Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pulau Pinang - Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang dialami bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang terpaksa menanggun...


Pulau Pinang - Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang dialami bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang terpaksa menanggung kerugian akibat ditipu rakan perniagaanya.

Malah, disebabkan tekanan yang dihadapi, dia turut disahkan menghidap sakit mental dan kini menerima rawatan terapi renjatan elektrik ke otak (ECT) di Hospital Pulau Pinang.

Menurut Affeirul Annas Azzandry Azizan, 35, dia ditamatkan perkhidmatan pada 2015 kerana masalah kesihatan pada tulang belakang yang dialami sejak lebih 10 tahun lalu.

Anas berkata, dia pada mulanya mahu berusaha sendiri menyara isteri dan tiga orang anak tetapi disebabkan kehabisan wang akibat ditipu seorang kenalan, dia terpaksa menepis rasa malu untuk meminta bantuan daripada orang ramai.

Katanya, semua wang hasil jualan tepung goreng ayam miliknya yang digunakan sebagai modal perniagaan habis dilarikan seorang individu yang bergelar Chef Rahmat.




Memburukkan lagi keadaan apabila Annas disahkan menghidapi Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) dan kemurungan sehingga terpaksa menerima rawatan ECT.

Menurut Annas, rawatan tersebut memberi kesan kepada memorinya menyebabkan dia hilang ingatan dan gagal mengenali isteri yang setia menunggunya.

Sehubungan itu, Annas merayu orang ramai agar menghulurkan sedikit bantuan kepadanya selain berdoa agar dia kembali sembuh seperti sedia kala.

Mohon dibantulah kami sekeluarga. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut yang masih aktif atas nama Affeirul Annas Azzandry bin Azizan atau hubunginya:


012-4602352
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaika...



Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti sedekahnya, manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”

Seorang kanak-kanak OKU memerlukan lebih RM20,000 sebagai kos pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanannya.

Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, dilahirkan tanpa telinga kanan dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan normal terutama dalam aspek pembelajaran di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Ijok.

Ibunya, Effariza Ahmad Nundin, 44, berkata, Muhammad Adam yang memakai alat bantuan pendengaran sejak berusia sembilan bulan adalah seorang murid yang mudah memahami pembelajaran di sekolah selain pertuturan dan pendengarannya didapati semakin baik.

"Dia (Muhammad Adam) memang suka belajar dan setakat ini sudah boleh membaca dua atau tiga suku perkataan serta mengaji Iqra'," katanya.

Tambah Effariza, melihat perkembangan itu dia dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik tersebut menjalani kehidupan lebih sempurna.

Bagaimanapun katanya, pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanan Muhammad Adam memerlukan belanja lebih RM20,000.

"Ketika ini, Muhammad Adam cuma bergantung kepada alat bantuan pendengaran yang dipinjam dari Hospital Sungai Buloh yang bernilai kira-kira RM8,000.

"Sekiranya pembedahan kecil ini berjaya, anak saya tidak lagi perlu memakai alat bantuan pendengaran sepenuh masa itu yang menggunakan bateri dengan belanja RM50 sebulan" katanya.

Katanya, Muhammad Adam yang cekal menjalani kehidupan tanpa telinga kanan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran setakat ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

"Saya hanyalah seorang suri rumah dan kadangkala menolong ahli keluarga berniaga. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

"Sebelum ini, segala kos kami tanggung sendiri termasuk kos ulang alik ke Hospital Sungai Buloh" katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama anak keduanya, Nur Erni Shahila Rosmadi atau menghubunginya:


019-3192466
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Padang Terap - Tiada kata dapat diluahkan melainkan airmata yang bercucuran. Seorang suri rumah, Siti Hawa Che Man, 40, merayu sumbangan...


Padang Terap - Tiada kata dapat diluahkan melainkan airmata yang bercucuran. Seorang suri rumah, Siti Hawa Che Man, 40, merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung menguruskan anak perempuannya yang menderita penyakit paru-paru kronik dan jantung berlubang sejak lahir.

Siti Hawa berkata, anak bongsunya yang baru berusia dua tahun, Nur Auni Husnina Mohamad Radzi kini terlantar di rumah disebabkan penyakitnya dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa.

“Nur Auni Husnina amat sensitif kepada persekitaran. Adakalanya dua hingga tiga kali sebulan dia dimasukkan ke wad disebabkan sesak nafas akibat masalah paru-paru.

Tahun lepas sahaja 22 kali dia dibawa ke HSB dan dirawat selama beberapa hari... saya buntu kerana setiap kali ke sana ia memerlukan perbelanjaan,” katanya di rumahnya di Kampung Sena, Padang Temak.

Menurut Siti Hawa, perbelanjaan harian menanggung tiga anak termasuk rawatan Nur Auni Husnina bergantung kepada pendapatan suaminya Mohamad Radzi Said, 47, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,000 sebulan selain bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Memang tidak cukup, sebab beli susu khas untuk dia pun perlu RM600 sebulan dan selebihnya lampin pakai buang. Dia tidak boleh minum susu lain bagi menjamin penghadamannya lancar.

“Saya nak kerja tambah pendapatan suami, tetapi tidak boleh sebab Nur Auni Husnina perlu perhatian sepanjang masa sebab dia guna tiup saluran pernafasan, saya bimbang tercabut dan boleh mengancam nyawa,” katanya.

Nur Auni Husnina juga perlu disedut kahaknya setiap dua jam bagi melancarkan pernafasan dan diberikan minum susu melalui tiup di hidung.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Mohamad Radzi atau menghubunginya:

017-5764600
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Sebuyau - Hasrat untuk meneruskan pelajaran akhirnya terpaksa dipendam oleh Wan Zulkarnain Wan Roslan (Achin) setelah menghidapi penyaki...


Sebuyau - Hasrat untuk meneruskan pelajaran akhirnya terpaksa dipendam oleh Wan Zulkarnain Wan Roslan (Achin) setelah menghidapi penyakit misteri yang menyebabkan berat badannya susut secara drastik serta tidak mampu lagi bergerak bebas.

Pelajar yang berusia 17 tahun itu dahulunya seorang aktif bersukan kini hanya terlantar di rumah sahaja berikutan tidak dapat berjalan serta sukar untuk berdiri daripada katil.

Menurut bapanya, Wan Roslan Wan Daut 48 tahun, penyakit anaknya diketahui pada awal tahun 2018 setelah Achin sering mengadu sakit serta hilang selera makan secara mendadak.

“Sebelum sakit, Achin merupakan seorang anak yang aktif bersukan dan mempunyai fizikal sihat seperti remaja lain seusia dengannya.

“Namun selepas menghidapi sakit berkenaan, berat badan Achin mulai susut teruk, bahkan untuk bangun daripada tilam tempatnya terlantar sahaja sudah sukar.

“Kini anak daripada lima adik beradik yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu hanya berada di rumah dan hampir dua tahun tidak meneruskan persekolahan akibat sakit dialaminya,” katanya.

Tambahnya, Achin pernah dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan namun sakit yang dialaminya belum lagi dapat dikenal pasti.

Roslan turut mendedahkan jarak hospital daripada rumah agak jauh serta tiada pengangkutan tetap untuk ke hospital membuatkannya tidak mampu membuat rawatan secara berkala terhadap Achin.

Terdahulu, Roslan merupakan seorang pekerja buruh kasar yang menyara lima anak lelaki termasuk Achin, manakala isterinya hanya seorang suri rumah tangga.

Susulan daripada itu, orang ramai yang sudi menghulurkan sebarang bantuan boleh merujuk Roslan di alamat Kampung Belakang Pasar Maludam, 94850, Sarawak, atau sumbangan kewangan ke akaun bank berikut atas nama ibu Achin, Kalsom Kifrawi:

Kampung Belakang Pasar Maludam
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Tumpat - Keperluan asas manusia seperti air dan elektrik sepatutnya tidak menjadi beban untuk mereka yang dalam kesusahan. Rumah pusaka ...


Tumpat - Keperluan asas manusia seperti air dan elektrik sepatutnya tidak menjadi beban untuk mereka yang dalam kesusahan. Rumah pusaka yang didiami ibu tunggal Dahalia Said, 39, dan keluarga di Kampung Berangan Masjid sudah bergelap kira-kira dua tahun lalu kerana tidak mampu membayar bil elektrik yang tertunggak sehingga mencecah RM2,126.85.

Kesempitan hidup yang dialami lima beranak ini menyebabkan mereka terpaksa hidup di rumah usang itu dengan dinding dan atap di bahagian dapur berlubang dan hampir runtuh dimakan anai-anai.

Katanya, anak-anak menggunakan lilin untuk menyiapkan kerja sekolah manakala peralatan elektrik lain seperti peti sejuk dan mesin basuh sudah lama tidak berfungsi.

Dahalia yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya dengan pendapatan kasar RM1,100 membelanjakan wang berkenaan untuk menyara empat anak, Harith Denial Zamizam, 18, sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Harith Daiyan Zamizam, 16, pelatih di Giat Mara Tumpat.

Dua lagi, Harithah Zayani, 13, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan dan Husna Izara Nordin, 8, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Berangan 1, Tumpat.

“Gaji yang saya dapat setiap bulan digunakan untuk makan dan minum kami sekeluarga. Biasanya makan nasi goreng dengan telur hancur sahaja. Kadang-kadang ada lauk ikan dan jarang juga dapat makan ayam," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Dahalia, kelengkapan persekolahan dan wang saku anak-anak juga menggunakan wang gaji tersebut dan anaknya juga terpaksa meminjam baju sukan daripada sepupu mereka kerana tidak mampu membeli pakaian itu.

"Kali terakhir saya menjelaskan bil sebanyak RM477 pada 3 Februari 2016 dan selepas itu tidak mampu lagi membayarnya sehinggalah kemudahan itu dipotong pada tahun 2018.

“Kalau makan minum pun ikat perut, macam mana saya nak jelaskan bil yang mencecah lebih RM2,000 itu. Saya memang tidak ada duit.

Dinding dan rumah yang roboh pun tidak dapat dibaiki kerana tidak ada wang dan hanya ditutup dengan kanvas bagu mengelak dimasuki air hujan.

“Ada jiran yang kasihan pada kami membantu dengan membenarkan kami menyambung elektrik daripada rumahnya sejak tiga minggu lalu tetapi saya tidak tahu sampai bila hendak meminjam dari jiran dan sudah tentu saya perlu bayar kepadanya,” katanya.

Dahalia juga berharap dapat menyediakan rumah yang selesa untuk anak-anaknya yang sedang membesar.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Dahalia Said atau hubunginya:

011-51115101
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2127



blog counter views

Kuching - Seorang lelaki terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isteri setelah penyakit kanser tisu yang dihadapinya sejak s...


Kuching - Seorang lelaki terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isteri setelah penyakit kanser tisu yang dihadapinya sejak setahun lalu semakin parah menyebabkannya gagal untuk bergerak.

Lebih memeritkan anak kelahiran Sarawak, Rahman Sengang, kini sedang terlantar di hospital Johor Bahru itu memerlukan bantuan bekalan darah AB+ sekali dalam dua minggu.

Menurut anak buahnya, Rahman pada awalnya bersama isteri dan keluarga menetap di Johor bagi mencari peluang pekerjaan untuk menyara empat anaknya.

Beliau seterusnya berhenti bekerja setelah disahkan mengalami penyakit berkenaan pada satu tahun yang lalu, sekaligus menyukarkan badannya itu bergerak seperti biasa.

Kesemua tanggungjawab menyara keluarga kini dipikul oleh isterinya, Latifah Kinai dengan mengambil upah sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk pembiayaan suami dan juga anak yang bersekolah.

Rahman dan isteri menetap di no 10 Jalan Sebulung Stulang baru 81100, Johor Bahru bersama empat orang anak masing-masing berusia setahun hingga 20 tahun.

Susulan itu, beliau meminta sumbangan ikhlas daripada orang awam yang mempunyai darah jenis AB+ untuk tampil ke hospital berkenaan bagi membantu suaminya mendapat bekalan darah secukupnya.

Orang ramai yang ingin tampil membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atau menghubungi Latifah Kinai di talian:

011-39274338
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. I...


Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. Itulah yang dihadapi Mohamad Haikal, 25 tahun yang didapati menghidap Refractor Acute Myeloid Leukemia pada September tahun lepas.

Ibu mana yang tidak sedih apabila anak harapan yang berkorban untuk keluarga kini menderita selepas disahkan menghidap kanser darah.

Ibunya Nora Mat Sidi, 50, berkata sebelum ini Haikal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Namun, Haikal telah mengambil keputusan berhenti belajar kerana ingin menggalas tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.

Nora yang merupakan ibu tunggal memberitahu Haikal mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat perkapalan secara kontrak dan selepas 10 bulan bekerja, dia disahkan menghidap kanser darah.

Lebih menyedihkan, selepas didapati menghidap kanser, Haikal tidak lagi layak untuk bekerja.

Malah rawatan kemoterapi yang dilakukannya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif.

“Selepas disahkan menghidap kanser serta tidak layak untuk bekerja, Haikal menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali di Hospital Ampang bagaimanapun, rawatan itu tidak menunjukkan tindak balas positif.”

Doktor juga menyarankan Haikal mengambil ubat tambahan yang berharga sangat mahal.

“Justeru, doktor menyarankan anak saya mengambil ubat tambahan iaitu Midosteurin untuk tempoh tiga bulan bersama rawatan kemoterapi kali keempat”

“Ubat berkenaan terlalu mahal iaitu RM186,932 dan sebagai ibu, saya merayu bantuan mana-mana pihak kerana kami tidak mampu membeli ubat berkenaan,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai pemandu van sekolah memaklumkan, tahap kesihatan Haikal masih baik dan boleh bertahan sehingga tiga ke empat bulan.

Walau bagaimanapun menurut Nora, jika Haikal lambat mendapat rawatan bersama Midosteurin, kesihatannya akan terus merosot.

“Haikal juga dijangka akan menjalani pemindahan tulang sum sum tetapi masih belum menemui penderma malah adiknya iaitu Mohd Hakimi Iman yang berusia 22 tahun juga tidak sesuai untuk menjadi penderma.

“Bantuan yang saya minta adalah untuk pembelian ubat sahaja manakala kos rawatan lain termasuk kemoterapi akan saya tanggung sendiri,” katanya.

Jika anda mahu membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam manakala sebarang pertanyaan mengenai Haikal boleh berhubung dengan ibunya:

013-3303347
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Kuala Kangsar - Ketika kanak-kanak seusianya bebas bermain, Muhammad Qarizh Rayyan Faizul, 4, tidak lagi bebas bergerak kerana menghidap...


Kuala Kangsar - Ketika kanak-kanak seusianya bebas bermain, Muhammad Qarizh Rayyan Faizul, 4, tidak lagi bebas bergerak kerana menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan menghidap barah berkaitan saraf berkenaan lebih setahun lalu, sekali gus mengubah rutin kehidupan bapanya, Faizul@Mohd Faizul Zainuddin, 36, dan keluarga.

Malah, Faizul terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan, manakala isterinya, Noor Hafeena Ahmad, 31, terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kantin sekolah untuk menjaga Muhammad Qarizh Rayyan atau mesra disapa dengan nama Ayish.

Lebih memilukan, doktor yang merawat Ayish memberitahu rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan untuk melawan sel kanser yang sudah merebak ke bahagian lain, khususnya kelenjar bawah paha kiri yang menyebabkan kanak-kanak itu hanya mampu bergerak secara mengesot.

Faizul yang bekerja sebagai atendan kesihatan, berkata imbasan ‘ultrasound’ dan CT Scan yang dilakukan sejak Ayish dirawat, menemui bengkak pada rusuk kiri sebelum muncul ketumbuhan pada bahagian hati anaknya itu.

Katanya, ketumbuhan yang dialami pernah membesar hampir menyamai saiz kepala anaknya itu sebelum dibuang menerusi satu pembedahan pada Januari tahun lalu.

“Sebahagian hati anak saya juga dibuang dan dia menjalani rawatan kemoterapi sehingga Ogos tahun lalu,” katanya.

Faizul berkata, biarpun doktor memaklumkan perubatan moden sudah tidak mampu merawat Ayish kerana kansernya berada pada tahap tiga ketika mula dikesan dan sekarang tahap empat, mereka masih berikhtiar melalui perubatan tradisional serta mengharapkan ada keajaiban berlaku.

“Buat masa sekarang, Ayish hanya bergantung kepada ubat tahan sakit yang dibekalkan pihak hospital. Jika dihantar ke hospital pun, doktor hanya mampu mengenal pasti di mana sel kanser itu sudah merebak, namun tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Biarpun sedih dengan keadaan Ayish, Faizul berkata, mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu berbekalkan semangat dan sokongan moral saudara-mara serta beberapa NGO yang turut membantu.

Katanya, bantuan penyakit kritikal JKM sebanyak RM350 sebulan tidak mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga, termasuk dua anaknya yang bersekolah selain kos membiayai perubatan alternatif Ayish.

“Sekarang saya berserah kepada takdir. Kali terakhir rawatan kemoterapi pada 13 Ogos tahun lalu dan disebabkan itu saya perlu segera mencari rawatan alternatif yang sesuai dengannya. Biarpun sedih menerima dugaan ini, saya dan isteri akan cuba sedaya upaya menunaikan kemahuan Ayish.

“Alhamdulillah, setakat ini beberapa pihak pernah tampil memenuhi keinginannya untuk menaiki jentolak pengorek tanah, selain menghadiahkan seunit mainan dalam bentuk jentera itu hasil inisiatif beberapa NGO,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Faizul@Mohd Faizul atau hubunginya:

019-4027718
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuala Krai - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan...



Kuala Krai - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan orang ramai bagi meneruskan kehidupan selepas satu-satunya pencari nafkah iaitu suaminya koma akibat kemalangan.

"Saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami saya yang koma sejak Disember tahun lalu," rintih seorang isteri yang buntu memikirkan keadaan kewangan mereka.

Menurut Norhasnila Hanafiah, 37, dari Kampung Temalir, di sini, suaminya, Hasan Ishak, 36, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Disember lalu.

Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini masih berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Sejak kejadian itu, suami tidak sedarkan diri dan kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.

"Kami mempunyai tiga anak dan dua daripadanya masih bersekolah. Saya juga buntu memikirkan perbelanjaan dan tidak mampu membeli keperluan suami seperti susu dan lampin pakai buang," katanya.

Pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Adam Faiz, 11, Nor Adawiyah, 8, dan Muhammad Amir Putra, 2.

Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Norhasnila di talian berikut atau menyalurkan ke akaun bank miliknya:

011-37743343
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kongsi Portal Ini