Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Pal...



Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Palas, Banggu, yang terlantar dan perlu diuruskan oleh anak lelakinya.

Rosmaziah Ismail, 36, berkata, dia tidak mampu menguruskan keluarga dan diri sendiri selepas terbabit dalam kemalangan di Pasir Tumboh dua tahun lalu apabila motosikal ditunggang anak lelakinya, Mohd Adam Haikal Abdullah, 19, dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Rantau Panjang ke Kota Bharu.

Katanya, bimbang jangkitan luka pada kaki kanannya merebak ke bahagian jantung yang boleh merisikokan nyawa, doktor memotong kaki kanannya sehingga ke paras lutut.

“Selang beberapa bulan kemudian, saya sekali lagi diuji apabila diserang angin ahmar pada sebelah kiri badan dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak,” katanya di rumah tumpangan di Kampung Kubang Palas.

Terdahulu, keluarga ini menerima kunjungan daripada I Medikel Pharmacy Sdn Bhd yang turut menyampaikan sumbangan keperluan harian, wang tunai dan juga kerusi roda untuk meringankan beban keluarga ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan I Medikel Pharmacy Sdn Bhd, Hasnah Zakaria; Pengerusi Info Semasa Kubang Kerian, Mohamad Afandi Mohamad dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, Wan Zulman Wan Hassan.

Lebih malang, pada akhir tahun lalu, suami Rosmaziah mengambil keputusan untuk berpisah dan Rosmaziah kini diuruskan sepenuhnya oleh Mohd Adam Haikal.

Rosmaziah turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan kedua termasuk anak berusia 14 tahun yang kini berada dalam jagaan bekas suaminya, manakala anak bongsu berusia lapan tahun meninggal dunia tahun lalu kerana menghidap penyakit jantung berlubang.

Katanya, selain bergantung dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250, Mohd Adam Haikal juga mengambil upah menjaga dusun penduduk kampung dengan kadar upah RM250 seminggu.

“Dalam sebulan, saya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang selain makan dan minum harian kami dua beranak,” katanya.

Katanya, kini kedua-dua belah matanya juga kabur disebabkan penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.

“Saya perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat dibekalkan oleh pihak hospital dan setiap kali menghadiri temujanji di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Yayasan Orang Kurang Upaya akan datang mengambil dan menghantar saya di rumah.

“Sejak seminggu lalu, saya dan anak menumpang di rumah jiran buat sementara waktu memandangkan rumah yang didiami kami sebelum ini sedang dalam proses baik pulih berikutan terlalu uzur,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Adam Haikal di talian:

018-9123286
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Tumpat - Jazakumullahu khairan khatira kepada insan-insan prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama anak-anak yatim dan dhuafa...



Tumpat - Jazakumullahu khairan khatira kepada insan-insan prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama anak-anak yatim dan dhuafa' RAYSA.

Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' (LilBanat) Siti Aminah Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim

Cadangan penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Siti Aminah Pasir Pekan ini merupakan salah satu usaha untuk membela golongan anak yatim dan anak orang miskin yang terbiar tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya.

Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa agar semua penghuninya dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama,masyarakat dan negara.




1. Membela nasib anak-anak yatim dan anak orang miskin serta memberi perlindungan, bimbingan dan pendidikan khusus kepada mereka agar nasib mereka terbela sebagaimana yang dituntut oleh agama.

2. Membentuk keperibadian yang mulia dan terpuji di kalangan anak yatim dan miskin agar kekurangan mereka tidak menjadi halangan untuk mereka menjadi hamba yang beriman kepada Allah SWT.

3. Menjadi satu badan perlindungan dan badan untuk mencari dana yang mencukupi bagi menampung keperluan semua aspek dalam pengurusan dan pembangunan RAYSA.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua dan makbulkan segala doa kita semua.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Tabung Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' Siti Aminah atau hubungi Sufiyah:

012-9559429
Progress:

RM130 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai menceca...



Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujar Zuridah Sadon, 40.

Anak perempuan Zuridah, Nur Maryam Sulaiman yang mesra disapa Maryam baharu berusia 10 bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary atresia (BA).

Katanya, anak keenamnya itu perlu menjalani pembedahan hati dengana anggaran kos mencecah RM160,000 jika dilakukan di dalam negara dan RM250,000 jika di China.

“Sebelum ini, susulan kerap demam ditambah dengan ‘kuningnya’ yang tidak bertambah baik, Maryam telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Maryam seterusnya menjalani prosuder khas di HKL, namun gagal menyembuhkan hati anak yang kini dapat dilihat semakin membesar seakan membengkak di bahagian perut,” katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operater pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Maryam.

Tambah beliau lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan Maryam biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.

“Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami. Maryam segalanya buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.

Beliau berharap agar keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.

“Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasaraya sementara menunggu keputusan SPM. Yang lain berusia 17, 9,8 dan 4 tahun masih bersekolah,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zuridah binti Sa'don:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan ...


Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan keperluan mereka sekeluarga termasuk rawatannya selepas disahkan mengidap kanser kulit tahap empat, bulan lalu.

Dia yang menetap di Kampung Kolon, di sini, berkata, suaminya Mohd Yusof Awang, 47, yang bekerja sebagai penoreh getah tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai tanggungan tiga anak berumur antara lima dan 20 tahun.

“Hidup kami terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya dan membawa saya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menjalani rawatan radioterapi di sana kerana doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan sel kanser telah merebak ke otak.

“Pada 24 Febuari ini saya akan ke HPP lagi untuk pemeriksaan seterusnya dan memerlukan RM500 kos rawatan tidak termasuk kos pengangkutan dan makan minum suami. Ini yang membingungkan kami disebabkan masalah kewangan kami hadapi,” katanya.

Sharifah Sharimah, yang sebelum ini menjual nasi lemak, berkata, kesihatannya semakin merosot dan hanya mampu terlantar di rumah sekali gus kini mengharapkan pendapatan suaminya sepenuhnya untuk memenuhi keperluan keluarga.

Sehubungan itu, beliau sangat mengharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dapat mempertimbangkan bantuan bersesuaian yang boleh diberikan kepadanya untuk meringankan beban suaminya.

Sementara itu, Mohd Yusof, berkata, isterinya itu pernah mendapat bantuan daripada LZNK selama setahun antara September 2016 hingga Disember 2017 selepas didapati terdapat ketumbuhan pada bahagian dada pada 2015 dan perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu,

“Waktu itu doktor kesan kanser kulit ini pada tahap awal dan selepas pembedahan membuang ketumbuhan itu dilakukan, isteri saya nampak semakin pulih pada 2017 dan dia tidak lagi pergi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan pada tahun berikutnya, dan kami pun berhenti mohon bantuan zakat.

“Tetapi tidak sangka tahun ini kanser tersebut sudah merebak ke otak hingga menjejaskan pergerakan isterinya. Sekarang, saya sangat memerlukan bantuan daripada JKM dan zakat bagi menampung keperluan isteri saya ini,” katanya.

Sementara itu, nasib Sharifah Sharimah mendapat perhatian daripada Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Sharifah Sharimah atau menghubungi Mohd Yusof:

013-8406931
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yan...


Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yang reda menerima ujian apabila anak sulungnya, Nur Arissa Sumayyah, 2, menghidap lebihan cecair di kepala atau hydracephalus.

Mohd Faidhisham berkata, Nur Arissa Sumayyah disahkan menghidap hydrocephalus ketika 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.

"Mula-mula siapa tak sedih, dah puas kami menangis tapi lama kelamaan reda.

"Siapa tak mahu anak yang sihat tapi ini dugaan yang Allah SWT yang bagi kepada kami untuk hadapi dengan reda dan sabar berdepan segala ujian," katanya yang bertugas sebagai juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Jerantut.

Dia berkata, sejak itu rutin hariannya bersama isteri, Syahidah Suhaimi, 28 mula berubah dan perlu berulang alik ke HUSM Kubang Kerian,Kelantan dari Jerantut demi kesihatan anaknya.

"Buat masa ini, anak saya sudah tiga kali menjalani pembedahan 'shunt' untuk mengalirkan lebihan cecair di kepala sejak lahir dengan pembedahan terakhir pada 1 November lalu.

"Kali ini anak saya perlu menjalani pembedahan sekali lagi dalam tempoh terdekat di HUSM dan kosnya masih belum diketahui lagi.

"Kini anak saya berada di hospital sebelum menjalani pembedahan," katanya.

Faidhisham turut mengakui terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan anaknya terutama kos ulang alik ke hospital memandangkan isterinya sudah berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka.

"Selepas ini, anak saya juga memerlukan susu khas untuk menaikkan berat badannya selain lampin pakai buang dan rawatan susulannya," katanya.

Menaruh harapan tinggi agar Nur Arissa kembali sihat, Faidhisham mengharapkan doa orang ramai untuk anaknya sembuh daripada penyakit tersebut.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Faidhisham Samsuddin atau menghubunginya:

010-8300560
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Pokok Sena - Seorang bekas pelukis pelan hilang nikmat melihat selepas mengalami serangan strok kedua hingga menyebabkan gangguan saraf...



Pokok Sena - Seorang bekas pelukis pelan hilang nikmat melihat selepas mengalami serangan strok kedua hingga menyebabkan gangguan saraf matanya pada penghujung tahun lalu.

Zulkifli Abd Hamid, 42, kini bergantung penuh kepada isterinya, Nooraimey Othman, 41, untuk mendapatkan rawatan bertemu pakar otak dan mata di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak tiga bulan lalu.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, penglihatannya tidak jelas sejak hujung tahun lalu selepas beberapa bulan melihat semua benda seperti baju dan selipar dalam keadaan terbalik.

"Saya berada di majlis kenduri jiran ketika penglihatan saya tiba-tiba semakin gelap dan setiap objek yang dilihat semakin tidak jelas.

"Kemudian doktor pakar yang merawat saya minta saya bersedia lebih awal untuk belajar menggunakan tongkat serta menyesuaikan diri sementara masih dapat lihat objek walaupun sudah tidak nampak dengan jelas," katanya.

Menurutnya, serangan strok otak kali pertama pada 2016 menyebabkan pertuturannya terganggu dan sembuh selepas empat bulan, namun selepas diserang strok kedua, doktor pakar mengesahkan peluang untuknya sembuh adalah 50-50.

"Saya kerja sebagai pelukis pelan selama 15 tahun di Kuala Lumpur tapi balik ke kampung pada 2012 untuk jaga ibu dan saya sara keluarga dengan menjual nasi lauk ayam sambal di pasar malam Pokok Sena dan Padang Terap.

"Selepas saya sakit tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki digalas pula oleh isterinya, namun pendapatan hasil berniaga pada Isnin, Khamis, Jumaat dan Sabtu di pasar malam itu cuma bawah RM1,000 setiap bulan," katanya.

Nooraimey berkata, suaminya dalam proses memohon kad orang kurang upaya kerana sudah tidak mampu bekerja lagi, malah nasib mereka juga turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah selain wakil Ahli Parlimen Pokok Sena.

"Memang tidak cukup pendapatan sebanyak itu sebab kami perlu bayar sewa rumah RM350 sebulan selain bayaran yuran anak sulung, Mohd Zulhamizi yang berusia 15 tahun sebanyak RM250 sebulan di Maahad Darul Furqan, Kubor Panjang, Pendang.

"Tunggakan sewa rumah pun ada, mujur tuan rumah memahami. Bayaran yuran pengajian anak pun selalu lambat dan sekarang saya perlu peruntuk kos untuk bawa suami ke hospital pada tarikh ditetapkan doktor pakar," katanya.

Menurutnya, anak bongsu mereka, Mohd Zulhafizi, 7, yang mengambil pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena ialah seorang autism juga dalam proses memohon kad OKU.

"Kami sedang berusaha mendapatkan bantuan rumah jika ada kerana tidak mampu untuk beli rumah sendiri. Selain itu, saya juga mohon bantuan daripada mana-mana agensi untuk bantu mendapatkan 'food truck' supaya kami boleh berniaga di mana-mana lokasi untuk menambah pendapatan keluarga," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu meringankan beban Zulkifli sekeluarga boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nooraimey Othman atau hubunginya:

010-4659424
Progress:

RM100 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Ka...



Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Kampung Permatang Badak di sini mendapat perhatian wakil rakyat yang memberi jaminan untuk menyiapkan rumah tersebut demi keselesaan penghuninya.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, pembinaan rumah, Rohayati Ahmad, 56, itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan memberi fokus kepada pintu dan tingkap serta lantai di rumah terbabit.

Menurutnya, setakat ini pihaknya akan membuat pembayaran bil elektrik terlebih dahulu, selepas hampir dua bulan keluarga itu bergelap.

"Hari ini, kita akan membuat bayaran bil dan meminta sambungan elektrik segera dilakukan oleh pihak TNB memandangkan Rohayati menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam.

"Kita memahami kesukaran terbabit dan sebab itu kita menyegerakan bantuan dengan ini (bayar bil elektrik) sebelum tindakan membaik pulih rumah dijalankan," katanya di rumah Rohayati di Permatang Badak semalam.

Kelmarin, media menyiarkan kisah kehidupan daif empat beranak yang berteduh di sebuah rumah tanpa pintu dan tingkap sejak lapan tahun lalu.

Keluarga itu tiada pilihan kecuali terus menetap di rumah serba kekurangan itu yang hanya menunggu masa menyembah bumi dan menjadikan perca kain sebagai pintu rumahnya.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi memaklumkan, pihaknya akan menghubungi Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan yang sudah diambil.

"Difahamkan YB Mohd Shahar ada membuat lawatan di rumah Rohayati dan saya akan menghubunginya untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai bantuan serta perancangan yang telah dilakukan," katanya.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah terbabit, Mohd Tarmizi berkata, ia dijangka melibatkan kos kira-kira RM15,000 bagi memasang lantai, pintu, tingkap dan membuat dinding bilik.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pembinaan rumah Rohayati dilaksanakan segera dan sebarang sumbangan boleh dilakukan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panching.

09-5393158
Progress:

RM1200 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kulim - Dimaklumkan, seorang kanak-kanak perempuan telah dilaporkan menghidap penyakit kulit yang kronik dan juga radang hati. Setiap ib...


Kulim - Dimaklumkan, seorang kanak-kanak perempuan telah dilaporkan menghidap penyakit kulit yang kronik dan juga radang hati. Setiap ibu bapa pasti tidak sanggup untuk melihat anak mereka jatuh sakit dan menderita dengan penyakit yang dialami. Lebih meruntun jiwa, dalam usia masih muda anak-anak terpaksa menanggung ujian besar dalam hidup mereka.

Pelbagai usaha pastinya akan terus dilakukan untuk menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh si anak.

Derita ini telah ditanggung oleh Nurqiesya Zalikha selama 2 tahun. Jelas ibu bapanya, pelbagai kaedah dan rawatan telah dilakukan untuk menyembuhkan penyakitnya, namun sehingga kini masih lagi tidak berjaya pulih.

Sudah pastinya, kos ubat-ubatan dan rawatan yang mencecah ribuan ringgit telah dilaburkan oleh mereka sekeluarga. Sehinggakan, mereka sudah tidak mampu untuk menanggung kerana kesuntukkan wang ringgit.

Dengan rasa rendah diri, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Nurqiesya ini boleh berurusan secara lansung dengan menghubungi ibunya.

Orang ramai diseru untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan penyakit adik Qiesya ini. Semoga segalanya urusan keluarga ini dipermudahkan oleh-Nya.

NurQiesya Zalikha merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik yang menghidap masalah penyakit kulit yg kronik "Psoriasis Erythrodermic kronik & radang hati"

Telah menderita dengan penyakit ini selama 2 tahun. Pelbagai kaedah rawatan telah dibuat sama ada perubatan hospital dan juga rawatan islam. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya suri rumah. Tinggal di Taman Makmur, Lunas.

Sudah ribuan ringgit untuk membeli ubat dan kini keluarganya tidak mampu lagi untuk membeli ubat tersebut.

Sama-Sama kita membantu dan doakan supaya adik Nurqiesya cepat sembuh. Boleh hubungi ibu Qiesya (Azlina) untuk detail atau bantuan samada wang ringgit ke akaun bank berikut atas nama Nor Ezannee bin Zain atau lokasi perubatan sesuai:

011-39419964
Progress:

RM160 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Pasir Mas - Dugaan kehidupan yang berulang melanda ibarat pepatah pisang berbuah dua kali. Itulah nasib seorang pemuda bernama Abdul Afz...


Pasir Mas - Dugaan kehidupan yang berulang melanda ibarat pepatah pisang berbuah dua kali. Itulah nasib seorang pemuda bernama Abdul Afza Aziz Abdul Wahab, 18, kembali diserang kanser selepas menderita kanser tulang sejak tiga tahun lepas sehingga kakinya dipotong baru-baru ini.

Penyakit itu kini berada di tahap empat dan Abdul Afza Aziz masih cekal dan bersemangat kerana sokongan ibunya Siti Halimah Mohamed, 38, yang sentiasa berada di sisi termasuk ketika menjalani rawatan kemoterapi di HUSM Kubang Kerian sekali dalam tiga minggu.

“Walaupun masih muda, saya perlu kuat kerana mahu terus hidup bagi membalas jasa ibu, yang juga seorang ibu tunggal, apabila mampu berdikari kelak selain bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak,” katanya di rumah sewanya di Kampung Kedai Lama, Pasir Mas.

Bercerita lanjut, Abdul Afza Aziz anak sulong daripada empat beradik itu berkata, pada akhir 2016 kepala lutut kirinya mula membengkak selain lenguh sepanjang masa sehingga terpaksa dibuang kerana disahkan kanser.

“Saya beranggapan ia akan membaik selepas dibuang kepala lutut namun sangkaan saya meleset, walaupun telah dibuang tetapi tetap membengkak sehingga kaki kiri saya terpaksa dipotong dari paras paha pada September 2017 bagi mengelak sel kanser terus merebak,” katanya.

Abdul Afza Aziz atau mesra dipanggil ‘Abe Long’ berkata, nasib tidak menyebelahinya apabila awal Januari lepas sel kanser kembali menyerang pada bahagian tulang selangka sebelah kanan yang menyebabkan benjolon besar pada bahagian itu.

Pada awalnya benjolan itu hanya 2 sentimeter namun kini ia sudah membesar sehingga 18 sentimeter selain ia mengeras hingga menyebabkan bahagian berkenaan menjadi lenguh dan kadang-kadang mendatangkan kesakitan.

“Saya baru sahaja mahu menarik nafas lega kerana beranggapan tidak perlu lagi menghadapi kesakitan, dan rawatan kemoterapi selepas kaki saya dipotong pada tahun lepas, namun kini saya diuji lagi dengan penyakit yang sama.

“Jauh sekali untuk menyalahkan takdir, malah saya reda dan mengganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk menjadikan saya insan yang lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang akan mendatang walaupun tidak sempurna seperti insan yang lain,” katanya.

Dia, yang juga penerima bantuan kaki palsu yang disampaikan oleh MAKNA mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang banyak membantu dari segi kewangan dan semangat moral.

Sementara itu, ibunya yang juga penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan berkata, kadang-kadang wang bantuan itu tidak mencukupi memandangkan dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan RM700 sebulan.

Selain terpaksa membayar RM100 untuk menyewa kereta bagi membawa anaknya Afza ke hospital setiap kali temujanji, dia juga perlu menampung perbelanjaan persekolahan dua lagi anaknya.

“Ada ketika saya terpaksa menutup kedai dua hingga tiga hari seminggu untuk menguruskan Afza selain membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

“Jika ada sumbangan dan bantuan daripada orang ramai, memang keluarga ini tersenarai dalam senarai penerima yang sentiasa akan dibantu selain keperluan asas dan semangat moral untuk memulihkan semangat Afza,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Halimah Mohamed:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini