
Seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak di kawasan surau AU1, Taman Keramat, Ampang, malam tadi.
Bayi itu ditemui jemaah surau pada jam 8.56 malam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Turut dijumpai di samping bayi lampin pakai buang, susu dan puting susu.
Pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.
Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. Sila hubungi Balai Polis Hulu Kelang 03-4257 3322.
0 comments: