Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Ah Yauddin Ahmad:
Klang - Di sebalik hiruk-pikuk pasar malam di Meru, Klang, terselit kisah luar biasa seorang lelaki tabah bernama Ah Yauddin Ahm...
Gendong Isteri Lumpuh Setiap Hari Demi Mencari Rezeki
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Ah Yauddin Ahmad:
Hulu Langat - Sembilan tahun lalu, Zawani Abdul Ghani, 49, diuji apabila suaminya diserang angin ahmar menyebabkan separuh badan tidak bole...
Suri rumah jaga suami strok, anak OKU sering terputus bekalan makan

Bertitik tolak daripada insiden itu, suri rumah tersebut hilang punca pendapatan apabila Yaakob Hamid, 59, tidak lagi berkudrat untuk menyara keluarga.
Dugaan semakin berat apabila anak keempat mereka, Muhammad Hiqbal, 19, pula hilang keupayaan fizikal apabila kedua-dua belah kakinya tidak boleh bergerak akibat kemalangan motosikal pada 2020.
Keadaan itu menambah sulit buat ibu kepada lapan cahaya mata itu kerana satu-satunya sumber pendapatan tetap yang ada ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 yang diberikan kepada Muhammad Hiqbal.
Suaranya sayu apabila mengakui pernah terputus bekalan makanan selama dua minggu kerana ketiadaan wang. Luah Zawani lagi, pada masa itu rasa segan sudah tidak lagi dihirau, asalkan suami dan anak-anaknya terisi perut.
Selain daripada bantuan masjid, adik-beradik dan jiran-jiran turut menjadi tempat bergantung harap buat wanita itu. Katanya, bantuan zakat sebanyak RM700 yang diterima sebelum ini terhenti sejak awal tahun lalu kerana kelewatannya membuat kemas kini.
"Sekarang (suami) sudah okay cuma susah nak bercakap dengan orang. Lidah dia macam kelu untuk bercakap satu-satu ayat, kadang-kadang tak lepas. "Separuh badan sebelah kanan dia memang tak kuat sangat. Kadang-kadang dia usaha juga buat kerja rumah.. mesin rumput tapi tak kuat macam dulu," kata Zawani.
"(Sumber pandapatan) kadang-kadang anak yang kerja tolong juga. Bantuan makanan daripada zakat ada bagi, kadang-kadang susah juga belanja dapur ke apa… sampai ada yang terputus. Memang dua minggu lah kadang beras tak ada kan," tambahnya dalam nada sebak.
Berkongsi lebih lanjut, Zawani berkata, bukan anak-anaknya tidak membantu, tetapi pendapatan mereka juga sekadar mampu menyara diri sendiri. Lebih menyulitkan, Zawani menambah, perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.
Pun begitu, dia bersyukur kerana ada bantuan barangan perubatan sebanyak RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor, yang membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan rawatan buat anaknya itu.
Beban berganda apabila Zawani terpaksa menanggung hutang kos rawatan Muhammad Hiqbal sebanyak RM12,000 yang sehingga hari ini belum mampu dilangsaikan. Katanya, ketika kemalangan di Cheras dua tahun lalu, Muhammad Hiqbal dimasukkan ke sebuah hospital semi kerajaan selama dua bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang.
"Ada sampai surat merah (bil hospital)... saya pun tak jelaskan lagi, saya dapat bayar sikit-sikit sahaja. Kalau ada (duit) saya bayar, kalau tak ada saya diamkan sahaja," luahnya lagi. Rumah pusaka peninggalan arwah ibu Zawani menjadi tempat berteduh buat 10 beranak itu.
Setiap kali hujan lebat... baldi terpaksa digunakan untuk menadah air kerana keadaan atap yang sudah bocor. Menurut Zawani, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah itu kerana tiada pilihan lain.
"Cuma rumah ini sahaja yang ada, dia (arwah ibu) sudah serahkan kepada saya. Tetapi rumah ini sudah teruk sangat bagi kami yang mempunyai anak ramai.
"Kadang malam bocor... Nak bertadah sana, bertadah sini. Kalau hujan lebat sangat tempias masuk, dan dinding pun sudah reput," ujarnya yang berharap ada pihak yang sudi membantu menyediakan kediaman yang lebih baik.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun bank berikut di atas nama Yaakob Hamid, atau hubungi Zawani:
Klang - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki bernama Ehsan, 8, yang ditinggalkan oleh ibu kan...
JKM cari waris kanak-kanak OKU malang ditinggal ibu di Hospital Klang

Pelindungnya, Zaidi Zakaria berkata, kanak-kanak tersebut kemudiannya ditempatkan di bawah jagaan Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah kerana dia merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) terlantar.
Menurutnya, perintah penjagaan kanak-kanak warga Indonesia itu di pusat jagaan tersebut dimeterai pada 25 April 2019 dan tamat pada 24 April 2022 lalu.
Zaidi menerusi satu kenyataan turut mengesyorkan Ehsan diletakkan di bawah jagaan sementara di institusi sama selama sebulan sepertimana di bawah Subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 untuk pelindung menjalankan siasatan baharu dan penyediaan laporan.
"Kami memohon jika ibu kandung atau waris kanak-kanak muncul untuk menuntut semula kanak-kanak ini sebelum penempatan sewajarnya dibuat dalam mengambil kira kebajikan dan masa depannya.
"Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang atau Pelindung Kanak-Kanak Daerah Klang, Zaidi Zakaria di talian berikut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang," katanya pada Khamis.
![]() |
03-33413703 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM1000 |
Kajang - Kami memerlukan sebuah pengangkutan buat keperluan 60 orang pelajar kami yang mana keperluan ini untuk membawa pelajar ke masjid ...
Sumbangan untuk membeli van diperlukan untuk keperluan 60 pelajar tahfiz

.
Dengan pembelian sebuah van, dapatlah memudahkan urusan pihak maahad lebih-lebih lagi sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang perlu membawa pelajar ke hospital.
.
Dengan ini, kami membuka ruang untuk tuan puan yang mana berhajat membantu pembelian sebuah van Toyota Hiace untuk maahad kami yang memerlukan dana sebanyak RM110,000.
.
Semoga dengan usaha ini, urusan membawa pelajar kami dapat dimudahkan. Kami juga doakan agar dipermudahkan urusan tuan puan yang prihatin sudi membantu pihak kami.
..............................................................
Bantu Pembelian Van Maahad:
..............................................................
CIMB BANK
Pusat pengajian al Quran As Sunnah As Syafiiyah
8604130076
Letak rujukan resit: WAKAF VAN
.
Hubungi kami jika ada pertanyaan :
Ustazah Umairah : 0193218944
.
Alamat: Lorong Haji Tahfiz, Jalan rangkaya sultan off, Jalan Aman, Sungai Merab Luar 43000 Kajang Selangor.
Puncak Alam - Seorang remaja hanya mampu terbaring akibat menderita penyakit usus dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sejak setahun lalu...
Hulurkan bantuan untuk gadis malang derita hidap penyakit usus dan SLE

Klang - Seorang bapa tunggal menjadi tempat bergantung lima anaknya yang masih bersekolah merayu bantuan untuk meneruskan rawatan kanser tu...
Derita bapa hidap kanser tulang tahap 4 tanggung lima anak

Dia yang bercerai dengan isterinya kira-kira tiga tahun lalu kini terlantar dan tidak mampu bekerja selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk akibat serangan kanser.
Nor Mazaffe Mazlan,46, seorang bekas juruteknik dekat sebuah kilang di Pelabuhan Utara di sini, dikesan menghidap penyakit kritikal itu kira-kira pada 2018, namun keadaannya bertambah teruk dua bulan lalu dan pernah menjalani 38 sesi rawatan kanser.
Menurutnya, rawatan itu turut melibatkan radioterapi dan kemoterapi, bagaimanapun sel kanser dilapor masih menyerang dengan agresif.
“Kanser tulang menyebabkan bahagian tengkuk saya patah beberapa tahun lalu, saya terpaksa berhenti kerja dan bergantung kepada pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Pendapatan RM2,500 itu yang saya gunakan untuk membiayai diri dan keluarga ketika saya sudah terlantar dan tidak mampu bergerak seperti biasa dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Nor Mazaffe menambah, kos rawatan seperti ubat, pengangkutan dan penjagaan menyebabkan pencen ilat yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan lain serta persekolahan anak-anak.
Sehubungan itu, dia berharap dapat menerima bantuan daripada pelbagai pihak yang sudi menghulurkannya untuk mengurangkan beban terutama persekolahan anak dan rawatan penyakitnya.
“Dalam keadaan lemah begini saya mengharapkan bantuan orang sekeliling yang sudi membantu. Kaki saya sebelah kanan tidak mampu saya gerakkan disebabkan sel kanser sudah merebak,” luahnya.
Orang ramai yang ingin membantu Nor Mazaffe boleh menyalurkan ke akaun bank atas namanya menerusi nombor akaun seperti berikut:
Sungai Besar - Kemiskinan memaksa lima beranak tinggal di bengkel motosikal di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Panjang, di sini, sejak 10 ta...
Lima anak beranak miskin terpaksa tinggal di bengkel motosikal

![]() |
017-3596683 |
Progress:
|
RM80 raisedGoal: RM2000 |
Sepang - Status ibu tunggal tidak pernah mematahkan semangat wanita untuk memberikan pendidikan terbaik kepada enam anaknya yang masih bers...
Ibu tunggal 12 anak tetap jaga kepentingan pendidikan walau hidup susah

Nor Cahaya Salleh, 47, mengakui bahawa hidupnya semakin sukar setelah kematian suaminya, Abdullah Alam Lasa, September lalu kerana barah paru-paru.
Wanita itu, yang berasal dari Sepanggar, Sabah, mengatakan bahawa sejak kehilangan suaminya, dia harus menjadi ketua keluarga untuk menyokong dan membesarkan semua anaknya, termasuk enam yang masih bersekolah, berumur lapan hingga 16 tahun.
"Saya mempunyai 12 anak dengan enam daripadanya masih bersekolah. Tiga sudah bekerja dan tiga lagi masih mencari pekerjaan.
"Pada masa ini, saya tidak mahu membebankan anak-anak yang telah bekerja kerana mereka tahu gaji mereka tidak begitu besar. Contohnya, anak kedua saya yang berusia 25 tahun hanya bekerja sebagai pembersih.
"Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia dua tahun, jadi dia juga menyara keluarganya sendiri walaupun kami tinggal di rumah yang sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Warisan di sini semalam.
Menurut Nor Cahaya, enam anaknya yang masih bersekolah berusia antara lapan hingga 16 tahun.
Dia menjelaskan, Abdullah Raman, 16, Siti Zainab, 15, dan Mohd. Imran, 13 bersekolah di SMK Sri Sepang sementara Siti Rasira, 11, Mohd. Daud, 9, dan Sulaiman, 8, bersekolah di Sekolah Rendah Nasional Kota Warisan.
Nor Cahaya berkata, empat anaknya yang lain adalah orang dewasa dan bekerja, tetapi dia tidak mahu menambah beban mereka untuk menolong keluarga.
"Saya tidak bekerja dan kehidupan keluarga kami sekarang hanya mengharapkan kebaikan orang yang prihatin dalam memberikan bantuan makanan dan keperluan asas.
"Nasib baik, anak-anak faham dan tidak pernah mengeluh. Mereka hanya makan apa yang saya sediakan seperti telur goreng dan sayur-sayuran," katanya.
Walaupun menghadapi ujian besar, Nor Cahaya bertahan dalam hidup dan ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya, termasuk dari segi pendidikan sehingga mereka mempunyai masa depan yang cerah.
"Namun, kerana tekanan hidup, ada kalanya anak-anak tidak dapat bersekolah kerana saya tidak dapat menanggung kos pengangkutan.
"Malah anak-anak memahami kesusahan hidup. Namun, apabila ada pihak yang sudi menolong kami, saya cukup bersyukur," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Cahaya Salleh atau menghubunginya:
![]() |
017-2506976 |
Progress:
|
RM10 raisedGoal: RM1500 |
Klang - Biarpun diri sendiri mengidap penyakit kanser fibroid yang kronik, Noresah Sahan, 51 tetap setia menjaga suaminya, Ahmad Suhaimi Ab...
Isteri penhidap kanser fibroid berkorban jaga suami derita kanser limfoma

Ahmad Suhaimi yang tinggal di Taman Sri Menegun, merupakan pesakit kanser Limfoma dan baru menjalani rawatan kemoterapi.
Betapa besarnya kasih Noresah, beliau sanggup berkorban supaya rawatan suaminya didahului berbanding dirinya sendiri.
Menurut Noresah, suaminya memerlukan kos rawatan lanjut sebanyak RM35,000, sedangkan wang simpanannya telah habis menampung kos ulangalik dan penginapan sepanjang suami saya dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang mencecah ratusan ringgit..
“Kami tidak mendapat bantuan mana-mana pihak berkuasa dan terpaksa meminta bantuan saudara-mara.
Beliau berkata demikian pada program Ziarah Prihatin Selebriti dan NGO Selangor yang dihadiri oleh penyanyi Datuk Nashrudin Elias dan NGO Selangor di sini.
Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanic Klang, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan) dan Persatuan Kebajikan Suara Rakyat Selangor Rakyat Selangor (SPV).
Menurut Noresah, beliau memiliki tiga orang anak yang berusia antara 14 hingga 27 tahun, yang mana dua darinya sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana.
Noresah yang merupakan surirumah sepenuh masa, berharap ada pihak yang tampil membantu mereka mengumpul kos perubatan untuk Ahmad Suhaimi yang mencecah lima angka sedangkan pendapatannya hanyalah wang pencennya sebanyak RM700 sebulan.
Sementara itu, Nash menganggap pengorbanan besar Noresah mendahulukan rawatan suami tersayang sebagai menepati lirik lagunya Pada Syurga di Wajahmu.
“Pengorbanan Puan Noresah sungguh mengharukan, diharap ujian yang pasangan ini lalui berakhir dengan baik.Saya berharap pemimpin masyarakat setempat dapat membantu mereka yang sedang diuji dengan penyakit kronik,”katanya.
Orang ramai atau syarikat korporat yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga tersebut, boleh memasukkan sumbangan tunai ke akaun bank berikut atas nama Nurul Asyeila Binti Ahmad:
Kuala Selangor - Bermula dengan jatuh dari motosikal, tidak ada yang menyangka Zaidatina Makmur, 15, nampaknya menghidap tumor saraf tunjan...
Bermula jatuh motor, remaja perempuan terlantar hidap tumor saraf tunjang

Keadaan itu menyebabkan anak bongsu dari empat beradik yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, di sini, tidak dapat meneruskan persekolahan seperti rakan-rakan yang lain.
Ibunya, Jariyah Irahim, 50, mengatakan kehidupan Zaidatina yang ceria dan aktif dalam sukan berubah 360 darjah setelah dia didiagnosis menghidap tumor itu, pada Oktober tahun lalu.
"Sebelum didiagnosis menghidap tumor, Zaidatina jatuh dari sebuah motosikal pada bulan Jun tahun lalu menyebabkan dagunya cedera.
"Memasuki Oktober, dia mengadu sakit di leher. Suami saya, Makmur Bujang, 63, dan saya membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.
"Di sana, pemeriksaan dilakukan dan doktor mengesahkan terdapat tumor saraf tunjang sebelum operasi dilakukan pada 21 Oktober tahun lalu," katanya, di rumahnya di Kampung Pasir Tuntung.
Jariyah berkata, Zaidatina mendapat rawatan di HSB dan Hospital Kuala Lumpur dan ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
"Zaidatina perlu mendapatkan rawatan di HSB dan HKL. Kos perjalanan dari rumah ke hospital tidaklah murah.
"Dia mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Orang Kurang Upaya sebanyak RM350 sebulan. Di samping itu, Lembaga Zakat Selangor juga memberikan bantuan sebanyak RM 300 sebulan untuk perubatan termasuk penghantaran katil," katanya.
Menurutnya, sekarang mereka dan keluarga bergilir-gilir menjaga Zaidatina sejak dia ditinggalkan setelah menjalani pembedahan pada 21 Oktober tahun lalu.
"Ibu mana yang ingin melihat anaknya terbaring di atas katil? Saya rasa ini adalah ujian Tuhan dan cabaran untuk menjaganya ketika dia sakit.
"Setiap hari, saya dan keluarga berdoa agar Zaidatina pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.
"Zaidatina hanya dibenarkan mengambil susu khas melalui tiub yang melekat di perutnya. Semoga Zaidatina dikurniakan kesembuhan dan kembali ke sekolah seperti rakan sebayanya.
Orang yang ingin menderma boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Jariyah Irahim atau menelefonnya:
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)