Adik Zulkarnain hidapi penyakit misteri, keluarga mohon bantuan kewangan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sebuyau - Hasrat untuk meneruskan pelajaran akhirnya terpaksa dipendam oleh Wan Zulkarnain Wan Roslan (Achin) setelah menghidapi penyaki...

Adik Zulkarnain hidapi penyakit misteri, keluarga mohon bantuan kewangan


Sebuyau - Hasrat untuk meneruskan pelajaran akhirnya terpaksa dipendam oleh Wan Zulkarnain Wan Roslan (Achin) setelah menghidapi penyakit misteri yang menyebabkan berat badannya susut secara drastik serta tidak mampu lagi bergerak bebas.

Pelajar yang berusia 17 tahun itu dahulunya seorang aktif bersukan kini hanya terlantar di rumah sahaja berikutan tidak dapat berjalan serta sukar untuk berdiri daripada katil.

Menurut bapanya, Wan Roslan Wan Daut 48 tahun, penyakit anaknya diketahui pada awal tahun 2018 setelah Achin sering mengadu sakit serta hilang selera makan secara mendadak.

“Sebelum sakit, Achin merupakan seorang anak yang aktif bersukan dan mempunyai fizikal sihat seperti remaja lain seusia dengannya.

“Namun selepas menghidapi sakit berkenaan, berat badan Achin mulai susut teruk, bahkan untuk bangun daripada tilam tempatnya terlantar sahaja sudah sukar.

“Kini anak daripada lima adik beradik yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu hanya berada di rumah dan hampir dua tahun tidak meneruskan persekolahan akibat sakit dialaminya,” katanya.

Tambahnya, Achin pernah dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan namun sakit yang dialaminya belum lagi dapat dikenal pasti.

Roslan turut mendedahkan jarak hospital daripada rumah agak jauh serta tiada pengangkutan tetap untuk ke hospital membuatkannya tidak mampu membuat rawatan secara berkala terhadap Achin.

Terdahulu, Roslan merupakan seorang pekerja buruh kasar yang menyara lima anak lelaki termasuk Achin, manakala isterinya hanya seorang suri rumah tangga.

Susulan daripada itu, orang ramai yang sudi menghulurkan sebarang bantuan boleh merujuk Roslan di alamat Kampung Belakang Pasar Maludam, 94850, Sarawak, atau sumbangan kewangan ke akaun bank berikut atas nama ibu Achin, Kalsom Kifrawi:

Kampung Belakang Pasar Maludam
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini