Wanita sukar bernafas kerana penyakit myasthenia gravis - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Jika terlalu banyak melakukan kerja berat atau tidak cukup rehat, badannya pasti lemah sehingga membataskan pergerakan. ...

Wanita sukar bernafas kerana penyakit myasthenia gravis


Kuala Lumpur - Jika terlalu banyak melakukan kerja berat atau tidak cukup rehat, badannya pasti lemah sehingga membataskan pergerakan.

Malah, apabila penyakit otot dan saraf dikenali sebagai myasthenia gravis menyerang dia berdepan masalah untuk bertutur, kesukaran untuk menelan makanan, minum dan sukar bernafas.

Masalah kesihatan dihidapi pembantu Taska berasal dari Keningau Sabah, Beathris Jimi, 29, menyebabkan wanita ini perlu lebih banyak berehat dan mengelak daripada melakukan kerja berat.

“Sudah empat tahun saya menghidap penyakit ini. Di Taska, saya tidak boleh mengajar atau berdiri terlalu lama. Buat masa ini, saya disarankan agar menjalani rawatan mencuci darah kerana antibodi tidak bagus.

“Namun kosnya dianggarkan RM25,000 memang tinggi bagi orang yang berpendapatan rendah macam saya.

“Sekarang ini saya amat runsing kerana doktor memaklumkan saya berisiko akan lumpuh dan lebih serius boleh menyebabkan kematian kalau tidak dirawat segera,” katanya.

Anak keenam daripada sembilan adik-beradik ini berkata, dia kini mengambil lima jenis ubat setiap hari untuk mengurangkan kesakitan.

“Sekarang ini saya menjalani rawatan Intravenous Immunoglobulin tapi hanya bertahan dua minggu saja.

“Saya memerlukan rawatan susulan kerana jika MG saya keterlaluan, otot tangan jadi lemah sampai sukar nak berjalan.

“Mahu genggam barang, berjalan, menaiki tangga dan angkat kaki sendiri pun tak boleh,” katanya.

Menurutnya dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2014 susulan pemeriksaan kesihatan dilakukan selepas mengalami sesak nafas.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban wanita ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Beathris Jimi:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM25000

0 comments:

Kongsi Portal Ini