
Kuala Kangsar - Ketika kanak-kanak seusianya bebas bermain, Muhammad Qarizh Rayyan Faizul, 4, tidak lagi bebas bergerak kerana menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan menghidap barah berkaitan saraf berkenaan lebih setahun lalu, sekali gus mengubah rutin kehidupan bapanya, Faizul@Mohd Faizul Zainuddin, 36, dan keluarga.
Malah, Faizul terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan, manakala isterinya, Noor Hafeena Ahmad, 31, terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kantin sekolah untuk menjaga Muhammad Qarizh Rayyan atau mesra disapa dengan nama Ayish.
Lebih memilukan, doktor yang merawat Ayish memberitahu rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan untuk melawan sel kanser yang sudah merebak ke bahagian lain, khususnya kelenjar bawah paha kiri yang menyebabkan kanak-kanak itu hanya mampu bergerak secara mengesot.
Faizul yang bekerja sebagai atendan kesihatan, berkata imbasan ‘ultrasound’ dan CT Scan yang dilakukan sejak Ayish dirawat, menemui bengkak pada rusuk kiri sebelum muncul ketumbuhan pada bahagian hati anaknya itu.
Katanya, ketumbuhan yang dialami pernah membesar hampir menyamai saiz kepala anaknya itu sebelum dibuang menerusi satu pembedahan pada Januari tahun lalu.
“Sebahagian hati anak saya juga dibuang dan dia menjalani rawatan kemoterapi sehingga Ogos tahun lalu,” katanya.
Faizul berkata, biarpun doktor memaklumkan perubatan moden sudah tidak mampu merawat Ayish kerana kansernya berada pada tahap tiga ketika mula dikesan dan sekarang tahap empat, mereka masih berikhtiar melalui perubatan tradisional serta mengharapkan ada keajaiban berlaku.
“Buat masa sekarang, Ayish hanya bergantung kepada ubat tahan sakit yang dibekalkan pihak hospital. Jika dihantar ke hospital pun, doktor hanya mampu mengenal pasti di mana sel kanser itu sudah merebak, namun tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Biarpun sedih dengan keadaan Ayish, Faizul berkata, mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu berbekalkan semangat dan sokongan moral saudara-mara serta beberapa NGO yang turut membantu.
Katanya, bantuan penyakit kritikal JKM sebanyak RM350 sebulan tidak mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga, termasuk dua anaknya yang bersekolah selain kos membiayai perubatan alternatif Ayish.
“Sekarang saya berserah kepada takdir. Kali terakhir rawatan kemoterapi pada 13 Ogos tahun lalu dan disebabkan itu saya perlu segera mencari rawatan alternatif yang sesuai dengannya. Biarpun sedih menerima dugaan ini, saya dan isteri akan cuba sedaya upaya menunaikan kemahuan Ayish.
“Alhamdulillah, setakat ini beberapa pihak pernah tampil memenuhi keinginannya untuk menaiki jentolak pengorek tanah, selain menghadiahkan seunit mainan dalam bentuk jentera itu hasil inisiatif beberapa NGO,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Faizul@Mohd Faizul atau hubunginya:
![]() |
019-4027718 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: