Rumah daif didiami tiga beranak di Permatang Badak perlukan perhatian - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Ka...

Rumah daif didiami tiga beranak di Permatang Badak perlukan perhatian



Kuantan - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rumah daif tanpa pintu dan tingkap didiami ibu tunggal bersama tiga anaknya di Kampung Permatang Badak di sini mendapat perhatian wakil rakyat yang memberi jaminan untuk menyiapkan rumah tersebut demi keselesaan penghuninya.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, pembinaan rumah, Rohayati Ahmad, 56, itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan memberi fokus kepada pintu dan tingkap serta lantai di rumah terbabit.

Menurutnya, setakat ini pihaknya akan membuat pembayaran bil elektrik terlebih dahulu, selepas hampir dua bulan keluarga itu bergelap.

"Hari ini, kita akan membuat bayaran bil dan meminta sambungan elektrik segera dilakukan oleh pihak TNB memandangkan Rohayati menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam.

"Kita memahami kesukaran terbabit dan sebab itu kita menyegerakan bantuan dengan ini (bayar bil elektrik) sebelum tindakan membaik pulih rumah dijalankan," katanya di rumah Rohayati di Permatang Badak semalam.

Kelmarin, media menyiarkan kisah kehidupan daif empat beranak yang berteduh di sebuah rumah tanpa pintu dan tingkap sejak lapan tahun lalu.

Keluarga itu tiada pilihan kecuali terus menetap di rumah serba kekurangan itu yang hanya menunggu masa menyembah bumi dan menjadikan perca kain sebagai pintu rumahnya.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi memaklumkan, pihaknya akan menghubungi Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan yang sudah diambil.

"Difahamkan YB Mohd Shahar ada membuat lawatan di rumah Rohayati dan saya akan menghubunginya untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai bantuan serta perancangan yang telah dilakukan," katanya.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah terbabit, Mohd Tarmizi berkata, ia dijangka melibatkan kos kira-kira RM15,000 bagi memasang lantai, pintu, tingkap dan membuat dinding bilik.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pembinaan rumah Rohayati dilaksanakan segera dan sebarang sumbangan boleh dilakukan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panching.

09-5393158
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini