PIBG SK Bukit Puteri rayu sumbangan bina surau - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah ter...

PIBG SK Bukit Puteri rayu sumbangan bina surau


Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah tersebut.

Yang Dipertuanya, Ghazali Omar berkata, surau baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan surau lama yang telah uzur kerana sebahagian besar binaannya sudah di makan anai-anai.

Menurutnya, bagaimanapun peruntukan yang ada belum mencukupi untuk memastikan surau itu dapat digunakan sepenuhnya kelak.

“Sehubungan itu saya memohon kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada tabung pembinaan surau tersebut dengan menyalurkan derma ke akaun PIBG SK Bukit Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan PIBG sekolah tersebut kepada Zainom Noor, 60 iaitu balu kepada bekas Timbalan Yang Dipertua PIBG, Abd Hamid Abd Rahman di kediaman wanita itu yang terletak berhampiran sekolah.

Menurutnya, Abd Hamid merupakan ahli jawatankuasa PIBG sekolah itu yang paling lama iaitu kira-kira 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu dalam usia 66 tahun.

“Sumbangan itu adalah derma daripada pelbagai pihak termasuk guru sebagai mengenang jasa arwah sepanjang memegang tugas itu ,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun bank tabung pembinaan surau berikut atas nama PIBG SK Bukit Puteri atau menghubungi:

09-6971409
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

0 comments:

Kongsi Portal Ini