Bantulah keluarga ini tampung anak perempuan menghidap hydracephalus - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yan...

Bantulah keluarga ini tampung anak perempuan menghidap hydracephalus


Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yang reda menerima ujian apabila anak sulungnya, Nur Arissa Sumayyah, 2, menghidap lebihan cecair di kepala atau hydracephalus.

Mohd Faidhisham berkata, Nur Arissa Sumayyah disahkan menghidap hydrocephalus ketika 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.

"Mula-mula siapa tak sedih, dah puas kami menangis tapi lama kelamaan reda.

"Siapa tak mahu anak yang sihat tapi ini dugaan yang Allah SWT yang bagi kepada kami untuk hadapi dengan reda dan sabar berdepan segala ujian," katanya yang bertugas sebagai juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Jerantut.

Dia berkata, sejak itu rutin hariannya bersama isteri, Syahidah Suhaimi, 28 mula berubah dan perlu berulang alik ke HUSM Kubang Kerian,Kelantan dari Jerantut demi kesihatan anaknya.

"Buat masa ini, anak saya sudah tiga kali menjalani pembedahan 'shunt' untuk mengalirkan lebihan cecair di kepala sejak lahir dengan pembedahan terakhir pada 1 November lalu.

"Kali ini anak saya perlu menjalani pembedahan sekali lagi dalam tempoh terdekat di HUSM dan kosnya masih belum diketahui lagi.

"Kini anak saya berada di hospital sebelum menjalani pembedahan," katanya.

Faidhisham turut mengakui terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan anaknya terutama kos ulang alik ke hospital memandangkan isterinya sudah berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka.

"Selepas ini, anak saya juga memerlukan susu khas untuk menaikkan berat badannya selain lampin pakai buang dan rawatan susulannya," katanya.

Menaruh harapan tinggi agar Nur Arissa kembali sihat, Faidhisham mengharapkan doa orang ramai untuk anaknya sembuh daripada penyakit tersebut.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Faidhisham Samsuddin atau menghubunginya:

010-8300560
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini