KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: johor

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yuso...


Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yusof pernah mendapat liputan media setelah dibuang kerja kerana sering mengambil cuti untuk menjaga isterinya, Roshaya Isnin yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Terbaru, dia memberitahu bahawa rawatan kemoterapi terpaksa diberhentikan kerana boleh membahayakan kepada nyawa isterinya yang berusia 41 tahun itu.

Menerusi laman Facebook, lelaki berusia 30 tahun itu memohon sumbangan orang ramai untuk rawatan EKS isterinya yang hanya boleh dilakukan di hospital swasta.

Menurut Mohd Hafizi, penyakit tersebut telah merebak masuk ke dalam otak isterinya sehingga mengakibatkan lumpuh malah sering diserang penyakit sawan.

“Kanser merebak ke otak, kaki lumpuh dan kerap sawan. Sekarang semua rawatan hospital temasuk kemoterapi dihentikan kerana jika diteruskan boleh membahayakan nyawa isteri saya.

“Saya sedang mengumpul dana untuk membuat imbasan EKS yang terdapat di hospital swasta dengan menelan belanja antara RM7,000 – RM10,000,” tulisnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 01032020753797 (Mohd Hafizi Mohd Yusof).

Kota Tinggi - Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti mahukan anak mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk men...


Kota Tinggi - Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti mahukan anak mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah sekiranya anak ditakdirkan menghidap sesuatu penyakit. Mahu tidak atau tidak kita perlu redha dan kuat melalui ujian yang diberikan.

Itulah yang ditunjukkan oleh ibu ini apabila anaknya disahkan menghidap kanser saraf tahap 3. Anaknya yang masih kecil terpaksa melalui saat-saat sukar melawan penyakit tersebut.

19.12.2018 ialah tarikh mula-mula Mawar masuk hospital. Tak akan aku lupa tarikh tersebut. Masa itu Mawar pucat dan susah nak berak, seminggu sekali baru berak kekadang sampai berdarah. Itu yang tergerak hati nak pergi klinik swasta. Doktor swasta itu check Mawar and then dia ckp ‘anak awak nie ada masalah usus, saya nak buat surat rujukan untuk awak pergi ke hospital kerajaan’.

Malam dalam pukul 10 aku dan suami pergi ke Hospital Sultan Aminah (HSA), dekat kecemasan HSA Mawar ditempatkan di ZON kuning. Dalam otak ini macam-macam fikir, doa yang Mawar tak apa-apa je. Doktor buat X-ray untuk Mawar dan cakap ‘usus anak awak ini bengkak and then Mawar kena admit ward’.

Dekat wad pediatric HSA Mawar kena amik darah dan result memang darah merah Mawar kurang, jadinya kena TRANFUSE darah. Lepas itu Mawar kena buat CT scan abdomen. Masa itu aku masuk sekali masa Mawar buat scan, nampak dengan mata aku sendiri yang dekat kidneydia ada MASS, ya ALLAH masa itu aku rasa down gila.

Doktor cakap ketumbuhan Mawar dekat buah pinggang besarnye 12cm, kau rasa 12cm besar sangat-sangat. Budak umur 1tahun lebih ada ketumbuhan dekat buah pinggang 12cm. Besar sangat-sangat. Aku call family, terus aku menangis cakap dengan diaorang Mawar ada ketumbuhan. Rasa down sangat-sangat kenapa anak aku? Kenapa Mawar? Tapi ALLAH itu ada, dia tak akan uji hambaNya sekiranya hambaNya tak mampu. Dia uji maksudnya DIA sayang hambaNya itu.

Lepas itu Mawar kena transfer ke Hospital Sultan Ismail (HSI), jadinya kena la berkampung di HSI pula, duduk dekat HSA 3 hari je. Lepas itu Mawar kena buat ujian terperinci untuk nak tahu ada diagnosis penyakitnya. Mawar kena buat BONE MARROW, lepas dapat result doktor diagnosis penyakit Mawar RIGHT NERUROBALSTOMA (cancer saraf) stage 3.

Doktor pakar bagi kaunseling tentang penyakit yang dia hadapi, hanya mampu berserah dam teruskan rawatan sahaja. Mama tahu Mawar kuat, rawatannya Mawar akan jalani chemotherpy 7 cylce, operation dan radiotherapy. Masa rawatan macam-macam berlaku kat Mawar. Demam, muntah-muntah, tak lalu makan dan macam-macam la. Sedih sangat mama tengok keadaan Mawar.

Pernah Mawar tak boleh berjalan selama sebulan sebab Mawar terlampau lemah sagat. Tapi Mawar gagahkan diri untuk berjalan dan akhirnya Mawar mampu berjalan. Suami aku berhenti kerja untuk jaga Mawar sepenuhnya, sekarang hanya aku saja yang berkerja.

Ia memang aku kerja kerajaan tapi kalau nak menampung perbelanjaan lain kekadang kami anak beranak cukup-cukup makan je. Ulang alik hospital ada rutin harian Mawar, lepas abis chemo, Mawar akan ke daycare untuk tengok keputusan darah, selagi darah tak cantik selagi itu akan datang hospital.

14.4.2019 ini Mawar akan jalani chemotherpy ke 4. Moga Mawar kuat jalaninya. Lepas chemodoktor pakar cakap Mawar akan jalani pembedahahan untuk buang ketumbuhan dekat kidney. Lupa nk cerita, Mawar ada buat scan MIBG dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL), keputusannya ketumbuhan ada 3 tempat, 1 dekat buah pinggang, 2 dekat tulang thorax dan 3 dekat sebelah leher dia.

Perjalanan Mawar masih belum tamat lagi, masih banyak lagi yang dia kena lalui. Doakan Mawar untuk terus kuat dan kuat. Terima kasih pada kawan-kawan yang pernah beri sumbangan pada Mawar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Doa dan kebaikan korang semua tak mampu kami balas.

Jika kawan-kawan nak beri sumbangan atau nak bertanya pasal kesihatan Mawar. PM or DM 0173921405 (Maryiam Edran).

Johor Bahru - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itu realiti yang dihadapi Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita saki...


Johor Bahru - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itu realiti yang dihadapi Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita sakit sendi punggung dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang dianggarkan melebihi RM40,000.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata pembedahan kali kedua itu adalah bagi memasukkan besi di kaki kanannya yang telah reput bagi membolehkan dia untuk bergerak dengan mudah menggunakan kerusi roda.

Dia yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir, kini terlantar sakit sejak menderita sakit sendi punggung pada 2016.

"Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sejak daripada itu, saya terus tidak dapat berjalan dan tidak dapat bangun langsung serta perlu diangkat untuk ke hospital. Malahan untuk urus diri sendiri, saya juga tidak mampu," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu kepada media, di sini, hari ini.

Mohd Fakrul Hakimi berkata, dia hanya mengharapkan bantuan ayahnya Yusoff Mohd Noor, 65, yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh untuk membantunya mengurus diri dan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu itu juga memberitahu pembedahan pertamanya pada tiga tahun lepas untuk membuang sendi paha yang turut terjejas dan reput tidak menjadikan tahap kesihatannya bertambah baik, malah semakin memburuk.

"Saya harapkan pembedahan kali ini dapat dilakukan kerana saya tidak mahu susahkan abah lagi, doktor beritahu peluang untuk saya bergerak semula ada walaupun tidak dapat berjalan, guna kerusi roda pun dah cukup bagi saya.

"Pada 25 Mac nanti saya akan berjumpa doktor di Hospital Sultanah Aminah untuk menentukan sama ada pembedahan itu akan dilakukan, memandangkan ia dianggarkan menelan kos yang agak tinggi, saya harap ada orang dapat membantu," katanya.

Sementara itu, Yusoff berkata dia hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk membeli barang keperluan semenjak anak sulungnya itu terlantar sakit. Kini, dia hanya menerima RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya tidak beli susu dan lampin pakai buang kerana mahal, saya tidak mampu, kalau ada orang beri, saya bersyukur. Kalau dia nak buang air pun saya bantu dari atas katil, tadah baldi dan bersihkan di situ," katanya sambil menambah anak kedua dan ketiga baru sahaja habis belajar.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Mohd Fakrul Hakimi boleh menghulurkan bantuan terus ke akaun Maybank bapanya Yusoff Mohd Noor di nombor akaun 156132677791.

Johor Bahru - Lapan rumah setinggan di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Seramai 16 pen...


Johor Bahru - Lapan rumah setinggan di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Seramai 16 penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin yang juga Komander Operasi, Suhaimi Jamal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, sebanyak lapan jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membabitkan 41 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

“Operasi membabitkan tiga balai iaitu BBP Larkin, Tebrau dan Skudai selain terdapat agensi bantuan lain yang hadir iaitu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Sejurus tiba ke lokasi, pihak bomba mendapati terdapat lapan rumah yang terbabit, empat musnah sepenuhnya, manakala empat lagi hanya terjejas di bahagian dapur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaimi berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa yang terbabit ditempatkan di Balai Raya Usaha Jaya, Skudai Kiri di sini.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 4.47 pagi tadi,” katanya.

Muar - Sayu hati memandang, sayu lagi hati keluarga yang melihat keadaan isteri dan juga ibu mereka yang menderita kanser paru-paru taha...


Muar - Sayu hati memandang, sayu lagi hati keluarga yang melihat keadaan isteri dan juga ibu mereka yang menderita kanser paru-paru tahap empat. Apatah lagi doktor mengatakan rawatan kimoterapi yang berbaki lagi empat terpaksa dihentikan kerana bimbang tulang temulangnya hancur.

Seorang individu yang prihatin dengan nasib Roshaya Isnin, ini memaklumkan, dia ternampak komen wanita terbabit di Instagram seorang artis wanita yang terpaksa meminta sumbangan dari orang ramai bagi membiayai kos rawatan perubatannya.

Difahamkan, Roshaya telah menghentikan semua rawatan dan kini hanya bergantung dengan ubat tahan sakit sementara masih menunggu ehsan orang awam memberi sumbangan agar dia dapat meneruskan rawatan secara tradisional atau dengan pihak swasta.

"Akak kanser paru-paru stage 4, semua rawatan hospital dihentikan termasuk kimoterapi yang berbaki lagi empat kali.

"Doktor syorkan saya buat EKS yang hanya ada di hospital swasta, mesin canggih untuk melihat sel-sel kanser yang berharga hampir RM7,000 untuk sekali imbasan.

"Akak punya kanser dah merebak ke otak dan menyebabkan akak lumpuh dan kerap diserang sawan. Akak hanya dibekalkan ubat tahan sakit kepala sahaja.

"Akak nak mencuba rawatan alternatif cara tradisional tetapi sudah tentu kosnya sangat tinggi. Sebab itulah akak memohon sumbangan agar akak dapat meneruskan rawatan.

"Kalau boleh, akak nak buat rawatan EKS yang hanya ada di hospital swasta. Ia seperti mesin pengimbas kanser untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan rawatan yang bersesuaian untuk merawat kanser akak. Tapi bayarannya mencecah RM10,000.

"Ini nombor telefon suami kalau ada apa-apa pertanyaan, 014-2772903, Mohd Hafizi Mohd Yusof dan nombor akaun bank akak 151463325545 (Maybank) Roshaya Isnin," katanya.

Segamat - Menaiki tangga hingga tingkat 17 dan dikejar anjing liar, itu antara pengalaman pahit dilalui warga emas, Aminah Ahmad, 64, ket...


Segamat - Menaiki tangga hingga tingkat 17 dan dikejar anjing liar, itu antara pengalaman pahit dilalui warga emas, Aminah Ahmad, 64, ketika menjual pelbagai jenis ulam di sekitar Bangsar, flat Pahang, flat Johor dan flat Kedah di Kuala Lumpur, sejak 1970-an.

Meskipun sudah berpindah ke Segamat sejak tahun lalu, Aminah tetap menjual pelbagai jenis ulam dari rumah ke rumah kerana selesa berjalan kaki untuk memastikan tubuh sihat dan pada masa sama, mencari wang tambahan bagi menyara keluarga.

Aminah ketika ditemui berkata, dia pulang ke Segamat selepas suaminya Johari Mat, 62, bersara wajib daripada berkhidmat sebagai kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bangsar pada November lalu.

“Sejak suami bertugas di Bangsar sekitar 1970-an, saya mula menjaja dan menjual pelbagai jenis ulam dan sayur secara pintu ke pintu di sekitar Bangsar, flat Pahang, flat Johor dan flat Kedah di Kuala Lumpur.

“Sekiranya lif rosak, saya terpaksa menaiki tangga sehingga tingkat 17 dan meneruskan jualan selagi bekalan dalam bakul belum habis. “Saya akan pergi dari pintu ke pintu, walaupun penat ia menyeronokkan kerana saya dapat menjalani gaya hidup sihat.

“Perkara paling sukar dilupakan, saya dikejar anjing liar namun alhamdulillah, saya tidak pernah digigit haiwan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di Segamat.

Menurutnya, semua ulam dan sayur-sayuran ditanam sendiri menggunakan bekas minuman di belakang rumahnya ketika menetap di Bangsar.

Katanya, apabila pulang ke Segamat, dia menanam markisa, daun kunyit, pegaga, cemperai, habatus sauda, beluncas, ulam raja, pucuk manis, pucuk gajus, serai, limau purut dan tenggek burung di tanah seluas tiga meter persegi.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan tidak larat untuk membawa bakul lagi, dia kini menggunakan troli untuk membawa pelbagai ulam dan dijual di sekitar Bukit Siput.

“Saya menolak troli yang menepatkan bekas untuk meletak pelbagai jenis ulam di sekitar Bukit Siput bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari, setiap hari.

“Walaupun sudah berusia, saya masih menjual dari rumah ke rumah kerana ia rutin harian saya. “Jika sehari tidak keluar berjalan kaki dan menjual ulam, hari itu bagaikan tidak lengkap bagi saya.

“Saya akan berjalan kaki sejauh kira-kira enam kilometer setiap hari dan pada masa sama, boleh berkongsi pengalaman pemakanan serta pengambilan ulam kepada pembeli,” katanya.

Aminah sedar netizen memberikan pelbagai pandangan, namun tidak mahu memberikan sebarang komen kerana setiap manusia berhak memberikan pendapat masing-masing asalkan tidak mengaibkan atau berunsur fitnah.

Katanya, apa yang penting dia mencari rezeki halal dan tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. “Setiap satu ikat ulam dan sayur dijual antara RM1 sehingga RM2 kerana saya mahu membantu suri rumah menjimatkan perbelanjaan, selain itu semua sayur dan ulam yang dijual segar serta selamat kerana saya tanam sendiri tanpa menggunakan sebarang racun.

“Alhamdulillah, saya dibantu tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan berusia, masing-masing berusia 19, 27 dan 30 tahun. “Suami pula membantu menjaga tanaman dan memberikan dorongan walaupun ada masanya mereka risaukan kesihatan saya,” katanya. Orang ramai yang ingin meringankan beban beliau boleh berbuat demikian.

Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang ...


Kluang - Ibu kepada tujuh orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun yang enggan mendedahkan nama suaminya itu merayu suaminya pulang selepas menghilangkan diri tanpa sebab sejak awal Januari lalu.

“Saya terpaksa memberikan alasan ayah mereka bekerja jauh semata-mata tidak mahu mereka bersedih,” kat Siti Norafizah Gahlidin, 47, yang mengharapkan kepulangan suaminya kepangkuan keluarga.

“Saya tidak tahu apakah punca suami hilang secara tiba-tiba meninggalkan saya bersama anak-anak tanpa sebarang khabar berita.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami tidak berdepan masalah dan keadaan baik, selain tiada perselisihan faham berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak dekat Kluang, hari ini.

Katanya, dia cuba menghubungi suaminya, namun setiap kali panggilan dibuat, talian berkenaan seakan diputuskan dan suaminya enggan bercakap.

“Akibat daripada itu, anak-anak sering bertanyakan mengenai ayah mereka menyebabkan saya hanya mampu memberikan alasan bekerja di tempat jauh dan tidak boleh balik dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan mereka terus mencari,” katanya.

Katanya, dia terpaksa keluar bekerja kerana tidak mahu anak-anaknya terputus rezeki akibat kehilangan tempat bergantung hidup.

“Tiga daripada anak saya bersekolah di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. “Saya juga terpaksa menumpangkan anak bongsu bersama jiran ketika keluar untuk bekerja,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja di kilang berdekatan rumah, namun berhenti pada tahun 2009 semata-mata untuk memberikan tumpuan penuh pada suami dan anak-anak.

“Kini saya terpaksa melakukan kerja sebagai pembantu di kedai makan dengan gaji sekitar RM20 sehari untuk menyara keluarga.

“Sebelum ini memang kami bergantung harap kepada pendapatan suami untuk menyara keluarga, namun sejak dia menghilangkan diri saya terpaksa melakukan kerja-kerja seperti ini demi anak-anak,” katanya.

Katanya, keluarganya itu pernah terputus bekalan makanan kerana ketiadaan duit untuk membeli keperluan dapur.

“Kadang kala emak dan adik beradik datang menghantar makanan untuk anak-anak termasuk juga kawan-kawan serta jiran yang mengetahui serta bersimpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Siti Norafizah berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab keatas anak-anak yang ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan punca kewangan.

“Saya dan anak-anak tidak mahu dibiarkan dalam keadaan begini kerana ia penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga,” katanya.

“Jika dia ada perancangan untuk terus meninggalkan kami, buatlah dengan cara yang betul dan janganlah digantung tidak bertali seperti ini. Orang ramai yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.

Hebahan! Mohon Kesan Remaja Lari dari Rumah. Memohon agar satu hebahan mengenai seorang remaja melarikan diri dari rumah. Berdasarkan...


Hebahan! Mohon Kesan Remaja Lari dari Rumah.

Memohon agar satu hebahan mengenai seorang remaja melarikan diri dari rumah.

Berdasarkan info terbaru remaja ini sekarang berada di Kelana Jaya dan ibunya sudah buat laporan polis di Balai Polis Larkin Perdana, Johor Bharu pd 11 Mac 2019. Mangsa bernama Norfasakhah bte Wali.

Ini gambar terbaru mangsa yang kami perolehi dari keluarga remaja ini dan remaja ini dipercayai berada di Kelana Jaya berdasarkan info dari pengeluaran duit menggunakan debit kad bank.

Jika anda ada terjumpa atau terlihat remaja ini, mohon segera hubungi pihak keluarga remaja ini di talian:

014-2000694 Sarjan Sarihati
016-2002513 Pn Murni
016-8066318 Pn Diana
016-9007931 / 01112852805 Pn Mahirani

Jika remaja ini dijumpai, pihak keluarga memohon agar anda pegang dahulu remaja ini dan hubungi pihak keluarga kerana bimbang remaja ini akan melarikan diri lagi. Sudah seminggu remaja ini tidak balik ke rumah.

Mohon kerjasama kalian semua untuk bantu dan kesan remaja ini.

Kulai - “Kami tak putus berdoa supaya adik sembuh walaupun anak dikatakan tiada peluang untuk hidup lama dan hanya menunggu masa dijemput...


Kulai - “Kami tak putus berdoa supaya adik sembuh walaupun anak dikatakan tiada peluang untuk hidup lama dan hanya menunggu masa dijemput Allah SWT,” kata suri rumah, Aishah Abu Hassann 53.

Aishah berkata, tidak sangka anak bongsunya, Mohd Asraf Johan, 19, atau dipanggil adik dalam keluarganya, kini terlantar dan koma akibat terbabit kemalangan 22 Januari lalu di Taman Puteri, Kulai.

Menurutnya, Mohd Asraf seorang periang dan ketika kejadian, dia menaiki motosikal seorang diri sebelum dirempuh kereta yang keluar dari simpang.

“Akibat pertembungan itu anak terpelanting lebih dua meter sebelum kepalanya terhantuk di batu hingga topi keledarnya pecah serta kepalanya parah.

“Dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum doktor mendapati tempurung kepala sebelah kiri pecah dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan tempurung itu.

“Sejak terbabit dalam kemalangan dia hanya terlantar dan dalam keadaan koma manakala doktor menyatakan peluangnya untuk hidup agak tipis,” katanya.

Aishah berkata, dia tidak menjangka perbualan Mohd Asraf yang pelik sebenarnya petanda dia ditimpa kejadian malang.

Menurutnya, Mohd Asraf menyatakan tidak mahu bekerja sebaliknya mahu berehat. “Dia beritahu jangan memaksanya bekerja kerana dia mahu berehat namun saya tidak sangka dia berehat dalam keadaan sebegini.

“Ketika terbabit dalam kemalangan, dia memang sudah berhenti kerja kira-kira sebulan sebelum itu dan saya menasihatnya bekerja dan menguruskan perbelanjaannya.

“Saya minta dia bekerja kerana saya hanya mampu memberi wang RM10 bagi perbelanjaan hariannya dan jika bekerja dia mampu memperolehi wang sendiri,” katanya.

Aishah berkata, dia mengusahakan gerai menjual sarapan di hadapan rumahnya di Jalan Kekwa 6, Taman Bukit, Kulai manakala suaminya, Johan Hassan, 56, bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan bulanan RM2,000.

“Dia yang mendapatkan rawatan di HSA kemudian dirujuk ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan esok genap seminggu dia pulang ke rumah.

“Selain bergantung kepada susu khas disyorkan doktor, Mohd Asraf memerlukan lampin pakai buang serta peralatan perubatan lain,” katanya.

Aishah berkata, buat masa ini keluarganya menguruskan perbelanjaan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Mohd Asraf menerima kunjungan daripada sukarelawan Persatuan Amal Permata Takzim (Papeta) yang menghulurkan sumbangan barangan untuk kegunaannya.

“Walaupun sibuk menguruskannya saya masih meneruskan jualan di gerai di hadapan rumah.

“Saya menjaganya termasuk memberikan susu menerusi tiub empat jam sekali selain menyedut kahak menggunakan mesin dipinjamkan hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Rakyat Johan 220971345156.

Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbaga...


Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik.

Muhamad Iezad Mohamed Rosli atau dipanggil Ijad juga semakin kehilangan berat badan yang susut kepada sembilan kilogram (kg) berbanding 14.5 kg sebelum ini.

Ibunya, Norlanda Sahran, 40, bekas guru sekolah agama, berkata kesihatan anak sulungnya itu terus merosot sejak setahun lalu.

Dia yang menetap di Kampung Parit Shukur, Mukim 7, Parit Raja, Batu Pahat, dekat sini, berkata usus anaknya mengalami kebocoran menyebabkan najis tidak dapat disalurkan ke dalam beg najis di perutnya dengan sempurna.

“Dia sering diserang asma dan nanah kerap terhasil dalam telinga sehingga perlu disedut keluar. Ijad juga semakin kerap sawan dan muntah darah, malah tidak dapat tidur malam.

“Selain itu, Ijad juga kadang-kadang tidak mahu minum air menyebabkan kami memaksanya minum. Tubuhnya semakin cengkung dan mengecut.

“Walaupun semakin uzur, saya dan keluarga tetap tawakal dan berusaha sebaik mungkin untuk merawat Ijad termasuk membawanya ke klinik dan hospital jika komplikasi penyakitnya bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi.

Kisah Ijad yang dilahirkan dengan saiz badan sebesar botol kicap dan dijangka hanya mampu hidup selama seminggu selepas dilahirkan, dilaporkan pada 2015.

Dia dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kaki bengkok, berjari empat, tidak mempunyai dubur, tidak mampu bercakap selain sawan, pembesaran terhenti, asma kronik, telinga bernanah dan kerosakan saraf mata.

Sementara itu, Norlanda berkata, beliau sekeluarga juga akan terus memastikan Ijad mendapat rawatan sewajarnya bagi membolehkan dia terus sihat.

“Walaupun kami bukan keluarga senang dan mempunyai tanggungan lain, Ijad adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya seperti adik-beradiknya yang lain, ” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Ijad serta meredakan bebanan ditanggung mereka boleh menyumbang melalui akaun Maybank Norlanda 151267199739.

Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawata...


Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawatan peringkat awal,” kata suri rumah, Siti Nor Hidayah Zulkepli.

Siti Nor Hidayah, 34, berkata, dia dan suaminya tidak membuang masa atau menangguh rawatan yang sepatutnya diterima Nur Qalesya Damia atau Damia, 8, sebaliknya terus membawanya berjumpa doktor di hospital swasta di Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, keluarganya akan membincangkan berkaitan pembedahan yang disyorkan doktor termasuk prosedur ditetapkan dan Damia diminta untuk bertemu kembali doktor pada Ahad ini bagi rawatan lanjut.

“Doktor memberikan sejenis ubat bagi mengurangkan bengkak lidah Damia dan saya berharap ada perubahan.

“Saya berterima kasih kepada media dan begitu juga kepada semua penderma yang prihatin dengan keadaan Damia. “Hanya tuhan mampu membalas jasa semua penderma yang berhati mulia,” katanya.

Siti Nor Hidayah berkata, pihaknya pasti akan berkongsi perkembangan Damia bersama orang ramai termasuk menerusi media sosial.

“Penderma juga umpama sebahagian daripada ahli keluarga kami kerana mereka prihatin dan ambil berat berkaitan Damia, pasti kami akan berkongsi perkembangannya.

“Kami juga berharap orang ramai akan mendoakan kesembuhan Damia kerana tiada yang lebih istimewa berbanding doa kepada Allah SWT,” katanya.

Media semalam mendedahkan kisah Damia yang hidup menderita apabila lidahnya tersembul keluar kira-kira lima hingga enam sentimeter.

Damia menghadapi kesulitan untuk makan dan bertutur dan terpaksa menggunakan jarinya untuk menolak makanan ke dalam mulut dan tidak mampu mengunyah sebaliknya hanya menelan.

Sebelum ini, Damia pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di hospital swasta di Larkin serta dinasihatkan menjalani pembedahan, namun ia terpaksa ditangguh kerana keluarganya tidak mampu menyediakan dana berjumlah RM30,000.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan bagi menampung rawatan Damia menerusi akaun Maybank ibunya, 151276050894 atau menghubungi 019-7943850.

Kota Tinggi - Pasangan suami isteri memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui maklumat mengenai ibu kandung kepada seorang kanak-kanak...


Kota Tinggi - Pasangan suami isteri memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui maklumat mengenai ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki empat tahun yang dijaga sejak berusia 44 hari bagi memudahkan urusan pengambilan anak angkat.

Naziana Zainal, 39, berkata, dia menerima kanak-kanak yang diberi nama Mohamad Qayyum Nizam Abdullah itu 4 April 2015 di sebuah restoran di Bandar Kota Tinggi yang diserahkan sendiri oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai Samsiah Tumin.

“Saya hanya mengenali ibu kandung Mohamad Qayyum yang tinggal sementara di rumah ibu saudaranya yang juga kakitangan di tempat saya bekerja di Ladang Bukit Payung, Kota Tinggi. “Ibu kandung Mohamad Qayyum meminta saya menjaga anaknya itu untuk tiga bulan sementara dia mencari kerja.

“Namun, selepas tempoh itu sehingga ke hari ini, wanita berkenaan tidak muncul mengambil anaknya, malah nombor telefon yang diberikannya juga sudah bertukar milik menyebabkan kami gagal menghubunginya,” katanya.

Naziana berkata, dia dan suami, Mohd Nor Wardi, 41, tidak mempunyai masalah untuk menjadikan Mohamad Qayyum sebagai anak angkat memandangkan sudah menjaganya sejak bayi dan membesar bersama dua anak kandungnya masing-masing berusia 10 dan tujuh tahun.

Katanya, kerjasama wanita itu amat diperlukan bagi membolehkan proses pengambilan anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjalan lancar.

“Ibu kandung Mohamad Qayyum perlu menandatangani Surat Keizinan Pengangkatan untuk proses ini,” katanya yang juga hanya mengetahui bapa kandung kanak-kanak itu berasal dari Sarawak.

Sementara itu, pada 24 Januari lalu, Harian Metro ada menyiarkan berita mengenai JKM Johor Bahru yang sedang mengesan seorang wanita untuk menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri bagi membolehkan dua anak lelakinya yang kini di bawah jagaan agensi itu supaya dapat ke sekolah.

Difahamkan, dua kanak-kanak itu, Muhammad Aiman, 8 dan abangnya, Muhammad Aidil Alfian, 9, juga adalah anak kandung kepada Samsiah.

Kedua-dua kanak-kanak itu gagal didaftar ke sekolah berikutan tidak memiliki sijil kelahiran. Samsiah dikatakan meminta bantuan jiran di Ulu Tiram, untuk menjaga dua beradik itu buat sementara kerana mahu bertemu rakannya, tahun lalu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Samsiah boleh menghubungi Naziana di talian 019-7679458 atau Mohd Nor, 019-7120804.

Kota Tinggi - Seorang lelaki mencari ibu kandung anak angkat yang dijaganya sejak usia lima hari. Farah Imani yang dijaga sejak usia 5 h...


Kota Tinggi - Seorang lelaki mencari ibu kandung anak angkat yang dijaganya sejak usia lima hari. Farah Imani yang dijaga sejak usia 5 hari kini sudah berumur 2 tahun lebih. Norizan Nordin, 37, berkata, anak angkatnya, Farah Imani Abdullah kini sudah berusia dua tahun lebih telah dianggap sebagai anak sendiri. 

Menurutnya, dia dan isteri belum dikurniakan rezeki anak dan menganggap kehadiran Farah Imani sebagai satu anugerah dalam keluarga mereka. "Ibu kandung Farah Imani merupakan warga tempatan. Kami ambilnya di Pontian selepas rakan isteri memaklumkan ibu kandungnya mahu mencari keluarga angkat untuk bayinya itu. 

"Penyerahan dilakukan secara sukarela oleh ibu kandungnya bahkan dia meminta kami menjaga baik anaknya itu. "Ibunya juga memaklumkan akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat, namun sehingga kini tidak selesai dan kami gagal menghubunginya," katanya. 

Tambahnya, kini dia dan isteri sedang mengesan ibu kandung anak angkatnya itu bagi membantu urusan dokumentasi dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Tinggi. Jelasnya, proses berkenaan memerlukan kehadiran ibu kandung Farah Imani demi masa depan kanak-kanak itu terutamanya dari segi pendidikan. 

"Kami sudah anggap Farah Imani seperti anak kandung sendiri bahkan menyayanginya umpama darah daging kami. "Apa yang kami mahukan adalah yang terbaik untuk kehidupannya. Kami mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak lain," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi JKM Kota Tinggi: 07-883 5536.

Labis - “Saya tak nak minta apa-apa, cuma mengharapkan cucu, Muhammad Adam Asnawi Abdullah diberikan sijil kelahiran warganegara. Itu saha...


Labis - “Saya tak nak minta apa-apa, cuma mengharapkan cucu, Muhammad Adam Asnawi Abdullah diberikan sijil kelahiran warganegara. Itu sahaja yang saya pinta,” kata Normah Asinar.

Normah, 63, mendakwa, cucu ketiganya berusia kira-kira dua bulan berdepan masalah dokumen pengenalan diri disebabkan ibu kandungnya yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak mahu memberi kerjasama untuk membuat pendaftaran dan kini sudah melarikan diri.

Menurutnya, masalah itu berlaku kepada cucu bongsunya, manakala abang dan kakak Muhammad Adam Asnawi iaitu Muhammad Syawal Zanawi, 6 dan Siti Aisyah, 5, mempunyai sijil kelahiran biru atau diiktiraf sebagai warganegara Malaysia walaupun turut dibuang ibu bapa kandung mereka.

“Saya merayu kepada menteri atau pihak berkenaan supaya membantu Muhammad Adam Asnawi ini mendapatkan sijil kelahiran biru dan bukannya merah. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rawatan susulan dari Hospital Pakar Segamat (HPS).

“Ketiadaan sijil kelahiran menyebabkan Muhammad Adam Asnawi tidak mendapat bantuan pihak kebajikan sebagaimana yang diperolehi abang dan kakaknya. Nak pergi ke hospital, nak cucuk dan sebagainya kena bayar mahal kerana tak ada surat beranak ini.

“Saya tak minta benda lain, saya nak surat beranak sahaja untuk Muhammad Adam Asnawi... kesian dekat dia, saya sudah tua dan kurang sihat. Saya risau masa depan dia... nak sekolah, nak membesar dan bagaimana keadaan dia kalau saya dah mati nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Air Panas di Labis, hari ini.

Menceritakan kelahiran Muhammad Adam Asnawi, Normah mendakwa, cucunya itu dilahirkan di terminal bas di Kuala Lumpur, Disember lalu, sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan.

“Masa itu, ada seseorang telefon saya memberitahu perkara ini dan saya kemudian menelefon ambulans untuk membawa ke pusat perubatan berkenaan. Apabila keadaan sudah baik, pihak kebajikan hospital menelefon saya untuk membawa pulang anak perempuan dan cucu ke rumah di sini.

“Bagaimanapun, lebih kurang tiga hari di rumah, saya mengajak anak perempuan untuk mendaftarkan Muhammad Adam Asnawi tetapi dia menolaknya dan lari dari rumah. Saya kemudian membawa sendiri cucu untuk didaftarkan tetapi hanya diberikan sijil kelahiran merah atau bukan warganegara.

“Paling saya risau, Muhammad Adam Asnawi ini mengalami sakit yang agak kronik dan sebab itulah kena bawa ke HPS untuk rawatan. Tanpa dokumen ini, kos rawatannya agak mahal berbanding kemudahan yang disediakan kerajaan untuk warganegara,” katanya.

Normah yang juga seorang ibu tunggal berkata, atas sebab itulah dia berharap kerajaan membantunya kerana khuatir nasib dan masa depan cucunya mungkin berdepan masalah akibat tidak diiktiraf sebagai warganegara.

Selain itu, dia memohon Menteri Pendidikan supaya membantu dua cucunya iaitu Muhammad Shawal Zanawi dan Siti Aisyah supaya ditukarkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis kerana jaraknya lebih dekat.

“Kalau boleh nak minta tukar sekolah dari SJKC Sungai Karas ke SJKC Labis kerana jarak lebih dekat. Kalau tidak, jam 5 pagi dah kena bertolak ke sekolah dan bila pulang, kena tumpang orang dan berjalan kaki. Bagaimanapun, isu sijil kelahiran ini lebih utama,” katanya.

Ditanya mengapa tidak menghantar dua cucunya ke sekolah berhampiran, Normah berkata, dia terpaksa menghantar ke sekolah yang agak jauh bagi mengelak tohmahan orang ramai yang sering mengejek mereka dengan perkataan tidak baik.

“Tak ada istilah negatif yang patut diberikan kepada tiga cucu saya ini kerana mereka tidak berdosa dan saya juga tidak mahu berkelahi dengan orang lain. Selagi hayat masih dikandung badan, saya akan tetap menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Johor Bahru - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ke...


Johor Bahru - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan kepada jemaah surau di Kampung Sri Purnama, Johor Bahru, 13 Januari lalu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kejadian berlaku sebelum solat Maghrib kira-kira jam 7 malam.

Menurutnya, seorang jemaah berusia 57 tahun mendakwa didatangi seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap bersama seorang wanita tidak pasti bangsa dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, lelaki berkenaan bertindak menyerahkan bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat selain dibedung kepada jemaah surau. Katanya, difahamkan lelaki berkenaan mendakwa menjumpai bayi itu di sebuah warung berhampiran.

“Lelaki itu yang gagal mendedahkan identitinya meninggalkan surau berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak menyerahkan sebarang dokumen berkaitan bayi itu. “Ia mengakibatkan jemaah surau tidak sempat bertanya maklumat lanjut berkaitan bayi itu,” katanya.

Normawarni berkata, JKM menerima maklumat berkaitan pengabaian bayi itu menerusi Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 15 Januari lalu.

Menurutnya, sepanjang bayi berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital, tiada sebarang tuntutan atau lawatan daripada waris.

Katanya, perintah jagaan sementara dikeluarkan mengikut Subseksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh mahkamah pada 27 Januari lalu supaya bayi berkenaan ditempatkan di institusi JKM untuk sementara waktu.

“Kami berusaha mengesan waris kanak-kanak berkenaan untuk penyediaan laporan pelindung sebelum dikemukakan kepada mahkamah.

“Buat sementara waktu, bayi berkenaan dinamakan sebagai Nelydia dan kami berharap waris bayi yang kini berusia 23 hari atau lebih tiga minggu menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606,” katanya.

“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tis...


“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tisu atau Maxillary Osteosarcoma tahap empat, Abdul Halim Haron, 43, semalam.

Abdul Halim berkata, dia sentiasa berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus bertahan hingga menemui ubat sesuai bagi rawatan kemoterapi.

Beliau berkata, nasibnya agak malang berbanding pesakit kanser lain memandangkan ubat digunakan ketika rawatan kemoterapi sebanyak 10 kali di sebuah hospital awam di Johor Bahru tidak mampu membantu mematikan sel kansernya, sebaliknya sel itu semakin aktif.

Menurutnya, kanser berkenaan hanya berlaku dua dalam 1,000 individu dan pesakit kebiasaannya akan mengalami kesan pada bahagian kaki dan tangan.

“Sebaliknya saya mengalami pada bahagian wajah terutama mata kanan yang terjejas akibat kanser itu.

“Pada awalnya, saya hanya mengalami masalah kebas pada pipi kanan dan pada Oktober 2017 dan menjalani pembedahan untuk resdung pada Januari 2018.

“Ketika pembedahan itu, doktor menemui ketumbuhan di pipi kanan dan mengambil sampelnya untuk diuji.

“Pada Februari 2018, saya disahkan menghidapi kanser dan menjalani rawatan kemoterapi sejak itu hingga awal Januari tahun ini,” katanya.

Abdul Halim berkata, doktor bagaimanapun menyatakan ubat kemoterapi berkenaan tidak sesuai baginya kerana ia mengaktifkan sel kanser.

Menurutnya, malah ketumbuhan dialaminya semakin membesar hingga ia menutup bola mata, selain mengakibatkan matanya tersembul keluar serta penglihatannya terjejas.

Katanya, doktor memberi pilihan untuk menghantar sampel ketumbuhannya ke Amerika Syarikat untuk diuji supaya dapat menentukan ubat kemoterapi yang paling sesuai digunakan bagi rawatan.

“Saya difahamkan proses ujian di makmal memakan masa sebulan,” katanya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, keluarganya diminta untuk menyediakan dana berjumlah RM18,000 bagi membiayai kos penghantaran sampel ketumbuhan dan ujian di makmal di negara berkenaan.

“Buat masa ini, kami memang tidak dapat menyediakan wang memandangkan kami sekeluarga bergantung kepada pendapatan isteri, Norizan Abdul Nasir, 41, kira-kira RM2,000 hasil menjual kuih-muih dan biskut.

“Malah, semua anak saya termasuk tiga lelaki dan tiga perempuan berusia antara lima hingga 17 tahun bersekolah,” katanya.

Abdul Halim berkata, dia yang juga bekas perunding takaful sebuah syarikat insuran juga berharap mampu menyediakan dana RM18,000 dalam tempoh masa terdekat.

“Saya masih banyak tanggungjawab terutama sebagai ketua keluarga dan saya sentiasa berdoa mampu bertahan bagi menjalani kemoterapi menggunakan ubat sesuai,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Abdul Halim di 151258453616 atau isterinya di 551258508375.

Johor Bahru: “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sepa...


Johor Bahru: “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sepanjang hayat apabila doktor menyatakannya mungkin terlantar seumur hidup akibat strok otak,” kata Zahizan Hasrin, 42.

Zahizan berkata, dia tidak sangka suaminya, Shamsul Kamal Jamaludin, 45, yang bekerja sendiri dan aktif sebagai sukarelawan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih lima tahun lalu kini terlantar.

Dia yang juga guru Sekolah Menengah Medini dekat sini berkata, suaminya gemar membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bersedia membantu tanpa mengira waktu dan sanggup menolak tepi urusan perniagaan dalam soal berkenaan.

Menurutnya yang tinggal di Taman Pulai Indah, suaminya juga pernah memperjuangkan beberapa isu dihadapi komuniti setempat dan sentiasa bersikap peramah.

Katanya, antara golongan yang dibantu suaminya termasuk pesakit kronik, golongan orang kurang upaya (OKU), daif dan warga emas.

“Pada masa sama dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa serta sentiasa mengambil berat berkaitan kami,” katanya.

Zahizan berkata, suaminya memiliki empat cahaya mata termasuk seorang zuriat hasil perkongsian hidup bersamanya selain tiga anak hasil perkahwinan terdahulu di Pulau Pinang.

“Suami mula mengalami strok otak sejak 9 Oktober lalu.

“Kini dia masih di Wad Dahlia, Hospital Sultanah Aminah (HSA) walaupun doktor membenarkan penjagaan di rumah kerana sudah tamat rawatan, tetapi kami tidak dapat menyediakan kemudahan diperlukan.

“Dia perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, mesin penyedut kahak dan tabung oksigen dengan anggaran kos bagi kemudahan berkenaan adalah RM58,950,” katanya.

Zahizan berkata, keluarganya tidak memiliki dana yang mencukupi bagi membeli kemudahan berkenaan.

“Saya berharap dapat memberi penjagaan kepadanya di rumah keluarga, tetapi buntu memikirkan kos pembelian kemudahan berkenaan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan bagi membantu keluarga Shamsul menampung kos pembelian kemudahan diperlukan menerusi akaun Maybank Zahizan Hasrin, 151212108172.

KETIKA dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, 36, yang tingg...


KETIKA dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, 36, yang tinggal dalam keadaan daif di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat.
Lizawati yang menunggu masa melahirkan anak keempat itu semakin tertekan kerana suaminya yang berusia 44 tahun yang terlantar di hospital sejak sebulan kini disahkan menghidap kanser peti suara menjadikan keluarganya hilang tempat bergantung.
Kehidupan wanita Orang Asli itu juga semakin sukar selepas suaminya koma dua hari pada minggu lalu dan dipindahkan ke Hospital Melaka menyebabkan dia tidak lagi mampu menjaga atau menjenguk suaminya itu.

Pondok hampir runtuh didiami keluarga Lizawati itu didirikan di tanah rizab Jabatan Saliran dan Pengaliran (JPS) yang memberi ihsan buat mereka menumpang berteduh.
Lebih memilukan, keadaan pondok Lizawati bukan saja tidak sesuai didiami kerana senget dan hampir menyembah bumi malah ruangan dalam rumah juga digenangi air laut pasang sehingga peralatan terapung.
“Macam inilah keadaan rumah kami, bila air pasang, air laut masuk sampai ke paras lutut. Kebanyakan peralatan rumah termasuk tilam memang sentiasa basah digenangi air laut, namun kami empat beranak termasuk tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun sudah biasa hidup susah.
“Kami sekeluarga akan tidur di atas tong kosong yang disusun serta dialas kotak yang diikat pada dinding supaya bila air laut masuk rumah, kami tidak ditenggelami air laut.
“Persediaan tiga anak ke sekolah pun tiada, namun bersyukur ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin yang menyumbangkan baju serta kasut sekolah cuma saya masih tidak mampu membayar yuran serta membelikan buku tulis untuk anak-anak lagi,” katanya ketika ditemui NSTP.
Terdahulu, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad meninjau keadaan rumah Lizawati selain membantu membayar yuran dan membeli keperluan sekolah untuk tiga anaknya.
Sementara itu, Lizawati berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga maklum dia sekeluarga tinggal di pondok senget dan daif serta menumpang di tanah rizab JPS sejak lapan tahun lalu.
“JAKAO berjanji akan membina rumah di kawasan berdekatan jika ada peruntukan Jun nanti, namun jika tiada mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
“JAKOA mencadangkan supaya saya sekeluarga menumpang di stor sekolah agama berhampiran atau surau buat sementara namun atas faktor keselamatan dan tidak mahu mengganggu murid sekolah dan jemaah surau, biarlah kami kekal di rumah sedia ada ini, ” katanya.
Ditanya bagaimana persediaan melahirkan anak keempat dalam suasana kediaman yang daif dan tidak sesuai untuk membesarkan bayi, Lizawati berkata, dia hanya mampu berserah kepada takdir.
“Anak kedua dan ketiga saya pun dibesarkan dalam pondok ini dalam keadaan seadanya. Cuma saya bimbang kerana bila-bila masa saja akan melahirkan anak kerana sudah cukup bulan.
“Saya beruntung kerana untuk makan dan minum, ibu serta adik banyak membantu walaupun mereka pun susah malah tiga anak turut menerima bantuan persekolahan RM100 setiap seorang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia membantu meringankan beban kami,” katanya.


JOHOR BAHRU – Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang memerlukan sumbangan daripada orang r...


JOHOR BAHRU – Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang memerlukan sumbangan daripada orang ramai berikutan anak sulungnya disyaki menderita penyakit saraf manakala bayinya mengalami ‘hypotonia’.

Empat bulan lepas, Nurul Ain Zakaria, 33, perlu menerima hakikat anak ketiganya, Nur Aurora Darmaya Amirul Amri, lima bulan, mengalami hypotonia ataupun masalah otot lemah selain pelbagai komplikasi sejak dilahirkan termasuk kegagalan pernafasan dan kekejangan otot.

Terbaru, awal bulan ini pula, anak sulungnya, Nur Adriana Aqilah Muhammad Fairus,10, pula mengalami masalah saraf, kadang kala hilang ingatan dan sawan ketika tidur.

“Apabila ramai orang, Nur Adriana Aqilah macam tidak selesa dan emosinya tidak boleh dikawal. Memandangkan dia sudah besar dan dia tahu dia sakit, mungkin dia tidak boleh terima keadaan ini.

Saya bimbang kadang kala dia (Nur Adriana Aqilah) terlupa dia berada di mana, ingatan dia lemah dan pernah keluar rumah seorang diri,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Pasir Gudang, di rumahnya di Taman Air Biru, dekat Pasir Gudang, hari ini, yang disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Che’ Zakaria Mohd Salleh.

Nurul Ain berkata Nur Aurora Darmaya hanya bergantung kepada ubat dan sering mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, manakala Nur Adriana Aqilah di Hospital Pakar Puteri, di sini, dengan kedua-dua anaknya itu perlu dibawa ke hospital dengan menggunakan perkhidmatan Grab kerana dia tidak memiliki kenderaan.

Nurul Ain yang bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan dua suami berkata dia terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang sejak Februari lepas akibat masalah kesihatan anak-anaknya itu dan hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,000 sebulan.

“Tetapi, bantuan ini tidak mencukupi kerana saya juga memerlukan wang sebanyak RM5,600 untuk ujian genetik kedua-dua anak bagi mencari punca penyakit mereka selain menampung kos perubatan serta persekolahan Nur Adriana Aqilah dan anak kedua, Muhamad Izz Darwisy, yang berumur lapan tahun,” katanya.

Sementara itu, Che’ Zakaria berkata pihaknya akan berusaha membantu Nurul Ain dari segi perubatan dan persekolahan anak-anaknya.

Mereka yang mahu menyalurkan bantuan pula boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Public Bank 6818759121 atas penama Nurul Ain Zakaria atau berhubung dengannya di talian 017-4868046.- Bernama

LULUH hati ibu apabila anak yang dikandung sembilan bulan dijangka hanya mampu hidup sehingga usia lima tahun selepas disahkan menghidap ...


LULUH hati ibu apabila anak yang dikandung sembilan bulan dijangka hanya mampu hidup sehingga usia lima tahun selepas disahkan menghidap penyakit jarang dijumpai, sistik fibrosis.

Namun bagi Nur Nabila Mohd Ros, 30, dia percaya kuasa Tuhan menentukan segalanya dan terus berusaha mencari penawar penyakit anak bongsu, Aira Zafira Ahmad Harun Arif, 12 bulan, walaupun ada pihak mengatakan peluang hidup sangat tipis.

Nur Nabila berkata, penyakit sistik fibrosis menyebabkan kegagalan fungsi badan membabitkan sistem penghadaman dan paru-paru, sekali gus menyebabkan anaknya mudah diserang sakit dan perlu dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Serdang, Selangor ibarat rumah kedua Aira Zafira dengan tempoh paling lama rawatan sehingga enam bulan apabila doktor melakukan ujian bagi mengetahui punca penyakit dan rawatan bersesuaian.

“Doktor memaklumkan penyakit berkenaan disebabkan masalah genetik dan kurang daripada 20 pesakit yang menghidapinya di negara ini.

“Saya berusaha mengesan pesakit sistik fibrosis bagi berkongsi pendapat dan kaedah rawatan, namun usia paling tua mereka hanya 30 tahun namun meninggal dunia tahun lalu,” katanya yang menetap di Kampung Melayu, Kulai, Johor.

Ibu tiga anak berusia 12 bulan hingga lima tahun itu berkata, Aira Zafira memerlukan susu khas bagi menambah berat badan selain bergantung kepada beberapa ubat dan tabung oksigen.

“Saya perlu sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk susu dan ubat sahaja tidak termasuk kos pengangkutan serta rawatan susulan di hospital.

“Sekarang kami hanya bergantung kepada suami, Ahmad Harun Arif Paing sebagai pemandu Grab Car dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

“Walaupun terbeban, sebagai ibu saya tidak sanggup lihat anak menderita dan rela buat apa saja demi kesihatannya,” katanya.

Nur Nabila berkata, dia juga mahu memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan penyakit berkenaan kerana ramai tidak tahu ia boleh membawa maut.

“Walaupun ramai yang mengatakan umur pesakit tidak panjang, saya percaya dan terus berusaha mencari penawar untuk anak perempuan tunggal saya,” katanya yang memberitahu Aira Zafira mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan bagi menampung kos rawatannya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank, 151575344923 dan Bank Simpanan Nasional, 0116441000022155 milik Ahmad Harun Arif.

Kongsi Portal Ini