Adik hidap leukimia tetap ceria dalam kesakitan yang amat sangat - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wa...

Adik hidap leukimia tetap ceria dalam kesakitan yang amat sangat


Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wad KK3 Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bajai Karat, 6, baru selesai menjalani rawatan kimoterapi dan kelihatan lemah sambil ditemani ibunya di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Bajai dari suku kaum asli di Raub, Pahang itu adalah antara 24 kanak-kanak yang kini dirawat di wad berkenaan kerana menghidap kanser.

Kesakitan dan kemuraman mereka bagaimanapun sedikit terubat apabila dikunjungi pelawat yang hadir dengan pelbagai sumbangan bagi menceriakan kanak-kanak di wad itu, dan hari ini mereka dikunjungi Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka hadir bersama badut yang membawa belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu. Hadir sama Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad dan Pengerusi WeHuman Srizan Sahar. Bajai yang menghidap kanser darah, ketika ditemui baharu sahaja muntah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Ibu kanak-kanak itu, Noresah Awet, 25, berkata anak bongsu dari tiga beradik itu telah menerima rawatan di Hospital Raub sebelum dirujuk ke HKL dan kini telah dua bulan mereka ‘berkampung’ di wad itu.

Rakan sebilik kanak-kanak itu, Zulalif Fadhi Zolkifli, 7, juga kelihatan teruja dengan kehadiran pelawat bersama badut itu. Ibunya, Rohana Abu Hassan, 41, berkata mereka sering berulang-alik dari rumah mereka di Telok Panglima Garang, Klang sejak Zulalif disahkan menghidap kanser darah pada September lepas.

Akibatnya Rohana yang berniaga kecil-kecilan menjual air dalam balang, telah empat bulan tidak dapat berniaga.

“Tahun ini sepatutnya dia masuk darjah satu, tapi Alif belum lagi berkesempatan ke sekolah…nampak dia bosan juga, tapi boleh dikatakan di sini hampir setiap minggu ada sahaja rezeki anak-anak di sini menerima pelawat,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang juga penasihat WeHuman ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu ber​​​​​​​harap NGO bukan sahaja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.

“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja…akan ada juga adik-beradik lain yang ditinggalkan di rumah,” katanya.​​​​​​​ Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.

“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan melalui:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini