Mohon bantuan anak hidapi komplikasi jantung - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan...

Mohon bantuan anak hidapi komplikasi jantung


Kuala Lumpur - Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan. Arina Firdaus, 26 tahun, bersyukur, sepanjang tempoh kehamilan dirinya tidak mengalami sebarang alahan.

Begitu juga dengan proses kelahiran, wanita ini melahirkan anak sulungnya Muhammad Yusya secara normal dengan bantuan vakum. Muhammad Yusya yang dilahirkan pada 14 Jun 2018 dilahirkan sihat dan sempurna.

Arina mulai mengesan kelainan pada anaknya yang bernafas agak laju. Malahan anaknya juga menangis dengan suara yang cukup perlahan berbanding hari-hari sebelumnya. Mulanya disangka masalah ini adalah situasi yang biasa, namun apabila berlarutan, akhirnya Arina dan suami membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Sebelum itu kakak saya yang membantu saya berpantang perasan bahawa anak saya bernafas agak laju. Tetapi selepas itu pernafasan anak saya kelihatan normal. Tetapi apabila melihat dia menangis tetapi suaranya sangat perlahan buatkan saya jadi pelik.

“Setelah melalui ujian daripada doktor di PPUKM, rupa-rupanya anak saya mengalami masalah komplikasi pada saluran injap jantungnya dan keadaannya agak kritikal,” ungkap Arina mulai sebak.

Menurut doktor, Muhammad Yusya mengalami TAPVD iaitu Total Anomalous Venous Pulmonary Drainage. Perkara ini membuatkan nafasnya laju dan kini bergantung kepada mesin oksigen. Kala ini Arina sering dihantui rasa sedih serta bimbang melihat keadaan anaknya yang ditempatkan di PICU, HUKM.

Sejak dimasukkan ke wad, Muhammad Yusya diserang demam kerana tubuh badannya yang tidak mampu melawan serangan kuman. Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan doktor keadaan bayi ini makin beransur baik dan jika didapati Muhammad Yusya bebas daripada jangkitan, dia akan menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“Disebabkan ketiadaan Doktor pakar dan kekurangan peralatan yang lengkap di HUKM, bayi saya akan menjalani pembedahan di Hospital Glenagles. Pada mulanya, saya dan suami bimbang kos rawatan yang menelan belanja sebanyak RM60,000 kerana bukan orang senang.

‘Namun begitu, kami suami, isteri perlu menyediakan wang secukupnya untuk pendaftaran, ubat-ubatan selepas pembedahan dan juga rawatan susulan. Setakat ini saya memang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapat suami sebagai tukang urut yang bergaji RM850 sebulan,” terang Arina panjang lebar sambil mengenangkan nasib mereka sekeluarga kelak.

Memandangkan kes ini jarang-jarang berlaku dan dianggap “rare”, Arina sukar mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penyakit yang dialami anaknya. Jika ada kemusykilan, Arina cuba mendapatkan maklumat daripada doktor dan juga mencari maklumat tentang TAPVD di internet.

Sebagai ibu, sudah tentu kenyataan ini amat sukar untuk ditelan Arina. Tambahan lagi kala itu dirinya masih di dalam pantang. Emosinya yang tidak begitu stabil membuatkan dia menangis sedih setiap kali fikirkan masa depan anaknya.

Mujurlah dirinya dikelilingi insan yang sangat mengambil berat tentang dirinya terutamanya suami dan ibunya. Mereka yang banyak membantu Arina untuk kembali bersemangat untuk melihat anaknya pulih seperti sediakala. Jururawat di hospital juga banyak menasihatinya agar tidak membebankan perasaan agar dia tidak diserang meroyan.

Lagi pun Arina perlu kuat bagi melihat perkembangan positif Muhammad Yusya. Ibu muda ini juga teringin sekali membelai anaknya seperti mula-mula melahirkan dahulu. Menyusukan Muhammad Yusya secara terus adalah kerinduan yang teramat buatnya.

‘Sepanjang berada di PICU, saya tidak lagi mampu menguruskan anak saya seperti dirumah. Segalanya dibantu oleh jururawat, saya hanya dibenarkan untuk menyusu Muhamad Yusya. Itu pun saya perlu pam susu dan berikan pada anak saya kerana dia tidak menyusu secara direct.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan ikhlas bolehlah menyalurkan terus sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Mohd Khir bin Lateh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM60000

0 comments:

Kongsi Portal Ini