Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata ber...
Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata berusia antara tiga hingga 14 tahun selepas kematian suaminya pada Januari lalu.
Lebih pilu, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga dan menampung kos perubatan si bongsu, Nur Airis Maisarah Mohd. Zulkarnaen, 3, yang mengalami masalah buah pinggang bocor.
"Saya kerja tak menentu. Saya buat macam-macam, mengikut tawaran yang ada. Kadang-kadang orang minta tolong berniaga, ada kalanya orang minta saya buat kerja penghantaran barang.
"Pada masa sama, saya juga ambil tempahan kuih-muih tradisional. Tapi sekarang kos bahan mentah semua dah meningkat, saya pun serba-salah untuk naikkan harga.
"Bila buat macam-macam kerja, memang saya terkejar dengan masa. Nak uruskan anak yang sekolah lagi, kemudian nak uruskan anak bongsu yang sakit. Masa saya kena atur sendiri," ujarnya.
Mesra disapa Faizah, dia yang menetap di Temerloh, Pahang mengakui perjalanan kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata selepas suaminya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.
Paling sedih katanya, dia juga terpaksa mengurangkan kekerapan rawatan untuk anak bongsunya kerana perbelanjaan dari Pahang ke ibu negara memakan belanja yang besar.
"Anak saya mula sakit masa dia umur setahun enam bulan. Dia menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
"Dulu kami akan bawa dia untuk dimasukkan ubat sebanyak tiga kali seminggu. Tapi selepas kematian suami, saya minta doktor kurangkan kekerapan rawatan.
"Saya tak mampu nak pergi tiga kali seminggu. Saya minta budi bicara mereka agar rawatan dibuat sekali sebulan saja.
"Lepas suami tiada, saya memandu sendiri ke hospital. Kos sehala dah makan belanja lebih RM100 untuk minyak dan tol. Kami memang tak makan kalau ke sana, kami bawa bekal saja.
"Setiap kali pergi sana, anak-anak yang lain saya tinggalkan di rumah saya atau tumpangkan di rumah nenek mereka. Mujurlah nenek duduk dekat," ujarnya lagi.
Menurut Faizah, doktor juga tidak dapat memberi jaminan mengenai masa depan anaknya, malah peluang untuk sembuh sepenuhnya juga masih lagi samar.
"Bila dia alami buah pinggang bocor, kalau silap bagi makan, habis bengkak satu badan. Dia juga akan alami sakit perut dan cirit-birit," ujarnya lagi.
Selain anaknya, Faizah juga menghidap sakit tiroid, sekali gus memberi kesan untuknya menjalani kehidupan harian secara normal.
"Saya mula sakit selepas melahirkan anak bongsu. Kesannya, kadang-kadang saya akan rasa letih. Tiba-tiba dada jadi laju, macam kita rasa gemuruh. Sakit tak menentu.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Faizah atau menghubunginya:
Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembe...
Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembedahan pada Ogos tahun lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi yang merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik itu baharu sahaja dibawa pulang dari Hospital Jerantut di sini selepas menerima rawatan akibat demam dan jangkitan kuman.
“Keadaannya semakin teruk apabila sukar bernafas dan ketika bernafas melalui mulut serta tiub yang dipasang di kerongkong, ia berbunyi dengan kuat dan nampak dia begitu sukar menarik dan menghela nafas.
“Pihak hospital memberitahu anak saya perlu disediakan peralatan pernafasan oksigen di rumah dan sehingga kini kami masih belum menyediakannya kerana tidak mampu membelinya,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.
Menurut Hasanah, dia amat sedih melihat anaknya yang sukar bernafas selepas kembali dari rawatan minggu ini malah keadaannya semakin teruk sekiranya tanpa bantuan peralatan tersebut.
“Saya tidak tahu hendak kata apa lagi hanya bertawakal dan berserah kepada Allah SWT di bulan Ramadan ini apabila melihat penderitaan anak saya,” katanya.
Menyingkap penyakit Mohd. Hamidi, Hasanah berkata, anaknya pernah mengalami penyakit bahagian dalam kepala agak serius dan mula menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos tahun lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.
“Susulan penyakit bahagian dalam kepala agak serius, dia (Mohd. Hamidi) dibedah kali kedua di hospital sama pada 11 Ogos 2021 kemudian disusuli pembedahan bahagian tekak sehingga keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini.
“Sebelum bulan puasa ini, dia mengalami demam yang teruk dan dihantar untuk rawatan di Hospital Jerantut selama hampir seminggu dan kemudiannya pulang ke rumah dan keadaan pernafasan Mohd Hamidi bertambah teruk,” katanya.
Hasanah berkata, akibat tekanan kesakitan yang dialaminya menyebabkan Mohd. Hamidi kerap meracau dan meronta apabila dia sedar dari tidur sehinggalah membimbangkan mereka sekeluarga.
Selanjutnya, bekas pekerja kebersihan sekolah itu menambah, dia bersama seorang anak perempuannya, Juliayana bergilir-gilir menjaga Mohd. Hamidi yang terlantar dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan pembuangan najis termasuk menyediakan susu khas yang disalurkan melalui tiub di bahagian mulut.
Katanya, Mohd. Hamidi yang merupakan duda anak seorang ketika sihat sebelum ini merupakan harapan keluarga kerana banyak membantu bapa, Khairudeen Ismail, 77, menguruskan ladang sawit di Felda Kota Gelanggi Dua.
Sementara itu, Juliayana berkata, mereka terpaksa berbelanja sebanyak RM900 sebulan untuk membeli 10 tin susu khas sebagai makanan Mohd. Hamidi dalam tempoh dia terlantar sakit.
“Kami juga berbelanja lampin pakai buang yang kesemuanya termasuk susu khas mencecah perbelanjaan. hampir RM1,500 perlu disediakan untuk kebajikannya.
“Bebanan semakin bertambah apabila abang saya memerlukan peralatan pernafasan oksigen yang dianggarkan harga mencecah hampir RM3,000 sebuah bagi membolehkan dia bernafas tanpa gangguan dan mereka tidak mampu menyediakannya,” katanya.
Juliayana berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu mereka membelikan sebuah alat pernafasan bagi membolehkan Mohd Hamidi bernafas untuk meringankan sedikit penderitaannya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin memberikan sumbangan boleh salurkan kepada nombor akaun bank berikut atas nama Hasanah Mahamud Yusoff atau menghubungi Juliayana.
Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang...

Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang kepala (cerebellar mudulloblasroma) selain untuk melihat anak kesayangannya itu sembuh.
Shayfullah Mohamad, 52 dari Perumahan Balok Permai Fasa 2 di sini berkata, anaknya Muhammad Firas Iqbal Shayfullah disahkan mengidap penyakit itu dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunggu untuk menjalani pembedahan.
Dia yang kini berada di HKL sejak Rabu berkata, anak kelimanya itu dijangka menjalani pembedahan pada Jumaat atau Isnin depan bergantung kepada kekosongan bilik pembedahan.
"Saya harap pembedahan dapat dijalankan dengan segera dan lancar demi kesembuhan Muhammad Firas Iqbal.
"Saya amat mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar pembedahan ini berjaya dan anak saya akan kembali sihat seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Shayfullah berkata, penyakit anaknya itu dikesan sejak awal tahun ini apabila Muhammad Firas Iqbal sering mengadu sakit kepala dan muntah.
"Pada mulanya saya dan isteri, Rosasnita Abdullah, 45 beranggapan dia hanya sakit kepala biasa.
"Sekitar Jun lalu, keadaannya semakin teruk dan kami bawanya ke Klinik Kesihatan Balok untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan mengidap kanser otak," katanya.
Tambahnya, pada 19 Ogos lalu, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong di sini terpaksa menjalani pembedahan di HTAA untuk membuang air dalam kepalanya.
"Sebagai bapa saya tetap perlu bersedia untuk pembedahan dan selepas pembedahan ini nanti.
"Saya agak risau memandangkan sudah tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Shayfullah di talian berikut:
Maran - Siapa sangka setahun lalu, Tazulfakri Anuar, 49, boleh bergerak bebas dan menebar roti canai sebagai sumber pendapatan keluarga tet...
Maran - Siapa sangka setahun lalu, Tazulfakri Anuar, 49, boleh bergerak bebas dan menebar roti canai sebagai sumber pendapatan keluarga tetapi kini berkerusi roda akibat komplikasi melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang berlaku.
Tazulfakri yang tinggal di Felda Jengka 23, di sini, disahkan doktor menghidap penyakit berkaitan jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah yang melemahkan sistem imun termasuk hati.
 |
Melioidosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Gram-negatif, Burkholderia pseudomallei, yang terdapat pada tanah dan air. |
Menurutnya, jangkitan itu mungkin berlaku ketika dia berkebun di ladang mentua di Felda Jengka 23 awal September tahun lalu.
"Kebetulan saya lambat mandi. Beberapa jam kemudian saya demam, sakit kepala, muntah dan lemah seluruh badan. Saya demam berpanjangan yang tidak sembuh-sembuh.
"Saya dihantar ke Hospital Jengka dan seterusnya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk didiagnosis doktor pakar dan disahkan menghidap melioidosis," katanya.
Dia berkata, akibat penyakit itu, dia terpaksa menjadi penghuni tetap Hospital Jengka dan HOSHAS secara bergilir-gilir manakala sumber pendapatan keluarga terputus.
"Sebelum ini, rezeki kami ialah berniaga roti canai dibantu isteri, Rodziah Md Salleh, 43, di Felda Jengka 23 dengan pendapatan sederhana tetapi cukup menampung keluarga.
"Sejak daripada kejadian yang tidak disangka ini, isteri mengambil upah menjaga gerai jiran sekadar cukup makan.
"Saya kini bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.
Dia berkata, dia tiada punca pendapatan untuk menanggung empat anak yang masih belajar dan hanya bergantung dengan isteri selain sumbangan orang ramai.
Orang ramai ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Tazulfakri Anuar atau menghubunginya:
views
Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak...
Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga akibat kematian suaminya awal tahun ini.
Pada usia 37 tahun, Adicky Dzuliana Ab. Rahman yang tinggal di Taman Gemilang di sini melalui ujian besar apabila perlu menjadi ketua keluarga bagi menyara dan membesarkan tujuh anak lelakinya yang berusia tiga bulan hingga 12 tahun selepas suaminya Norhisam Adun meninggal dunia dalam usia 59 tahun akibat serangan jantung.
Adicky Dzuliana berkata, kehidupannya dan keluarga kini hanya semata-mata bergantung kepada ihsan saudara mara dan jiran.
“Arwah suami dulu berniaga kecil-kecilan berdekatan tempat tinggal kami di Kampung Melayu, Kepong, Selangor dan pendapatannya sekadar cukup untuk kami anak beranak.
“Namun selepas dia meninggal dunia, saya hilang tempat bergantung dan dibantu saudara sepupu berpindah ke sini dan sekarang perlu memikirkan bagaimana cara memperoleh wang belanja bagi membesarkan anak,” katanya di sini semalam.
Adicky Dzuliana yang berasal dari Kuala Krai Kelantan berkata, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan anak-anaknya berusia tujuh tahun, sembilan tahun, 11 tahun dan 12 tahun dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain agar mempunyai masa depan yang cerah.
Walau bagaimanapun katanya, atas pelbagai faktor termasuk desakan hidup menyebabkan empat anaknya yang sepatutnya bersekolah tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sehingga hari ini.
“Bukan saya tidak mahu keluar bekerja, tetapi memikirkan anak-anaknya yang masih kecil perlu diberi perhatian penuh termasuk keselamatan di rumah malahan tidak mampu menghantar di bawah jagaan pengasuh dan tadika,” katanya.
Ujarnya, dia berterima kasih kepada keluarga saudara sepupunya kerana membayar sewa bulanan rumah mereka dan membantu barangan keperluan dapur untuk anak-anak serta ibunya berusia 77 tahun yang kini terlantar akibat strok.
Katanya, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut yang telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM450 sebulan sejak Oktober lalu.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adicky Dzuliana menerusi talian berikut atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Adicky Dzuliana.
views
Jengka - Malang tidak berbau. Selepas 9 tahun berlalu, mangsa terkena percikan api, Muhamad Iqram Hashim, 11, dari Felda Jengka 23, di sini...
Jengka - Malang tidak berbau. Selepas 9 tahun berlalu, mangsa terkena percikan api, Muhamad Iqram Hashim, 11, dari Felda Jengka 23, di sini tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun fizikalnya tidak normal seperti remaja lain.
Ketulan daging yang tumbuh di bahagian muka, tangan, telinga, dada dan paha itu semakin mengecut namun rasa gatal masih lagi dialami remaja itu terutamanya ketika berada di kawasan panas.
Ibunya, Suraya Abdul Manan, 39, memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu sudah lali dan tidak lagi janggal berbanding ketika mula memasuki zaman persekolahan.
Menurutnya, anaknya itu mengeluh ketika kulitnya terasa gatal apabila berpeluh dan Suraya hanya mampu meletakkan ubat krim terhadap Iqram.
"Lengan Muhamad Iqram akan dipasang suatu alat berikutan tangannya tidak boleh diluruskan selain berdepan masalah kerosakan gigi dan kulit.
"Namun, kos sebenar pemasangan alat itu masih belum diketahui namun mencecah ribuan juga dan saya juga sedang berusaha mencari dana" katanya.
Dalam insiden yang berlaku pada 2011 di Felda Kumai, Bera, Muhamad Iqram yang berusia dua tahun ketika itu melecur hampir 50 peratus selepas terkena percikan api ketika ibunya sedang membakar sampah.
Secara tiba-tiba ada sesuatu meletup dan terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena pada Muhamad Iqram yang sedang tidur.
Tambahnya, anaknya perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan sekali untuk pemeriksaan dan rawatan.
Suraya kini bergelar ibu tunggal selepas suaminya, Hashim Mualaf, meninggal dunia pada April lalu akibat penyakit jantung.
"Saya kini menetap bersama keluarga di Jengka 23 dan bergantung hidup pada mereka," katanya lagi.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Suraya Binti Abdul Manan atau hubunginya:
views
Bentong - "Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila enam jari dan dua jari kaki harus dipotong. "Dunia nampak gelap ...
Bentong - "Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila enam jari dan dua jari kaki harus dipotong.
"Dunia nampak gelap ketika para doktor mengatakan bahawa hal itu harus dilakukan untuk menyelamatkan nyawa Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif," kata Kaasnida Mohamed Nazar, 32.
Dia mengatakan bahawa anaknya yang berusia tiga tahun menderita lebam di jari dan jari kaki yang kelihatannya reput atau gangren pada bulan Ogos tahun lalu.
Kata-kata itu menyentuh hati kedua ibu bapanya Mohamad Razif Razali, 38, dan Kaasnida Mohamed Nazar, 32, kerana anak lelaki berusia tiga tahun itu kehilangan kedua-dua kakinya yang terpaksa diamputasi kerana gangren.
Kaasnida mengatakan bahawa dia cukup tersentuh dengan kata-kata anaknya yang masih tidak memahami apa-apa dan harus melalui kehidupan yang berbeza dalam sekelip mata ketika dia masih muda.
"Dia suka melihat video dia berjalan ketika berusia dua tahun sebelum memotong kedua-dua kaki dan jari, saya melihatnya begitu kuat dalam menghadapi cabaran ini dan begitu aktif berjalan dan bermain walaupun dengan lutut," katanya.
Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya, Kaasnida mengatakan, ia bermula ketika Muhamad Ziyad Amzar demam dengan suhu 39.8 darjah celcius pada 2 Ogos tahun lalu dan terdapat bintik-bintik merah di tangan dan kakinya.
Katanya, dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Bentong sebelum dihantar ke Hospital Lipis dan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
"Selama dua minggu di Hoshas, kaki dan jarinya kelihatan hitam dan gangren sehingga dia sering mengerang kesakitan.
"Kerana keadaan yang semakin buruk, doktor memutuskan untuk memotong jarinya pada bulan Ogos tahun lalu sebelum memotong kedua kakinya pada bulan September tahun lalu," katanya.
Dia mengatakan, berdasarkan keadaan anaknya, doktor yang merawatnya mengatakan bahawa kemungkinan anaknya mengalami serangan meningokokus.
Sementara itu, katanya, dia yang bekerja di sebuah kilang di sini harus mengambil cuti tanpa gaji sejak tahun lalu untuk menjaga anak-anaknya dan hanya bergantung pada pendapatan suaminya yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.
Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Kaasnida Mohamed Nazar atau menghubunginya:
views
Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya ...
Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya Garok di sini menguji ketabahan seorang ibu.
Bayi berkenaan, Muhammad Aisy Dayyan Sapuan menghidap penyakit jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan tulang kaki selepas beberapa hari dilahirkan.
Anak ketiga Siti Nor Farhanis Mohamad Faudzi, 23, itu hanya menangis mungkin kerana menahan sakit.
Menceritakan masalah dihadapi, Siti Nor Farhanis berkata, dia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa Muhammad Aisy mengalami penyakit jantung berlubang dan masalah bahagian anggota berkenaan.
"Pada ketika itu saya mula sedih, tertekan memikirkan kesihatan Muhammad Aisy. Luluh hati saya dibuatnya bila melihat penderitaan dilaluinya sejak dilahirkan.
"Ya-Allah, berat sungguh dugaan ini. Tapi saya reda dengan ketentuannya. Saya sentiasa berdoa supaya penyakitnya sembuh dan sihat semula seperti kanak-kanak lain," katanya di sini semalam.
Siti Nor Farhanis berkata, dia dan suaminya, Sapuan Zali, 32, perlu membawa Muhammad Aisy untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh setiap dua atau tiga kali bulan.
"Sekarang saya sedang menunggu keputusan doktor pakar untuk membolehkan dia menjalani pembedahan tulang belakang dan jantung.
"Sama ada boleh dibedah akan ditentukan menerusi temujanji pada 14 Julai ini bagi memaklumkan jumlah kos pembedahan," katanya.
Siti Nor Farhanis berkata, dia tidak dapat bekerja memandang Muhammad Aisy memerlukan jagaan rapi daripadanya dan berharap kepada pendapatan suami sebagai buruh kilang.
Hari ini DUN Tahan menyampaikan sumbangan peralatan kereta sorong dan 'baby-bouncer' bagi memudahkan pergerakan dan tidur termasuk keperluan dapur, lampin pakai buang dan wang tunai.
Di samping itu pihak MUIP di sini dimaklumkan bagi membantu menyalurkan bantuan perubatan untuk bayi ini.
Mereka yang ingin membantu Muhammad Aisy boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Nor Farhanis atau menghubunginya:
views
Kuantan - Dukacita dimaklumkan bahawa Wan Afiqah Fatimah bt W Sazali pelajar semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Nege...
Kuantan - Dukacita dimaklumkan bahawa Wan Afiqah Fatimah bt W Sazali pelajar semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau baru sahaja ditimpa kemalangan, kebakaran rumah di Beserah, Kuantan.
Dengan rendah hati ini, marilah kita menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan seikhlas hati. Semoga bantuan yang disumbangkan dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Terima kasih.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Wan Afiqah Fatimah binti W Sazali:
views
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)