Kos ubat hampir RM200k, ibu rayu bantuan anak hidap kanser darah - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. I...

Kos ubat hampir RM200k, ibu rayu bantuan anak hidap kanser darah


Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. Itulah yang dihadapi Mohamad Haikal, 25 tahun yang didapati menghidap Refractor Acute Myeloid Leukemia pada September tahun lepas.

Ibu mana yang tidak sedih apabila anak harapan yang berkorban untuk keluarga kini menderita selepas disahkan menghidap kanser darah.

Ibunya Nora Mat Sidi, 50, berkata sebelum ini Haikal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Namun, Haikal telah mengambil keputusan berhenti belajar kerana ingin menggalas tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.

Nora yang merupakan ibu tunggal memberitahu Haikal mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat perkapalan secara kontrak dan selepas 10 bulan bekerja, dia disahkan menghidap kanser darah.

Lebih menyedihkan, selepas didapati menghidap kanser, Haikal tidak lagi layak untuk bekerja.

Malah rawatan kemoterapi yang dilakukannya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif.

“Selepas disahkan menghidap kanser serta tidak layak untuk bekerja, Haikal menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali di Hospital Ampang bagaimanapun, rawatan itu tidak menunjukkan tindak balas positif.”

Doktor juga menyarankan Haikal mengambil ubat tambahan yang berharga sangat mahal.

“Justeru, doktor menyarankan anak saya mengambil ubat tambahan iaitu Midosteurin untuk tempoh tiga bulan bersama rawatan kemoterapi kali keempat”

“Ubat berkenaan terlalu mahal iaitu RM186,932 dan sebagai ibu, saya merayu bantuan mana-mana pihak kerana kami tidak mampu membeli ubat berkenaan,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai pemandu van sekolah memaklumkan, tahap kesihatan Haikal masih baik dan boleh bertahan sehingga tiga ke empat bulan.

Walau bagaimanapun menurut Nora, jika Haikal lambat mendapat rawatan bersama Midosteurin, kesihatannya akan terus merosot.

“Haikal juga dijangka akan menjalani pemindahan tulang sum sum tetapi masih belum menemui penderma malah adiknya iaitu Mohd Hakimi Iman yang berusia 22 tahun juga tidak sesuai untuk menjadi penderma.

“Bantuan yang saya minta adalah untuk pembelian ubat sahaja manakala kos rawatan lain termasuk kemoterapi akan saya tanggung sendiri,” katanya.

Jika anda mahu membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam manakala sebarang pertanyaan mengenai Haikal boleh berhubung dengan ibunya:

013-3303347
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini