KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuantan

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kuantan. Papar semua catatan

Kuantan - Dukacita dimaklumkan bahawa Wan Afiqah Fatimah bt W Sazali pelajar semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Nege...



Kuantan - Dukacita dimaklumkan bahawa Wan Afiqah Fatimah bt W Sazali pelajar semester 4, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau baru sahaja ditimpa kemalangan, kebakaran rumah di Beserah, Kuantan.




Dengan rendah hati ini, marilah kita menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan seikhlas hati. Semoga bantuan yang disumbangkan dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Terima kasih.



Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Wan Afiqah Fatimah binti W Sazali:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di ...


Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di Casa Harapan dan anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah di Kuantan dengan mendermakan makanan dalam tin seperti:

• Sardin
• Sup cendawan
• Kari ayam

Can Food Drive 10th February - 10th March 2020


Anda boleh drop-off barangan di alamat di bawah. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Ain:

Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
013-6541582
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuantan - Nur Dalila Sofea, anak ketiga pasangan Noorsuhana bt Adnan dan suaminya Muhammad Zubir bin Zulkifli menderita penyakit Holopro...


Kuantan - Nur Dalila Sofea, anak ketiga pasangan Noorsuhana bt Adnan dan suaminya Muhammad Zubir bin Zulkifli menderita penyakit Holoprosencephaly. Holoprosencephaly adalah penyakit ada air lebih dalam kepala dan tisu otak yang sedikit.

Cerita Noorsuhana, 28 tahun, ketika kandungannya berusia 7 bulan, hasil scan yang telah dilakukan doktor menunjukkan ada air ketuban yang banyak. Malah doktor juga mendapati terdapat banyak air di bahagian otak bayi. Bagi mendapatkan kepastian, doktor telah memindahkan kes Noorsuhana dari Pekan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. 

“ Apabila doktor di Kuantan mengesahkan memang ada lebihan air dalam kepala bayi, doktor mengambil keputusan untuk menunggu bayi dilahirkan terlebih dahulu untuk pastikan sama ada betul atau tidak.” Ujar Noorsuhana memulakan bicara.

Betapa sedihnya Noorsuhana apabila menerima perkhabaran doktor itu. Setiap hari dia menangis mengenangkan nasib anaknya nanti. Malah setiap hari dia berdoa supaya anaknya kelak sihat. “ Belum genap 38 minggu saya telah bersalin secara emergency caesarean di HTAA bayi songsang. Ketika bayi lahir, ukur lilit kepala dia normal, dalam 34cm. 

“Jadi doktor aturkan temu janji untuk buat proses MRI dan CT Scan. Selepas ujian dibuat, memang sah ada air lebih dalam kepala. Masa umur dia nak masuk 2 bulan, ukur lilit kepala dia setiap minggu semakin menaik. “ Kata doktor neuro, setiap kali anak menangis, ukur lilit akan jadi makin bertambah. Dari masa dilahirkan sehinggalah umur dia genap 4 bulan, ukur lilit kepala dia menaik sehingga menjadi 48cm. 

“Ketika umur dia 4 bulan juga, doktor telah menjalankan pembedahan memasang VP shunt untuk bagi air dalam kepala mengalir keluar. “ Tetapi sebelum pembedahan itu, doktor dari Hospital KL mengesahkan anak saya Nur Dalila Sofea bukannya ada penyakit hidrocephalus tetapi penyakit holoprosencephaly sebab muka dia dari segi luaran seperti sindrom down,” jelas Noorsuhana. “Disebabkan penyakitnya sekarang, mata Dalila tidak boleh melihat. Menurut doktor mata, saraf mata Dalila pucat. Dia terpaksa memakai spek untuk merawat saraf matanya,” tambah Noorsuhana lagi.

Keadaan terkini Dalila tidak memberangsangkan. Noorsuhana menjelaskan anaknya itu mengalami masalah berat badan. Semasa temu ramah ini dilakukan, umur Dalila 11 bulan dan beratnya pula hanya 5kg sahaja. “ Doktor bagi makan ubat multivitamin dengan ubat tambah darah sebab Dalila juga ada anemia. Ketika umur dia 8 bulan, Dalila terpaksa dimasukkan ke wad sebab dia menangis sampai biru muka, kaki dan tangan. 

Ibarat macam orang kejang dan suaranya tidak keluar. “Selain itu, doktor turut risau dan takut dia ada sawan sebab doktor cakap bayi yang kurang tisu otak ini mudah terkena sawan. Disebabkan itu, sampai sekarang Dalila kena makan ubat sawan. “Dalila kini tidak mampu hendak buat apa-apa dan hanya mampu berbaring sahaja. Malah dari lahir sampai sekarang Dalila tidak pernah tidur lena sebab dia asyik menangis. 

“Kata doktor, kanak-kanak disebabkan Dalila tidak dapat melihat, jadi dia tidak dapat bezakan siang dan malam. Jadi doktor cadangkan apabila dibawa berjumpa pakar neuro nanti saya perlu minta ubat saraf untuk Dalila.” Kongsi ibu cekal ini. Jelas Noorsuhana lagi, hanya sentuhan sahaja yang dapat menenangkan anaknya. Kini Noorsuhana bersyukur Dalila sudah boleh mendengar kerana sebelum ini telinganya ada masalah yang menyebabkan anaknya tidak boleh mendengar. Sebelum ini mereka memiliki dua orang anak normal. Hanya anak ketiga mereka ini satu-satunya anak istimewa dalam keluarga mereka. 

“Memang mencabar menjaga Dalila sebab dia memang kuat menangis. Saya dan suami bergilir-gilir jaga dia pada waktu malam. Dalila kalau menangis dia tak nak dengan orang lain walaupun ayah dia sendiri. “Kadang-kadang saya terfikir kalau saya sakit, bagaimana dengan Dalila. Sebab itu saya selalu berdoa semoga saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga Dalila.” Doa Noorsuhana.

Muhammad Zubir hanya bekerja sebagai operator kilang. Noorsuhana pula tidak bekerja. Pasangan suami-isteri ini hanya bergantung pada bantuan yang Dalila dapat dari JKM untuk membawanya bertemu doktor di HTAA. Ringankan beban keluarga ini dengan menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Noorsuhana Binti Adnan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Ka...



Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Kampung Permatang Badak di sini mendapat perhatian wakil rakyat yang memberi jaminan untuk menyiapkan rumah tersebut demi keselesaan penghuninya.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, pembinaan rumah, Rohayati Ahmad, 56, itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan memberi fokus kepada pintu dan tingkap serta lantai di rumah terbabit.

Menurutnya, setakat ini pihaknya akan membuat pembayaran bil elektrik terlebih dahulu, selepas hampir dua bulan keluarga itu bergelap.

"Hari ini, kita akan membuat bayaran bil dan meminta sambungan elektrik segera dilakukan oleh pihak TNB memandangkan Rohayati menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam.

"Kita memahami kesukaran terbabit dan sebab itu kita menyegerakan bantuan dengan ini (bayar bil elektrik) sebelum tindakan membaik pulih rumah dijalankan," katanya di rumah Rohayati di Permatang Badak semalam.

Kelmarin, media menyiarkan kisah kehidupan daif empat beranak yang berteduh di sebuah rumah tanpa pintu dan tingkap sejak lapan tahun lalu.

Keluarga itu tiada pilihan kecuali terus menetap di rumah serba kekurangan itu yang hanya menunggu masa menyembah bumi dan menjadikan perca kain sebagai pintu rumahnya.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi memaklumkan, pihaknya akan menghubungi Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan yang sudah diambil.

"Difahamkan YB Mohd Shahar ada membuat lawatan di rumah Rohayati dan saya akan menghubunginya untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai bantuan serta perancangan yang telah dilakukan," katanya.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah terbabit, Mohd Tarmizi berkata, ia dijangka melibatkan kos kira-kira RM15,000 bagi memasang lantai, pintu, tingkap dan membuat dinding bilik.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pembinaan rumah Rohayati dilaksanakan segera dan sebarang sumbangan boleh dilakukan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panching.

09-5393158
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kuantan - Sesiapa yang ternampak makcik ini dan anak dia berniaga Popia Cheese & Popia Nestum bolehlah membantu beli. Sebalang ha...


Kuantan - Sesiapa yang ternampak makcik ini dan anak dia berniaga Popia Cheese & Popia Nestum bolehlah membantu beli.

Sebalang hanya RM15 sahaja. Seorang netizen yang prihatin terjumpa makcik dan anaknya di Sara Thai Kitchen. Mereka dua beranak selalu berada di Sara Thai Kitchen. 

Mereka datang dari Pekan untuk menjaja di kedai makan sekitar bandar Kuantan. Adik ini sedang bertarung nyawa kerana menghidap penyakit jantung berlubang dan kos rawatan dianggarkan sebanyak RM60,000 diperlukan. 

Jika tidak mahu beli popia boleh sedekah seikhlas hati. Dua orang anak makcik ini menghidap penyakit jantung berlubang tetapi anak dia yang seorang lagi telah kembali ke rahmatullah.

Semoga ada insan yang simpati dan prihatin terhadap keluarga ini bolehlah memberi sumbangan terus ke akaun bank berikut atas nama Rozela binti [email protected]:

137 Jalan Lln Kg Parit 26600 Pekan
011-2929 3507
Progress:

RM0 raised

Goal: RM60000

Kuantan - Kos rawatan berjumlah RM25,000 perlu ditanggung keluarga Maya Alisha Mohd Hasrol, bayi berusia 19 bulan, mungkin menjadi pengha...


Kuantan - Kos rawatan berjumlah RM25,000 perlu ditanggung keluarga Maya Alisha Mohd Hasrol, bayi berusia 19 bulan, mungkin menjadi penghalang kepada usaha membuka saluran jantung yang disahkan sempit sejak dilahirkan.

Berbaki hanya 20 hari lagi tempoh untuk  menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara bagi menentukan nasib kelangsungan hidup.

Menurut ibu bayi itu, Rozita Radzali, 33, anaknya disahkan menghidap jantung berlubang dan saluran jantung sempit ketika usia kandungannya mencecah enam bulan.

“Maya dilahirkan di rumah sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan ditahan lebih sebulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia kemudian dirujuk ke IJN dan perlu menjalani dua pembedahan segera bagi memastikan dia pulih dan membesar seperti bayi lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Indera Mahkota 8, Kuantan.

Rozita berkata, masalah kesihatan dihadapi anaknya yang dilahirkan pra matang menyebabkan Maya Alisha tidak mampu berjalan selain hanya berbaring di buaian selepas mengambil ubat.

Katanya, selain tidak mempunyai selera makan, anak perempuannya juga memerlukan susu formula berharga ratusan ringgit bagi membantunya aktif.

“Saya dan suami Mohd Hasrol Hasan, 37, berniaga secara ‘car boot sale’ di Taman Kerang dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari.

“Selain itu, kami perlu menanggung tujuh anak berusia lima bulan hingga 14 tahun yang mana empat daripadanya masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, Maya akan menjalani pembedahan pertama pada 21 Oktober ini dan dia bersama suami sedang berusaha mencukupkan jumlah RM25,000 termasuk memohon bantuan zakat.

Katanya, kini mereka hanya mempunyai kira-kira RM1,000 hasil sumbangan orang ramai selepas mengetahui kisah penderitaan anak keenamnya itu di Facebook.

“Saya berharap jumlah ini dapat dicukupkan untuk Maya jalani pembedahan pertama. Jika tidak saya tidak tahu apa nasibnya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Rozita Radzali, atau menghubungi beliau:

01111033943
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM25000

Kuantan - Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyyah yang beralamat di No 16 Lorong IM2/78, Indera Mahkota 2 memerlukan RM10,000 bagi me...


Kuantan - Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyyah yang beralamat di No 16 Lorong IM2/78, Indera Mahkota 2 memerlukan RM10,000 bagi menampung keperluan pelajar sepanjang tahun.

Pengasas maahad berkenaan, Siti Fatimah Teh, 45, berkata, dana berkenaan bertujuan bagi penyediaan hidangan bersahur dan berbuka puasa bagi pelajar dan guru di maahad itu.

Katanya, melalui sumbangan itu pihaknya turut membuka peluang kepada masyarakat yang ingin membuat amal jariah melalui penajaan sama ada berbuka puasa atau bersahur.

“Kami baru setahun setengah beroperasi dan ini adalah sambutan Ramadan kedua bagi pelajar dan guru di sini.

“Kami menggalakkan semua pihak sama ada individu, berkumpulan atau pun syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi 24 pelajar yang sedang menuntut di sini termasuk beberapa tenaga pengajar.

“Kami menganggarkan kos sahur dan berbuka adalah kira-kira RM10 seorang sehari, namun ia terpulang dan bergantung kepada mana-mana pihak itu sendiri,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyyah atau hubungi mereka:

017-9019529
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Kuantan - Orang kurang upaya, Abd. Latib Othman, 55, merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan dalam menjelaskan tunggakan sewa...


Kuantan - Orang kurang upaya, Abd. Latib Othman, 55, merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan dalam menjelaskan tunggakan sewa selama 19 bulan melebihi RM8,000.

Bapa kepada tiga berkata dia telah menganggur sejak awal April 2016 selepas berhenti bekerja kerana masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi.

"Saya telah berusaha untuk mencari kerja tetapi hingga hari ini sukar untuk mendapatkannya kerana masalah umur dan kesihatan," katanya lagi.

Abd. Latib, yang diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya kerana kecacatan fizikal akibat masalah kakinya, berkata keluarganya sekarang hanya bergantung pada bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM350).

Beliau berkata beliau kini tinggal bersama isterinya, Zarina Hassan, 54, dan anak bongsu, Nurul Faiqah Hani, 15, berada di rumah sewa manakala dua lagi anaknya masih belajar di institusi pengajian tinggi.

"Isteri saya mempunyai penyakit Lumpuh Benign Payudara dan anak bongsu saya mempunyai Sindrom Nephorotik kronik," katanya.

Beliau berkata bantuan yang diterima daripada JKM tidak mencukupi untuk menampung bil sewa, air dan elektrik dan untuk menampung perbelanjaan harian.

"Saya sangat memerlukan bantuan itu dalam masa terdekat untuk selesaikan tunggakan bil air dan
elektrik, "katanya.

Orang yang ingin membantu keluarga boleh melakukannya melalui akaun berikut bagi pihak Abd. Latib atau hubungi beliau:

013-9490106
Progress:

RM0 raised

Goal: RM8000

Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon s...


Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian.

Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.

Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses.

Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya.

Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatkan jawapan itu akan mengambil masa yang agak lama.

Doktor menasihati supaya Fateh memakai alat bantuan sebelum umurnya mencecah 3 tahun agar perkembangan tumbesarannya dapat menjadi normal seperti kanak-kanak seusianya.

Jadi dengan cara memohon sumbangan ini, inshaAllah akan dipercepatkan proses mendapatkan alat bantuan pendengaran tersebut.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian membaca post ini. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kalian.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Zulhusni binti Mat Hassan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM6000

Kongsi Portal Ini