Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pasir Gudang - Seorang wanita yang membesarkan enam anak kehilangan sumber pendapatannya sejak Mac lalu kerana wabak Covid-19 dan kini hidu...


Pasir Gudang - Seorang wanita yang membesarkan enam anak kehilangan sumber pendapatannya sejak Mac lalu kerana wabak Covid-19 dan kini hidup dengan harapkan ihsan kebaikan tetangga dan orang ramai.

Zainorimah Ludin, 39, dan keluarganya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Masai di sini sejak 15 tahun lalu juga diuji ketika anak bongsunya Nur Aqilah Fazli mengalami sawan baru-baru ini.

Menurutnya, kehidupan keluarga mereka juga kurang apabila mereka tidak mendapat bekalan air sejak Februari lalu kerana mereka tidak mampu membayar bil air bulanan kerana RM1,500.

"Oleh kerana tidak ada bekalan air, saya dan anak-anak mengharapkan kebaikan dari jiran untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.

"Saya tidak dapat bekerja pada masa ini kerana tempat kerja saya di sebuah institusi pendidikan di Seri Alam di sini ditutup buat sementara waktu kerana wabak Covid-19," katanya ketika ditemui di rumah PPRT hari ini.

Sementara itu, Zainorimah bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal tetapi kesal dengan status kelayakan rumah di mana dia tinggal sebagai keluarga kerana kediaman itu milik arwah ibunya yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan penyakit buah pinggang sejak tahun lalu.

Katanya, beban utama sekarang ialah tidak ada sumber pendapatan kerana dia tidak dapat bekerja sebagai pembantu dewan makan di institusi pendidikan itu.

"Dalam tempoh tidak bekerja, saya terpaksa membelanjakan wang simpanan untuk diri sendiri dan anak-anak saya selain mengharapkan pertolongan orang ramai, terutama jiran setempat," katanya.

Dia, yang ditinggalkan oleh suaminya tanpa ada berita ketika dia hamil dua bulan dengan anak bongsunya, juga tenang dengan ketentuan Ilahi dan berharap seseorang bersedia memberikannya pekerjaan.

Zainorimah yang merupakan anak yatim piatu tidak pernah meminta pertolongan dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya berpuas hati dengan ketentuan Ilahi, namun saya tetap bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dengan makanan, mereka hanya makan apa yang mereka ada," katanya.

Orang yang ingin membantu boleh menderma melalui akaun bank berikut atas namanya Zainorimah Ludin atau menghubunginya:

011-28716774
Progress:

RM70 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang...



Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang kepala (cerebellar mudulloblasroma) selain untuk melihat anak kesayangannya itu sembuh.

Shayfullah Mohamad, 52 dari Perumahan Balok Permai Fasa 2 di sini berkata, anaknya Muhammad Firas Iqbal Shayfullah disahkan mengidap penyakit itu dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunggu untuk menjalani pembedahan.

Dia yang kini berada di HKL sejak Rabu berkata, anak kelimanya itu dijangka menjalani pembedahan pada Jumaat atau Isnin depan bergantung kepada kekosongan bilik pembedahan.

"Saya harap pembedahan dapat dijalankan dengan segera dan lancar demi kesembuhan Muhammad Firas Iqbal.

"Saya amat mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar pembedahan ini berjaya dan anak saya akan kembali sihat seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Shayfullah berkata, penyakit anaknya itu dikesan sejak awal tahun ini apabila Muhammad Firas Iqbal sering mengadu sakit kepala dan muntah.

"Pada mulanya saya dan isteri, Rosasnita Abdullah, 45 beranggapan dia hanya sakit kepala biasa.

"Sekitar Jun lalu, keadaannya semakin teruk dan kami bawanya ke Klinik Kesihatan Balok untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan mengidap kanser otak," katanya.

Tambahnya, pada 19 Ogos lalu, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong di sini terpaksa menjalani pembedahan di HTAA untuk membuang air dalam kepalanya.

"Sebagai bapa saya tetap perlu bersedia untuk pembedahan dan selepas pembedahan ini nanti.

"Saya agak risau memandangkan sudah tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Shayfullah di talian berikut:


017-9786346
Progress:

RM10 raised

Goal: RM5000

Kota Bharu - Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tidak menghalang seorang suami untuk setia menjaga isterinya yang terlantar sakit se...



Kota Bharu - Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tidak menghalang seorang suami untuk setia menjaga isterinya yang terlantar sakit selepas disahkan menghidap kanser payu­dara kira-kira dua tahun lalu.

Seorang tukang rumah, Ibrahim Mamat, 54, perlu membahagikan masa antara kerja dan menjaga isterinya, Kamariah Yusoff, 57 di rumah mereka di Kampung Semut Api, Pengkalan Chepa di sini.

Menurut Ibrahim, setiap hari, dia akan membersihkan luka pada bahagian paras tengkuk sehingga dada selepas sel kanser merebak akibat daripada benjolan yang terletak di bahagian kiri ketiak isterinya sudah pecah.

Katanya, pada awalnya, dia dan isteri tidak mengetahui ia merupakan simptom kanser selepas melihat benjolan pada bawah ketiak dua tahun lalu.

“Saya membawa isteri berubat secara tradisional selepas melihat benjolan itu. Setelah ia pecah, baru saya rujuk ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa isteri saya menghidap kanser payudara tahap empat.

“Sejak itu, isteri ha­nya terlantar di rumah. Saya yang perlu mengambil tugas memasak dan memandikannya sebelum keluar sekiranya ada kerja untuk dilakukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, dia hanya mela­kukan pekerjaan di kawasan berhampiran kampung kerana bimbang jika berlaku perkara kecemasan semasa tiada di rumah.

Katanya, dia juga tidak mengharapkan anak tirinya yang berusia 17 tahun untuk menjaga isteri kerana dia juga kini bekerja sambilan untuk membantu keluarga.

“Isteri saya memerlukan per­belanjaan RM1,000 sebulan untuk membeli ubat-ubatan, susu khas dan peralatan mencuci luka. Setakat ini, kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk isteri sebanyak RM250 bagi kegunaan tersebut.

“Kini, perbelanjaan kami sekeluarga amat tenat, lebih-lebih lagi saya tidak dapat selalu keluar bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Ujarnya, keadaan itu juga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan bayaran sewa rumah sebanyak RM350 sebulan sejak beberapa bulan lalu apabila sudah tidak dapat keluar bekerja.

Katanya, selain bergantung kepada ubat-ubatan, dia juga perlu membawa isterinya untuk menjalani rawatan kimoterapi setiap bulan di Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II di sini.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh me­nyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Kamariah Yusoff:


Progress:

RM20 raised

Goal: RM3000

Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong. Mohd Nazri ...




Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong.

Mohd Nazri Yaacob, 43, berkata anaknya, Mohamad Hafaz Ali Mohd Nazri, 13, kini terlantar tidak boleh berjalan berikutan kaki kirinya semakin membengkak.

“Dari paras paha hingga ke lutut, keadaanya semakin membengkak dan doktor mengesahkan dia mengidap kanser tulang dan perlu di potong segera untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius.”

“Saya tidak mampu menyediakan RM9,500 untuk kos rawatan dan pengurusan anak memandangkan saya hanya bekerja sebagai guru pondok di Pondok Nurul Hidayah Kampung Tembak, Kuala Ketil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembak B, baru-baru ini.

Menurutnya, kesakitan anaknya itu bermula pada bulan Mac ketika dia terjatuh di Asrama Sekolah Madrasah Darul Ulum Al-Mubarakah, Kampung Batu Besar, Sik.

Sangkaannya hanya sakit biasa dan mendapatkan rawatan mengurut secara tradisional tetapi kaki anak sulung daripada tiga beradik itu semakin bengkak.

“Selama dua minggu saya buat rawatan secara tradisional dan bagi makan ubat urat sehinggalah selepas Hari Raya Aidilfitri baru ni, dia tidak boleh tidur dan saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Doktor Hajah Halimah.”

“Mereka mencadangkan membawa anak ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan doktor mengesahkan ada ketumbuhan di lutut kirinya kemudian pindahkannya ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” kata Mohd Nazri.

Katanya lagi, selepas menjalani kimoterapi sebanyak dua kali, keadaannya masih tidak berubah dan doktor meminta kebenaran untuk memotong kaki anaknya itu untuk mengelakkan jangkitan.

Namun begitu, Mohd Nazri meminta agar doktor menangguhkan dahulu cadangan memotong kaki anaknya itu dan membawanya pulang ke rumah Jumaat lalu.

Bagi mereka yang ingin membantunya boleh menghubungi Mohd Nazri melalui talian berikut:

019-4104793
Progress:

RM00 raised

Goal: RM9500



blog counter views

Baling - "Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain,...




Baling - "Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain," kata Siti Fathihah Zainol ibu kepada kanak-kanak penghidap 'Tetralogy of Fallot' (TOF) iaitu penyakit jantung konginetal sianotik, Fatih Zulkarnain Mohd Zuhairi.

Siti Fathihah, 25 dari Kampung Teluk Pendiat di sini berkata, selain TOF, Fatih yang berusia setahun tujuh bulan turut menghidap masalah injap sempit dan Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) iaitu masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah manusia.

Menurutnya, semua penyakit itu dikesan sejak Fatih dilahirkan kerana dia tidak mengalami masalah sepanjang tempoh kehamilan.

Doktor mengesyorkan Fatih dibedah segera namun Siti Fatihah dan suami, Mohd Zuhairi Zamri, 30, buntu mencari wang sebanyak RM70,000 bagi menampung kos dua pembedahan menutup jantung TOF dan membuka injap sempit yang perlu dilakukan segera.

"Saya bekerja sambilan sebagai ejen pesan hantar produk kosmetik manakala suami mengambil upah memotong pokok. Kewangan kami memang tidak stabil hingga ada kalanya terpaksa minta bantuan daripada keluarga untuk ke hospital kerana tiada wang.

"Doktor belum beri tarikh tetapi menasihatkan kami bersiap sedia dan mengesyorkan Fatih dibedah ketika usianya sekarang, cuma masalahnya adalah wang kerana sehingga hari ini hanya mengumpul lebih RM2,000 hasil sumbangan rakan yang bersiaran langsung di TikTok," katanya.

Menurut Siti Fathihah, dia pada awalnya tidak jelas penyakit dialami Fatih sehingga diberi penerangan terperinci oleh doktor.

"Ketika dalam pantang selepas melahirkan Fatih, doktor beritahu saya dan suami mengenai penyakit dialami anak. Mulanya saya tidak faham tetapi doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit itu dan risikonya.

"Jujurnya, saya dan suami sedih ketika itu kerana memikirkan penderitaan anak yang masih kecil namun cuba bersabar serta reda dengan ujian dari Allah," katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Nur Syasya Qistina, 7.

Berkongsi perkembangan terkini, Siti Fathihah berkata, Fatih boleh makan dan minum seperti biasa, bagaimanapun anak bongsunya itu tidak boleh diberi makan sembarangan kerana mudah semput sekali gus pernafasan serta pergerakannya.

"Fatih masih berselera makan cuma saya tidak beri makanan tertentu contohnya pisang bagi mengelaknya semput kerana sudah dua tiga kali dia masuk hospital kerana paras oksigennya menurun.

"Disebabkan itu, saya dan suami risau. Pada 21 September nanti, saya dan suami perlu membawa Fatih ke hospital untuk menghadiri janji temu dengan doktor bagi memeriksa keadaan jantungnya tetapi takut juga dengan keadaan Covid-19 yang belum reda," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Siti Fathihah di talian berikut atau terus menyumbang ke akaun bank di bawah atas namanya:

019-7632658
Progress:

RM10 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Johor Bahru  - "Noor Qaira Danisah pernah mengalami sawan dan kekejangan lebih 50 kali sehari, malah doktor juga mengesahkan dia menghi...




Johor Bahru - "Noor Qaira Danisah pernah mengalami sawan dan kekejangan lebih 50 kali sehari, malah doktor juga mengesahkan dia menghidap sawan tahap kritikal," kata Noor Suraya Saidin, 36.

Menurutnya, anaknya, Noor Qaira Danisah Mohd Idzwan, 10, adalah orang kurang upaya terlantar sejak dilahirkan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan menerusi susu khas yang perlu dimasukkan melalui tiub di perutnya tiga jam sekali.

Suri rumah yang juga ibu kepada empat anak itu semakin buntu memikirkan keadaan anak bongsunya apabila suami, Mohd Idzwan Jamari, 39, yang bekerja sebagai penjual kenderaan berat dicutikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan, Jun lalu.

"Selain anak bongsu, anak ketiga, Mohamad Daiyen Danie, 12, turut mempunyai masalah injap jantung yang membuatnya tidak boleh bergerak aktif biarpun sudah menjalani pembedahan pada 2018.


"Saya buntu memikirkan keperluan Noor Qaira Danisah yang perlu menukar saluran tiub makanan yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000. Tiub itu perlu diganti dua tahun sekali.

"Sejak suami dicutikan tiga bulan lalu, kami hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan Baitulmal RM300 untuk keperluan sekeluarga termasuk makan minum, bayaran bil utiliti, kos minyak penghantaran dua anak mendapat rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Uda Utama, di sini, hari ini.

Noor Suraya berkata, ada kalanya dia terpaksa meminta pertolongan jiran dan rakan untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan.

Katanya, sebelum PKP 3.0, dia ada membuat perniagaan dari rumah dengan mengambil tempahan nasi campur bagi menambah pendapatan keluarga, namun tiada permintaan selepas PKP dikuatkuasakan.

"Dengan keadaan sekarang, kami berdua tiada pekerjaan untuk membesarkan empat anak berusia 10 hingga 15 tahun. Wang bantuan RM800 tidak mencukupi. Saya sebagai ibu cuba bertahan dalam tempoh tiga bulan ini tetapi terasa berat bebanan kami.

"Kami sekeluarga pernah makan mi segera bagi mengalas perut. Susu khas Noor Qaira Danisah juga saya terpaksa catu dengan mengurangkan sukatan supaya bekalan susu dapat bertahan sehingga wang bantuan bulanan berikutnya masuk.

"Anak istimewa ini sudah berusia 10 tahun, susu dan lampin pakai buang tidak akan putus selagi hayat dia ada.

"Noor Qaira Danisah memerlukan satu tin susu khas sehari. Susu itu hanya boleh dibeli di farmasi dengan harga RM47 bagi 400 gram. Pemakanan dia memang bergantung sepenuhnya kepada susu khas itu dan saya takut bekalan susu dia terputus.

"Dengan keadaan anak ini yang sudah besar, saya turut mengalami kesukaran ketika memandikannya.

"Saya perlukan kerusi mandi khas supaya keselamatannya terjaga ketika di bilik air," katanya yang mendapat bantuan barangan dari pihak yang menyumbang keperluan lampin pakai buang dan barangan dapur untuk keperluannnya sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Noor Suraya:

Progress:

RM30 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Bukit Mertajam - Seorang ibu tunggal yang menderita cacat sebelah mata, berhasrat untuk bersatu semula dengan anaknya sebelum dia kehilanga...


Bukit Mertajam - Seorang ibu tunggal yang menderita cacat sebelah mata, berhasrat untuk bersatu semula dengan anaknya sebelum dia kehilangan sepenuhnya deria atau menghembuskan nafas terakhir.


Mardyah Md Radi, 47, yang didiagnosis dengan rabun mata kiri pada tahun 2006, harus menyerahkan anak bongsunya, Muhammad Zulfikar, sekarang 18, kepada keluarga angkat yang dipercayai tinggal di Sungai Petani, Kedah, setelah menghadapi tekanan hidup. 


"Saya menyesal ... saya harus memberikan bayi saya yang ketika itu berusia dua bulan kerana saya tidak mempunyai wang untuk merawat mereka. 

Saya masih ingat ketika itu, saya harus memberi anak saya teh sebagai pengganti susu kerana tidak ada wang untuk membeli susu.


"Saya tidak mengenali keluarga dengan baik secara peribadi tetapi rakan baik saya mengatakan bahawa keluarga menjamin untuk menjaga anak saya dengan baik. 


Bagi saya, saya tidak memerlukan ganjaran ringgit selagi anak saya dijaga dan diberi pendidikan yang sempurna sehingga di masa depan, mereka tidak akan sesukar saya, "katanya di rumahnya di Simpang Ampat. 


