. Al-Fatihah.

KUALA LUMPUR : Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita itu sejak dua tahun lalu.

Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter. “Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.

Orang ramai yang ingin membantu:
Nurliyana Abdul Raziff
Bank Islam: 05058020145124



Muar - Assalammualaikum. Maaf mengganggu sedikit masa saudara dan kenalan, mohon doakan kesihatan adik kami, Muhammad Azman bin Daud di W...


Muar - Assalammualaikum. Maaf mengganggu sedikit masa saudara dan kenalan, mohon doakan kesihatan adik kami, Muhammad Azman bin Daud di Wad 3, Hospital Sultanah Fatimah Muar, Johor.

Beliau disahkan menghidap sakit saraf tulang belakang yang memerlukan kos perubatan pembedahan tulang belakang sebanyak RM12,529.20.

Mohon pendapat, doa, semangat, untuk kami adik beradik dipermudahkan urusan ini dan sedikit bantuan ikhlas dari semua saudara dan kenalan sangat kami berterima kasih. Semoga Allah saja dapat membalasnya.

Sedikit info rawatan Azman

1. Pembentukan kuman berbentuk nanah semakin banyak di bahagian otot tulang Azman kesan dari saraf tunjang yang terhimpit pada tulang belakang yg terkeluar (slip disc) dan kemungkinan terus melemahkan saraf yang lain dan menyebabkan lemah anggota badan.

2. Kos pembedahan untuk memasukkan besi sokongan pada tulang Azman yang rosak yang menekan saraf.

3. Tujuan pembedahan untuk melepaskan saraf yang terhimpit dan melepaskan keluar pengumpulan nanah dari terus merebak.

4. Pembedahan akan dibuat dalam jangka masa 2 minggu yang diberitahu oleh pakar bedah orthopedik.

Orang ramai yang bermurah hati ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Siti Dzuhasnizah Daud iaitu wakil tabung amanah adik Azman:

019-7768804
Progress:

RM0 raised

Goal: RM12529

Ipoh - Seorang pemuda terpaksa menerima hakikat impian untuk menyara ibunya hingga ke akhir hayat kian pudar apabila dia disahkan mengh...


Ipoh - Seorang pemuda terpaksa menerima hakikat impian untuk menyara ibunya hingga ke akhir hayat kian pudar apabila dia disahkan menghidap kanser otak. Kelu lidah Mohd Efandi Mohd Bakri, 38, apabila tersedar di katilnya dan diberitahu bahawa beliau baru sahaja menerima rawatan untuk penyakit yang tidak diundang tersebut.

Katanya, segala ingatannya selama beberapa tahun sebelum itu hilang dalam sekelip mata namun beliau masih mengingati emak dan adik-beradiknya walaupun secara samar-samar. “Selepas pembedahan itu, saya tidak ingat apa yang pernah berlaku dalam hidup saya. Ingatan saya lenyap, menurut doktor itu adalah kesan sampingan penyakit barah otak saya.

“Sehingga hari ini, saya telah menjalani dua pembedahan otak dan rawatan kimoterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya kepada Suara Perak. Dalam hiba Efandi memberitahu, beliau amat bersyukur dengan sumbangan hospital kerajaan yang telah menanggung hampir keseluruhan pembiayaan kos rawatannya sejak disahkan sebagai penghidap kanser otak tahun lepas.

Efandi sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, kini dia berusaha menerima hakikat bahawa dirinya sudah tidak bertenaga untuk bekerja. Katanya, apabila mengetahui keadaan penyakitnya itu, perkara pertama yang difikirkan ialah nasib ibunya yang kini berusia 68 tahun.

Efandi berkata, harapannya ialah untuk membalas jasa ibunya namun ketentuan Allah perlu diterima dengan hati terbuka. Katanya, sebelum ini dia bekerja namun keadaannya yang lemah dan sering menggeletar seluruh badan tidak mengizinkan dia meneruskan kerjanya itu.

Beliau memohon ihsan orang awam untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan kos pemeriksaan darah dan rawatan Hepatitis C yang menelan belanja RM800. “Saya juga ingin memohon ehsan orang awam agar menyumbangkan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Adik-beradik mempunyai tanggungan sendiri. Ibu pula sudah tua, cukuplah bagi kami dua beranak makan,” katanya lagi. ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Hanafiah berkata, pihaknya akan memastikan nasib Efandi terbela dan merujuk tindakan selanjutnya kepada agensi terlibat.

“Kami akan mengajukan perkara ini kepada SOCSO dan ianya akan memakan masa, namun kami akan membantu beliau kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa melawat Efandi di Taman Seri Tambun baru-baru ini.

Aminuddin turut menyampaikan bantuan kewangan dan makanan kepada dua beranak tersebut. Individu yang bermurah hati untuk meringankan beban mereka boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Efandi Mohd Bakri:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Dari Facebook Danial Rayyan: "Assalamualaikum & selamat pagi sahabat..Anak saya di sahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal....


Dari Facebook Danial Rayyan: "Assalamualaikum & selamat pagi sahabat..Anak saya di sahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal..saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan.

Setiap minggu baby refer di HSA JB..saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya..Terima kasih"

*BAPA kepada bayi Nur Edriana Maisarah iaitu Mohd Shahril Azman mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish yang menanggung kos rawatan penyakit ekzema anaknya yang kini berusia lima bulan.

Shahril berkata, keadaan kesihatan anaknya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan.

“Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai,” ujarnya.

Shahril berkata, dia memuat naik foto anaknya di laman sosial Facebook baru-baru ini dengan tujuan meminta doa orang ramai. Bagaimanapun, posting berkenaan menjadi tular sehingga mendapat perhatian suami aktres Nora Danish.

Shahril yang bekerja sebagai pekerja kilang di Kluang, Johor itu mengakui terkejut apabila anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.

“Saya tiada niat untuk minta bantuan mana-mana pihak, saya muat naik di Facebook sekadar minta doa daripada rakan-rakan sahaja agar anak saya sembuh. “Tidak sangka foto itu tersebar di Instagram sehingga Nedim sendiri menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya.

Setiawan - Berat mata admin memandang, berat lagi bahu Mohd. Hezriza Rasidi, 36, memikulnya. Mohd. Hezriza yang menghidap penyakit Ar...


Setiawan - Berat mata admin memandang, berat lagi bahu Mohd. Hezriza Rasidi, 36, memikulnya.

Mohd. Hezriza yang menghidap penyakit Artritis Gout kronik sejak 2011 mengakibatkan beberapa anggota sendinya membengkak dan semakin teruk sejak bulan Mac tahun lalu menyebabkan dirinya tidak boleh bergerak serta hanya mampu terbaring.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi menampung perbelanjaan rawatan serta keperluan Mohd. Hezriza boleh berbuat demikian dengan ke alamat rumahnya di 98B Lorong Indah Kampung Serdang, Sitiawan, Perak.

Orang awam yang ingin membantu boleh hubungi Mohd. Hezriza Rasidi:

98B Lorong Indah Kampung Serdang, Sitiawan
011-21541671
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Mohon bantuan kalian semua untuk membantu Pn Noor Shahida bt Mohd Sidek, 23, ibu kepada seorang anak telah disahkan adalah...


Pulau Pinang - Mohon bantuan kalian semua untuk membantu Pn Noor Shahida bt Mohd Sidek, 23, ibu kepada seorang anak telah disahkan adalah pesakit kanser tulang belakang tahap empat di Pulau Aman.

Beliau sekarang telah lumpuh separuh badan dan hanya terlantar di rumahnya. Beliau dijaga sepenuhnya oleh suami yang tidak bekerja kerana menjaga beliau dan menumpang tinggal bersama ibu dan ayah yang hanya bekerja sebagai nelayan .

Proses rawatan penyakitnya terpaksa di tunda berikutan masalah kewanngan. Pesakit memerlukan dana berjumlah RM20,000 untuk ubatannya. Beliau juga belum memperolehi status OKU daripada JKM.

Hidup mereka sekeluarga sekarang hanyalah bergantung kepada pendapatan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan dan sumbangan yang tidak seberapa daripada jiran-jiran.

Jutaan Penghargaan Diucapkan Kepada Persatuan Gerakan AMAL Bersama-GRAB bersama Malaysian Relief Agency , Skuad Jom Bantu Parit Buntar dan wakil Econsave yang ke rumah pesakit yang menyumbangkan pelbagai barangan dan sedikit wang tunai kepada Pn Noor Shahida.

Sebarang sumbangan kewangan boleh di salurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Noorshahida Mohd Sidek:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000

Muar - "Adik Rayyan perlukan dana RM250K untuk biayai kos pembedahan pemindahan hati," demikian tulis Liana yang meminta oran...


Muar - "Adik Rayyan perlukan dana RM250K untuk biayai kos pembedahan pemindahan hati," demikian tulis Liana yang meminta orang ramai membantu anak saudaranya yang menghidap masalah kerosakan hati.

"Ini anak saudara saya, Muhammad Rayyan Aqasyah, 2 tahun 7 bulan. Dia menghidap penyakit Biliary Atresia (masalah kerosakkan hati)," tulisnya.

Menurutnya, adik Rayyan memerlukan dana bantuan dari orang ramai sebanyak RM250,000 seperti yang dinyatakan dalam surat yang disertakannya bagi membayar kos pembedahan pemindahan hati yang akan dilakukan di China, selepas raya.

Tambah Liana, pembedahan itu terpaksa dibuat di luar negara selepas disarankan oleh sebuah pusat perubatan berikutan tiada tenaga kepakaran berkaitan di Malaysia.


"Sebab Malaysia tiada pakar. Rayyan dah dirujuk ke Selayang - PPUM. PPUM yang cadangkan buat di China. Ingat kami yang suka-suka buat keputusan ke? Kan ada disertakan salinan surat dari PPUM, bacalah," balasnya menjawab persoalan dari netizen.

Difahamkan, adik Rayyan yang menghidap penyakit tersebut sejak dari kecil lagi dan memang selalu berulang alik ke hospital. Rayyan kini berada di Hospital Muar, kerana terjatuh dan patah kaki dalam kejadian kelmarin.

Semoga dipermudahkan segala urusan adik Rayyan dan keluarga. Justeru, Liana merayu kepada mana-mana individu atau pihak tampil membantu anak saudaranya itu dengan menghulurkan sumbangan ke akaun bank tersebut di atas nama Muhd Luqman Haqeem bin Misman:
 
Liana
Progress:

RM0 raised

Goal: RM250000

Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad...


Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran rumah bagi membantu keluarganya.

Gadis dari Kampung Belakang Stadium di sini itu berkata, dirinya tiada pilihan lain berikutan bapa, Norshahrin Halim, 45, tidak mampu bekerja selepas mengalami masalah saraf dan tulang akibat kemalangan pada September 2013.

"Saya memperoleh 7A, 1B+, 1C dan 1D dalam keputusan SPM baru-baru ini. Jika layak, saya merancang melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, saya perlu mencari duit sebagai persediaan ke universiti dan menyara keluarga.

"Bapa tidak mampu bekerja lagi, manakala ibu, Sarah Bee Bee M S M Ibrahim, 57, hanya suri rumah dan perlu menjaga moyang saya yang terlantar kerana sakit tua," katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kakak sulungnya kini berada di Tingkatan Enam Atas dan juga bekerja di gerai makan ketika cuti sekolah untuk membantu keluarga.

Katanya, mereka adik-beradik sudah biasa hanya menjamah nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan. "Ibu dan bapa sudah biasa ikat perut apabila bekalan beras semakin kurang. Asalkan dapat makan untuk hidup sudah memadai, yang penting kami dapat ke sekolah setiap hari.

"Orang tua kami sangat mementingkan ilmu. Mereka akan memastikan kami adik-beradik ke sekolah setiap hari walaupun tiada wang saku," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan. Sementara itu, Norshahrin pernah menjadi pengawal keselamatan selama 22 tahun di sebuah universiti awam tetapi hilang mata pencarian apabila hanya mampu berdiri tidak lebih setengah jam akibat masalah saraf.

Katanya, beliau pernah bekerja semula selepas kemalangan tetapi dinasihatkan berhenti kerana kerap mengambil cuti sakit. "Pada Oktober 2016, saya bersara dan mengambil keputusan pulang ke sini. Selepas itu, kami hanya mengharapkan bantuan orang ramai, termasuk guru sekolah anak bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Pada Oktober tahun lalu, nenek saya, Rofeah Endut, 95, mendapat bantuan kewangan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala saya RM200 sebulan. Wang itu hanya cukup untuk membeli barang keperluan, termasuk lampin pakai buang nenek saya," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Siti Norfatihah Binti Norshahrin:

017-6579117
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tah...


Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tahun.

Hanya bergantung pada susu yang disaran oleh doktor iaitu Gluecerna. Makan cuma bubur yang berlaukkan makanan yang lembut.

Kepada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan sangat dialukan tidak kira bantuan dari segi kewangan ataupun keperluan seperti pampers dan susu."

Sesiapa yang ingin membantu pakcik Panirin @ Md Sudin bin Md Sobari, sumbangan boleh dihulurkan ke akaun bank berikut atas nama Norizan binti Md Sudin @ Panirin atau hubunginya:

52 Jalan 1/10 Taman Sri Kluang, Johor
013-7125608
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah ter...


Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah tersebut.

Yang Dipertuanya, Ghazali Omar berkata, surau baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan surau lama yang telah uzur kerana sebahagian besar binaannya sudah di makan anai-anai.

Menurutnya, bagaimanapun peruntukan yang ada belum mencukupi untuk memastikan surau itu dapat digunakan sepenuhnya kelak.

“Sehubungan itu saya memohon kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada tabung pembinaan surau tersebut dengan menyalurkan derma ke akaun PIBG SK Bukit Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan PIBG sekolah tersebut kepada Zainom Noor, 60 iaitu balu kepada bekas Timbalan Yang Dipertua PIBG, Abd Hamid Abd Rahman di kediaman wanita itu yang terletak berhampiran sekolah.

Menurutnya, Abd Hamid merupakan ahli jawatankuasa PIBG sekolah itu yang paling lama iaitu kira-kira 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu dalam usia 66 tahun.

“Sumbangan itu adalah derma daripada pelbagai pihak termasuk guru sebagai mengenang jasa arwah sepanjang memegang tugas itu ,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun bank tabung pembinaan surau berikut atas nama PIBG SK Bukit Puteri atau menghubungi:

09-6971409
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kongsi Portal Ini