KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuala lumpur

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan

Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpu...



Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Injap jantung kanan tidak berfungsi menyebabkan seorang bayi perempuan, Nur Aireeana Zahrah Norrasid yang baru berusia 33 hari terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini.

Bapanya, Norrasid Ayub, 46, berkata, penyakit anaknya itu dikesan enam jam selepas dilahirkan apabila bayi itu kebiruan.

Menurutnya, bayinya yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat itu kini dirujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

"Empat hari lepas Nur Aireeana buat pembedahan pertama selepas kaedah memasukkan tiub ke jantung tidak berjaya.

"Awalnya pembedahan itu berjalan lancar cuma kelmarin doktor maklumkan yang keadaan paru-paru dia belum stabil dan masih ditahan di wad ICU kanak-kanak," katanya.

Katanya, dia masih menunggu perkembangan kondisi anaknya sama ada perlu menjalani pembedahan susulan atau dibenarkan pulang selepas ini.

"Dalam masa terdekat, saya tak pasti sama ada anak saya memerlukan apa-apa mesin atau alat sokongan pernafasan kerana masih menunggu hasil pembedahan pertama.

"Cuma doktor maklumkan anak saya perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan iaitu selepas usianya 8 bulan dan 7 tahun," katanya.

Norrasid yang bekerja sendiri memaklumkan, sehingga kini dia dan isterinya, Julia Shahdan, 39, yang masih berpantang bergilir-gilir menguruskan bayinya itu sepanjang menerima rawatan.

"Mengikut kata doktor, untuk melihat anak saya sihat seperti anak normal lain adalah rendah dan akan mengalami kesan sampingan semasa pembesarannya.

"Cuma sebagai ibu bapa, saya mahukan yang terbaik buat anak saya, panjang umur dan sihat serta dapat meneruskan kehidupan di samping keluarga," katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatan anaknya itu memerlukan dia perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan.

"Apabila masuk sahaja hospital sudah dikenakan caj, tidak termasuk kos pembedahan, scan dan lain-lain yang kos tersebut akan terus bertambah sehinggalah anak saya discaj.

"Dengan keadaan saya yang bekerja sendiri dan isteri yang tidak bekerja agak menyulitkan kami untuk menyediakan wang yang banyak secara mengejut.

"Tapi Alhamdulillah, sokongan rakan taulan dan saudara mara sedikit sebanyak membantu meringankan beban, saya juga menerima jika ada pihak yang sudi membantu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Norrasid Ayub:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 b...


Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 bagi menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 20 Julai depan.

Sindrom Apert yang dialami kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah dalam kategori yang sangat jarang terjadi pada individu lain pada nisbah 1 dalam 200,000.


Sindrom Apert adalah sejenis gangguan kongenital yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak, muka, tangan dan kaki. Gangguan dalam perkembangan janin menimbulkan kesan yang berpanjangan dan meluas.

Tulang kranial terjejas, serupa dengan sindrom Crouzon dan sindrom Pfeiffer. Craniosynostosis berlaku apabila tengkorak janin dan tulang muka terlalu cepat menyatu di rahim, sehingga mengganggu pertumbuhan tulang yang normal.

Menjenguk ke posting bapa kanak-kanak tersebut iaitu Mohd Fiqri Buang, dua keping gambar Nur Ardhania atau mesra dipanggil Nia atau Firha itu dimuat naik yang kelihatan sedang mendapatkan rawatan di hospital.


Ibu Nia iaitu Aisyah Yusof turut berkongsi cara melakukan sumbangan yang perlu disalurkan menerusi akaun Affin Bank Berhad kerana akaun Maybank miliknya telah disekat.

Maaf semua. Akaun Maybank kami suami isteri sudah kena sekat lagi. Dah cuba buat akaun semasa tetapi dari semalam service unavailable. Seperti yang anda tahu, akaun semasa boleh buat sendiri tak perlu ke bank. Tapi ibu pergi juga ke bank semalam. Masa pergi di kaunter pun sama juga tapi Alhamdulillah, sedikit sahaja lagi.

Firha pelik dah sehari ini tengok air mata ibu asyik mengalir saja. "Ape ibu angish". Baby...Ramai orang sayang awak. 20/7 kurang sebulan dari sekarang. Ibu takut. Tapi ibu tahu, ibu tak sendiri. Ibu ada Allah, ada family dan ada kalian.

Terima kasih semua. Ibu memang hati tisu. Korang hantar resit transfer pun ibu nangis. Allah takkan uji lebih dari apa yang kita mampu. In Sha Allah. Itu janji Allah. Semangat!!!

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Fiqri bin Buang:

Aisyah Yusof
Progress:

RM0 raised

Goal: RM46800



blog counter views

Petaling Jaya - Siapa sangka seorang lelaki boleh hidap penyakit ini. "Saya tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian in...


Petaling Jaya - Siapa sangka seorang lelaki boleh hidap penyakit ini. "Saya tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian ini sebagai takdir Tuhan," kata pesakit barah payudara, Md Fairul Ab Rahman, 42, bapa kepada enam anak yang disahkan menghidap penyakit itu Januari lalu.

Penyakit itu kini berada di tahap empat dan kini, Md Fairul tidak dapat bekerja sebaliknya hanya menjaga empat daripada enam anaknya berumur lima bulan hingga lima tahun manakala dua lagi tinggal bersama bekas isteri.

Berkongsi pengalamannya sebagai pesakit barah payudara, Md Fairul berkata, tanda penyakit itu mula ada sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan sehingga doktor mengesahkannya.

"Payudara kanan saya mula membengkak selepas salah seorang anak melompat di dada dan saya ingatkan ia bisul.

"Lama kelamaan, bengkak itu semakin serius hingga nanah pecah dan berdarah selepas anak saya membaling mainan di bahagian dada.

"Akhirnya, bahagian bernanah itu jadi busuk dan pemeriksaan awal mendapati saya menghidap barah sebelum doktor mengesahkan penyakit berkenaan sudah di tahap tiga pada 20 Januari lalu," katanya di rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana,Bandar Sunway, di Petaling Jaya.

Menurut Md Fairul, penyakit itu merebak dengan pantas kerana dua hari lalu, doktor memaklumkannya barah yang ada sudah berada di tahap empat.

Katanya, sukar untuk menerima kenyataan itu tetapi terpaksa kuat kerana memikirkan anak yang masih kecil.

"Rasa seperti hendak terjun bangunan sewaktu diberitahu doktor, kelmarin mengenai perkembangan penyakit saya namun cuba tenangkan diri dengan beristighfar.

" Sejak disahkan menghidap barah, emosi saya sukar dikawal malah penyakit ini juga menimbulkan rasa tidak selesa dan ada kalanya tertekan hingga tanpa sengaja melepaskan kemarahan pada anak.

" Namun, saya pujuk semula mereka kerana apa yang berlaku bukan salah sesiapa sebaliknya takdir dan ujian Allah buat saya," katanya.

Di sebalik ujian itu, Md Fairul bersyukur kerana keluarganya mahupun isteri banyak memberi sokongan termasuk bantuan kewangan sewaktu memerlukan.

" Dulu, saya ke klinik untuk mencuci luka tetapi kos untuk satu kali cucian saja mencecah RM60.

" Bagi menjimatkan kos, saya beli sendiri barangan diperlukan di farmasi manakala isteri membantu mencuci luka pada bahagian payudara saya di rumah," katanya

Sementara itu, isterinya, Siti Sapiah Hasan Basri, 28, berkata, sejak suaminya disahkan menghidap barah payudara, dia yang mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Katanya, selain mencari rezeki, rutin hariannya kini kini adalah membantu mencuci luka suaminya ketika di rumah dengan mempelajarinya berdasarkan pemerhatian sendiri memandangkan tiada latar belakang dalam bidang perubatan.

"Ibarat patah kaki juga kerana sebelum ini, suami yang memandu untuk ke mana-mana tetapi sejak dia sakit, saya perlu berdikari.

"Namun, apa yang terjadi buat saya lebih kuat dan belajar untuk bersyukur kerana tahu, ramai lagi yang lebih susah dah kurang bernasib baik di luar sana.

"Alhamdulillah, majikan memahami keadaan saya dan ketika ini, biarlah saya berkorban demi suami serta anak," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun bank berikut atas nama Md Fairul Ab Rahman:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembua...


Kuala Lumpur - Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.

Aqil yang tidak mempunyai alat sulit sempurna sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis. Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.

Berkongsi kisah di sebalik penderitaan Aqil yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, 41 bapa Aqil berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu Aqil di dalam kandungan isterinya, Mardiana Supartak, 39. Katanya, perkara itu hanya diketahui sebaik Aqil dilahirkan dan mereka reda walaupun agak berat menerima kenyataan itu. 

“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal. “Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil. 

“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Mohamad Hairul Nizam berkata, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan. Katanya, kesempatan menjaga Aqil di ICU itu digunakan untuk mempelajari kaedah penjagaan betul daripada doktor dan jururawat termasuk cara menukar ganti bag stoma. 

“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain. “Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad. 

“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.

Mohamad Hairul Nizam berkata, buat masa ini, dia tidak mampu membelikan susu formula khas seperti disyorkan doktor kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman. Katanya, dia pernah pernah bekerja di dekat kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate. 

“Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan saya terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar. “Jadi, saya risaukan Aqil terkena jangkitan kerana pada waktu itu, dia kerap keluar masuk hospital akibat batuk serta selsema yang berlarutan selama tiga bulan. 

“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.

Jauh di sudut hati, Hairul dan isteri sentiasa berdoa dan berharap ada peluang untuk anaknya membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman:

012-2924629
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - "Meriah itu tidak ada, sambutlah seperti biasa." Demikian kata seorang wanita mengenai kehadiran Ramadan dan S...



Kuala Lumpur - "Meriah itu tidak ada, sambutlah seperti biasa." Demikian kata seorang wanita mengenai kehadiran Ramadan dan Syawal tahun ini.

Rosnah Abd Walad, 55, menambah bahawa sambutan itu memberangsangkan kerana dia fokus menguruskan anak bongsunya, Nabil Najmi, 24, menderita Cerebral Palsy sejak lahir.

Namun, kehidupan ibu tiga anak itu semakin tegang apabila suaminya, Zainal Abidin Mohd Said, 56, lumpuh sejak 12 tahun yang lalu.

"Ketika Ramadan tiba, kami berpuasa. Pada mulanya, kami dapat pergi ke bazar Ramadan bersama-sama. Tetapi kerana suami saya lumpuh, saya pergi bersendirian.

"Walaupun raya, tidak ada buat apa-apa, ia tidak seperti sebelumnya. Tetapi saya biasanya membeli pakaian untuk suami dan anak saya.

"Pagi mungkin berkumpul dengan anak-anak. Kami ingin melihat keseronokan memakai banyak warna walaupun hanya t-shirt.

"Raya kan ... rendang ketupat sambal kacang sedikit berbeza. Jika kuih raya harapkan subsidi dari saudara-mara dan rakan-rakan yang memahami," katanya.

Bercakap mengenai perayaan Ramadan tahun ini, Rosnah mengatakan tidak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sebenarnya, dia tidak begitu terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac.

Dia mengatakan bahawa sukar bagi anak sulungnya yang tinggal secara terpisah untuk berkunjung seperti biasa.

"Tahun ini, tidak begitu berbeza. Cuma tidak akan keluar. Ada PKP yang sama. Biasanya saya keluar dan membelinya.

"Biasanya ketika saya keluar, suami akan melihat anak. Tetapi dia dapat melihat. Dia tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu, Rosnah berkata, siapa yang tidak merasa sedih dengan nasib yang menimpanya? Namun dia melepaskan takdir kepada kehendakNya.

Sebenarnya, kudratnya kadang-kadang tidak berdaya dan hanya boleh mengadu kepada Yang Esa.

"Saya berumur 55 tahun. Kadang kala saya tidak sihat, tetapi masih tetap perlu melakukannya (menjaga anak dan suami).

"Hanya mengadu kepada Tuhan ... air mata kering. Doktor mengatakan bahawa suami saya tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

"Tetapi untuk kata-kata semangat saya, untuk mempercayai kuasa Tuhan. Jauh di dalam hati, adalah harapan besar untuk melihatnya pulih" katanya lagi.

Menurut Rosnah, yang tinggal di PPR Bukit Jalil, dia terus hidup dengan wang pencen dan pencen suaminya yang juga pesara polis.

Jelas nenek kepada dua cucu itu, wang pencen bersih yang diterima selepas menolak komitmen lain cukup untuk makan dan minum namun untuk bermewah tidak pernah sama sekali.

“Cuma keadaan terdesak apabila tiba-tiba ada benda penting yang kena beli. Sebelum ini untuk elak komitmen bulanan, saya jual kereta lama suami selepas dia jatuh sakit untuk sambung bayar.

Dia juga menerima bantuan lampin (Baitulmal) sebanyak RM250 sebulan, selain RM350 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kadang kala jika ada lebih wang, saya akan membeli makanan tambahan untuk anak-anak dan suami.

"Untuk makanan tambahan itu, mereka kelihatan sedikit ceria. Tetapi lihatlah keadaannya. Saya mempunyai lebih banyak barang untuk dibeli," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, mereka boleh menghubungi Rosnah di talian yang tertera.

Sumbangan pula boleh disalurkan kepada akaun bank berikut atas nama bersama Rosnah dan Nabil Najmil:

01110028921
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fa...



Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah seorang pesakit leukimia dan pesakit termuda yang disahkan positif virus covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak yang melanda seluruh dunia itu yang sudah masuk fasa kedua di Malaysia.

Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama. Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.

Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak. Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.

Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut. Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.

Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.

Unpaid leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.

Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.

Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.

Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser. Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.

Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.

Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.

Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan. Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.

Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.

Bantuan boleh dibuat terus kepada akaun bank berikut atas nama Nazmee Hamid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Membesarkan anak-anak bukan semudah yang disangka. Ada dugaan yang sentiasa menanti tidak kira sehebat manapun kita cu...



Kuala Lumpur - Membesarkan anak-anak bukan semudah yang disangka. Ada dugaan yang sentiasa menanti tidak kira sehebat manapun kita cuba untuk mengelaknya.

Setiap ibu bapa pasti akan cuba melakukan yang terbaik buat anak-anaknya walaupun perlu berkorban apa sahaja. 

Situasi ini sedang dilalui oleh Tuan Rafa Azlan yang tabah menjaga anak kecilnya yang disahkan menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik sejak berusia dua bulan lagi dan memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi menampung kos pembedahan anaknya berjumlah RM160 ribu. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan telah dilahirkan pada 4 Jun 2019 dan disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai pada usia 79 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati. 

Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 08/12/19 doktor declare pembendahan Kasai tersebut tidak berjaya dan perlu di hantar ke PPUM pada 06/01/20 untuk proses pemindahan hati dan sekarang dalam proses workup transplant untuk pembedahan tersebut.

Insya Allah, ibu Raisha Mikayla sendiri iaitu Siti Nur Amira Bt Ibrahim akan menjadi penderma hati kepada adik Raisha.

Disebabkan masa tidak banyak untuk pemindahan hati ini, saya Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman ayah kepada anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM160,000 secepat yang mungkin selewatnya awal April 2020. 

Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Raisha Mikayla sihat seperti kanak-kanak yang lain. Sumbangan boleh diberikan melalui akaun bank berikut atas nama Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman atau hubunginya:

014-3999306
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. I...


Kuala Lumpur - Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha. Itulah yang dihadapi Mohamad Haikal, 25 tahun yang didapati menghidap Refractor Acute Myeloid Leukemia pada September tahun lepas.

Ibu mana yang tidak sedih apabila anak harapan yang berkorban untuk keluarga kini menderita selepas disahkan menghidap kanser darah.

Ibunya Nora Mat Sidi, 50, berkata sebelum ini Haikal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Namun, Haikal telah mengambil keputusan berhenti belajar kerana ingin menggalas tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.

Nora yang merupakan ibu tunggal memberitahu Haikal mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat perkapalan secara kontrak dan selepas 10 bulan bekerja, dia disahkan menghidap kanser darah.

Lebih menyedihkan, selepas didapati menghidap kanser, Haikal tidak lagi layak untuk bekerja.

Malah rawatan kemoterapi yang dilakukannya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif.

“Selepas disahkan menghidap kanser serta tidak layak untuk bekerja, Haikal menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali di Hospital Ampang bagaimanapun, rawatan itu tidak menunjukkan tindak balas positif.”

Doktor juga menyarankan Haikal mengambil ubat tambahan yang berharga sangat mahal.

“Justeru, doktor menyarankan anak saya mengambil ubat tambahan iaitu Midosteurin untuk tempoh tiga bulan bersama rawatan kemoterapi kali keempat”

“Ubat berkenaan terlalu mahal iaitu RM186,932 dan sebagai ibu, saya merayu bantuan mana-mana pihak kerana kami tidak mampu membeli ubat berkenaan,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai pemandu van sekolah memaklumkan, tahap kesihatan Haikal masih baik dan boleh bertahan sehingga tiga ke empat bulan.

Walau bagaimanapun menurut Nora, jika Haikal lambat mendapat rawatan bersama Midosteurin, kesihatannya akan terus merosot.

“Haikal juga dijangka akan menjalani pemindahan tulang sum sum tetapi masih belum menemui penderma malah adiknya iaitu Mohd Hakimi Iman yang berusia 22 tahun juga tidak sesuai untuk menjadi penderma.

“Bantuan yang saya minta adalah untuk pembelian ubat sahaja manakala kos rawatan lain termasuk kemoterapi akan saya tanggung sendiri,” katanya.

Jika anda mahu membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam manakala sebarang pertanyaan mengenai Haikal boleh berhubung dengan ibunya:

013-3303347
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Kuala Lumpur - Pada mulanya dia akan kerap muntah-muntah apabila diberi minum susu yang turut disertai dengan kahak. Namun disebabkan te...


Kuala Lumpur - Pada mulanya dia akan kerap muntah-muntah apabila diberi minum susu yang turut disertai dengan kahak. Namun disebabkan terlalu risau melihat keadaaan anaknya berterusan begini, suami isteri ini membawa si kecil mereka ke klinik dan doktor memaklumkan ia hanya virus biasa yang berlaku disebabkan kuman tambahan daripada abangnya yang ketika itu batuk dan kerap mencium pipi adiknya.

Sewaktu dilahirkan Atikah adalah seorang bayi yang tampak normal, namun pada 6 Jun yang lalu satu berita diterima, yang begitu pahit untuk ditelan bagi pasangan Anuar Husin dan Kamarul Ain Khosim. Doktor mengesahkan bayi itu menghidap Embryonal Tumor with Multilayered Rosettes tahap 4.

Lantas jawapan itu melegakan hati mereka, namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja kerana bayi Atikah masih lagi muntah. Lebih memeranjatkan, selepas muntah mata Atikah kelihatan juling lantas membawa semula anaknya sekali lagi ke klinik disebabkan muntahnya lebih dari 10 kali.

Kemudian, bayi Atikah melalui prosedur CT Scan bagi mengenal pasti penyakitnya. Lalu doktor mengesahkan ada ketumbuhan di otak anaknya yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala. 

8 Oktober: Atikah menjalani pembedahan kecemasan pada malam tersebut supaya dapat memasukkan shunt untuk keluarkan air dalam kepala supaya senang untuk melakukan pembedahan buang ketumbuhan. 

15 Oktober: Ketumbahan hampir 80% berjaya dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Selepas dua hari pembedahan, air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkan Atikah demam panas sawan. 

Kemudian sekali lagi pada 23 Oktober, doktor melakukan jahitan semula di kawasan tempat bedah bagi mengelak darah dan air keluar. Lebih menyedihkan, selepas tiga minggu sampel pembedahan dihantar ke HKL, doktor mengesahkan bayi Atikah menghidap kanser otak tahap empat. Kanser itu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang. 

Disebabkan ada kanser, maka kes anak mereka dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan menjalani rawatan kemoterapi yang terpaksa dilakukan selama empat hari berturut- turut selama 24 jam tanpa henti. 

5 Disember : Atikah sekali lagi perlu menjalani kemoterapi tetapi ditangguhkan kerana terdapat lubang di kepalanya. Anak kecil itu perlu menjalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi.

Dia yang sebelum ini berniaga kuih kini terpaksa sepenuhya menumpu perhatian kepada anak bongsunya itu dan tiga lagi anakya yang masing-masing berumur 3,7 dan 9 tahun. Kini, keluarga kecil ini hanya bergantung kepada gaji suaminya sahaja yang bekerja sebagai polis bantuan di Bandar Utama. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun ibunya seperti di bawah atas nama Kamarul Ain binti Khosim:

019-2493498
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini