Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuching

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kuching. Papar semua catatan

Kuching - Seorang lelaki terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isteri setelah penyakit kanser tisu yang dihadapinya sejak s...


Kuching - Seorang lelaki terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isteri setelah penyakit kanser tisu yang dihadapinya sejak setahun lalu semakin parah menyebabkannya gagal untuk bergerak.

Lebih memeritkan anak kelahiran Sarawak, Rahman Sengang, kini sedang terlantar di hospital Johor Bahru itu memerlukan bantuan bekalan darah AB+ sekali dalam dua minggu.

Menurut anak buahnya, Rahman pada awalnya bersama isteri dan keluarga menetap di Johor bagi mencari peluang pekerjaan untuk menyara empat anaknya.

Beliau seterusnya berhenti bekerja setelah disahkan mengalami penyakit berkenaan pada satu tahun yang lalu, sekaligus menyukarkan badannya itu bergerak seperti biasa.

Kesemua tanggungjawab menyara keluarga kini dipikul oleh isterinya, Latifah Kinai dengan mengambil upah sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk pembiayaan suami dan juga anak yang bersekolah.

Rahman dan isteri menetap di no 10 Jalan Sebulung Stulang baru 81100, Johor Bahru bersama empat orang anak masing-masing berusia setahun hingga 20 tahun.

Susulan itu, beliau meminta sumbangan ikhlas daripada orang awam yang mempunyai darah jenis AB+ untuk tampil ke hospital berkenaan bagi membantu suaminya mendapat bekalan darah secukupnya.

Orang ramai yang ingin tampil membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atau menghubungi Latifah Kinai di talian:

011-39274338
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuching - Satu keluarga memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai kos pembedahan bayi perempuan berusia dua minggu, Nur Aisha...


Kuching - Satu keluarga memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai kos pembedahan bayi perempuan berusia dua minggu, Nur Aisha Umairah Mohamud Adha.

Nur Aisha, dilahirkan dengan penyakit jantung yang serius dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Umum Sarawak kerana memerlukan bantuan alat pernafasan disebabkan kegagalan jantung.

Keadaan ini memerlukan Nur Aisha melakukan pembedahan segera di Institut Jantung Negara namun ibu bapa kepada bayi itu tidak mampu menanggung kos pembedahan yang dianggarkan menelan kos RM100,000.

Bapa Nurs Aisha, Mohamud Adha Seruji, 32, hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan manakala ibunya, Rosma Mohd Hamzah, 25, suri rumah.

Selain Nur Aisha, pasangan berkenaan mempunyai dua lagi anak masing-masing berumur tujuh tahun dan empat tahun yang turut memerlukan perhatian daripada pasangan ini.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada pasangan ini boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Persatuan Amal Shan Xin Kajang atau hubungi mereka:

016-8625003
Progress:

RM0 raised

Goal: RM100000

Kuching - Seorang mangsa letupan gas di restoran di CityOne Megamall, di Kuching pada 4 Disember lalu, merayu bantuan orang ramai bagi me...


Kuching - Seorang mangsa letupan gas di restoran di CityOne Megamall, di Kuching pada 4 Disember lalu, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai rawatannya.

Nur Harfidawilla Mohd Sulaiman, 29, yang berasal dari Kampung Paya Mebi, Jalan Landeh di Padawan, kini terlantar di hospital akibat kecederaan serius dialaminya susulan insiden berkenaan.

Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Kampung Paya Mebi, Shamsudin Unai berkata, Nur Harfidawilla mengalami tahap melecur yang teruk, terutama pada bahagian muka dan tangan.

“Mangsa baharu sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Umum Sarawak beberapa hari lalu dan mula menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Justeru, Shamsudin berkata, mangsa mengharapkan bantuan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu dari segi kos rawatannya, sekali gus meringankan beban ibu bapanya.

Menurutnya, Nur Harfidawilla adalah anak pertama daripada empat beradik dan satu-satunya harapan bapanya untuk membantunya mencari rezeki keluarga.

“Beliau amat teruja hendak bekerja di Restoran Nene Chicken, namun tragedi menimpanya hingga mengalami kecederaan serius,” katanya.

Shamsudin berkata, bapa Nur Harfidawilla, Mohd Sulaiman Abdullah hanya bekerja sebagai operator mesin di sebuah syarikat swasta, manakala ibunya, Haryati Mohd Wasir tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit buah pinggang sejak empat tahun lalu.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama bapa mangsa Mohd Sulaiman Abdullah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuching - Noor Asyikin Ismail, 35, seorang suri rumah memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan kanser usus Tah...


Kuching - Noor Asyikin Ismail, 35, seorang suri rumah memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan kanser usus Tahap 4 yang dihidapinya.

Dia yang didiagnosis kanser usus lebih setahun lalu memerlukan kira-kira RM106,110 untuk membeli ubat khas (Erbitux Cetuximab) bagi rawatan kemoterapi yang disyorkan doktor pakar di Hospital Umum Sarawak.

Menurutnya, dia terpaksa membeli ubat berkenaan di farmasi luar setiap kali mahu menjalani rawatan kemoterapi di HUS kerana ketika ini HUS tidak mempunyai bekalan ubat berkenaan.

“Saya terpaksa menggunakan ubat ini selepas dua ubat yang digunakan sebelum ini untuk kemoterapi tidak berjaya dan doktor mengatakan ubat baharu ini memberi tindak balas positif, cuma saya perlu membelinya sendiri dari farmasi luar kerana HUS tidak mempunyai bekalan ubat ini.

“Doktor memaklumkan saya perlu menjalani sekurang-kurang 12 kali rawatan kemoterapi menggunakan ubat Erbitux Cetuximab dan kini berbaki sembilan kitaran.

“Bagi setiap kitaran saya memerlukan RM11,790 untuk membeli ubat dan untuk kitaran keempat ini, saya masih kekurangan wang sedangkan doktor menasihati saya menjalankan rawatan kemoterapi pada kadar segera,” katanya.

Noor Asyikin berkata, dalam tempoh dua minggu lagi dia perlu menjalani kitaran kemoterapi keempat, namun ketika ini dia dan suami hanya mempunyai RM6,000.

Dalam perkembangan sama, dia memberitahu sejumlah RM35,370 telah digunakan untuk menjalani tiga kitaran kemoterapi menggunakan ubat Erbitux Cetuximab sejak September lalu.

Katanya, disebabkan pendapatan bersih sebulan suaminya, Abdul Hadi Hasbi, 35, hanya RM1,900, mereka terpaksa mencari sumber kewangan lain.

Abdul Hadi bekerja sebagai Pembantu Kemahiran di UNIMAS dan dia terpaksa menjelaskan bayaran pinjaman rumah serta kereta dengan dua anak mereka yang masih bersekolah.

“Mujur UNIMAS tampil menghulurkan bantuan sebanyak RM15,256, namun jumlah itu masih tidak mencukupi menyebabkan suami saya meminjam daripada saudara dan rakan-rakan serta menggunakan wang simpanannya,” katanya.

Mengimbas detik menyedihkan dalam hidupnya, Noor Asyikin berkata, dia langsung tidak menyangka sakit perut yang disangkakannya gastrik dan kerap membuang air besar dalam masa sehari adalah tanda-tanda dia mengidap kanser usus.

Lebih menyedihkan katanya, ketika menjalankan kolonoskopi di HUS pada 6 Jun 2017, doktor mengatakan kanser usus dialaminya kini sudah merebak ke paru-paru dan hati.

Namun demi anak-anak yang masih kecil katanya, dia tetap kuatkan semangat dan berfikiran positif kerana percaya dengan peribahasa Melayu, ‘berpantang maut sebelum ajal.’

“Ketika itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, tetapi saya kuatkan semangat kerana mahu sembuh demi anak-anak yang masih kecil,” katanya sambil menambah, anak-anaknya berusia sembilan, tujuh dan tiga tahun.

Noor Asyikin berkata, disebabkan kanser beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk menimang cahaya mata keempat kerana prosedur pembedahan dijalani pada Ogos tahun lalu untuk membuang usus dijangkiti sel kanser turut melibatkan rahimnya.

Semasa pembedahan itu katanya, beliau mengandung empat bulan bagaimanapun janinnya terpaksa dibuang bersama rahim atas nasihat doktor kerana terlalu berisiko untuk dia meneruskan kandungan itu.

Pembedahan perlu dilakukan sebelum prosedur kemotrapi dimulakan 16 November 2017, tambahnya.

“Besar harapan saya untuk sembuh demi anak-anak yang masih kecil dan mengharapkan sumbangan daripada orang ramai supaya saya dapat menjalani kemoterapi seterusnya,” katanya.

Noor Asyikin berkata, disebabkan kekangan kewangan dan terpaksa berulang-alik ke HUS, dia kini tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Semariang Batu di sini.

Katanya, semua urusan persekolahan dua anaknya diurus ibunya yang turut menjaga anak kecil mereka.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Abdul Hadi menerusi talian berikut:

016-8597475
Progress:

RM0 raised

Goal: RM106110

Kuching - Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaita...


Kuching - Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaitan untuk mendapatkan rumah sewa di pusat bandar raya ini bagi memudahkannya membawa anak mendapatkan rawatan kesihatan.

Abang Zayid Abang Zaini, 42, yang bekerja sebagai buruh berkata, dia memerlukan bantuan berkenaan kerana anak bongsunya, Nur Fatin Fatihah yang berumur setahun 11 bulan perlu menjalani pemeriksaan rapi di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan setiap bulan.

Lebih menyedihkan kata Abang Zayid, dia bersama isterinya, Rafidah Ismail, 41 dan anaknya itu sekarang tinggal di bilik sewa yang sempit di tingkat empat sebuah bangunan di Matang Jaya di sini dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

“Justeru, saya merayu kepada pihak berkenaan dan orang ramai supaya dapat membantu keluarga saya mendapatkan rumah atau flat sewa dengan kadar yang mampu di kawasan berdekatan HUS,” katanya ketika ditemui.

Sebab itu, kata Abang Zayid, anak-anaknya yang lain terpaksa tinggal bersama nenek mereka di Kampung Lintang ekoran masalah tersebut serta tempat tinggal yang didiami tidak mampu memuatkan mereka anak beranak.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap tabah berdepan ujian meskipun terpaksa bekerja sendiri demi menyara keluarganya serta menanggung kos sewa bulanan bilik dan kos perubatan anak bongsunya itu.

“Isteri saya tidak bekerja kerana perlu menjaga Fatin. Dengan pendapatan bulanan saya sekitar RM1,000 itulah saya gunakan untuk menyara kami sekeluarga termasuk membayar kos sewa bilik dan kos rawatan dan perubatan Fatin.

“Namun, ia masih tidak mencukupi walaupun ada menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM200 sebulan,” katanya. 

Abang Zayid memberitahu, kisah beliau merayu untuk mendapatkan bantuan rumah sewa di bandar raya ini demi anak bongsunya yang sakit pernah dikeluarkan dalam akhbar sebelum ini, namun sehingga kini belumada pihak yang tampil membantu mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abang Zayid boleh menghubunginya:

011-16746657
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuching - Kesempitan hidup memaksa seorang ibu tunggal saudara baharu dan tiga anaknya tinggal di rumah usang serta serba kekurangan pe...


Kuching - Kesempitan hidup memaksa seorang ibu tunggal saudara baharu dan tiga anaknya tinggal di rumah usang serta serba kekurangan peninggalan mendiang neneknya di Kampung Duras, Siburan.

Rumah kayu yang didiami Nur Syafiqah Abdullah, 41 serta anak-anaknya yang masing-masing berusia 19, 17 dan 12 tahun kini semakin usang dimamah usia malah mengalami kebocoran selain dinding dan lantai kayu sudah mula reput.

Syafiqah berkata, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan serta bantuan sara hidup daripada Tabung Baitulmal Sarawak yang dibayar tiga bulan sekali.

“Dahulu saya mengambil upah sebagai pekerja kilang, namun atas faktor kesihatan yang merosot sejak dua tahun lalu, saya telah dinasihati doktor untuk berhenti kerja.

“Kami sekeluarga turut bergantung harap dengan anak perempuan saya yang berusia 19 tahun yang kini bekerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan dan anak lelaki yang baharu sahaja tamat SPM tahun lalu yang mengambil upah membantu menjual apam balik.

“Dengan pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan bil utiliti bulanan, perbelanjaan sekolah anak bongsu saya dan tujuan membeli makanan, tidak mampu untuk kami membaik pulih kerosakan rumah ini,” katanya.

Syafiqah menjelaskan, sebelum ini dia pernah beberapa kali mencuba untuk memohon bantuan daripada sumber-sumber lain, bagaimanapun hanya segelintir pihak yang tampil memeriksa dan melihat sendiri keadaan rumahnya itu, tetapi masih belum ada jawapan.

Bagaimanapun ketika ini, rumah tersebut, ujarnya mempunyai bekalan elektrik tetapi terpaksa menumpang sambungan bekalan air dari kediaman bersebelahan milik kakaknya.

“Rumah ini ibarat hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Jika hari hujan lebat dan ribut, kami anak beranak terpaksa menumpang di rumah kakak saya buat sementara waktu kerana bimbang ia akan runtuh.

“Jika nak guna tandas pun, kami terpaksa menumpang rumah sebelah,” jelasnya.

Kakak Syafiqah sebelum ini turut mendapat bantuan pembinaan Rumah Mesra Rakyat di atas tapak tanah sama, tetapi ia hanyalah rumah kecil dua bilik dan hanya mampu menampung keluarganya sendiri.

Justeru, dia amat berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarganya untuk tinggal di kediaman yang lebih selesa dan selamat berbanding sekarang.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Tabung Baitulmal Sarawak:

082-682861
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini