Remaja diserang kanser tulang buat kali kedua selepas kaki dipotong - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pasir Mas - Dugaan kehidupan yang berulang melanda ibarat pepatah pisang berbuah dua kali. Itulah nasib seorang pemuda bernama Abdul Afz...

Remaja diserang kanser tulang buat kali kedua selepas kaki dipotong


Pasir Mas - Dugaan kehidupan yang berulang melanda ibarat pepatah pisang berbuah dua kali. Itulah nasib seorang pemuda bernama Abdul Afza Aziz Abdul Wahab, 18, kembali diserang kanser selepas menderita kanser tulang sejak tiga tahun lepas sehingga kakinya dipotong baru-baru ini.

Penyakit itu kini berada di tahap empat dan Abdul Afza Aziz masih cekal dan bersemangat kerana sokongan ibunya Siti Halimah Mohamed, 38, yang sentiasa berada di sisi termasuk ketika menjalani rawatan kemoterapi di HUSM Kubang Kerian sekali dalam tiga minggu.

“Walaupun masih muda, saya perlu kuat kerana mahu terus hidup bagi membalas jasa ibu, yang juga seorang ibu tunggal, apabila mampu berdikari kelak selain bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak,” katanya di rumah sewanya di Kampung Kedai Lama, Pasir Mas.

Bercerita lanjut, Abdul Afza Aziz anak sulong daripada empat beradik itu berkata, pada akhir 2016 kepala lutut kirinya mula membengkak selain lenguh sepanjang masa sehingga terpaksa dibuang kerana disahkan kanser.

“Saya beranggapan ia akan membaik selepas dibuang kepala lutut namun sangkaan saya meleset, walaupun telah dibuang tetapi tetap membengkak sehingga kaki kiri saya terpaksa dipotong dari paras paha pada September 2017 bagi mengelak sel kanser terus merebak,” katanya.

Abdul Afza Aziz atau mesra dipanggil ‘Abe Long’ berkata, nasib tidak menyebelahinya apabila awal Januari lepas sel kanser kembali menyerang pada bahagian tulang selangka sebelah kanan yang menyebabkan benjolon besar pada bahagian itu.

Pada awalnya benjolan itu hanya 2 sentimeter namun kini ia sudah membesar sehingga 18 sentimeter selain ia mengeras hingga menyebabkan bahagian berkenaan menjadi lenguh dan kadang-kadang mendatangkan kesakitan.

“Saya baru sahaja mahu menarik nafas lega kerana beranggapan tidak perlu lagi menghadapi kesakitan, dan rawatan kemoterapi selepas kaki saya dipotong pada tahun lepas, namun kini saya diuji lagi dengan penyakit yang sama.

“Jauh sekali untuk menyalahkan takdir, malah saya reda dan mengganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk menjadikan saya insan yang lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang akan mendatang walaupun tidak sempurna seperti insan yang lain,” katanya.

Dia, yang juga penerima bantuan kaki palsu yang disampaikan oleh MAKNA mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang banyak membantu dari segi kewangan dan semangat moral.

Sementara itu, ibunya yang juga penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan berkata, kadang-kadang wang bantuan itu tidak mencukupi memandangkan dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan RM700 sebulan.

Selain terpaksa membayar RM100 untuk menyewa kereta bagi membawa anaknya Afza ke hospital setiap kali temujanji, dia juga perlu menampung perbelanjaan persekolahan dua lagi anaknya.

“Ada ketika saya terpaksa menutup kedai dua hingga tiga hari seminggu untuk menguruskan Afza selain membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

“Jika ada sumbangan dan bantuan daripada orang ramai, memang keluarga ini tersenarai dalam senarai penerima yang sentiasa akan dibantu selain keperluan asas dan semangat moral untuk memulihkan semangat Afza,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Halimah Mohamed:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini