Ibu rayu sumbangan anak berusia dua tahun sakit paru-paru kronik - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Padang Terap - Tiada kata dapat diluahkan melainkan airmata yang bercucuran. Seorang suri rumah, Siti Hawa Che Man, 40, merayu sumbangan...

Ibu rayu sumbangan anak berusia dua tahun sakit paru-paru kronik


Padang Terap - Tiada kata dapat diluahkan melainkan airmata yang bercucuran. Seorang suri rumah, Siti Hawa Che Man, 40, merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung menguruskan anak perempuannya yang menderita penyakit paru-paru kronik dan jantung berlubang sejak lahir.

Siti Hawa berkata, anak bongsunya yang baru berusia dua tahun, Nur Auni Husnina Mohamad Radzi kini terlantar di rumah disebabkan penyakitnya dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa.

“Nur Auni Husnina amat sensitif kepada persekitaran. Adakalanya dua hingga tiga kali sebulan dia dimasukkan ke wad disebabkan sesak nafas akibat masalah paru-paru.

Tahun lepas sahaja 22 kali dia dibawa ke HSB dan dirawat selama beberapa hari... saya buntu kerana setiap kali ke sana ia memerlukan perbelanjaan,” katanya di rumahnya di Kampung Sena, Padang Temak.

Menurut Siti Hawa, perbelanjaan harian menanggung tiga anak termasuk rawatan Nur Auni Husnina bergantung kepada pendapatan suaminya Mohamad Radzi Said, 47, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,000 sebulan selain bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Memang tidak cukup, sebab beli susu khas untuk dia pun perlu RM600 sebulan dan selebihnya lampin pakai buang. Dia tidak boleh minum susu lain bagi menjamin penghadamannya lancar.

“Saya nak kerja tambah pendapatan suami, tetapi tidak boleh sebab Nur Auni Husnina perlu perhatian sepanjang masa sebab dia guna tiup saluran pernafasan, saya bimbang tercabut dan boleh mengancam nyawa,” katanya.

Nur Auni Husnina juga perlu disedut kahaknya setiap dua jam bagi melancarkan pernafasan dan diberikan minum susu melalui tiup di hidung.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Mohamad Radzi atau menghubunginya:

017-5764600
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini