
Kulim - Dimaklumkan, seorang kanak-kanak perempuan telah dilaporkan menghidap penyakit kulit yang kronik dan juga radang hati. Setiap ibu bapa pasti tidak sanggup untuk melihat anak mereka jatuh sakit dan menderita dengan penyakit yang dialami. Lebih meruntun jiwa, dalam usia masih muda anak-anak terpaksa menanggung ujian besar dalam hidup mereka.
Pelbagai usaha pastinya akan terus dilakukan untuk menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh si anak.
Derita ini telah ditanggung oleh Nurqiesya Zalikha selama 2 tahun. Jelas ibu bapanya, pelbagai kaedah dan rawatan telah dilakukan untuk menyembuhkan penyakitnya, namun sehingga kini masih lagi tidak berjaya pulih.
Sudah pastinya, kos ubat-ubatan dan rawatan yang mencecah ribuan ringgit telah dilaburkan oleh mereka sekeluarga. Sehinggakan, mereka sudah tidak mampu untuk menanggung kerana kesuntukkan wang ringgit.
Dengan rasa rendah diri, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Nurqiesya ini boleh berurusan secara lansung dengan menghubungi ibunya.
Orang ramai diseru untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan penyakit adik Qiesya ini. Semoga segalanya urusan keluarga ini dipermudahkan oleh-Nya.
NurQiesya Zalikha merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik yang menghidap masalah penyakit kulit yg kronik "Psoriasis Erythrodermic kronik & radang hati"
Telah menderita dengan penyakit ini selama 2 tahun. Pelbagai kaedah rawatan telah dibuat sama ada perubatan hospital dan juga rawatan islam. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya suri rumah. Tinggal di Taman Makmur, Lunas.
Sudah ribuan ringgit untuk membeli ubat dan kini keluarganya tidak mampu lagi untuk membeli ubat tersebut.
Sama-Sama kita membantu dan doakan supaya adik Nurqiesya cepat sembuh. Boleh hubungi ibu Qiesya (Azlina) untuk detail atau bantuan samada wang ringgit ke akaun bank berikut atas nama Nor Ezannee bin Zain atau lokasi perubatan sesuai:
![]() |
011-39419964 |
Progress:
|
Goal: RM1000 |
0 comments: