
Ibunya, Jaslaini Jasril, 30, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu membawa beg air kencing ke mana saja dia pergi kerana menderita sakit buah pinggang kronik sejak dalam kandungan.
“Doktor membuat pembedahan membuat lubang saluran air kencing pada kemaluannya pada usianya 10 hari.
“Tetapi kaedah itu hanya mampu bertahan selama tujuh bulan apabila air kencing tidak boleh keluar.
“Cara ketiga doktor memasukkan saluran ke pundi kencingnya untuk mengeluarkan air kencing secara manual menerusi beg air kencing,” katanya.
Menurutnya, setiap dua minggu sekali mereka ke Hospital Kuala Lumpur untuk menukar beg air kencing itu.
“Hospital hanya menyediakan penukaran beg air kencing sebulan dua kali saja, selebihnya saya menukar sendiri kerana kerap kebocoran.
“Biasanya saya keluarkan modal RM70 sebulan untuk membeli beg air kencing dan gam,” katanya.
Daniel adalah penerima bantuan JKM berjumlah RM350 sebulan sejak September lalu.
Katanya, anaknya perlu mengambil tujuh ubat dan susu yang perlu dimasukkan melalui tiub yang dipasang pada hidungnya.
“Susu perlu dimasukkan tiga jam sekali melalui tiub ke hidung. Tetapi dia boleh makan secara normal.
“Untuk memanjangkan hayatnya dia perlu membuat dialisis namun menurut doktor cara itu berisiko memandangkan berat badannya hanya lapan kilogram sedangkan dia perlu mencapai berat melebihi 10 kg,” katanya.
Jaslaini berkata, jalan terakhir dengan menanti buah pinggang baru yang didermakan insan lain.
“Saya tawarkan buah pinggang kepada anak saya, tetapi doktor melarang kerana saya perlu sihat untuk menjaga Daniel dan dua anak lagi.
“Sebagai ibu saya masih mengharap ada penderma sudi mendermakan buah pinggangnya untuk memberi peluang Daniel hidup seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Katanya, bagi meringankan beban membayar sewa rumah RM400 sebulan, dia merayu bantuan projek perumahan rakyat demi membesarkan anaknya itu.
“Selain harga yang mahal, rumah kami tinggal ini tidak selesa untuk Daniel kerana kerap bocor ketika hujan selain faktor persekitaran kotor,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di Chow Kit.
Mereka yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh menyumbang di akaun bank berikut atas nama Jaslaini Jasril:
0 comments: