Pelajar SPM 7A hidup serba daif sara keluarga, tiada wang masuk universiti - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad...

Pelajar SPM 7A hidup serba daif sara keluarga, tiada wang masuk universiti


Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran rumah bagi membantu keluarganya.

Gadis dari Kampung Belakang Stadium di sini itu berkata, dirinya tiada pilihan lain berikutan bapa, Norshahrin Halim, 45, tidak mampu bekerja selepas mengalami masalah saraf dan tulang akibat kemalangan pada September 2013.

"Saya memperoleh 7A, 1B+, 1C dan 1D dalam keputusan SPM baru-baru ini. Jika layak, saya merancang melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, saya perlu mencari duit sebagai persediaan ke universiti dan menyara keluarga.

"Bapa tidak mampu bekerja lagi, manakala ibu, Sarah Bee Bee M S M Ibrahim, 57, hanya suri rumah dan perlu menjaga moyang saya yang terlantar kerana sakit tua," katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kakak sulungnya kini berada di Tingkatan Enam Atas dan juga bekerja di gerai makan ketika cuti sekolah untuk membantu keluarga.

Katanya, mereka adik-beradik sudah biasa hanya menjamah nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan. "Ibu dan bapa sudah biasa ikat perut apabila bekalan beras semakin kurang. Asalkan dapat makan untuk hidup sudah memadai, yang penting kami dapat ke sekolah setiap hari.

"Orang tua kami sangat mementingkan ilmu. Mereka akan memastikan kami adik-beradik ke sekolah setiap hari walaupun tiada wang saku," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan. Sementara itu, Norshahrin pernah menjadi pengawal keselamatan selama 22 tahun di sebuah universiti awam tetapi hilang mata pencarian apabila hanya mampu berdiri tidak lebih setengah jam akibat masalah saraf.

Katanya, beliau pernah bekerja semula selepas kemalangan tetapi dinasihatkan berhenti kerana kerap mengambil cuti sakit. "Pada Oktober 2016, saya bersara dan mengambil keputusan pulang ke sini. Selepas itu, kami hanya mengharapkan bantuan orang ramai, termasuk guru sekolah anak bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Pada Oktober tahun lalu, nenek saya, Rofeah Endut, 95, mendapat bantuan kewangan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala saya RM200 sebulan. Wang itu hanya cukup untuk membeli barang keperluan, termasuk lampin pakai buang nenek saya," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Siti Norfatihah Binti Norshahrin:

017-6579117
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini