Suri rumah menderita hidap kanser kulit rayu bantuan orang ramai - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan ...

Suri rumah menderita hidap kanser kulit rayu bantuan orang ramai


Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan keperluan mereka sekeluarga termasuk rawatannya selepas disahkan mengidap kanser kulit tahap empat, bulan lalu.

Dia yang menetap di Kampung Kolon, di sini, berkata, suaminya Mohd Yusof Awang, 47, yang bekerja sebagai penoreh getah tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai tanggungan tiga anak berumur antara lima dan 20 tahun.

“Hidup kami terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya dan membawa saya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menjalani rawatan radioterapi di sana kerana doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan sel kanser telah merebak ke otak.

“Pada 24 Febuari ini saya akan ke HPP lagi untuk pemeriksaan seterusnya dan memerlukan RM500 kos rawatan tidak termasuk kos pengangkutan dan makan minum suami. Ini yang membingungkan kami disebabkan masalah kewangan kami hadapi,” katanya.

Sharifah Sharimah, yang sebelum ini menjual nasi lemak, berkata, kesihatannya semakin merosot dan hanya mampu terlantar di rumah sekali gus kini mengharapkan pendapatan suaminya sepenuhnya untuk memenuhi keperluan keluarga.

Sehubungan itu, beliau sangat mengharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dapat mempertimbangkan bantuan bersesuaian yang boleh diberikan kepadanya untuk meringankan beban suaminya.

Sementara itu, Mohd Yusof, berkata, isterinya itu pernah mendapat bantuan daripada LZNK selama setahun antara September 2016 hingga Disember 2017 selepas didapati terdapat ketumbuhan pada bahagian dada pada 2015 dan perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu,

“Waktu itu doktor kesan kanser kulit ini pada tahap awal dan selepas pembedahan membuang ketumbuhan itu dilakukan, isteri saya nampak semakin pulih pada 2017 dan dia tidak lagi pergi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan pada tahun berikutnya, dan kami pun berhenti mohon bantuan zakat.

“Tetapi tidak sangka tahun ini kanser tersebut sudah merebak ke otak hingga menjejaskan pergerakan isterinya. Sekarang, saya sangat memerlukan bantuan daripada JKM dan zakat bagi menampung keperluan isteri saya ini,” katanya.

Sementara itu, nasib Sharifah Sharimah mendapat perhatian daripada Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Sharifah Sharimah atau menghubungi Mohd Yusof:

013-8406931
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini