KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kedah

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Pendang - "Saya terdesak untuk membeli ubat kanser preskripsi berjumlah RM50,000 kerana saya tidak bekerja dan suami saya bekerja s...


Pendang - "Saya terdesak untuk membeli ubat kanser preskripsi berjumlah RM50,000 kerana saya tidak bekerja dan suami saya bekerja sendiri," kata Norsafidawatti Mohd Zuki, 33.

Surirumah itu telah didiagnosis dengan kanser limfoma tahap 4 sejak kelahiran anak kedua, Muhammad Adrian Rifqi Mohamad Hafizh, 4.

Pada masa itu dia sering demam dan batuk, tetapi hanya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tiang sebagai tambahan kepada rawatan tradisional.

Katanya, dia mengesyaki sesuatu apabila dia melihat benjol di lehernya yang menyebabkan dia membuat pemeriksaan di Hospital Alor Setar Sultanah Bahiyah (HSB).

"Doktor mengambil sampel darah untuk mengetahui penyakit saya dan diberitahu mengenai kanser dua bulan kemudian.

"Sejak itu, kesihatan saya menurun termasuk berat badan dari 40kg hingga 30kg, dan saya tidak larat melakukan kerja rumah," katanya di rumahnya di Kampung Kebun 4 Relong, Sungai Tiang, semalam.

Norsafidawatti berkata beliau kerap menjalani kemoterapi dan radioterapi di HSB.

Doktor juga memberi ubat kanser dan mengesahkan penyakit itu tersebar ke jantung dan paru-paru.

"Pakar itu mencadangkan saya mendapatkan wang RM50,000 untuk membeli dos suntikan kanser, tetapi saya tidak mampu.

"Pendapatan suami (Muhamad Hafizh Abd Rashid, 33) tidak menentu untuk menyokong keluarga kami termasuk tiga kanak-kanak berumur antara enam dan enam," katanya.

Norsafidawatti berkata dia kelihatan sihat, tetapi tidak dapat melakukan kerja seperti biasa tetapi kini bergantung kepada keluarga dan suami untuk melakukan kerja rumah.

"Saya harap seseorang boleh membantu saya membayar kos suntikan. "Saya hanya bergantung kepada bantuan bulanan Lembaga Zakat Kedah (LZNK)," katanya.

Derma boleh disalurkan ke akaun CIMB atas nama Norsafidawatti seperti berikut:

Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 t...


Alor Setar - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun yang perlu kembali bekerja untuk menyara keluarganya.

Salihah Ishak yang tinggal di Kuala Kedah, di sini juga terpaksa membesarkan dua daripada lima anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Kata wanita itu, dia akan kembali kepada rutin hariannya iaitu mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk ke pelantar ikan bagi mengambil upah menyiang ikan seperti mana dilakukannya tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga suami, Md. Khir Hussien yang terlantar akibat lumpuh seluruh badan selepas diserang strok.

“Jadi, selepas kematian suami minggu lalu saya kena kembali bekerja kerana duit pencen tinggalan suami hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Walaupun ada yang membantu semasa suami saya terlantar sakit dahulu, tapi sekarang dia sudah tiada dan saya tidak boleh terus mengharapkan ihsan orang selagi ada kudrat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain anak OKU iaitu Mohd. Ridzuan Md. Khir, 22, dan Nurul Nadia, 15, Salihah juga perlu memastikan anak keempatnya yang kini berada di tingkatan lima dapat menghabiskan pelajarannya kerana dia satu-satunya harapan keluarga.

“Mohd. Ridzuan dan Nurul Nadia memang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi saya tak mahu gunakan duit mereka, biarlah duit itu disimpan supaya apabila saya tiada nanti sekurang-kurangnya mereka ada duit.

“Dua lagi anak lelaki berusia 30 dan 27 tahun pula masing-masing tidak mempunyai kerja tetap tetapi kadang-kala dapatlah membantu apa yang patut,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi anak Salihah, Mohd. Nazrin di nombor 0174894655 atau menyumbang menerusi nombor akaun BSN - 0210841000070234 (Salihah).

Baling - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ya Allah tolonglah hambamu ini, sembuhkan penyakit adik bernama Nur Hana...


Baling - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Ya Allah tolonglah hambamu ini, sembuhkan penyakit adik bernama Nur Hana Humairah binti Abd Rahim.

Seorang kanak-kanak yang aktif dulu dan sekarang ini susah nak bergerak dengan masalah penyakit kulit di kaki yang serius. 

Sudah banyak kali berubat di merata tempat, sembuh sekejap kemudia naik lagi. Minta tolong share beramai-ramai bagi membantu insan dalam kesusahan. Jika ada yang ingin memberi bantuan boleh contact ibu kepada Hana:

Zainab binti Othman
No 29b Kg Mengkuang Hujung
Kuala Pegang 09110 Baling, Kedah
Tel: 013-4315537
Maybank: 152050022262

Semoga Allah mudahkan urusanmu.

Pokok Sena - Kanak-kanak ini masih belum mengerti tentang apa yang dilaluinya hanya mampu kekal kuat dan bersemangat untuk meneruskan keh...


Pokok Sena - Kanak-kanak ini masih belum mengerti tentang apa yang dilaluinya hanya mampu kekal kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan sehariannya tanpa memiliki ovari kanan. Pembedahan telah dilakukan pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan, ibunya, Siti Khalijah Che Hat, 51, menjelaskan selepas selesai pembedahan, Balqis banyak meluangkan masa dengan melukis, sekaligus berubah menjadi seorang yang pemalu dan kurang bercakap dengan orang lain.

Menurut Siti Khalijah, pada mulanya Balqis mengadu sakit di bahagian perut, lalu dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum disahkan ada ketumbuhan di ovarinya.

Pembedahan terus dilakukan dan doktor mengesahkan bahawa Balqis telah menghidap kanser ovari tahap tiga. Sehingga hari ini, sudah tujuh kali kanak-kanak itu melakukan rawatan kimoterapi. Balqis juga perlu dibawa ke HPP sebulan sekali untuk mendapat rawatan lanjut.

Namun, dengan keadaan ibu Balqis yang kini masih lemah selepas menjalani pembedahan membuang bisul di belakang tengkuk pada minggu ini, mereka terpaksa menumpang di rumah adik ibunya iaitu Mohd Dizan, 41, kerana tidak mempunyai kenderaan untuk ulang alik setiap hari bagi mencuci lukanya itu.

Siti Khalijah dan suami bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Tiada sebarang persiapan untuk menyambut Ramadan, hendak beli baju raya untuk anak-anak pun tidak mampu, mujurlah anak sulung dan kedua saya sudah bekerja dan mereka lah yang membeli baju raya untuk adik-adik.” kata ibu Balqis, Siti Khalijah.

Untuk orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas di bulan Ramadan ini, boleh berbuat sedemikian. Info seperti berikut: Nombor akaun Maybank Siti Khalijah: 152023491757 atau hubungi terus di nombor 013-4679548.

Alor Setar - Seorang ibu tunggal kepada pemuda yang kini hanya mampu terlantar akibat ketumbuhan pada beberapa bahagian kepala dan dada, ...


Alor Setar - Seorang ibu tunggal kepada pemuda yang kini hanya mampu terlantar akibat ketumbuhan pada beberapa bahagian kepala dan dada, yang berlarutan sejak 15 tahun lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya menyediakan keperluan anaknya itu.

Rohani Ahmad, 58, dari Taman Nuri di sini berkata, dia tidak dapat lagi bekerja sejak Disember tahun lalu kerana perlu memberikan sepenuh perhatian kepada anak sulung daripada empat beradik, Mohd Firdaus Che Saad, 33.

“Kini, saya hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas nama anak saya ini sebanyak RM250 sebulan, selain sumbangan orang ramai serta kenalan untuk menyara kehidupan dan memenuhi keperluan Mohd Firdaus.

“Nak harapkan anak lain pun tidak boleh juga, mereka pun kerja kampung dan cukup sekadar menyara keluarga masing-masing sahaja,” katanya yang mempunyai anak berumur 22 hingga 33 tahun ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Rohani yang berpisah dengan suami sejak sekian lama berkata, dia memerlukan hampir RM700 sebulan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang bagi keperluan Mohd Firdaus dan tidak termasuk lagi perlu membayar bulanan sewa rumah sebanyak RM400.

“Tidak temasuk lagi bil elektrik, air dan kos ulang-alik ke hospital sebulan sekali. Saya berhenti kerja sebagai tukang cuci rumah dengan pendapatan RM40 sehari, kerana saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Mohd Firdaus termasuk membawanya untuk rawatan susulan di hospital,” katanya.

Menceritakan tentang anaknya itu, Rohani berkata, Mohd Firdaus menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan setakat ini dengan bermula pada bahagian kepala pada 2004 manakala pembedahan terbaru dilakukan tahun lepas bagi membuang ketumbuhan pada bahagian kening kiri.

“Penyakit anak saya ini mula dikesan selepas dia mengadu sering sakit kepala sehingga menjejaskan aktiviti hariannya. Pemeriksaan lanjut dilakukan di Hospital Alor Setar (hospital lama) mendapati ada ketumbuhan dalam bahagian depan kepala sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Cancers Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang turut tampil menghulurkan bantuan kerusi roda itu berkata, beliau bersama sahabat CSM akan berusaha sebaik mungkin mencari penyelesaian membantu Mohd Firdaus dan ibunya.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan sepatutnya daripada pihak berwajib termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meringankan beban dan keperitan hidup Rohani dalam menyediakan keperluan Mohd Firdaus.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Rohani bernombor 152023394354 (Maybank) atau menghubunginya di talian 019-5239792.

Alor Setar - RM45,000, itulah kos pembedahan yang diperlukan oleh bayi perempuan berusia 18 yang dijadualkan menjalani pembedahan jantung...


Alor Setar - RM45,000, itulah kos pembedahan yang diperlukan oleh bayi perempuan berusia 18 yang dijadualkan menjalani pembedahan jantung kali kedua pada hujung tahun ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Maizun Din, 42, berkata, anaknya, Nurul Dhia Raisha Maizun dikesan menghidap penyakit jantung Comolete Atrioventricular Septal Defect With Mild Hypoplastic Aortic Arch semasa dia berusia seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Difahamkan, Nurul Dhia Raisha pernah menjalani pembedahan kali pertama ketika berusia tiga bulan di IJN dan kos pembedahan bagi merawat masalah jantungnya adalah sebanyak RM25,000.

Sebahagian besar kos itu ditanggung oleh kerajaan selepas pasangan itu membuat rayuan kerana tidak mampu membayar kos tersebut.

Pembedahan kali kedua ini juga akan dilakukan di tempat yang sama, namun kos yang diperlukan adalah RM45,000.

Maizun bagaimanapun tidak berkemampuan untuk membayar kos pembedahan itu kerana dia hanya bekerja mengambil upah menjual ayam goreng di sekitar Pekan Pokok Sena dengan pendapatan yang tidak menentu. Tambahan pula, ada dua lagi anaknya yang berusia 11 dan 7 tahun perlu ditanggung.

Selain itu, Nurul Dhia Raisha juga bergantung pada susu khas yang bernilai RM80 setin dan memerlukan lebih kurang enam hingga tujuh tin setiap bulan. Maizun dan isterinya, Murlina amat berharap anaknya kembali sihat seperti bayi-bayi lain.

Orang ramai yang sudi membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam milik Murlina Mohd Zuri 02-075-02-510667-0 atau menghubungi Maizun di talian 013-9347785 untuk maklumat lanjut.

Sik - Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 yang kini bertarung dengan kanser otak berharap penglihatannya kembali pulih dem...


Sik - Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 yang kini bertarung dengan kanser otak berharap penglihatannya kembali pulih demi membaca ayat suci al-Quran.

Ibu, Che Anisah Md Saad, 43, berkata, anaknya Muhammad Azwar Mohd Ariff disahkan mengidap kanser otak pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, penyakit dialami menyebabkan tahap penglihatan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sik itu kabur selain pergerakannya lemah dan terhad.

“Azwar mempunyai dua impian, pertama dia berharap matanya kembali pulih untuk membaca al-Quran. Dia yakin penglihatannya akan pulih.

“Kedua, Azwar mahu ke Makkah apabila sihat seperti sediakala,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Kiat, semalam.

Tambahnya, kanser Azwar masih di peringkat permulaan di mana doktor memaklumkan ketumbuhan itu membesar sepanjang 8 sentimeter. Terdahulu, Azwar dan keluarga diziarahi aktivis kemanusiaan serta kumpulan Amal Qaseh.

Pertemuan hampir 30 minit itu bertukar hiba apabila Azwar yang diminta membaca beberapa potong ayat al-Quran mengalunkan ayat berkenaan dengan suara yang merdu.

Che Anisah berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu hanya mampu memeluk al-Quran.
“Penglihatannya yang kabur menghalang dia membaca al-Quran, jadi Azwar hanya mampu memeluk dan mencium al-Quran. Dia juga tidak dapat ke sekolah lagi.

“Dia juga hanya mengalunkan semua surahsurah dihafal sewaktu masih sihat,” katanya. Katanya, dalam keadaan lemah, Azwar tetap bersolat seperti biasa dan tidak pernah meninggalkan tuntutan wajib itu.

Anisah berkata, setiap bulan Azwar akan menerima rawatan lanjut di Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Alor Setar.

“Dia telah jalani pendedahan otak pada 23 Oktober tahun lalu. Doktor hanya membuang cecair dan mengambil sampel kanser.

“Anak saya sudah habis jalani semua rawatan kemoterapi dan radioterapi. Pada Jun ini, Azwar akan jalani MRI dan daripada situ tahap kansernya dapat diketahui,” katanya.

Sementara itu, aktivitis masyarakat, Rohaidatul Asma berkata, dia dengan kerjasama Amal Qaseh menyantuni 61 buah rumah penduduk Sik bermula Sabtu hingga semalam.

Menurutnya, setiap rumah diberikan bantuan barangan dapur bernilai RM150 hasil jualan amal dan kutipan. “Untuk adik Azwar kita turut menyumbangkan 10 tin susu yang diperlukannya,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 152040392473 atas nama Che Anisah Md Saad atau hubungi Mohd Ariff Ismail (ayah) di talian 017-5517084.

Kubang Pasu - Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit kanser ovari menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan...


Kubang Pasu - Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit kanser ovari menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan kini tidak boleh mengurut lagi yang juga punca pendapatannya apabila hanya sekadar bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Seorang bidan kampung Fadhilah Ahmad, 63, tidak menyangka kesakitan yang dialami pada bahagian pinggang dan demam berpanjangan adalah petanda beliau menghidap kanser ovari tahap tiga sejak September tahun lepas.

Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit itu menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan kini tidak boleh mengurut lagi yang juga punca pendapatannya apabila hanya sekadar bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Saya juga ada terima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebanyak RM250 sebulan bermula Januari lepas, tetapi pemberian bantuan ini akan berakhir pada Jun ini. Saya juga pernah memohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi gagal dengan alasan sebab saya sudah menerima bantuan lain,” katanya.

Katanya sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan daripada upah mengurut ibu bersalin dan orang ramai yang mengalami sakit-sakit badan namun sekarang tidak berupaya berbuat demikian apabila seluruh anggota badannya menjadi lemah.

Fadhilah yang tinggal sebatang kara selepas kematian suami sejak 20 tahun lalu itu berkata dia disahkan menghidap kanser itu selepas membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar berikutan sekian lama menderita sakit bahagian pinggang serta sering tiada selera makan dan demam.

“Saya sering sakit ketika ingin membuang air kecil dan air besar, demam dan tak larat, saya ingat ia sakit biasa, tetapi lepas buat pemeriksaan doktor sahkan saya menghidap kanser ovari sebelum menjalani pembedahan membuang ovari bagi mengelak komplikasi lebih buruk,” katanya.

Fadhilah berkata sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di HSB dengan membuat pemeriksaan darah seminggu sekali dan setakat ini telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kimoterapi bagi mematikan sel kanser supaya tidak merebak ke bahagian lain.

Sehubungan itu, dia yang tidak mempunyai anak itu merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya untuk berulang-alik ke hospital termasuk perbelanjaan keperluan lain ketika berada di hospital yang memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan.

Dia juga banyak bergantung hidup kepada anak saudaranya Aminudin Baharudin, 20, yang tinggal berdekatan serta kerap menjenguk dan membeli barangan keperluan hariannya terutama selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Sementara itu, nasib yang menimpa Fadhilah mendapat simpati daripada sebuah badan bukan kerajaan Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang mengadakan kunjungan ke kediamannya dan menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai.

Pengasas CSM Zuraini Kamal mengharapkan JKM dapat melihat semula permohonan bantuan daripada Fadhilah kerana dia hidup sebatang kara di samping menghidap kanser yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun BSN: 0200241000051064 (Fadhilah Ahmad) atau menghubunginya di talian 017-5375585.

Yan - Muhammad Rezfan Shaiqi Mohd Fazli, 1, dilahirkan tanpa lubang dubur, selain menghidap beberapa penyakit lain seperti sindrom down, ...


Yan - Muhammad Rezfan Shaiqi Mohd Fazli, 1, dilahirkan tanpa lubang dubur, selain menghidap beberapa penyakit lain seperti sindrom down, jantung di bahagian kanan agak besar, tiroid dan gastrik, pengelihatan mata kabur dan terpaksa memakai cermin mata khas yang mempunyai kuasa 700.

Sedih melihat keadaannya, lagi sedih ibu bapa dan keluarga melihat keadaan anak mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Ekoran ketiadaan lubang dubur, bahagian perut sebelah kiri Muhammad Rezfan terpaksa ditebuk di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika dilahirkan untuk membolehkan dia membuang najis setiap hari.

Bapanya, Mohd Fazli Mohd Radzuan, 35, berkata, bahagian itu perlu dibersihkan dengan baik dan ditutup dengan lampin yang diletakkan dengan pelekat bagi memastikan ia bersih dan tiada kuman.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Rezfan tidak mampu menjamah makanan lain dan hanya minum susu formula khas yang disarankan oleh doktor. Tetapi kos susu khas itu agak mahal dan satu tin hanya mampu bertahan untuk tidak hari sahaja. Oleh kerana tiada pilihan, Mohd Fazli tetap berusaha membelinya demi keperluan anak.

Difahamkan, Mohd Fazli berniaga burger di hadapan rumahnya dengan pendapatan yang tidak menentu. Manakala isterinya, Zuraidah Azlinda Mehat, 35, bekerja sebagai guru agama (KAFA) di sekolah di kawasan Yan.

Dua daripada empat mereka yang berusia 13 dan tujuh tahun masih bersekolah, manakala seorang lagi anak berusia tiga tahun.

Sebelum ini, Muhammad Rezfan dirujuk di Hospital Kuala Lumpur dan rawatannya di sana telah pun habis. Kini dia perlu meneruskan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang sebulan sekali dan HSB dua minggu sekali.

Muhammad Rezfan juga memperolehi bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350. Tetapi jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos ulang alik ke tiga buah hospital.

Mohd Fazli juga perlu membeli saluran tiub untuk menyalurkan susu ke dalam mulut anak bongsunya daripada empat beradik, yang perlu ditukar setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Setiap hari, dia yang menguruskan anak-anaknya ketika isterinya keluar mengajar. Mohd Fazli bersyukur, anak bongsunya itu tidak banyak meragam dan sangat suka bermain.

“Ini satu ujian untuk kami sekeluarga menjaga anak dalam keadaan ini. Namun kami bersyukur melihatnya sihat dan aktif setiap hari,” katanya.

Hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun BSN 0213829000035611 atas nama Zuraidah Azlinda atau hubungi talian 014-6781582 (Mohd Fazli) atau 016-9082423 (Zuraidah) untuk maklumat lanjut. 

Jitra - Nur Afiza Mohd Yusoff, 31, berkata sejak mengetahui anak sulungnya, Nurul Izati Husna menghidap penyakit tersebut kehidupannya be...


Jitra - Nur Afiza Mohd Yusoff, 31, berkata sejak mengetahui anak sulungnya, Nurul Izati Husna menghidap penyakit tersebut kehidupannya bersama suami Mohd Buyamin Samsuddin, 41, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Nurul Izati Husna selain seorang lagi anak lelaki berusia setahun.

Peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek itu merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuannya berusia tiga tahun disahkan mengidap leukemia sejak Julai tahun lepas.

“Sebelum ini, saya dan suami menjual makanan dan minuman di pasar malam dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan, namun selepas mengetahui anak sakit kami jarang keluar berniaga kerana sentiasa menemani dia yang sering lemah dan tidak bermaya terutama selepas rawatan kimoterapi.

“Disebabkan jarang berniaga kami tidak mampu lagi menjual makanan kerana kekurangan modal dan jika ada kesempatan kami hanya menjual minuman sebagai sumber pendapatan kami,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini semalam.

Beliau berkata, kehidupan dia dan suami berasa sangat terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain.

“Kami juga sudah kurang berniaga kerana perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setiap minggu untuk pemeriksaan darah dan perlu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) empat kali sebulan untuk rawatan kimoterapi,” katanya.

Justeru, beliau sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung dan memastikan anaknya dapat terus diberikan rawatan.

Sementara itu, nasib yang menimpa Nurul Izati Husna mendapat simpati daripada sebuah badan bukan kerajaan Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang berkunjung ke kediaman keluarga itu dan menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai disampaikan pengasas CSM Zuraini Kamal yang turut berharap lebih ramai pihak menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Kita harap orang ramai dan pihak korporat dapat menyumbang bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kerana Nurul Izati Husna akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan HSB yang memerlukan kos yang banyak,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun Bank Rakyat Mohd Buyamin 220221485844 atau menghubunginya di talian 016-6767919.

Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di h...


Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam. “Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik HUSM Kubang Kerian Kelantan, semuanya kos yang tinggi.

Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut. Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah. “Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.

Lebih malang lagi, tulang yang tukar itu retak patah atas skru, terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.

“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.

“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tidak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput dan patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.

Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini. Di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar baru-baru ini, cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula. Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan? “Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajaiban mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.

“Menurutnya, memang susah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih” ujar Norliza lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain atau boleh menghubungi di talian 0175202434.

Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca d...


Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam bila keluar menoreh getah," ujarnya yang amat merindui anaknya yang disifatkan amat periang itu. Buat sementara waktu, mereka terpaksa 'ikat perut' untuk berjimat-cermat dengan wang yang ada.

Berbekalkan RM100 yang diberikan seorang rakan, pasangan penoreh getah ini menggunakan wang tersebut untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Che Siti Zabidah Ismail, 51, dan suaminya Ab Rahim Ab Rahman, 64, menuju ke hospital tersebut selepas diberitahu bahawa anak perempuan mereka alami pecah usus akibat kemalangan jalan raya di Cameron Highlands. 

Pasangan tersebut terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang lebih sewaktu melawat anak mereka, Siti Nur Zulaihah, 22, di hospital itu. "Selepas mengetahui kami berdua tidur di dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam. 

"Kami berdua putus mata pencarian kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu," katanya ketika dihubungi media pada Rabu. Insiden yang menimpa Siti Nur Zulaihah meraih perhatian netizen selepas ia dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter.

Che Siti Zabidah dan suaminya, Ab Rahim berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka. Posting tersebut mendapat lebih 1,700 retweet dan lebih 500 tanda suka. Siti Nur Zulaihah yang merupakan pekerja kedai makan di Cameron Highlands, terlibat dalam kemalangan pada 31 Disember lalu ketika membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya untuk pulang menyambut tahun baharu bersama keluarganya. 

"Kawan dia beritahu ketika itu jalan licin dan motosikal pun hilang kawalan. "Anak makcik melambung ke udara dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan hingga menyebabkan ususnya pecah," kata Che Siti Zabidah. 

Jelasnya, memandangkan Hospital Raja Permaisuri Bainun tidak mempunyai pakar yang boleh merawat Siti Nur Zulaihah, anaknya itu terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Selasa. 

Ketika anaknya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital tersebut, Che Siti Zabidah dan suaminya mengekori dengan menaiki kereta. Usus Siti Nur Zulaihah pecah akibat terhentak pada pembahagi jalan ketika ditimpa kemalangan di Cameron Highlands. Malangnya, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos untuk membaiki berjumlah RM390. 

Menurut ibu kepada lapan anak tersebut, kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapa Siti Nur Zulaihah, Ab Rahim di talian 017-940 2754.

Langkawi - Kakak sulung, Nursyafanis, 20, (kanan) bersama adik-adiknya Nursyafinas, 18, Nursaleha, 11, dan Nursyafina, 18 kini anak yatim...


Langkawi - Kakak sulung, Nursyafanis, 20, (kanan) bersama adik-adiknya Nursyafinas, 18, Nursaleha, 11, dan Nursyafina, 18 kini anak yatim piatu dan berpegang kepada pesanan terakhir ibunya supaya menjaga adik-adik yang lain selepas ibu bapa  mereka dan seorang adik meninggal dunia dalam kebakaran di Langkawi semalam.

Allahyarham Noorsuhaila Hamat, 41, yang ditemui mati bersama suami dan anak lelaki dalam kebakaran sebuah rumah di Bukit Malut, Langkawi dekat sini semalam sempat berpesan kepada anak sulungnya supaya menjaga adik-adik jika berlaku perkara buruk kepada dirinya.

Anak sulung mangsa, Nursyafanis, 20, berkata, ibunya meninggalkan pesanan terakhir itu ketika dia berada di Langkawi sepanjang cuti semester pada pertengahan bulan lalu.

"Saya kena kuat demi adik-adik dan akan pegang pesanan terakhir arwah mama itu baik-baik," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Kata penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) itu, dia dan tiga adiknya masih terkejut dengan kejadian menimpa ibu, Noorsuhaila dan bapa, Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, serta adik lelaki kesayangannya, Muhammad Nawfal, 6.

"Bukan mudah untuk kami empat beradik menerima kehilangan ibu bapa dan adik lelaki dalam sekelip mata ini tetapi saya akan galas tanggungjawab sebagai kakak sulung dengan baik walaupun berat," ujarnya.

Menurutnya, selain ibu, dia juga masih teringat permintaan arwah bapanya untuk merakamkan banyak gambar dengannya ketika dia bersiap-siap mahu pulang ke UnisZA di Kuala Terengganu pada 24 Mac lalu.

"Arwah ayah puji saya dan saya masih ingat arwah beberapa kali kata Ya Allah cantiknya kakak hari ini sebelum merakamkan gambar saya dengannya. "Satu-satunya adik lelaki saya, Nawfal pula merayu supaya saya tidak pulang ke universiti," katanya sebak.

Dalam pada itu, kata Nursyafanis, dia yang baru tiba di Langkawi dari Kuala Terengganu malam semalam diminta untuk membuat pengecaman ke atas jenazah ibu bapa dan adiknya di Jabatan Forensik HSB pagi ini.

"Saya masih kuat bila tengok jenazah abah dan mama tetapi saya tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat Nawfal yang mana wajahnya kelihatan seperti menahan kesakitan," ujarnya.

Media semalam melaporkan tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas rumah mereka yang terletak berhampiran Restoran Nelayan di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut terbakar.

Orang ramai yang ingin membantu mereka ringankan beban kewangan boleh berbuat demikian.

Baling - Kholid Mat Arop, 57, dari Kampung Paya Besar, Kuala Ketil, Baling berkata, sejak dia menderita angin ahmar lima tahun lalu, dia ...


Baling - Kholid Mat Arop, 57, dari Kampung Paya Besar, Kuala Ketil, Baling berkata, sejak dia menderita angin ahmar lima tahun lalu, dia tidak mampu lagi bekerja dan hanya mengharapkan dua anak lelaki untuk menyara mereka sekeluarga termasuk dua anak yang masih bersekolah.

“Penyakit ini menyebabkan saya tidak boleh berdiri lama dan tangan juga gagal berfungsi seperti biasa.

Sudahlah dihimpit kesusahan, anak yang menjadi tempat bergantung harap pula terbabit kemalangan jalan raya sehingga kedua-dua tangan dan paha kanannya patah.

Katanya, isteri Rasima Ramli, 54, yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai makan juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya di rumah.

“Selain angin ahmar, saya juga mengalami masalah pada tulang belakang dan batu karang menyebabkan tahap kesihatan semakin merosot,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Malangnya, Kholid berkata, anak kedua, Muhammad Firdaus, 25, yang menyara keluarga kemalangan bulan lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa berjimat cermat.

“Kini hanya anak ketiga (Muhammad Danial, 22) sahaja yang bekerja untuk kami memandangkan Firdaus yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam perlu masa untuk pulih.

“Danial pula mengambil upah membantu peniaga kedai runcit di Padang Serai seperti mengupas kelapa dan sebagainya dengan bayaran RM50 sehari, namun bergantung pada permintaan majikan,” katanya.

Bagaimanapun, Kholid menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan dan Lembaga Zakat Negeri Kedah sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, dia bersyukur wang bantuan berkenaan mengurangkan beban yang ditanggung mereka untuk belanja keperluan harian dan ubatan selain keperluan untuk ke hospital

Bagi mereka yang ingin membantu, boleh menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional 0212641000029466 (Kholid Mat Arop).

Sungai Petani - Seorang pelajar aktif dalam akademik dan sukan hilang penglihatan mata kanan secara tiba-tiba ketika sedang berada di dal...


Sungai Petani - Seorang pelajar aktif dalam akademik dan sukan hilang penglihatan mata kanan secara tiba-tiba ketika sedang berada di dalam kelas sebulan lalu. Masalah penglihatan Siti Hajar Zaidi, 15, dikesan apabila dia mengalami simptom pening dan mata kabur sebelum pandangan gelap lalu mengadu kepada guru, Zaini Salleh.

Kejadian itu menyebabkan calon Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) yang juga pelajar harapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya berkenaan menganggap masa depannya turut gelap. Ibunya, Zunaidah Saad, 46, berkata, Siti Hajar yang aktif dalam sukan olahraga serta mewakili sekolah dalam acara larian jarak dekat dan hoki peringkat daerah itu dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim. 

"Dia juga dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Kuala Lumpur selain ditahan wad selama 18 hari bagi mendapatkan pengawasan doktor. “Sampai sekarang, pihak hospital tak dapat sahkan secara rasmi penyakit dialami. Sebelum ini kami diberitahu saraf belakang matanya bengkak dan seolah-olah pecah pembuluh darah,” katanya. 

Menurutnya, pekerjaan sebagai pembantu gerai yang menerima upah RM25 hingga RM30 sehari terjejas kerana sudah lama bercu bagi menguruskan anak ketiga dari lima beradik itu. "Dua kakak Si Hajar berusia 19 dan 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai kek dan pembantu taska untuk tampung perbelanjaan keluarga memandangkan saya ibu tunggal. 

"Dua adiknya murid Sekolah Kebangsaan Ambangan Height. Seorang adik berusia 12 tahun berada di aliran pendidikan khas kerana bermasalah pembelajaran manakala seorang lagi berusia 10 tahun," katanya. Zunaidah, berkata, Si Hajar kini berperang dengan kesakitannya namun enggan mengabaikan pelajaran dan tetap menduduki ujian baru-baru ini walaupun masih cuti sakit. 

“Biarpun tengah sakit tetapi semangatnya kuat, masih baca buku dan buat kerja sekolah. Dia nak juga ke sekolah ambil ujian walaupun sakit. "Kadang-kadang tidur malamnya terganggu kerana kesakitan yang ditanggung sehingga tak boleh tidur sebab sakit kepala yang teruk,” katanya. Bagaimanapun, dia yang juga penerima zakat berjumlah RM200 sebulan itu bersyukur apabila menerima kunjungan ahli kelab motosikal berkuasa tinggi warga pendidik negeri Kedah. 

Kelab itu melalui DG Bikers bersama guru sekolah melakukan Ziarah Cakna ke rumahnya di Taman Seri Bayu bagi meringankan beban dan menyerahkan sumbangan hasil kupan berjumlah RM1,700. Kunjungan itu turut disertai Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman; Pengetua SMK Amanjaya, Zainurin Mat Noor dan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Abdul Rahim Mat. Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Zunaidah (102054653497).

Alor Setar - Assalamualaikum. Kisah adik Nurfarahannis binti Hasdee yang sebelum ni saya kongsikan dan baru-baru ini saya kongsikan lagi ...


Alor Setar - Assalamualaikum. Kisah adik Nurfarahannis binti Hasdee yang sebelum ni saya kongsikan dan baru-baru ini saya kongsikan lagi kisahnya kerana adik nurfarahannis binti hasdee yang memerlukan darah jenis B+.

Alhamdulillah pederma telah tampil tetapi adik nurfarahannis masih memerlukan darah jenis B+ kerana palet darahnya kembali 0. Namun sejak kebelakangan nih, keadaan kesihatan adik Nurfarahannis binti Hasdee agak merosot.

Saya mohon DOA agar dipermudahkan segala urusan rawatan adik nurfarahannis binti Hasdee dan semoga adik nurfarahannis binti Hasdee dikurniakan sebaik2 kesembuhan.

Kisah adik ini sangat menyentuh hati saya malam ini dengan keadaan macam ini. Ibu adik nurfarahannis tak dapat berulang alik setiap hari sebab bekerja sebagai (cleaner sekolah), sudah tentu dalam keadaan macam ni adik nurfarahannis memerlukan belaian ibu disisinya.

Kerana setiap sentuhan ibu itu ada kasih sayang yang tiada tandingan dan dengan sentuhan seorang ibu tuh adalah penawar Setelah saya melihat keadaan adik nurfarahannis saya percaya hanya dengan pertolongan kita ibu nya dapat bersama disisi dia setiap hari InsyaAllah

Jadi sekali lagi saya bagi pihak kelab anak-anak sik kedah menyeru sumbangan semua bagi membolehkan ibu adik nurfarahannis menemaninya di hospital InsyaAllah sampai adik nurfarahannis stabil InsyaAllah.

Semoga keikhlasan kita sekali lagi mampu memberi peluang kepada ibu adik nurfarahannis menemani adik nurfarahannis yang kini sangat-sangat memerlukan ibunya disisi.

Nota: Bukan ibu adik nurfarahannis yang merayu sumbangan tetapi sebagai manusia saya tak mampu lagi nak tengok adik nurfarahannis dalam keadaan mcm ni tanpa ibu disisi sedangkan seorang ibu tersepit antara kerja dan anak yang dikasihi..

Sesiapa yang ingin melawat atau membantu boleh berbuat demikian, semoga lawatan anda akan bagi semangat kepada adik ini.

Nama pesakit: Nurfarahannis binti Hasdee 
Ward: 3B katil no 5 HSB Alor Star Kedah

Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan ...


Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan di kepala sejak berusia 10 bulan hingga menyebabkan pergerakannya terbatas.

Kanak-kanak lelaki itu yang dilahirkan normal dan aktif kini hanya terlantar di atas tilam di rumahnya selepas bahagian kanan otaknya terpaksa dibuang dan penglihatannya rabun akibat demam panas, sejak lebih setahun lalu.

Anak bongsu dari enam beradik kepada suami isteri, Fauziah Harun, 45, dan Firdaus Zakaria, 46, itu kini mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar setiap minggu untuk bertemu dengan pakar bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut Fauziah, anaknya mengalami demam panas sehingga suhu mencecah 40 darjah selsius ketika berusia empat bulan dan demam berlarutan menyebabkan dia membawa bayi itu mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Pendang.

Namun katanya, sebaik sembuh dari demam, anaknya sekali lagi demam panas ketika berusia lapan bulan dan sekali lagi dibawa ke pusat kesihatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

“Malangnya ketika Muhammad Fahim berusia 10 bulan, saya dihubungi pengasuh yang memberitahu seluruh badan anak saya kebiru-biruan selain pernafasannya terhenti sekejap dan perlu dibawa segera ke klinik swasta berhampiran kerana bimbang diserang sawan.

“Ketika itu doktor mengesyorkan supaya anak saya dirujuk ke HSB segera kerana bimbang suhu badannya terlampau panas dan perlu mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Puteh, Mukim Air Puteh, dekat Pendang, hari ini.

Fauziah berkata, dia dan suaminya yang mengusahakan perniagaan nasi ayam di Medan Pekan Pendang terpaksa berulang alik dan bergilir-gilir menjaga Muhamad Fahim sekiranya dia dirawat di wad.

Katanya, doktor di HSB mencadangkan pembedahan segera dilakukan terhadap anak saya untuk membuang bahagian kanan otak di tempurung kepalanya selepas terdapat kecederaan banyak.

“Doktor tidak yakin dengan keadaan anak saya dan masa depannya kerana semua itu bergantung pada kekuatannya.

“Namun sebulan kemudian, anak saya perlu menjalani pembedahan kali kedua selepas doktor mendapati terdapat nanah di tempat sama di bahagian kanan otak kepalanya,” katanya.

Fauziah berkata, dia sekali lagi diuji apabila kepala anaknya membengkak menyebabkan doktor mencadangkan supaya pembedahan kali ketiga perlu dilakukan segera menyelamatkan nyawanya.

Katanya, doktor memasang saluran paip di kepala anaknya untuk disalurkan ke bahagian perut untuk mengeluarkan lebihan air di kepala bayi itu yang kemudian dikeluarkan melalui najis.

“Setiap kali dia nak buang air besar, saya terpaksa memberi ubat kepadanya untuk memudahkan proses pencernaan dalam badan berlaku kerana setiap hari dia hanya menjamah bijirin disebabkan tidak selera makanan lain.

“Setiap minggu kami terpaksa berulang alik berjumpa pakar tulang, mata, kepala dan otak untuk mendapatkan rawatan susulan buat Muhammad Fahim menyebabkan saya dan suami terpaksa menutup sementara kedai berniaga,” katanya.

Fauziah berkata, selain Muhamad Fahim, dia mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah di Tahun Dua dan Lima serta seorang lagi di Tingkatan Dua.

Dua lagi anaknya iaitu yang sulung berusia 24 tahun kerana terpaksa menjaga Muhamad Fahim ketika mereka berniaga, manakala yang kedua pula hanya bekerja sebagai pembantu kantin di Jitra.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Muhamad Fahim boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB milik Fauziah 02090003620208 atau menghubunginya 017-5669033.

Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai temp...


Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai tempat berteduh.

Muhammad Shukri Rosli, 28, dari Kampung Masjid Dalam Wang, Mukim Pulai, Baling tinggal di pondok itu bersama isteri, Siti Norashikin Mohd Ali, 19, dan dua anak Nor Jannah, 2, serta Mohamad Arfan Saifullah, empat bulan.

Mereka sekeluarga tinggal di pondok itu sejak dua tahun lalu di tapak tanah atas belas ihsan bapanya, Rosli Othman,60.

Mohammad Shukri berkata, dia tidak ada pilihan lain selepas berkeluarga dan terpaksa berdikari meskipun perlu menghuni di pondok buruk.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa kerana mereka juga susah dan ada ahli keluarga lain tinggal bersama di rumah itu.

“Selepas berbincang dengan isteri, saya mengambil keputusan untuk berdikari dan membina rumah dengan menggunakan kayu hutan untuk berteduh daripada panas dan hujan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan buluh sebagai dinding rumah dan kayu bulat sebagai tiang, namun apabila hujan dia kerap terpaksa beralih tempat tidur kerana dinding berlubang di setiap penjuru.

Katanya, dia menggunakan bekalan elektrik dari rumah bapanya dan mengangkut air menggunakan tong untuk memasak serta minum, selain menumpang mandi dan membasuh di rumah bapanya.

“Apabila tidak bertugas mengawal keselamatan, saya mengambil upah mengangkut sekerap getah dengan beroleh pendapatan tidak tetap dan tidak pernah memilih kerja asalkan mendapat duit menyara keluarga.

“Saya terfikir mengenai masa depan anak dan isteri yang perlu hidup lebih selesa tetapi tidak dapat menabung akibat kesempitan hidup,” katanya.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menyalur ke akaun BSN: 0200541000158012 (Muhammad Shukri Rosli).

Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiz...


Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiza Abdul Rahman, 42, berkata, dia memerlukan RM10,000 sahaja lagi bagi membolehkannya membeli ubat yang disaran doktor.

Menurutnya, anaknya, Muhammad Iqmal Mahazir, 19, menghidap kanser darah jenis limfoma hogdkins tahap empat sejak April tahun lalu. 

"Anak saya kini semakin lemah dan tak ada selera makan menyebabkan dia tak dapat bergerak hingga banyak menghabiskan masa di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Titi Serong, Yan," katanya. 

"Saya susah hati lihat keadaan anak dan terus ambil keputusan untuk hantar dia ke hospital berdekatan," katanya. Hamiza berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan sumsum tulang di Hospital Ampang, Kuala Lumpur tetapi gagal. 

Menurutnya, dia bimbang keadaan kesihatan anaknya makin merosot dan hanya makan buah dalam kuantiti sedikit saja kerana tiada selera makan. Katanya, mereka mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ia tidak mencukupi kerana perlu mengumpul wang untuk membeli ubat dan kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. 

“Jika cukup jumlah RM50,000 itu, doktor meminta saya menghubunginya kerana bekalan ubat sudah ada, cuma kos agak tinggi untuk membayar ubat berkenaan. “Kos itu merangkumi 18 dos ubat iaitu setiap satu dos mampu bertahan hanya tiga minggu dan fungsi ubat itu bagi mengelakkan kanser itu merebak ke seluruh badan,” katanya. 

Hamiza berkata, lebih membimbangkan apabila bahagian bahu kiri anaknya membengkak akibat sel kanser yang sudah merebak. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubungi 017- 5981506 atau akaun 7045847175 (CIMB) Hamiza.

Sungai Petani -  Seorang ibu, Izrinda Roslin dari Taman Bandar Utama di sini, merayu bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban...


Sungai Petani -  Seorang ibu, Izrinda Roslin dari Taman Bandar Utama di sini, merayu bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban ditanggung keluarganya, kerana anak tunggalnya berusia enam tahun terlantar selepas diserang radang otak sejak Januari.

Izrinda, 33, berkata Ammar Irfan Zakria, kini bukan sahaja terlantar dan tidak boleh bercakap, malah mengalami gangguan saraf pada bahagian kaki, tangan dan mulut, kesan daripada penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata, daripada seorang anak yang petah, kini Ammar Irfan sepi membisu, malah segala keperluan hariannya bergantung sepenuhnya kepada Izrinda.

“Sehari sebelum dia jatuh sakit, kami sambut hari lahirnya sehari lebih awal dan itulah kali terakhir kami lihat dia ketawa, bercakap dan mahu meniup lilin kek. Dia demam panas pada sebelah malamnya dan terkena sawan pada pagi keesokannya.

“Serangan itu menyebabkan tangan kanannya mengerekot, tangan kiri dan kaki kanan tidak boleh bergerak, mulut serta mata tertutup,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

Izrinda berkata, Ammar Irfan dibawa ke HSAH sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP), untuk menerima rawatan lanjut dan dia hanya minum susu melalui tiup di hidung.

Ekoran kejadian itu, kehidupan Izrinda dan suaminya, Zakria Awang, 38, semakin terhimpit kerana perlu menemani anaknya yang terlantar di HPP sebelum dipindahkan semula ke HSAH minggu lalu.

“Kami tiada sumber pendapatan lain, kerana suami hanya bekerja sebagai pembantu kimpalan di sebuah bengkel dekat Sungai Lalang dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan, dan saya pula hanya suri rumah dan menghidap tekanan darah tinggi.

“Dalam keadaan sebegini, suami dan saya terpaksa bergilir-gilir datang ke hospital ini menjaga anak kami dan dia tidak dapat pergi kerja, ketika ini kami buntu untuk membawanya ke HPP berjumpa pakar Neurologi kerana duit simpanan telah habis digunakan,” katanya.

Katanya, beliau berterima kasih kepada kenalan dan saudara-mara yang banyak membantu dan menderma bagi meringankan beban ditanggung keluarganya.

Namun katanya, mereka masih memerlukan sumbangan dan bantuan pelbagai pihak, sementara menunggu permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diluluskan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan terus sumbangan ke akaun Bank Rakyat Izrinda bernombor 223851015117 atau menghubunginya di talian 017-4681055 atau Zakria 0111-6933973.

Kongsi Portal Ini