Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: johor

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Pontian - Bekas pembantu guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menghidapi penyakit kanser ...




Pontian - Bekas pembantu guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat merayu simpati orang ramai bagi membantu membiayai kos perubatannya berjumlah RM50,000.

Menurut Azmi Mohammad, 48, isterinya, Norizan Samat, 43, pernah bertugas di Tabika Kemas Kampung Serkat Timur sebelum berhenti pada 2019 setelah disahkan menghidap kanser terbabit.

Katanya, isterinya telah membuat pembedahan pada tahun sama di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bagi membuang ketumbuhan pada rahimnya diikuti dengan rawatan kemoterapi sebanyak enam kali.

Jelas Azmi, sejak itu dia kini tidak lagi bekerja sebagai operator kren kerana mahu memberikan tumpuan kepada isteri yang perlu membuat rawatan susulan.

“Selepas pembedahan yang dilakukan pada tahun itu, kan­ser tersebut merebak semula ditambah pula dengan kanser tiroid yang dikesan tahun lalu sehingga terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 kali.

“Rawatan kemoterapi yang dibuat juga tidak berkesan dan atas nasihat perubatan, isteri saya dinasihatkan menghentikan sesi kemoterapi selain tidak melakukan pembedahan selanjutnya,” katanya di Kampung Tanjung Piai, Serkat.

Tambah Azmi, dia kini bergantung kepada pendapatan sewa tanah yang dijadikan tapak pemancar sebanyak RM250 sebulan memandangkan jumlah sewaan keseluruhan sebanyak RM1,200 itu dikongsi bersama enam adik beradik yang lain.

“Dengan pendapatan tersebut saya gunakan bagi perbelanjaan seharian selain bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diterima isteri daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),” ujarnya.

Katanya, dia yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun tidak dapat melakukan pekerjaan lain se­perti turun ke laut untuk menjaring ikan kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada isterinya.

Ujar Azmi, berikutan penyakit yang dialami oleh isteri tidak menampakkan hasil untuk pulih, dia telah merujuk kepada sebuah hospital swasta bagi rawatan seterusnya dengan kos sebanyak RM50,000 tidak termasuk ubat-ubatan dan kos lain.

“Saya tiada sebarang simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM18,000 juga telah digunakan bagi membina rumah sebelum ini,” katanya.

Katanya, dia kini bingung dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perbelanjaan sebesar itu kerana isterinya amat memerlukan rawatan yang tidak dapat disediakan di hospital kerajaan.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Norizan Samat selain boleh menghubungi mereka:

010-5389944
Progress:

RM00 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Pasir Gudang - Seorang wanita yang membesarkan enam anak kehilangan sumber pendapatannya sejak Mac lalu kerana wabak Covid-19 dan kini hidu...


Pasir Gudang - Seorang wanita yang membesarkan enam anak kehilangan sumber pendapatannya sejak Mac lalu kerana wabak Covid-19 dan kini hidup dengan harapkan ihsan kebaikan tetangga dan orang ramai.

Zainorimah Ludin, 39, dan keluarganya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Masai di sini sejak 15 tahun lalu juga diuji ketika anak bongsunya Nur Aqilah Fazli mengalami sawan baru-baru ini.

Menurutnya, kehidupan keluarga mereka juga kurang apabila mereka tidak mendapat bekalan air sejak Februari lalu kerana mereka tidak mampu membayar bil air bulanan kerana RM1,500.

"Oleh kerana tidak ada bekalan air, saya dan anak-anak mengharapkan kebaikan dari jiran untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.

"Saya tidak dapat bekerja pada masa ini kerana tempat kerja saya di sebuah institusi pendidikan di Seri Alam di sini ditutup buat sementara waktu kerana wabak Covid-19," katanya ketika ditemui di rumah PPRT hari ini.

Sementara itu, Zainorimah bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal tetapi kesal dengan status kelayakan rumah di mana dia tinggal sebagai keluarga kerana kediaman itu milik arwah ibunya yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan penyakit buah pinggang sejak tahun lalu.

Katanya, beban utama sekarang ialah tidak ada sumber pendapatan kerana dia tidak dapat bekerja sebagai pembantu dewan makan di institusi pendidikan itu.

"Dalam tempoh tidak bekerja, saya terpaksa membelanjakan wang simpanan untuk diri sendiri dan anak-anak saya selain mengharapkan pertolongan orang ramai, terutama jiran setempat," katanya.

Dia, yang ditinggalkan oleh suaminya tanpa ada berita ketika dia hamil dua bulan dengan anak bongsunya, juga tenang dengan ketentuan Ilahi dan berharap seseorang bersedia memberikannya pekerjaan.

Zainorimah yang merupakan anak yatim piatu tidak pernah meminta pertolongan dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya berpuas hati dengan ketentuan Ilahi, namun saya tetap bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dengan makanan, mereka hanya makan apa yang mereka ada," katanya.

Orang yang ingin membantu boleh menderma melalui akaun bank berikut atas namanya Zainorimah Ludin atau menghubunginya:

011-28716774
Progress:

RM70 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Johor Bahru  - "Noor Qaira Danisah pernah mengalami sawan dan kekejangan lebih 50 kali sehari, malah doktor juga mengesahkan dia menghi...




Johor Bahru - "Noor Qaira Danisah pernah mengalami sawan dan kekejangan lebih 50 kali sehari, malah doktor juga mengesahkan dia menghidap sawan tahap kritikal," kata Noor Suraya Saidin, 36.

Menurutnya, anaknya, Noor Qaira Danisah Mohd Idzwan, 10, adalah orang kurang upaya terlantar sejak dilahirkan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan menerusi susu khas yang perlu dimasukkan melalui tiub di perutnya tiga jam sekali.

Suri rumah yang juga ibu kepada empat anak itu semakin buntu memikirkan keadaan anak bongsunya apabila suami, Mohd Idzwan Jamari, 39, yang bekerja sebagai penjual kenderaan berat dicutikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan, Jun lalu.

"Selain anak bongsu, anak ketiga, Mohamad Daiyen Danie, 12, turut mempunyai masalah injap jantung yang membuatnya tidak boleh bergerak aktif biarpun sudah menjalani pembedahan pada 2018.


"Saya buntu memikirkan keperluan Noor Qaira Danisah yang perlu menukar saluran tiub makanan yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000. Tiub itu perlu diganti dua tahun sekali.

"Sejak suami dicutikan tiga bulan lalu, kami hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan Baitulmal RM300 untuk keperluan sekeluarga termasuk makan minum, bayaran bil utiliti, kos minyak penghantaran dua anak mendapat rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Uda Utama, di sini, hari ini.

Noor Suraya berkata, ada kalanya dia terpaksa meminta pertolongan jiran dan rakan untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan.

Katanya, sebelum PKP 3.0, dia ada membuat perniagaan dari rumah dengan mengambil tempahan nasi campur bagi menambah pendapatan keluarga, namun tiada permintaan selepas PKP dikuatkuasakan.

"Dengan keadaan sekarang, kami berdua tiada pekerjaan untuk membesarkan empat anak berusia 10 hingga 15 tahun. Wang bantuan RM800 tidak mencukupi. Saya sebagai ibu cuba bertahan dalam tempoh tiga bulan ini tetapi terasa berat bebanan kami.

"Kami sekeluarga pernah makan mi segera bagi mengalas perut. Susu khas Noor Qaira Danisah juga saya terpaksa catu dengan mengurangkan sukatan supaya bekalan susu dapat bertahan sehingga wang bantuan bulanan berikutnya masuk.

"Anak istimewa ini sudah berusia 10 tahun, susu dan lampin pakai buang tidak akan putus selagi hayat dia ada.

"Noor Qaira Danisah memerlukan satu tin susu khas sehari. Susu itu hanya boleh dibeli di farmasi dengan harga RM47 bagi 400 gram. Pemakanan dia memang bergantung sepenuhnya kepada susu khas itu dan saya takut bekalan susu dia terputus.

"Dengan keadaan anak ini yang sudah besar, saya turut mengalami kesukaran ketika memandikannya.

"Saya perlukan kerusi mandi khas supaya keselamatannya terjaga ketika di bilik air," katanya yang mendapat bantuan barangan dari pihak yang menyumbang keperluan lampin pakai buang dan barangan dapur untuk keperluannnya sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Noor Suraya:

Progress:

RM30 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Simpang Renggam - Seramai 72 pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memohon ihsan pihak berkenaan bagi merealisasikan hasrat pemb...



Simpang Renggam - Seramai 72 pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memohon ihsan pihak berkenaan bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah kompleks madrasah di Parit Talibek Simpang Renggam yang dijangka menelan belanja lebih RM300,000.

Pengerusi tahfiz berkenaan, Muhamad Hisham Hamzah berkata, sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul RM26,000 bagi membina kemudahan asrama pelajar dan guru selain dewan makan di kawasan tanah seluas dua ekar itu.

Katanya, sebelum beroperasi di Simpang Renggam, pihaknya terpaksa keluar dari bangunan disewa di Kulai kerana diminta pemiliknya dan sejak itu mereka dibenarkan untuk menumpang di Wisma Firdaus Simpang Renggam oleh seorang insan prihatin sehingga 2028 nanti.

“Sekarang pembinaan di tapak baru 30 peratus untuk asrama pelajar dan guru dalam kapasiti 70 orang selain dewan makan.

“Diisebabkan kena berpindah dari Kulai ke Simpang Renggam, kami menggunakan sebanyak RM70,000 untuk menyiapkan kelengkapan di Wisma Firdaus ini mengikut spesifikasi Jabatan Bomba.

“Sekarang ini kita baru buat kutipan semula, dan berjaya kumpul RM26,000 dan tujuan utama kita buka madrasah untuk ambil lebih ramai anak yatim , orang susah untuk diberikan pengajian percuma,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, hampir 50 peratus pelajarnya terdiri daripada golongan anak yatim piatu dan asnaf yang dipilih selepas berita kedaifan mereka tersiar di media sosial.

“Ada anak dan keluarganya tidur selama seminggu di taman permainan, kita terima anak anak itu belajar di madrasah secara percuma, keluarganya pula dicarikan pekerjaan.

“Kami mengajar al-Quran dan kitab fekah, tauhid, jawi, akhlak dan bahasa arab mengikut sukatan pelajaran JAKIM,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Ekonomi Golongan B40 Johor Datuk Mohd Fadel Alwi berkata, pihaknya akan berhubung dengan jabatan kerajaan berkaitan bagi merujuk kes itu dan memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban pasangan terbabit.

“Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian di bawah
atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Nur Syafaat,” katanya.

 
019-7168086
Progress:

RM100 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Kluang - Seorang bekas pemandu lori sayur di Singapura kehilangan mata pencarian untuk menyara keluarganya setelah disahkan menghidap barah...



Kluang - Seorang bekas pemandu lori sayur di Singapura kehilangan mata pencarian untuk menyara keluarganya setelah disahkan menghidap barah bahu sejak November tahun lalu.

Akibat masalah kesihatan, Mohd. Faisal Ali, 43, yang kini tidak dapat melakukan kerja berat malah kehilangan sumber pendapatannya untuk menyara isteri dan tiga anak perempuannya yang berusia tiga hingga sembilan tahun.

Menurut Mohd. Faisal, sebelumnya, dia bekerja sebagai pemandu lori sayur di Singapura sebelum memutuskan untuk berhenti kerja setelah pintu sempadan negara ditutup berikutan wabak Covid-19 pada Mac tahun lalu.

“Setelah berhenti kerja di Singapura, saya bekerja di kampung sebagai pemotong kelapa sawit. Pada mulanya saya merasakan sakit di bahu kanan sekitar bulan Julai, saya teringatkan sakit bisul sahaja.

"Untuk masa yang lama, saya tidak tahan dengan kesakitan dan pembengkakannya semakin besar, saya menjalani rawatan di beberapa hospital, termasuk di Johor Bahru, sebelum doktor mengesahkan bahawa saya menghidap barah bahu tahap satu pada bulan November tahun lalu dan memerlukan pembedahan segera, "katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Akibat sering mengambil cuti sakit, Mohd. Faisal memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya dan dia juga tidak dapat melakukan kerja berat dan sekarang hanya berehat di rumah kerana dia sering merasa sakit di tempat pembedahannya dulu.

Mohd. Faisal bingung memikirkan masa depan keluarganya ketika simpanan dan i-sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang diperolehnya berkurang.

“Dengan wang i-Sinar ini, saya menggunakannya untuk menampung kehidupan saya, termasuk membayar tunggakan ansuran rumah selama tujuh bulan sebanyak RM1,750.

"Wang semakin berkurang dari hari ke hari, sekarang anak-anak mahu memulakan persekolahan, lebih banyak perbelanjaan diperlukan," katanya.

Jelas Mohd. Faisal, isterinya, Siti Suriyana Abdul Shukor, 38, bersedia untuk mengambil alih tugas mencari pekerjaan untuk menyara keluarga mereka dengan bekerja sambilan di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Pengerusi Ekonomi B40 Johor, Datuk Mohd. Fadel Alwi mengatakan, pihaknya akan menghubungi pihak kerajaan yang berkenaan untuk merujuk kes tersebut dan meminta sumbangan orang ramai untuk meringankan beban pasangan itu.

“Mereka yang ingin menolong keluarga ini boleh menyumbang terus ke akaun bank berikut atas nama Mohd. Faisal Ali atau hubungi wakil masyarakat tempatan Karim Jamali, ”katanya.
 
012-7377801
Progress:

RM100 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Pontian - Biarpun disahkan menghidap kanser darah sejak tujuh tahun lalu, namun penyakit berbahaya itu tidak mematahkan semangat seorang pe...


Pontian - Biarpun disahkan menghidap kanser darah sejak tujuh tahun lalu, namun penyakit berbahaya itu tidak mematahkan semangat seorang pengawal ke­selamatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Penyakit leukimia yang dihidapi Yusri Saimon, 48, mula dikesan pada tahun 2013 apabila dia mengalami bengkak pada bahagian kaki sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dekat sini.

Menurut isterinya, Anita Taha, 47, selepas pemeriksaan dilakukan di HSA, Yusri didapati me­ngalami kereputan pada tulang belakang yang menyebabkannya tidak boleh berjalan.

“Selepas rawatan susulan, suami saya boleh berjalan dan melakukan tugas harian seperti biasa, namun perlu mendapatkan rawatan sebulan sekali.

“Suami seorang yang kuat dan tabah, dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan kerja macam biasa seolah-olah dia tidak sakit,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Desa Harta Indah, Jalan Parit Semerah di sini kelmarin.

Dia kemudian terpaksa me­lakukan kimoterapi sebanyak empat kali di HSA. “Suami saya sebelum ini be­kerja sebagai pengawal kese­lamatan di sebuah sekolah di daerah ini dengan pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

“Namun, sekarang dia tidak mampu menjalankan tugasnya lagi,” ujar Anita. Ekoran itu, Anita yang hanya suri rumah kini buntu memikirkan sumber pendapatan keluar­ganya bagi menampung per­belanjaan harian termasuk tiga anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, bayaran pinjaman rumah sebanyak RM400 sebulan juga ada yang tertunggak kerana suami sudah hilang pendapatan.

“Kami sekeluarga kini bergantung harap dengan sumbangan ikhlas badan bukan kerajaan, rakan sekerja Yusri, jiran serta saudara yang tidak putus-putus memberikan bantuan.

“Kami anak beranak pun makan apa yang ada sahaja, anak-anak pun memahami situasi yang dihadapi bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pekerjaan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh terus menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Anita Taha atau menghubunginya:

011-27559124
Progress:

RM10 raised

Goal: RM3000



blog counter views


Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling ya...


Kluang - Seorang lelaki yang menghidap kanser testis tahap empat berharap permohonan menduduki Program Perumahan Rakyat di Taman Perling yang dilakukan sejak 2018 akan diluluskan dalam masa terdekat.

Bekas tukang masak itu yang tidak lagi mampu menyara hidup sejak setahun yang lalu kịni menumpang di rumah kakak sulungnya bersama-sama isteri dan tiga anaknya di Taman Sri Impian di sini.

Pada masa ini, apa yang membimbangkan Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid, 21, adalah masa depan tiga anaknya yang sedang membesar dan akan masuk sekolah beberapa tahun lagi ditambah pula mereka masih tidak mempunyai kediaman sendiri.

Menurutnya, selepas tidak mampu bekerja, isterinya Siti Farhana Marsan, 23, mengambil alih tugas untuk mencari nafkah sebagai juruwang di sebuah pasar raya di sini bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Bapa kepada tiga anak berusia satu, dua dan tiga tahun itu mengakui sering terfikir bagaimana nasib keluarganya jika berlaku apa-apa kepadanya dalam masa terdekat.

"Kanser yang saya hadapi kini sudah merebak ke hati dan perut. Sebab itu saya minta isteri kerja dahulu supaya dapat mengambil lesen memandu kereta dan berdikari sebelum jadi apa-apa pada saya. Jika permohonan PPR diluluskan, keluarga saya boleh tinggal di sana.

“Ini boleh melegakan saya, kadang-kadang dalam hati saya Allah sahaja yang tahu kerana kita tak dapat nak beri yang terbaik untuk isteri dan anak anak. Mereka masih muda dan perjalanan masih jauh tetapi saya diuji sebegini," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Begitupun Muhamad Asrol Daniel mengakui dia bersyukur kerana adik-beradiknya prihatin dengan nasib yang menimpa dan membenarkan dia sekeluarga menumpang di kediaman berkenaan tanpa perlu membayar sewa.

Ketika ini dia turut mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM800 sebulan.

"Saya juga dipelawa seorang pemilik produk yang memberikan keahlian ejen secara percuma bagi membolehkan 40 peratus keuntungan jualan produk diberikan kepada saya.

"Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan ramai orang yang baik hati apabila diuji dengan penyakit ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh menyalurkan sumbangan terus melalui akaun bank berikut atas nama Muhamad Asrol Daniel Abd Hamid atau hubunginya:

01117193474
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views


Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkon...


Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Mohd Faizul Redzuan, 35, berkata, jantung berlubang yang dialaminya sewaktu kanak-kanak itu kembali menyerang kesihatannya apabila dimaklumkan doktor injap jantungnya mula terbuka menyebabkan dia kerap demam dan sukar membuat kerja berat.

Rabiatul Syakilyn, anak kedua daripada lima beradik itu pula disahkan bermasalah dengan jantung semenjak lahir dan perlu mendapatkan rawatan hampir setiap bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurut isterinya, Azlin Ahmad, mereka bukan sahaja terpaksa 'mengikat perut' bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan malah ada kalanya terpaksa menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan serta penduduk sekitar kediamannya di Kampung Parit Othman, Parit Sulong, dekat sini.

Akibat masalah kewangan dan juga kesihatan, rawatan untuk anaknya 'Rubi' kini tidak lagi dapat diteruskan, tambahan suaminya kini sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja berat.

"Semenjak tidak lagi melakukan rawatan di HSA hampir lima tahun, masalah jantung Rubi kini semakin serius. Selain bermasalah dengan jantung berlubang, injap jantungnya juga kini bermasalah dan memerlukan pembedahan.

"Kami diberitahu kos pembedahan berkenaan memakan belanja puluhan ribu ringgit dan dengan pendapatan suami yang tidak seberapa, sememangnya kami tidak mampu. 

Jika diikutkan suami sendiri perlu melakukan pembedahan dan kosnya sekitar RM25,000. Dia terpaksa menangguhkannya akibat masalah kewangan yang kami hadapi," kata Azlin ketika ditemui di kediamannya.

Pasangan itu sebelum ini berniaga menjual sarapan di tepi jalan bagaimanapun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, perniagaan itu dihentikan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Azlin Ahmad:

Progress:

RM110 raised

Goal: RM25000



blog counter views

Pasir Gudang - Dua beradik dari Taman Tanjung Puteri Resort, di sini yang menderita penyakit saraf hanya boleh ditinggalkan di dalam rumah....


Pasir Gudang - Dua beradik dari Taman Tanjung Puteri Resort, di sini yang menderita penyakit saraf hanya boleh ditinggalkan di dalam rumah.

Izureen Qhaireen Izri, 7, dan Izham Muhamad Izri, 4, yang tidak dapat berdiri dan berjalan seperti anak normal yang lain diuruskan sepenuhnya oleh ibu mereka, Siti Maizatul Akhmar, 32, dan ayahnya, Izri Jailani, 34.

Menurut Siti Maizatul, semua keperluan anak sulung dan ketiga dari empat beradik itu dijaga oleh suaminya.

"Kedua-duanya makan bubur dan minum susu khas menggunakan suntikan. Dalam beberapa tahun, mereka tidak lagi dapat makan dengan cara ini sebaliknya menggunakan saluran tiub yang ditebuk di leher.

"Izureen dan Izham menderita sakit saraf atau penyakit canavan. Penyakit ini membuat tangannya bengkok sebelum mempengaruhi otak sehingga membuatnya tidak dapat berbicara atau bangun," katanya.

Penyakit Canavan adalah gangguan degeneratif resesif autosomal yang menyebabkan kerosakan progresif pada sel-sel saraf di otak yang menyerang sejak bayi. Ia disebabkan oleh kekurangan enzim aminoasilase 2.

Siti Maizatul berkata, Izureen sering mengalami sawan tiga atau empat kali sehari dan jika keadaannya teruk dia akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Dia dan suaminya sudah tahu bahawa kedua anaknya tidak normal ketika masih dalam kandungan ketika proses imbasan mendapati kepalanya sama besarnya dengan bayi normal yang lain.

"Kami diberi pilihan untuk melakukan pengguguran tetapi karena kami tidak bersedia melakukannya dan mengalah dengan pemberian Tuhan, kami menegaskan keduanya dilahirkan seperti biasa.

"Kami bersedia menjaganya walaupun doktor memberitahu bahawa jangka hayat kanak-kanak dengan penyakit ini hanya bertahan selama 10 tahun. Kami tenang dan bersedia melalui apa sahaja," katanya.

Siti Maizatul, yang berhenti kerja empat tahun lalu, mengatakan bahawa dua anaknya yang lain, Izara Sofea, 6, dan Anaqi, dilahirkan sembilan bulan normal dan kini membesar seperti kanak-kanak lain.

Setiap bulan, katanya, mereka membelanjakan lebih dari RM1,000 untuk lampin dan susu khas selain kos rawatan dan penghantaran ke HSI serta pendapatan suaminya yang bekerja di sebuah kilang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan itu.

Orang yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Maizatul Akhmar.

Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini