Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuala lumpur

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan

Kuala Lumpur - Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu. ...


Kuala Lumpur - Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan media, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, kehilangan Thangam Raja Muthu berusia 19 tahun telah dilaporkan di Balai Polis Tun H.S Lee. 

“Kali terakhir gadis ini dilihat berada di alamat Nombor 9, Blok 3, Tingkat 13, Flat San Peng, Kuala Lumpur. 

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Sarjan Abi Shafazeem Arshad, Balai Polis Tun H.S Lee di talian 013-5675872, Balai Polis Tun H.S Lee 03-9221 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kuala Lumpur - “Nak buat macam mana lagi? Saya ambil keputusan jual dua kereta kepunyaan sendiri dan anak tapi berapa sen sangatlah yang ...


Kuala Lumpur - “Nak buat macam mana lagi? Saya ambil keputusan jual dua kereta kepunyaan sendiri dan anak tapi berapa sen sangatlah yang dapat,”.

Demikian kata bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, sebagai ikhtiarnya mencari wang untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keduanya, Shahmirnuri.

Yazit berkata, Shahmirnuri atau Boy, 34, secara tiba-tiba mengadu sesak nafas sedangkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.

“Dalam seminggu, saya tengok keadaannya semakin teruk dan terus membawanya ke HKL. Doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan jantungnya bengkak.

“Boy dirawat di HKL selama seminggu sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang kerana di situ ada pakar jantung.

“Doktor beritahu jantungnya perlu dimasukkan bateri dan saya kena sediakan kos sekitar RM40,000 untuk pembedahan,” katanya.

Menurutnya, dia buntu mencari wang sebanyak itu dan meminta bantuan rakan menularkan cerita berkenaan di laman sosial.

"Mereka akur dan bantu saya, tapi senyap saja serta tiada respon daripada masyarakat. Mana orang ada duit untuk bantu dalam keadaan sekarang.

“Setakat ini saya belum mengajukan perkara ini kepada mana-mana persatuan artis dan bercadang berjumpa Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah air Datuk DJ Dave untuk meminta bantuan.

“Saya juga berusaha mendapatkan bantuan Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mencari wang bagi tujuan ini,” katanya.

Nasib Yazit ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana dirinya juga uzur akibat masalah buah pinggang dan memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan dialisis.

Penyakit yang dideritai itu sekali gus membataskan pergerakannya untuk mencari pendapatan buat keluarga.

Yazit berkata, Boy bekerja sendiri dan sebelum ini tinggal berasingan daripada mereka. “Dia baru saja tinggal bersama kami. Tak sampai enam bulan, dia tiba-tiba jatuh sakit.

“Ketika zaman kanak-kanak, kesihatannya baik tanpa sebarang masalah,” katanya. Selain Boy, Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 59, turut mempunyai dua anak perempuan iaitu Razilah, 38, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Kuala Lumpur - Anak kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, iaitu Sazali memberitahu dia kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan yang ...


Kuala Lumpur - Anak kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, iaitu Sazali memberitahu dia kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan yang diterima sebanyak RM 650 sebulan.

Ia susulan tidak mampu bekerja selepas terbabit dalam kemalangan pada 2012. Dia yang juga pemegang kad Orang kelainan Upaya berkata, Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ada memberikan bantuan bulanan.

Namun, itulah duit makan mereka dan kadangkala, terpaksa ikat perut untuk menyediakan kos rawatannya dan isteri di hospital.

Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja am di Alam Flora terjatuh basikal dalam perjalanan pulang ke rumah.

Isterinya, Hamidah Hitam, 55, pula menjalani pembedahan bahagian tulang belakang, lima bulan lalu dan masih perlu menjalani fisioterapi berjadual dan rawatan susulan bagi mengelakkan masalah bertambah kronik.

“Kalau sihat, saya enggan menyusahkan sesiapa. Biarlah kami makan apa yang ada, tetapi keadaan kesihatan kami berdua tidak menentu.

“Sekarang, untuk membongkokkan badan pun susah, manakala isteri turut menderita sakit leher kesan daripada keadaan tulang belakang.

“Memang kami terpaksa pergi jauh memandangkan di kawasan tempat tinggal di Semenyih, tiada hospital kerajaan. Namun, kami tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi bertanya khabar,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wa...


Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wad KK3 Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bajai Karat, 6, baru selesai menjalani rawatan kimoterapi dan kelihatan lemah sambil ditemani ibunya di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Bajai dari suku kaum asli di Raub, Pahang itu adalah antara 24 kanak-kanak yang kini dirawat di wad berkenaan kerana menghidap kanser.

Kesakitan dan kemuraman mereka bagaimanapun sedikit terubat apabila dikunjungi pelawat yang hadir dengan pelbagai sumbangan bagi menceriakan kanak-kanak di wad itu, dan hari ini mereka dikunjungi Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka hadir bersama badut yang membawa belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu. Hadir sama Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad dan Pengerusi WeHuman Srizan Sahar. Bajai yang menghidap kanser darah, ketika ditemui baharu sahaja muntah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Ibu kanak-kanak itu, Noresah Awet, 25, berkata anak bongsu dari tiga beradik itu telah menerima rawatan di Hospital Raub sebelum dirujuk ke HKL dan kini telah dua bulan mereka ‘berkampung’ di wad itu.

Rakan sebilik kanak-kanak itu, Zulalif Fadhi Zolkifli, 7, juga kelihatan teruja dengan kehadiran pelawat bersama badut itu. Ibunya, Rohana Abu Hassan, 41, berkata mereka sering berulang-alik dari rumah mereka di Telok Panglima Garang, Klang sejak Zulalif disahkan menghidap kanser darah pada September lepas.

Akibatnya Rohana yang berniaga kecil-kecilan menjual air dalam balang, telah empat bulan tidak dapat berniaga.

“Tahun ini sepatutnya dia masuk darjah satu, tapi Alif belum lagi berkesempatan ke sekolah…nampak dia bosan juga, tapi boleh dikatakan di sini hampir setiap minggu ada sahaja rezeki anak-anak di sini menerima pelawat,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang juga penasihat WeHuman ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu ber​​​​​​​harap NGO bukan sahaja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.

“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja…akan ada juga adik-beradik lain yang ditinggalkan di rumah,” katanya.​​​​​​​ Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.

“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan melalui:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Assalamualaikum. Mohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali anak ini Qasih Arissa berumur 9 tahun boleh datang ke Balai Polis Jalan ...


Assalamualaikum.

Mohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali anak ini Qasih Arissa berumur 9 tahun boleh datang ke Balai Polis Jalan Tun Razak. Katanya dia dari Tampin, Negeri Sembilan. Pasangan suami isteri terjumpa beliau berlari-lari di dalam terowong tepi highway Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mohon forward dan share.

Hubungi Balai Polis Tun Razak 03-2141 2222 jika anda mempunyai sebarang maklumat.

Kuala Lumpur - Azira Baharum, disahkan menghidap kanser Limfoma Hodgkin Klasik atau nama saintiknya Classical Hodgkin Lymphoma tahap 3 ...


Kuala Lumpur - Azira Baharum, disahkan menghidap kanser Limfoma Hodgkin Klasik atau nama saintiknya Classical Hodgkin Lymphoma tahap 3 selepas tiga tahun mengalami gejala misteri yang menghantui dirinya. "Ia bermula dengan bengkak kecil pada leher saya. Apabila ke klinik doktor beritahu lymph nodes saya membengkak sebelum rujuk saya ke hospital. 

Anak bongsu daripada lima beradik yang juga seorang penulis ini memberitahu dia kini menjual buku termasuk naskhah puisi cinta secara atas talian bagi menampung kos perubatan selepas terpaksa berhenti kerja tahun lalu. Azira menyatakan dia tidak mahu mengharap bantuan orang ramai sebaliknya menjual buku bagi menampung kos kemoterapi. 

Menerima hakikat menghidap kanser bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk berdepan penyakit itu pada usia muda. Selepas tiga tahun berteka-teki dengan penyakit yang dihadapi, gadis berusia 27 tahun ini akhirnya reda dengan ketentuan ilahi. 

"Hampir lima hospital saya pergi dalam tempoh tiga tahun dan mereka lakukan biopsi pada bahagian dada tapi tak dapat detect penyakit sebenar. "Sehinggalah tahun lalu, saya ke sebuah hospital pakar di Petaling Jaya dan doktor mengesahkan saya menghidap kanser Limfoma Hodgkin Klasik tahap 3 dan saya bersyukur akhirnya tanda tanya selama ini sudah berakhir," katanya.

"Saya ingatkan ia hanya bengkak biasa. Sampai satu tahap, saya sukar bernafas, rasa gatal-gatal pada kaki dan tangan dan bengkak dekat leher tu jadi makin besar sampai ke bahagian dada. "Sekarang ni doktor beri ubat yang tidak terlalu kuat untuk saya kerana katanya saya masih muda. Tapi saya risau kalau ubat sekarang ni tak begitu berkesan, saya terpaksa lakukan 'targetted kemo' dan ia mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. 

"Ibu bapa saya sudah bersara dan saya pula dah berhenti kerja. Jadi saya jual buku-buku yang saya tulis bagi mengumpul dana perubatan saya nanti," ujarnya. Limfoma yang juga sebahagian kanser darah bermula dari sel sistem imun dipanggil 'lymphocytes'. Ia berlaku apabila 'lymphocytes' berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda. 

Kebiasaanya individu akan mengalami bengkak pada nodus limfa pada leher, bawah lengan dan perut selain berlaku demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut dan tulang. Keadaan ini juga menyebabkan individu terbabit mengalami penurunan berat badan secara mendadak. Egy terpaksa berulang-alik hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi Khamis lalu, Azira berkongsi kisahnya itu melalui sebuah bebenang dan ia menjadi tular di laman Twitter. 

Melalui status yang dimuat naik Azira, dia meminta bantuan orang ramai untuk membeli buku yang dijualnya bagi menampung kos perubatan menjalani kemoterapi selepas disahkan menghidap kanser limfoma. Tambah Azira lagi, selain di leher dia turut mengalami beberapa ketumbuhan termasuk pada jantung. "Sebelum ini saya tak boleh makan dan hilang berat badan hampir 10 kilogram dalam masa sebulan. 

"Ketumbuhan pada bahagian dada membesar hampir sama dengan saiz separuh bola sepak. "Daripada bengkak kecil ia menjadi semakin besar dan ia tumbuh di beberapa tempat lain. Dekat leher, dada, jantung dan barubaru ini doktor beritahu ada satu pada bahagian pinggul (pelvic)," katanya. Azira yang baharu selesai menjalani kemoterapi kali kelima bagaimanapun menyatakan dia berada dalam keadaan baik dan semakin pulih apabila bengkak pada lehernya itu semakin surut selepas beberapa sesi kemoterapi. 

Dalam pada itu, wanita berasal dari Seremban tersebut sedang menghasilkan sebuah buku yang menceritakan tentang perjalanan dia berdepan kanser limfoma sebagai inspirasi buat mereka yang sama nasib dengannya.

Azira menjalani beberapa sesi kemoterapi bagi mengurangkan bengkak pada leher "Limfoma merupakan penyakit yang berkait dengan darah, jadi mereka tak boleh nak operate keluarkan ketumbuhan tu. "Ia hanya boleh dirawat melalui kemoterapi. "Alhamdulillah, ia semakin mengecut tetapi doktor beritahu ada ketumbuhan baru dikesan pada pelvis pula," katanya. 

Kuala Lumpur - Usianya baru empat tahun namun kanak-kanak sekecil Izz Zafrell Daniel Mohd Saffuan terpaksa bergantung hidup dengan beg ...


Kuala Lumpur - Usianya baru empat tahun namun kanak-kanak sekecil Izz Zafrell Daniel Mohd Saffuan terpaksa bergantung hidup dengan beg air kencing setiap kali membuang air.

Ibunya, Jaslaini Jasril, 30, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu membawa beg air kencing ke mana saja dia pergi kerana menderita sakit buah pinggang kronik sejak dalam kandungan.

“Doktor membuat pembedahan membuat lubang saluran air kencing pada kemaluannya pada usianya 10 hari.

“Tetapi kaedah itu hanya mampu bertahan selama tujuh bulan apabila air kencing tidak boleh keluar.

“Cara ketiga doktor memasukkan saluran ke pundi kencingnya untuk mengeluarkan air kencing secara manual menerusi beg air kencing,” katanya.

Menurutnya, setiap dua minggu sekali mereka ke Hospital Kuala Lumpur untuk menukar beg air kencing itu.

“Hospital hanya menyediakan penukaran beg air kencing sebulan dua kali saja, selebihnya saya menukar sendiri kerana kerap kebocoran.

“Biasanya saya keluarkan modal RM70 sebulan untuk membeli beg air kencing dan gam,” katanya.

Daniel adalah penerima bantuan JKM berjumlah RM350 sebulan sejak September lalu.

Katanya, anaknya perlu mengambil tujuh ubat dan susu yang perlu dimasukkan melalui tiub yang dipasang pada hidungnya.

“Susu perlu dimasukkan tiga jam sekali melalui tiub ke hidung. Tetapi dia boleh makan secara normal.

“Untuk memanjangkan hayatnya dia perlu membuat dialisis namun menurut doktor cara itu berisiko memandangkan berat badannya hanya lapan kilogram sedangkan dia perlu mencapai berat melebihi 10 kg,” katanya.

Jaslaini berkata, jalan terakhir dengan menanti buah pinggang baru yang didermakan insan lain.

“Saya tawarkan buah pinggang kepada anak saya, tetapi doktor melarang kerana saya perlu sihat untuk menjaga Daniel dan dua anak lagi.

“Sebagai ibu saya masih mengharap ada penderma sudi mendermakan buah pinggangnya untuk memberi peluang Daniel hidup seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Katanya, bagi meringankan beban membayar sewa rumah RM400 sebulan, dia merayu bantuan projek perumahan rakyat demi membesarkan anaknya itu.

“Selain harga yang mahal, rumah kami tinggal ini tidak selesa untuk Daniel kerana kerap bocor ketika hujan selain faktor persekitaran kotor,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di Chow Kit.

Mereka yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh menyumbang di akaun bank berikut atas nama Jaslaini Jasril:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kuala Lumpur - “Dugaan ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga men...


Kuala Lumpur - “Dugaan ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.

“Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus,” kata Aishah Mohd Saleh, 30, ibu Nor Iman Shah Mohd Shahrul, 9, dan Nor Rahil Raihan, 4 bulan, yang menghidap hydrocephalus.

Menurutnya, hanya anak ketiga daripada empat beradik, Nor Izzul Islam, 4, dilahirkan normal.

Wanita itu berkata, anak sulung, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit kepala besar akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.

“Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.

“Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.

Dia yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor berkata, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan perlu menjalani pembedahan di kepala.

Aishah berkata, pembedahan itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Nor Rahil Raihan mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.

“Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.

“Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.

“Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, dia dan suami, Mohd Shahrul Hassan, 30, tidak pernah menjangka menempuh dugaan membabitkan kesihatan anak.

Menurutnya, buat masa ini suaminya bercuti sakit selepas terbabit kemalangan jalan raya Jun lalu.

Katanya, dengan pendapatan suami hanya RM1,500 sebulan sebagai buruh, mereka tidak mampu membiayai kos rawatan dua beradik berkenaan termasuk perbelanjaan rawatan Nor Rahil Raihan di HSA.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut milik Aishah Mohd Saleh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak di kawasan surau AU1, Taman Keramat, Ampang, malam tadi. Bayi itu ditemui jemaah surau pada jam 8...


Seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak di kawasan surau AU1, Taman Keramat, Ampang, malam tadi.

Bayi itu ditemui jemaah surau pada jam 8.56 malam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Turut dijumpai di samping bayi lampin pakai buang, susu dan puting susu.

Pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. Sila hubungi Balai Polis Hulu Kelang
03-4257 3322.

BAKAL pengantin perempuan yang dilaporkan hilang menjelang hari perkahwinan yang dijadualkan berlangsung semalam, ditemui dalam keadaan...


BAKAL pengantin perempuan yang dilaporkan hilang menjelang hari perkahwinan yang dijadualkan berlangsung semalam, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Chef pastri, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan, Ampang, kira-kira jam 8 pagi, Rabu lalu.

Bapa wanita itu, Mohd Ridzuan Makip, 47, berkata dia dihubungi oleh pihak polis memaklumkan anaknya berada di Balai Polis Hulu Kelang jam 12.30 tengah hari tadi.
.
“Sebaik dimaklumkan mengenai berita itu, saya bergegas ke balai polis berkenaan untuk menjemput Nur Izuana.
.
“Saya bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ahli keluarga akan memberi ruang kepada anak sulungnya itu untuk bertenang dan tidak mahu memberi tekanan dengan bertanya mengenai kejadian terbabit.
.
“Buat masa ini, saya tidak bertanyakan apa-apa kepada Nur Izuana mengenai kejadian itu kerana mahu dia bertenang terlebih dulu. Kami tidak mahu dia tertekan dengan perkara ini.
.
“Malah, saya sudah berbincang dengan keluarga tunangnya supaya menangguhkan terlebih dulu majlis perkahwinan mereka sehingga keadaan anak kembali pulih,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kemelut dihadapi keluarganya.
.
“Banyak pihak yang bertanya khabar dan membantu untuk mencari anak sepanjang tempoh kehilangannya. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan.
.
“Pada masa sama, saya meminta maaf kepada pihak berkaitan terhadap sebarang kesulitan termasuk gambar individu yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan kehilangan Nur Izuana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan wanita terbabit.
.
“Ahli keluarga wanita itu sudah dimaklumkan penemuannya susulan laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang.
.
“Kami akan merakam percakapan wanita itu terlebih dulu sebelum membuat keputusan mengenai status siasatan kes berkenaan,” katanya.


Hilang menjelang perkahwinan

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dilaporkan hilang menjelang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Kampung Pandan, di sini, Ahad ini.

Chef pastri, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 8 pagi, Rabu lalu.

Menurut ayahnya, Mohd Ridzuan Makip, 47, anak sulungnya itu keluar rumah untuk bertemu rakannya bagi menyampaikan kad jemputan perkahwinan kepada mereka di Bangsar, di sini.

Katanya, pada hari kejadian, dia sendiri yang menghantar Nur Izuana ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa untuk ke Bangsar, bagi bertemu rakannya.

“Kira-kira jam 3 petang, saya cuba menghubunginya melalui panggilan telefon, namun telefon bimbitnya dimatikan. Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan bateri telefon bimbitnya mati.

“Bagaimanapun, saya bertambah cemas apabila usaha menghubunginya sejak selepas waktu Maghrib, Rabu lalu hingga tengah malam, masih gagal sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, dia mengesyaki kehilangan Nor Izuana ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang pernah berkawan dengan anak perempuannya itu.

“Sebelum ini, hubungan anak dengan bakal suami elok saja sejak mereka bertunang Januari lalu. Namun, pada Mei lalu, anak memaklumkan dia ‘tawar hati’ dengan tunangnya sebelum saya mendapat tahu dia berkawan rapat dengan lelaki terbabit.

“Kami (ahli keluarga) ada membawa anak berjumpa dengan ustaz bagi mendapatkan rawatan secara Islam kerana mengesyaki lelaki terbabit ada menggunakan ilmu hitam terhadap Nur Izuana.

“Selepas rawatan itu, dia kelihatan ‘pulih’ dan setuju untuk meneruskan perkahwinan dengan tunangnya,” katanya yang memaklumkan anak perempuannya itu tidak pernah bertindak sedemikian sebelum ini.

Katanya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga terdekat termasuk keluarga tunang Nur Izuana mengenai majlis perkahwinan mereka yang balak berlangsung, Ahad ini.

“Besar harapan kami supaya Nur Izuana ditemui dalam keadaan selamat sebelum majlis perkahwinannya, Ahad ini. Seboleh-bolehnya, kami mahu majlis perkahwinan itu berjalan lancar seperti dirancang.

“Namun, sekiranya dia masih belum ditemui, kami terpaksa menangguh majlis itu. Diharap orang ramai yang ada maklumat mengenai Nur Izuana menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohon pada semua kalau ada ternampak Nur Izuana, boleh hubungi pegawai penyiasat di nombor 03-42573322 / Sarjan Salawiah dari Balai Polis Hulu Klang.

Kuala Lumpur - Assalamualaikum. Kami mohon andai terjumpa pakcik kami tolong call no 01128833150 En Don / 0173335588 Pn Yaya.  Bel...


Kuala Lumpur - Assalamualaikum. Kami mohon andai terjumpa pakcik kami tolong call no 01128833150 En Don / 0173335588 Pn Yaya. 

Beliau memakai t shirt merah kolar hitam, seluar panjang hitam, hilang dari pagi 26.11.18. Kali terakhir orang nampak beliau di depan bus stop PPUM. 

Mohon bantuan semua insan yang prihatin kerana pakcik kami seorang OKU. Terima kasih.

Sumber: Ras Adiba Radzi

Dari Yusleiana Yusof, Assalamualaikum. Saya mohon jasa baik semua sesiapa menjumpai makcik saya yang telah hilang selama seminggu mint...



Dari Yusleiana Yusof,

Assalamualaikum. Saya mohon jasa baik semua sesiapa menjumpai makcik saya yang telah hilang selama seminggu minta hubungi saya di nombor berikut:




Kuala Lumpur - Mereka dipandang jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit, itulah situasi ditempuh seorang ibu dan dua...



Kuala Lumpur - Mereka dipandang jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit, itulah situasi ditempuh seorang ibu dan dua anaknya yang mengalami masalah penyakit kulit serius.

Terkesan akibat tohmahan orang ramai di sekeliling, tiga beranak itu memencilkan diri dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah saja.

Tiga beranak berkenaan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Kuala Lumpur disahkan menghidap ekzema menyebabkan berlaku alahan dan kulit menjadi kemerahan.

Ibu malang berkenaan, Nurul Ain Abdullah, 29, berkata, dia disahkan menghidap ekzema sejak remaja.

Menurutnya, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya, Lela Safiya Azmi kini berusia dua tahun, ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan.

Katanya, masalah kulit dialami Lela Safiya menjadi semakin serius sejak setahun lalu hingga menyebabkan dia kebingungan, selain tertekan akibat tohmahan orang ramai.

“Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu.

“Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan,” katanya.

Jelasnya, dua beradik itu sudah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak yang akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja.

“Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik?.

“Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih.

“Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama. Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu.

“Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain,” katanya yang berasal dari Subang, Selangor.

Kehidupan tiga beranak itu penuh cabaran apabila hanya bergantung kepada sumber pendapatan suami, Shahrul Azmi Aziz, 27, sebanyak RM850 sebulan sebagai kelindan lori.

“Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.

“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.

“Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan,” katanya.

Nurul Ain yang juga menghadapi masalah penglihatan berkata, dia tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dan mengharapkan kepada pendapatan suami sepenuhnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Wanita itu berkata, masalah kesihatan dialami dua anaknya turut mendapat perhatian segelintir jiran dan saudara-mara yang tampil menghulurkan bantuan.

“Sebelum ini, saya memohon meminta bantuan daripada pihak berkaitan bagi menampung perbelanjaan dan kos rawatan anak, namun ditolak, jadi saya serik untuk hantar permohonan lagi.

“Bayangkan, gaji suami cuma RM850, sewa rumah pula RM250, tapi kos ubat-ubatan dua beradik ini dan perbelanjaan harian kami RM1,200. Pendapatan bulanan suami memang tak mampu tampung keperluan kami,” katanya.

Meskipun diduga dengan pelbagai penyakit namun dia bersyukur masih mampu meneruskan kehidupan dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan serta berkongsi pengalaman bagi memulihkan kembali dua anaknya.

“Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.

“Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami,” katanya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Nurul Ain Abdullah:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Dari satu post yang dikongsi seorang netizen, dia menceritakan tentang seorang pakcik menjual makanan ringan berharga RM1 ...


Kuala Lumpur - Dari satu post yang dikongsi seorang netizen, dia menceritakan tentang seorang pakcik menjual makanan ringan berharga RM1 di depan Pertama Complex di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pakcik itu akan mengangkat tangan tanda syukur selepas menjual kepada pelanggan, netizen itu menambah lagi bahawa ternampak pakcik itu menyebut Alhamdulillah sambil memandang langit membuatkan dia merasa sebak.

Semoga Allah murahkan rezeki beliau sepanjang hidupnya. Jika ada sesiapa yang lalu dikawasan tersebut bolehlah beli, hanya RM1. Orang ramai yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan boleh berbuat demikian melalui tabung KCPbantu yang akan disalurkan terus kepada pakcik ini:

Kuala Lumpur - Jika terlalu banyak melakukan kerja berat atau tidak cukup rehat, badannya pasti lemah sehingga membataskan pergerakan. ...


Kuala Lumpur - Jika terlalu banyak melakukan kerja berat atau tidak cukup rehat, badannya pasti lemah sehingga membataskan pergerakan.

Malah, apabila penyakit otot dan saraf dikenali sebagai myasthenia gravis menyerang dia berdepan masalah untuk bertutur, kesukaran untuk menelan makanan, minum dan sukar bernafas.

Masalah kesihatan dihidapi pembantu Taska berasal dari Keningau Sabah, Beathris Jimi, 29, menyebabkan wanita ini perlu lebih banyak berehat dan mengelak daripada melakukan kerja berat.

“Sudah empat tahun saya menghidap penyakit ini. Di Taska, saya tidak boleh mengajar atau berdiri terlalu lama. Buat masa ini, saya disarankan agar menjalani rawatan mencuci darah kerana antibodi tidak bagus.

“Namun kosnya dianggarkan RM25,000 memang tinggi bagi orang yang berpendapatan rendah macam saya.

“Sekarang ini saya amat runsing kerana doktor memaklumkan saya berisiko akan lumpuh dan lebih serius boleh menyebabkan kematian kalau tidak dirawat segera,” katanya.

Anak keenam daripada sembilan adik-beradik ini berkata, dia kini mengambil lima jenis ubat setiap hari untuk mengurangkan kesakitan.

“Sekarang ini saya menjalani rawatan Intravenous Immunoglobulin tapi hanya bertahan dua minggu saja.

“Saya memerlukan rawatan susulan kerana jika MG saya keterlaluan, otot tangan jadi lemah sampai sukar nak berjalan.

“Mahu genggam barang, berjalan, menaiki tangga dan angkat kaki sendiri pun tak boleh,” katanya.

Menurutnya dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2014 susulan pemeriksaan kesihatan dilakukan selepas mengalami sesak nafas.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban wanita ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Beathris Jimi:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM25000

Assalamualaikum. Saya Rahman bin Ali. Anak saya Muhammad Faeeq Amsyar akan ke Kuala Lumpur Isnin ini untuk pembedahan salur darah sempit...


Assalamualaikum. Saya Rahman bin Ali. Anak saya Muhammad Faeeq Amsyar akan ke Kuala Lumpur Isnin ini untuk pembedahan salur darah sempit. 

Anak saya yang lahir pada 21 September 2018 yang lalu menghadapi penyakit jantung berlubang dan salur saraf sempit. 

Saya orang susah, hanya bekerja kampung iaitu tanam sayuran dan jagung untuk menyara keluarga. Sekarang kebun sudah tidak berjaga kerana perlu melawat anak setiap hari di hospital. 

Oleh itu, saya dengan rasa rendah hati ingin memohon bantuan kewangan untuk menampung kos pembedahan anak saya.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui akaun bank berikut atas nama 
Rahman bin Ali:


014-8847317
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan...


Kuala Lumpur - Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan. Arina Firdaus, 26 tahun, bersyukur, sepanjang tempoh kehamilan dirinya tidak mengalami sebarang alahan.

Begitu juga dengan proses kelahiran, wanita ini melahirkan anak sulungnya Muhammad Yusya secara normal dengan bantuan vakum. Muhammad Yusya yang dilahirkan pada 14 Jun 2018 dilahirkan sihat dan sempurna.

Arina mulai mengesan kelainan pada anaknya yang bernafas agak laju. Malahan anaknya juga menangis dengan suara yang cukup perlahan berbanding hari-hari sebelumnya. Mulanya disangka masalah ini adalah situasi yang biasa, namun apabila berlarutan, akhirnya Arina dan suami membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Sebelum itu kakak saya yang membantu saya berpantang perasan bahawa anak saya bernafas agak laju. Tetapi selepas itu pernafasan anak saya kelihatan normal. Tetapi apabila melihat dia menangis tetapi suaranya sangat perlahan buatkan saya jadi pelik.

“Setelah melalui ujian daripada doktor di PPUKM, rupa-rupanya anak saya mengalami masalah komplikasi pada saluran injap jantungnya dan keadaannya agak kritikal,” ungkap Arina mulai sebak.

Menurut doktor, Muhammad Yusya mengalami TAPVD iaitu Total Anomalous Venous Pulmonary Drainage. Perkara ini membuatkan nafasnya laju dan kini bergantung kepada mesin oksigen. Kala ini Arina sering dihantui rasa sedih serta bimbang melihat keadaan anaknya yang ditempatkan di PICU, HUKM.

Sejak dimasukkan ke wad, Muhammad Yusya diserang demam kerana tubuh badannya yang tidak mampu melawan serangan kuman. Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan doktor keadaan bayi ini makin beransur baik dan jika didapati Muhammad Yusya bebas daripada jangkitan, dia akan menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“Disebabkan ketiadaan Doktor pakar dan kekurangan peralatan yang lengkap di HUKM, bayi saya akan menjalani pembedahan di Hospital Glenagles. Pada mulanya, saya dan suami bimbang kos rawatan yang menelan belanja sebanyak RM60,000 kerana bukan orang senang.

‘Namun begitu, kami suami, isteri perlu menyediakan wang secukupnya untuk pendaftaran, ubat-ubatan selepas pembedahan dan juga rawatan susulan. Setakat ini saya memang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapat suami sebagai tukang urut yang bergaji RM850 sebulan,” terang Arina panjang lebar sambil mengenangkan nasib mereka sekeluarga kelak.

Memandangkan kes ini jarang-jarang berlaku dan dianggap “rare”, Arina sukar mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penyakit yang dialami anaknya. Jika ada kemusykilan, Arina cuba mendapatkan maklumat daripada doktor dan juga mencari maklumat tentang TAPVD di internet.

Sebagai ibu, sudah tentu kenyataan ini amat sukar untuk ditelan Arina. Tambahan lagi kala itu dirinya masih di dalam pantang. Emosinya yang tidak begitu stabil membuatkan dia menangis sedih setiap kali fikirkan masa depan anaknya.

Mujurlah dirinya dikelilingi insan yang sangat mengambil berat tentang dirinya terutamanya suami dan ibunya. Mereka yang banyak membantu Arina untuk kembali bersemangat untuk melihat anaknya pulih seperti sediakala. Jururawat di hospital juga banyak menasihatinya agar tidak membebankan perasaan agar dia tidak diserang meroyan.

Lagi pun Arina perlu kuat bagi melihat perkembangan positif Muhammad Yusya. Ibu muda ini juga teringin sekali membelai anaknya seperti mula-mula melahirkan dahulu. Menyusukan Muhammad Yusya secara terus adalah kerinduan yang teramat buatnya.

‘Sepanjang berada di PICU, saya tidak lagi mampu menguruskan anak saya seperti dirumah. Segalanya dibantu oleh jururawat, saya hanya dibenarkan untuk menyusu Muhamad Yusya. Itu pun saya perlu pam susu dan berikan pada anak saya kerana dia tidak menyusu secara direct.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan ikhlas bolehlah menyalurkan terus sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Mohd Khir bin Lateh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM60000

Kuala Lumpur - “Kehidupan kami anak-beranak bertukar sekelip mata apabila individu yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada keluarga kini...


Kuala Lumpur - “Kehidupan kami anak-beranak bertukar sekelip mata apabila individu yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada keluarga kini terlantar koma akibat terbabit kemalangan. “Kami sekeluarga hilang sumber pendapatan akibat kekangan kewangan sehingga saya terpaksa mengharapkan ihsan keluarga dan rakan,” kata suri rumah Nooraishah Mailzul, 33.

Nooraishah berkata, suaminya, Khairul Anuar Zainudin, 33, koma berikutan terbabit kemalangan jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, pada 18 Jun lalu.

Katanya, setiap hari dia berdoa kepada Allah SWT agar urusan membesarkan empat anak berusia 12 bulan hingga lapan tahun dipermudahkan. “Mujur ada sedikit wang simpanan milik suami, tetapi saya tak tahu sampai bila kami anak beranak mampu bertahan. Mungkin kami hanya boleh bertahan sebulan sahaja lagi jika mengharapkan wang simpanan suami semata-mata,” katanya.

Dia memberitahu, ketika kejadian Khairul Anuar berkerja sebagai penarik kereta dirempuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran kediaman mereka.

Akibat rempuhan, katanya, tulang pipi dan rahang Khairul Anuar patah, selain itu doktor turut mengesan darah beku pada kepala suaminya. “Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang tempurung kepala suami bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sekarang suami terlantar di rumah dan hanya boleh minum susu saja. “Setiap minggu saya kena sediakan RM500 untuk beli dua tin susu berharga RM80 setiap tin, lampin pakai buang dan ubat-ubatan,” katanya.

Menurutnya, dugaan dan cabaran dilalui sekarang ini dianggap sebagai sebahagian daripada ujian Allah SWT agar dia menjadi lebih kuat untuk membesarkan anak-anak dan menjaga suami kini terlantar. “Saya belum fikir lagi untuk mencari pekerjaan dalam masa terdekat ini kerana banyak perkara perlu difikirkan selain itu saya kena jaga suami agar keperluannya tak terabai,” katanya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Nooraishah Mailzul:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Vokalis kumpulan Margasatwa, Mohd. Akmal Hakim Mokhtar, 26, memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan penya...


Kuala Lumpur - Vokalis kumpulan Margasatwa, Mohd. Akmal Hakim Mokhtar, 26, memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan penyakit jantung berlubang yang dihidapi anaknya, Puspa yang kini berusia tujuh bulan.

Mohd. Akmal ketika dihubungi berkata, Puspa perlu menjalani pembedahan dalam kadar segera dengan kos yang dianggarkan oleh pihak hospital sekitar RM35,000.

“Buat masa ini, Puspa masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Selasa depan.

“Justeru, saya memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan yang dianggarkan mencecah sehingga RM35,000,” katanya.

Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Mohd. Akmal Hakim Mokhtar:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM35000

Kongsi Portal Ini