Mardyah mengatakan pada tahun 2003, dia baru saja bercerai dengan empat orang anak, iaitu Muhammad Ramadhan Badrulamin Mohammad Ali, 6; Nur Quratul Aini Mohamad Ali, 5 sementara yang ketiga, Siti Rabiatul Adawiyah, 5, dan Muhammad Zulfikar, yang berusia dua bulan pada masa itu, harus diserahkan kepada dua keluarga angkat yang berbeza, kerana kemiskinan. 


Anak angkatnya mati. Saya telah menemui anak perempuan saya, sekarang saya berdoa agar dapat bertemu dengan anak bongsunya ... walaupun sudah cukup, "katanya.


Mardyah, yang sebelumnya bekerja dan tinggal di Sungai Petani, kembali tinggal bersama ibu bapanya di Simpang Ampat, Pulau Pinang bersama anak sulungnya. "Saya berniaga makanan seperti kuih-muih, pisang goreng dan lain-lain sehingga saya diserang campak pada tahun 2006 dan ini mempengaruhi penglihatan saya - keadaan bertambah buruk sehingga saya buta sebelah mata," katanya. 


Mardyah, yang kini tidak dapat bekerja, terpaksa menghentikan rawatan mata kerana tidak mampu membayar kos rawatan dan menjalani pembedahan mata. 


Kos sara hidup keluarga kini bergantung pada Aini setelah dia tidak lagi dapat bekerja. Bekalan elektrik untuk rumah keluarga itu juga terputus beberapa tahun yang lalu kerana tunggakan RM1,500 dan kini 'menaiki' bekalan elektrik dari rumah jiran, katanya. 


Mardyah telah diberhentikan daripada menerima zakat kerana pendapatan keluarga tersebut melebihi RM850 sebulan. "Bantuan zakat dihentikan pada bulan Disember 2020 tetapi ZPP telah bersetuju untuk turun dan menilai semula kes Puan Mardyah dalam waktu terdekat. Buat masa ini, bantuan makanan dan kewangan kepada keluarga ini dialukan agar mereka tidak kehabisan bekalan makanan dalam masa sukar ini.


Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Mardyah Md Radi. Di samping itu, jika ada yang mengetahui mengenai anaknya, mereka boleh menghubunginya di talian berikut:


016-7832490
Progress:

RM225 raised

Goal: RM2000

Kota Bharu - “Saya harus bertindak sebagai ibu yang kuat agar anak-anak tidak kecewa. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya menging...




Kota Bharu - “Saya harus bertindak sebagai ibu yang kuat agar anak-anak tidak kecewa. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya mengingatkan permata hati yang bertarung nyawa di ICU."

Itulah ungkapan seorang ibu, Rozita Ramli ketika ditanya mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Pada masa yang sama, dia juga menderita ketika terpaksa bergantung pada alat bantu pernafasan kerana masalah jantung.

Mendengar suaranya yang tidak bernyawa melalui telefon, tidak dapat dibayangkan betapa rapuhnya emosi wanita berusia 43 tahun itu.

Ketika menceritakan keadaan anak ketiganya, Muhammad Azri Danial Hasbullah yang mesra dipanggil Acik, terus Rozita menitiskan air mata.

Dia memberitahunya bahawa Acik berusia 17 tahun didiagnosis menghidap penyakit buah pinggang tahap 5 pada bulan Mei, dan kini tidak sedarkan diri setelah menerima rawatan hemodialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

"Hati saya tidak tenang memikirkan keadaan Acik. Dia telah dimasukkan ke ICU empat kali kerana keadaannya yang kritikal. Hanya kepada Allah saya berdoa agar Acik selamat dan pulih seperti biasa," katanya penuh harapan.

Tidak berhenti di situ, fikiran Rozita menjadi semakin huru-hara ketika dia menerima foto dari anak bongsunya, Aleeya Maisarah, 15, yang muntah darah secara tiba-tiba ketika merawat abangnya di hospital.

Semasa berusaha menenangkan diri, dia sekali lagi menerima berita sedih ketika anak keduanya, Muhammad Airis, 19, mengalami masalah najis berdarah.

"Ujian dilakukan secara berturut-turut. Pada masa ketika hati bimbang akan mengingat Acik yang kritikal, dua anak juga tiba-tiba sakit. Saya sudah tidak tahu mana yang mesti didahulukan. Ingin membawa Aleeya ke hospital, tetapi siapa yang akan merawat Acik di sana?

"Jiwa saya cukup berserabut. Nasib baik, suaminya, Hasbullah Mohamad, 52, masih kuat dan boleh dipercayai. Kami menjaga urusan anak-anak sepanjang hari dan berulang-alik ke hospital," katanya, yang juga mendapatkan rawatan perubatan Islam untuknya. anak lelaki.

Rozita terus berkongsi perasaannya. Dia mengatakan bahawa keadaan kritikal Acik membuatnya membayangkan wajah anak sulungnya, Muhammad Asyhraf yang meninggal dua tahun lalu ketika berusia 21 tahun kerana penyakit yang sama.

"Setelah 12 hari di wad, dia meninggalkan kami. Tahun ini, sudah dua tahun sejak si mati dan pada bulan yang sama, Acik sakit. "Saya tidak tahan kehilangan anak lagi," kata peniaga aksesori baju dan jam tangan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di Kota Bharu yang berusaha mengumpulkan wang untuk membeli mesin dialisis untuk Acik.

Ketika ditanya mengenai kos rawatan termasuk mesin, dia mengatakan pendapatannya telah menurun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu.

“Saya dan suami bergantung sepenuhnya pada penjualan barang di pasar. Kami bingung memikirkan kos rawatan dialisis dan pencucian darah tiga kali seminggu yang dianggarkan berjumlah RM840.

"Kami sebenarnya merancang untuk membeli mesin dialisis mencuci air kerana ini adalah salah satu pilihan yang lebih murah daripada mesin basuh darah, tetapi ada risiko terkena jangkitan bakteria," katanya.

Justeru, kata Rozita, dia tidak punya pilihan selain meminta simpati orang ramai untuk membantu meringankan beban anak-anaknya.

"Dengan rasa rendah diri, saya meminta keprihatinan semua orang untuk merealisasikan impian kami untuk membeli mesin dialisis untuk Acik dan pada masa yang sama, dapat menampung perbelanjaan perubatan yang tidak tertanggung ini," katanya yang tinggal di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh.

Kepada pembaca yang bersikap terbuka untuk menyalurkan kebahagiaan dan bantuan kepada keluarga yang memerlukan ini , boleh menyalurkan dana terus ke akaun bank berikut atas nama Rozita Ramli:

Progress:

RM150 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Sungai Besar - Kemiskinan memaksa lima beranak tinggal di bengkel motosikal di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Panjang, di sini, sejak 10 ta...




Sungai Besar - Kemiskinan memaksa lima beranak tinggal di bengkel motosikal di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Panjang, di sini, sejak 10 tahun kebelakangan.

Lebih menyedihkan, 'syurga' yang dihuni oleh mekanik motosikal, Zainal Abidin Mohamed, 38, isterinya, Sri Idayu Sabran, 34, dan tiga anak berusia dua hingga 10 tahun menunggu runtuh kerana serangan anai-anai.

Sebenarnya, tiga anak pasangan itu telah disengat lipan beberapa kali sebelumnya.

Menceritakan lebih lanjut, Zainal Abidin berkata, dia melakukan dua pekerjaan, iaitu membaiki motosikal pada waktu siang dengan anak buahnya dan menangkap belut pada waktu malam.

Dia berkata, semua itu dilakukan untuk menyara keluarganya. Saya harus bekerja keras kerana dua daripada tiga anaknya sudah bersekolah selain menjaga ibu (Aminah Ismail,79) yang mempunyai penyakit darah tinggi dan tidak dapat berjalan.

"Tetapi kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya tidak pasti sehingga saya tidak dapat membayar bil elektrik dan air," katanya ketika dikunjungi.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ada pihak yang sanggup menawarkan kediaman yang selamat dan selesa untuk membesarkan tiga anaknya.

"Dahulu, bengkel ini adalah rumah warisan. Namun, ia harus diubah menjadi bengkel motosikal untuk menyara keluarga," katanya

Sementara itu, kesukaran yang dihadapi Zainal Abidin dan keluarganya diharap mendapat perhatian pihak yang berkenaan.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa dapat menolong keluarga dengan menyediakan rumah untuk keselesaan anak-anak.

Orang yang ingin menderma boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Zainal Abidin Mohamed atau menghubunginya:

017-3596683
Progress:

RM80 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini