Kanak-kanak OKU pendengaran rayu sumbangan pasang implan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaika...

Kanak-kanak OKU pendengaran rayu sumbangan pasang implan



Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti sedekahnya, manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”

Seorang kanak-kanak OKU memerlukan lebih RM20,000 sebagai kos pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanannya.

Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, dilahirkan tanpa telinga kanan dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan normal terutama dalam aspek pembelajaran di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Ijok.

Ibunya, Effariza Ahmad Nundin, 44, berkata, Muhammad Adam yang memakai alat bantuan pendengaran sejak berusia sembilan bulan adalah seorang murid yang mudah memahami pembelajaran di sekolah selain pertuturan dan pendengarannya didapati semakin baik.

"Dia (Muhammad Adam) memang suka belajar dan setakat ini sudah boleh membaca dua atau tiga suku perkataan serta mengaji Iqra'," katanya.

Tambah Effariza, melihat perkembangan itu dia dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik tersebut menjalani kehidupan lebih sempurna.

Bagaimanapun katanya, pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanan Muhammad Adam memerlukan belanja lebih RM20,000.

"Ketika ini, Muhammad Adam cuma bergantung kepada alat bantuan pendengaran yang dipinjam dari Hospital Sungai Buloh yang bernilai kira-kira RM8,000.

"Sekiranya pembedahan kecil ini berjaya, anak saya tidak lagi perlu memakai alat bantuan pendengaran sepenuh masa itu yang menggunakan bateri dengan belanja RM50 sebulan" katanya.

Katanya, Muhammad Adam yang cekal menjalani kehidupan tanpa telinga kanan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran setakat ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

"Saya hanyalah seorang suri rumah dan kadangkala menolong ahli keluarga berniaga. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

"Sebelum ini, segala kos kami tanggung sendiri termasuk kos ulang alik ke Hospital Sungai Buloh" katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama anak keduanya, Nur Erni Shahila Rosmadi atau menghubunginya:


019-3192466
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini