Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: jerantut

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label jerantut. Papar semua catatan

Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembe...




Jerantut - Sudah dua tahun, Mohd. Hamidi Khairudeen, 49, terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian membawa kepada pembedahan pada Ogos tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi yang merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik itu baharu sahaja dibawa pulang dari Hospital Jerantut di sini selepas menerima rawatan akibat demam dan jangkitan kuman.

“Keadaannya semakin teruk apabila sukar bernafas dan ketika bernafas melalui mulut serta tiub yang dipasang di kerongkong, ia berbunyi dengan kuat dan nampak dia begitu sukar menarik dan menghela nafas.

“Pihak hospital memberitahu anak saya perlu disediakan peralatan pernafasan oksigen di rumah dan sehingga kini kami masih belum menyediakannya kerana tidak mampu membelinya,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Menurut Hasanah, dia amat sedih melihat anaknya yang sukar bernafas selepas kembali dari rawatan minggu ini malah keadaannya semakin teruk sekiranya tanpa bantuan peralatan tersebut.

“Saya tidak tahu hendak kata apa lagi hanya bertawakal dan berserah kepada Allah SWT di bulan Ramadan ini apabila melihat penderitaan anak saya,” katanya.

Menyingkap penyakit Mohd. Hamidi, Hasanah berkata, anaknya pernah mengalami penyakit bahagian dalam kepala agak serius dan mula menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos tahun lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

“Susulan penyakit bahagian dalam kepala agak serius, dia (Mohd. Hamidi) dibedah kali kedua di hospital sama pada 11 Ogos 2021 kemudian disusuli pembedahan bahagian tekak sehingga keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini.

“Sebelum bulan puasa ini, dia mengalami demam yang teruk dan dihantar untuk rawatan di Hospital Jerantut selama hampir seminggu dan kemudiannya pulang ke rumah dan keadaan pernafasan Mohd Hamidi bertambah teruk,” katanya.

Hasanah berkata, akibat tekanan kesakitan yang dialaminya menyebabkan Mohd. Hamidi kerap meracau dan meronta apabila dia sedar dari tidur sehinggalah membimbangkan mereka sekeluarga.

Selanjutnya, bekas pekerja kebersihan sekolah itu menambah, dia bersama seorang anak perempuannya, Juliayana bergilir-gilir menjaga Mohd. Hamidi yang terlantar dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan pembuangan najis termasuk menyediakan susu khas yang disalurkan melalui tiub di bahagian mulut.

Katanya, Mohd. Hamidi yang merupakan duda anak seorang ketika sihat sebelum ini merupakan harapan keluarga kerana banyak membantu bapa, Khairudeen Ismail, 77, menguruskan ladang sawit di Felda Kota Gelanggi Dua.

Sementara itu, Juliayana berkata, mereka terpaksa berbelanja sebanyak RM900 sebulan untuk membeli 10 tin susu khas sebagai makanan Mohd. Hamidi dalam tempoh dia terlantar sakit.

“Kami juga berbelanja lampin pakai buang yang kesemuanya termasuk susu khas mencecah perbelanjaan. hampir RM1,500 perlu disediakan untuk kebajikannya.

“Bebanan semakin bertambah apabila abang saya memerlukan peralatan pernafasan oksigen yang dianggarkan harga mencecah hampir RM3,000 sebuah bagi membolehkan dia bernafas tanpa gangguan dan mereka tidak mampu menyediakannya,” katanya.

Juliayana berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu mereka membelikan sebuah alat pernafasan bagi membolehkan Mohd Hamidi bernafas untuk meringankan sedikit penderitaannya.

Orang ramai dan dermawan yang ingin memberikan sumbangan boleh salurkan kepada nombor akaun bank berikut atas nama Hasanah Mahamud Yusoff atau menghubungi Juliayana.


013-9978993
Progress:

RM50 raised

Goal: RM10000



Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak...


Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga akibat kematian suaminya awal tahun ini.

Pada usia 37 tahun, Adicky Dzuliana Ab. Rahman yang tinggal di Taman Gemilang di sini melalui ujian besar apabila perlu menjadi ketua keluarga bagi menyara dan membesarkan tujuh anak lelakinya yang berusia tiga bulan hingga 12 tahun selepas suaminya Norhisam Adun meninggal dunia dalam usia 59 tahun akibat serangan jantung.

Adicky Dzuliana berkata, kehidupannya dan keluarga kini hanya semata-mata bergantung kepada ihsan saudara mara dan jiran.

“Arwah suami dulu berniaga kecil-kecilan berdekatan tempat tinggal kami di Kampung Melayu, Kepong, Selangor dan pendapatannya sekadar cukup untuk kami anak beranak.

“Namun selepas dia meninggal dunia, saya hilang tempat bergantung dan dibantu saudara sepupu berpindah ke sini dan sekarang perlu memikirkan bagaimana cara memperoleh wang belanja bagi membesarkan anak,” katanya di sini semalam.

Adicky Dzuliana yang berasal dari Kuala Krai Kelantan berkata, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan anak-anaknya berusia tujuh tahun, sembilan tahun, 11 tahun dan 12 tahun dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain agar mempunyai masa depan yang cerah.

Walau bagaimanapun katanya, atas pelbagai faktor termasuk desakan hidup menyebabkan empat anaknya yang sepatutnya bersekolah tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sehingga hari ini.

“Bukan saya tidak mahu keluar bekerja, tetapi memikirkan anak-anaknya yang masih kecil perlu diberi perhatian penuh termasuk keselamatan di rumah malahan tidak mampu menghantar di bawah jagaan pengasuh dan tadika,” katanya.

Ujarnya, dia berterima kasih kepada keluarga saudara sepupunya kerana membayar sewa bulanan rumah mereka dan membantu barangan keperluan dapur untuk anak-anak serta ibunya berusia 77 tahun yang kini terlantar akibat strok.

Katanya, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut yang telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM450 sebulan sejak Oktober lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adicky Dzuliana menerusi talian berikut atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Adicky Dzuliana.

017-3137935
Progress:

RM110 raised

Goal: RM2000



blog counter views


Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya ...



Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya Garok di sini menguji ketabahan seorang ibu.

Bayi berkenaan, Muhammad Aisy Dayyan Sapuan menghidap penyakit jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan tulang kaki selepas beberapa hari dilahirkan.

Anak ketiga Siti Nor Farhanis Mohamad Faudzi, 23, itu hanya menangis mungkin kerana menahan sakit.

Menceritakan masalah dihadapi, Siti Nor Farhanis berkata, dia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa Muhammad Aisy mengalami penyakit jantung berlubang dan masalah bahagian anggota berkenaan.

"Pada ketika itu saya mula sedih, tertekan memikirkan kesihatan Muhammad Aisy. Luluh hati saya dibuatnya bila melihat penderitaan dilaluinya sejak dilahirkan.

"Ya-Allah, berat sungguh dugaan ini. Tapi saya reda dengan ketentuannya. Saya sentiasa berdoa supaya penyakitnya sembuh dan sihat semula seperti kanak-kanak lain," katanya di sini semalam.

Siti Nor Farhanis berkata, dia dan suaminya, Sapuan Zali, 32, perlu membawa Muhammad Aisy untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh setiap dua atau tiga kali bulan.

"Sekarang saya sedang menunggu keputusan doktor pakar untuk membolehkan dia menjalani pembedahan tulang belakang dan jantung.

"Sama ada boleh dibedah akan ditentukan menerusi temujanji pada 14 Julai ini bagi memaklumkan jumlah kos pembedahan," katanya.

Siti Nor Farhanis berkata, dia tidak dapat bekerja memandang Muhammad Aisy memerlukan jagaan rapi daripadanya dan berharap kepada pendapatan suami sebagai buruh kilang.

Hari ini DUN Tahan menyampaikan sumbangan peralatan kereta sorong dan 'baby-bouncer' bagi memudahkan pergerakan dan tidur termasuk keperluan dapur, lampin pakai buang dan wang tunai.

Di samping itu pihak MUIP di sini dimaklumkan bagi membantu menyalurkan bantuan perubatan untuk bayi ini.

Mereka yang ingin membantu Muhammad Aisy boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Nor Farhanis atau menghubunginya:

019-7855870
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yan...


Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yang reda menerima ujian apabila anak sulungnya, Nur Arissa Sumayyah, 2, menghidap lebihan cecair di kepala atau hydracephalus.

Mohd Faidhisham berkata, Nur Arissa Sumayyah disahkan menghidap hydrocephalus ketika 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.

"Mula-mula siapa tak sedih, dah puas kami menangis tapi lama kelamaan reda.

"Siapa tak mahu anak yang sihat tapi ini dugaan yang Allah SWT yang bagi kepada kami untuk hadapi dengan reda dan sabar berdepan segala ujian," katanya yang bertugas sebagai juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Jerantut.

Dia berkata, sejak itu rutin hariannya bersama isteri, Syahidah Suhaimi, 28 mula berubah dan perlu berulang alik ke HUSM Kubang Kerian,Kelantan dari Jerantut demi kesihatan anaknya.

"Buat masa ini, anak saya sudah tiga kali menjalani pembedahan 'shunt' untuk mengalirkan lebihan cecair di kepala sejak lahir dengan pembedahan terakhir pada 1 November lalu.

"Kali ini anak saya perlu menjalani pembedahan sekali lagi dalam tempoh terdekat di HUSM dan kosnya masih belum diketahui lagi.

"Kini anak saya berada di hospital sebelum menjalani pembedahan," katanya.

Faidhisham turut mengakui terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan anaknya terutama kos ulang alik ke hospital memandangkan isterinya sudah berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka.

"Selepas ini, anak saya juga memerlukan susu khas untuk menaikkan berat badannya selain lampin pakai buang dan rawatan susulannya," katanya.

Menaruh harapan tinggi agar Nur Arissa kembali sihat, Faidhisham mengharapkan doa orang ramai untuk anaknya sembuh daripada penyakit tersebut.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Faidhisham Samsuddin atau menghubunginya:

010-8300560
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kuala Lumpur - Niat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizi...


Kuala Lumpur - Niat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan memotong kaki kanannya bulan lalu.

Ini adalah tahun ketiga di mana Nursyafiqah Syamsul Akhmar, 19, terpaksa melupakan hasrat menduduki SPM selepas dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.

Menurut ibunya, Saedah Mohd Said, 45, kaki kanan anaknya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa Nursyafiqah selepas tahap kesihatannya kian merosot.

“Sebelum ini, dia ada menjalani kimoterapi di HKL tetapi kurang berkesan dan kaki kanannya perlu dipotong. Kini dia diberikan kaki palsu untuk melakukan rutin harian.

“Buat masa sekarang dia cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu dan masih menggunakan tongkat untuk berjalan,” katanya di rumah di Perumahan Kos Rendah peringkat tiga dan empat di sini, semalam.

Beliau berkata, anaknya sentiasa berharap untuk menduduki SPM namun terpaksa melupakannya untuk tahun ini kerana perlu menjalani rawatan susulan di HKL.

Katanya, penyakit dihidapi Nursyafiqah mula dikesan pada bahagian tulang lutut serta paha apabila anggota itu membengkak sejak berada di tingkatan lima hingga memaksanya bercuti dan tidak ke sekolah.

“Saya terkedu apabila doktor mengesahkan anak perempuan saya menghidap kanser tulang tahap tiga dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Saedah berkata, Nursyafiqah juga anak kedua daripada tiga beradik itu kini memerlukan penjagaan rapi termasuk perlu kerap ke HKL bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Sebagai suri rumah saya hanya bergantung kepada pendapatan suami untuk menampung perbelanjaan ke HKL.

Suami Yusri Mohamed, 39, hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan selain dia turut menghidapi penyakit asma yang kronik,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Nursyafiqah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Jerantut - Hanya berumur dua tahun, tetapi penderitaannya tidak dapat dibayangkan apabila disahkan bahawa dia mempunyai tujuh penyakit ak...


Jerantut - Hanya berumur dua tahun, tetapi penderitaannya tidak dapat dibayangkan apabila disahkan bahawa dia mempunyai tujuh penyakit akibat VACTERL (kumpulan kecacatan ketika kelahiran).

Siti Nurjannah Umaira Ahmad Zainuddin telah didiagnosis dengan masalah buah pinggang, jantung, paru-paru abnormal, tulang tidak sempurna, sumbing, kesukaran makan dan bercakap. Kes ini hanya berlaku 1 dalam 4,000 kelahiran.

Bapa Nurjannah, Ahmad Zainuddin Abdul Rahman, 45, dan ibu, Siti Norzurain Fatima Ab Razak, 31, berkata anak mereka itu sudah disahkan menghidap penyakit tersebut sejak lahir.

"Saya tidak tahu bahawa anak saya mempunyai pelbagai masalah kerana ketika lahir tidak ada tanda dan setelah dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, baru doktor mengesahkan bahawa dia menghidap VACTERL.

"Doktor meletakkannya di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama empat bulan dan dua bulan di wad biasa sebelum dibawa ke rumah," katanya, yang tinggal di Kuala Teh di sini semalam.

Siti Norzurain Fatima berkata Siti Nurjannah Umaira, yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik yang menjalani rawatan jantung dan buah pinggang di HOSHAS dan pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sekali setiap tiga bulan untuk rawatan tulang.

"Sekarang, anak saya tidak dapat berjalan dan duduk. Saya perlu menyokongnya. Dia juga tidak boleh makan makanan keras kecuali untuk susu yang perlu dimasukkan melalui hidungnya.

"Dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga tin susu khas. Kami bernasib baik kerana Klinik Desa Kuala Teh menyumbangkan dua tin susu sebulan," katanya.

Siti Norzurain Fatima juga perlu menjaga anak lelaki sulung mereka, Ahmad Adi Putra, 10, yang mempunyai penyakit jantung kronik dan suami yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu bekerja keras.

"Saya sekarang perlu menjual nasi lemak setiap hari untuk menampung perbelanjaan keluarga saya sambil berharap suami dapat bekerja," katanya.

Sesiapa yang pemurah yang ingin membantu Siti Nurjannah Umaira boleh membuat sumbangan kepada nombor akaun bank berikut atas nama Siti Norzurain Fatima Ab Razak:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500


blog counter views

Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan. ...


Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan.

“Bila nak sembuh.” Begitulah rintihan Nik Ainin Sofiya Nik Mohd Kamarul Zaman, 10, setiap kali ibunya, Nik Melisa Mahadi, 33, mencuci dan membalut luka di badannya.

Murid SK Tanah Rom yang berasal dari Kampung Paya Rajin, Jerantut itu menghidap penyakit genetik, kelepuhan dan kerapuhan kulit atau nama saintifiknya Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir.

Penyakit itu mengakibatkan anak kedua daripada empat beradik itu mengalami lepuhan air di mulut, tangan, kaki dan berdepan luka, jika terjadi sebarang geseran.

Ibunya, Nik Melissa berkata, anaknya itu selalu merengek setiap kali perlu melakukan rawatan pada anggota badan yang menghidap penyakit terbabit.

“Buat masa ini pakar memberitahu tiada ubat untuk penyakit itu dan mungkin pulih apabila umurnya meningkat dewasa, saya hanya gunakan ubat dibekalkan pihak hospital, selain mencuba rawatan tradisional.

“Walaupun ramai yang datang ke rumah menawarkan pelbagai ubat tetapi saya hanya berani mencuba ubat dalam bentuk losyen,” katanya.

Beliau berkata, setiap tiga bulan anaknya itu dibawa berjumpa pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan mengakui terdapat sedikit perubahan pada anaknya itu setakat ini.

“Setiap kali ke sekolah, Nik Ainin Sofiya perlu bangun lebih awal untuk siapkan ‘dressing’, selain tidak boleh kena panas. Kena cuci setiap hari dan baju perlu kena rajin tukar.

“Mengenai makan, tiada pantang larang. Cuma dia tidak boleh makan benda keras dan liat sebab keadaan lidahnya membuatkan sukar mengunyah. Menu kegemarannya ikan patin masak tempoyak dan tilapia goreng,” katanya.

Dugaan bertambah berat buat pasangan Nik Mohd Kamarul Zaman Rodin, 40, dan Nik Melissa selepas anak bongsu mereka, Nik Nadia yang kini berusia setahun turut menghidap penyakit sama.

“Saya perlu tabah menghadapi dugaan ini, terutama menjaga si kecil yang sering menangis jika badannya tidak selesa,” katanya.

Keluarga itu juga pernah kehilangan anak sulung mereka, Nik Iman Haiqal yang meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2013, ketika berusia lima tahun. “Hanya anak ketiga, Nik Iman Zaquan, 5, yang normal. Saya reda dengan ujian Allah kepada kami sekeluarga.

“Buat masa ini selain bergantung dengan pendapatan suami yang bertugas sebagai pemandu di sebuah agensi kerajaan, kami menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM dan RM200 daripada NGO.

“Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan harapan kami penyakit anak kami dapat sembuh serta membesar seperti kanak- kanak lain,” katanya.

Mereka yang ingin membantu memberikan keceriaan kepada dua beradik berkenaan boleh menghubungi Nik Melissa di talian telefon berikut:

019-9925416
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jerantut - Saya mahu menjual motosikal bagi menampung perbelanjaan harian keluarga termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultan Haji ...


Jerantut - Saya mahu menjual motosikal bagi menampung perbelanjaan harian keluarga termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah tempat anak dirawat bukannya menipu seperti didakwa,” kata Mohd Khairul Najmi Rodwan.

Mohd Khairul Najmi, 22, berkata bayi lelakinya, Azim Mikail yang dilahirkan pada 20 Jun lalu di Hospital Lipis kini dirawat di HoSHAS, Temerloh kerana kritikal berikutan dilahirkan tidak cukup bulan iaitu tujuh bulan dan mengalami pendarahan pada otak serta paru-paru.

Katanya, kesihatan isterinya, Nurul Edayu Zulkafli, 25, turut terjejas kerana sering mengalami sakit perut selepas melahirkan anak kedua mereka menyebabkan dia perlu mengambil cuti bagi menjaga isterinya yang juga suri rumah.

“Saya bekerja di bahagian penyelenggaraan di sebuah kilang kelapa sawit di Jerantut, dan apabila kerap mengambil cuti majikan pun memberhentikan saya pada minggu lalu, saya runsing memikirkan bagaimana mencari duit bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

“Selepas berbincang dengan isteri, kami memutuskan untuk menjual motosikal saya jenis Yamaha LC135, sekurang-kurangnya duit daripada jualan itu dapat menampung perbelanjaan kami termasuk berulang-alik ke hospital yang terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari rumah kami di Damak, Jerantut," katanya.

Mohd Khairul Najmi berkata, dia kemudian mengiklankan motosikal miliknya untuk dijual di akaun Facebooknya, Mirza Uzail semalam dan ia ditularkan oleh netizen yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga.

“Ada menghubungi saya menangis-nangis mahu membantu, ada juga nasihatkan supaya jangan jual motosikal... ramai yang ingin menghulurkan bantuan tetapi ada juga menuduh saya ingin menipu.

“Ada kata saya ‘scammer’ dengan meletakkan gambar bayi pada iklan itu untuk mengaut keuntungan semata-mata, sebenarnya saya hanya mahu mencari duit bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga dengan menjual motosikal bukannya meminta sedekah.

“Saya sudah tidak tahu dari mana hendak dapat duit bagi menampung perbelanjaan keluarga. Ada netizen yang setuju untuk beli motosikal berkenaan pada harga RM4,500,” katanya.

Mohd Khairul turut mengalu-alukan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan supaya datang ke HOSHAS untuk melihat sendiri keadaan anaknya bagi mengelakkan sebarang tuduhan tidak berasas dilemparkan.

“Saya diberitahu oleh orang ramai yang mereka kini tidak dapat memasukkan duit ke akaun milik saya... saya tidak pasti mengapa ia berlaku mungkin kerana terlalu banyak transaksi menyebabkan bank membekukannya buat sementara waktu. “Saya akan ke bank esok untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Buat masa ini orang ramai boleh berhubung dengan saya di talian berikut,” katanya.

019-9650482
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini