Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuala krai

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kuala krai. Papar semua catatan

Kuala Krai - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan...



Kuala Krai - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan orang ramai bagi meneruskan kehidupan selepas satu-satunya pencari nafkah iaitu suaminya koma akibat kemalangan.

"Saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami saya yang koma sejak Disember tahun lalu," rintih seorang isteri yang buntu memikirkan keadaan kewangan mereka.

Menurut Norhasnila Hanafiah, 37, dari Kampung Temalir, di sini, suaminya, Hasan Ishak, 36, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Disember lalu.

Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini masih berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Sejak kejadian itu, suami tidak sedarkan diri dan kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.

"Kami mempunyai tiga anak dan dua daripadanya masih bersekolah. Saya juga buntu memikirkan perbelanjaan dan tidak mampu membeli keperluan suami seperti susu dan lampin pakai buang," katanya.

Pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Adam Faiz, 11, Nor Adawiyah, 8, dan Muhammad Amir Putra, 2.

Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Norhasnila di talian berikut atau menyalurkan ke akaun bank miliknya:

011-37743343
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuala Krai - Bayangkan terpaksa terlantar atas katil selama 14 tahun akibat kemalangan jalan raya. Itulah dugaan yang cukup berat buat Mo...


Kuala Krai - Bayangkan terpaksa terlantar atas katil selama 14 tahun akibat kemalangan jalan raya. Itulah dugaan yang cukup berat buat Mohd Faizul Rahimi, 32.

Ibunya Siti Eshah Mahamood, 60, berkata ia lebih menyedihkan bagi anak sulungnya itu, kakinya menjadi hitam dan berkerumping.

"Selepas kemalangan itu, anaknya itu lumpuh dari pinggul akibat ketidakaktifan untuk masa yang lama, selain darah tidak bergerak dengan baik dan tidak menerima rawatan di hospital.

"Makcik akan membasuh kaki Mohd Faizul sekali sehari kerana tidak dapat membawanya ke hospital atau klinik berdekatan selama lima tahun yang lalu disebabkan oleh kekangan pengangkutan dan kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 4 , Jalan Kuala Krai.

Mengulas kejadian itu, Siti Eshah berkata anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Kuching, Sarawak pada 2006 selepas kereta rakannya, Mohd Faizul bertembung dengan pokok ketika kembali ke asrama ketika belajar di Institut Latihan Perindustrian.

"Akibat kemalangan itu, anak makcik cedera parah dan terpaksa dimasukkan besi di bahagian belakang kerana saraf dan lehernya rosak teruk.

"Selama sebulan, ibu saudara saya dirawat di Hospital Umum Sarawak sebelum dibawa pulang ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima rawatan selama tiga bulan sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, Mohd Faizul telah kembali ke HRPZ II selama setahun kerana jangkitan gout dan ketika itu doktor juga memasang beg najis dan saluran kencing, "katanya.

Siti Eshah berkata selepas kematian suaminya sembilan tahun yang lalu akibat serangan jantung, dia kini dibantu oleh anak bongsunya, Mohd Fikri, 24, yang bekerja sebagai mekanik.

"Apabila suaminya masih hidup, dia membesarkan dan membasuh Mohd Faizul, tetapi sekarang kudrat telah berkurangan, dia hanya menjangkakan anak bongsu untuk menjaga Mohd Faizul.

"Pada masa ini, saya sangat memerlukan bilik yang selesa dengan tandas untuk memudahkan mandi kerana bilik yang ada uzur kerana dimakan anai," katanya.

Menurutnya, kos anaknya ialah RM500 sebulan dan dia bersyukur kerana Mohd Faizul menerima RM350 sebulan daripada JKM selain daripada sumbangan saudara-mara dan rakan-rakan.

"Anak lain ada juga menghulurkan sumbangan, namun sekadar cukup-cukup sahaja kerana mereka juga susah dan mempunyai tanggungjawab lain,” katanya.

Orang yang ingin membantu boleh menghubungi melalui nombor akaun bank berikut bagi pihak Siti Eshah Mahamood atau menghubunginya:

011-27718601
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kuala Krai - Doktor mengesahkan bahawa anak kecil ini menghidap hydrocephalus atau cecair yang berlebihan di otak sejak berusia 2 tahun d...


Kuala Krai - Doktor mengesahkan bahawa anak kecil ini menghidap hydrocephalus atau cecair yang berlebihan di otak sejak berusia 2 tahun dan ditambah pula dengan cacar dari jangkitan kuman.

Komplikasi-komplikasi ini menyebabkan Annisa Dhia Zara Kasmuri, 4, kini terlantar koma dan tidak lagi ceria seperti kanak-kanak lain bersama keluarganya.

Ibunya, Zarina Ibrahim, 43, berkata sudah 9 bulan anak bongsu beliau dari 3 adik-beradik itu dalam keadaan koma.

"Awal tahun lepas, dia dijangkiti cacar air selama dua minggu. Saya dan suami saya, Kamsuri Ahmad, 47, membawanya ke klinik dan diberi ubat makan dan ubat sapu.

"Pada masa itu, dia baik sahaja, aktif dan ceria seperti biasa. Walau bagaimanapun, selepas cacar air itu kering, anak menjadi tidak bermaya dan kami membawanya ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

"Semasa di hospital, dia diserang sawan dan tidak sedarkan diri. Hospital tersebut merujuk mereka ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bantuan pakar.

"Doktor telah merawat dan mencuba yang terbaik, tetapi itu adalah ketentuan Allah bahawa dia telah koma sehingga sekarang," katanya, yang tinggal di Kampung Baru Kuala Pertang, Kuala Krai.

Dia, yang bekerja sebagai tukang cuci, berkata pilu hati melihat anak perempuannya yang gembira dan petah berkata kini hanya mampu terbaring.

Dia berkata ketika dia dan suaminya keluar bekerja, Annisa Dhia Zara akan dijaga oleh ibunya, Kasmah Jacob, 63, yang juga tinggal bersama dia untuk membantu meringankan bebannya.

Menurutnya, setiap tiga jam dia akan pulang ke rumah untuk memberikan susu anaknya dan sangat bersyukur majikan memahami kesulitannya.

Zarina terpaksa bekerja keras untuk meringankan beban keluarga kerana kos rawatannya melebihi RM500 sebulan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang.

Keluarga itu menerima bantuan bulanan sebanyak RM350 dari JKM sejak April.

Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Zarina Ibrahim:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata ...


Rantau Panjang - “Jika pembedahan terus ditangguhkan, kami bimbang kesihatan Adam semakin merosot dan ia boleh mengancam nyawanya,” kata Siti Zahirah Deraman, 32, ibu kepada Muhammad Adam, dua tahun.

“Adam perlu dibedah segera bagi merawat penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat yang dihidapi, namun kos RM60,000 di luar kemampuan kami sekeluarga.

Suri rumah dari Rantau Panjang, Kelantan itu berkata, anak bongsu dari dua beradik itu dikesan mempunyai penyakit jantung berlubang dan saluran injap paru-paru tersumbat sejak dilahirkan.

Dia berkata, sejak itu dia dan suami, Mat Jusoh Mohamed, 49, terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, doktor yang merawat anaknya memaklumkan pembedahan segera perlu dilakukan bagi memastikan Muhammad Adam dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa seperti kanak-kanak lain.

Ini kerana Muhammad Adam tidak boleh terlalu aktif selain cepat keletihan, kurang selera makan dan berat badannya hanyalah 10 kilogram.

“Kami sekeluarga benar-benar buntu kerana pendapatan suami sebagai buruh kasar hanyalah sekitar RM400 sebulan dan saya pula tidak bekerja.

“Jika hanya bergantung kepada gaji suami, entah sampai bila kami dapat mengumpul wang untuk membiayai pembedahan yang akan dilakukan oleh pakar di Pusat Perubatan Hospital Gleaneagles.

“Kami sudah tidak sanggup melihat penderitaannya dan berharap orang ramai dapat membantu menampung kos pembedahan Adam,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan bagi kos pembedahan Muhammad Adam boleh disalurkan melalui berikut:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi se...


Kuala Krai - Derita pesakit kanser hidung tahap empat, Mohamad Faris Hashim, 29, yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi sejak setahun lalu mendapat perhatian orang ramai.

Terbaharu, Mohamad Faris menerima kunjungan Pengerusi Malaysian Relief Agency, Datuk Dr Rosemi Salleh yang menyampaikan sumbangan susu, lampin pakai buang, barangan keperluan harian serta wang tunai.

Ibunya, Siti Timah Mat meluahkan rasa syukur orang ramai tampil menghulurkan bantuan sejak kisahnya disiarkan media minggu lalu.

"Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk rombongan hari ini yang menyampaikan sumbangan serta turut memberikan khidmat nasihat tentang penyakit dihidapi Mohamad Faris.

"Rombongan MRA turut memberikan kata-kata semangat buat kami sekeluarga, ia benar-benar bermakna buat kami ketika ini," katanya yang kematian suami akibat penyakit sama Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Dr Rosemi berkata, MRA merupakan badan bukan kerajaan pelbagai latar
belakang yang ditubuhkan sejak 2014 aktif membantu golongan memerlukan.

"Kami tidak mempunyai dana khas, sebaliknya wang adalah hasil dari sumbangan ahli, jadi kami turut mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama membantu golongan sasar," katanya.

Dalam pada itu, Dr Rosemi juga akan menyampaikan sumbangan berupa tilam dan kerusi roda khas kepada keluarga Siti Timah bagi memudahkan mereka menguruskan Mohamad Faris dalam masa terdekat.

Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun. Malah, keadaan ...


Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun.

Malah, keadaan Nurshahira Junuh kini semakin serius menyebabkan dia sering pening sehingga tidak dapat bekerja. Katanya, sejak tahun lalu, mata sebelah kirinya tersembul keluar dan kini dia tidak dapat melihat seperti dahulu lagi.

"Saya teringin sangat nak kerja seperti orang lain lepas habis belajar tapi masalah penglihatan menyebabkan pergerakan saya terhad dan perlu ditemani jika mahu keluar rumah. "Walaupun saya ada kad OKU, tapi saya tak dapat bantuan bulanan," katanya yang kematian ayah sejak 11 tahun lalu.

Menurut Nurshahira, dia amat berharap dapat menjalani pembedahan dan kembali pulih seperti biasa. "Saya juga turut mengalami masalah bengkak kaki seperti ada lendir di situ dan perlu dibedah segera," katanya.

Sementara itu, ibunya, Rohani Ismail, 58, berkata, dia berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah. Ditanya bagaimana Nurshahira menghidap penyakit berkenaan, ibu tunggal ini berkata, pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.

"Saya bawa dia ke Hospital Kuala Krai dan lepas diperiksa, doktor dapati mata kiri Nurshahira tak dapat melihat. "Selepas itu, dia dirujuk ke HUSM Kubang Kerian, dan doktor beritahu anak saya perlu dibedah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang untuk anaknya pulih hanya 50 peratus. "Oleh kerana bimbang mata Nurshahira tak pulih lepas dibedah, saya enggan dia jalani pembedahan dan telah tandatangani satu surat," katanya.

Katanya, sebagai suri rumah, dia tidak mampu membiayai kos rawatan anaknya. "Makcik juga ada penyakit jantung dan kencing manis. "Kos rawatan di hospital swasta juga tinggi dan menelan belanja kira-kira RM60,000 untuk menukar bola mata," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajkan Masyarakat Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim berkata, Nurshahira layak menerima bantuan setelah didapati tidak dapat bekerja jika tidak ditemani ketika keluar rumah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Rohani binti Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Krai - Surau Slow Machang yang rosak dalam kejadian bah kuning pada Disember 2014, kini sedang dinaiktarafkan kepada masjid yang d...


Kuala Krai - Surau Slow Machang yang rosak dalam kejadian bah kuning pada Disember 2014, kini sedang dinaiktarafkan kepada masjid yang dikenali dengan nama Masjid Iktikaf Haji Yusuff.

Pengerusinya, Jamaluddin Yasat berkata, kerja membina masjid itu dimulakan sejak sebulan lalu dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kemasukan dana. "Masjid ini dibina dua tingkat bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan solat lima waktu, selain mengadakan kelas agama.

"Kos keseluruhan membina masjid ini dianggarkan sekitar RM400,000 dan kita memerlukan kira-kira RM300,000 lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Menurut Jamaluddin, beliau bangga dengan golongan muda di kampung berkenaan kerana ramai yang hadir mengimarahkan masjid.

Justeru katanya, surau lama tidak dirobohkan dan akan digunakan pakai sementara menunggu masjid baharu siap sepenuhnya.

"Kita adakan kuliah Maghrib sebagai pengisian rohani. Kebiasaannya generasi muda yang hadir ke surau ini sama ramai dengan golongan tua.

"Sebab itu kita mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan masjid ini siap secepat mungkin. Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atau tunai ke akaun masjid," katanya.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kongsi Portal Ini