Bapa harap anak berusia 11 tahun hidap kanser otak segera sembuh - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang...

Bapa harap anak berusia 11 tahun hidap kanser otak segera sembuh



Kuantan - Tiada apa yang lebih diharapkan bagi bapa kepada seorang kanak-kanak 11 tahun yang mengidap penyakit barah otak bahagian belakang kepala (cerebellar mudulloblasroma) selain untuk melihat anak kesayangannya itu sembuh.

Shayfullah Mohamad, 52 dari Perumahan Balok Permai Fasa 2 di sini berkata, anaknya Muhammad Firas Iqbal Shayfullah disahkan mengidap penyakit itu dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunggu untuk menjalani pembedahan.

Dia yang kini berada di HKL sejak Rabu berkata, anak kelimanya itu dijangka menjalani pembedahan pada Jumaat atau Isnin depan bergantung kepada kekosongan bilik pembedahan.

"Saya harap pembedahan dapat dijalankan dengan segera dan lancar demi kesembuhan Muhammad Firas Iqbal.

"Saya amat mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar pembedahan ini berjaya dan anak saya akan kembali sihat seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Shayfullah berkata, penyakit anaknya itu dikesan sejak awal tahun ini apabila Muhammad Firas Iqbal sering mengadu sakit kepala dan muntah.

"Pada mulanya saya dan isteri, Rosasnita Abdullah, 45 beranggapan dia hanya sakit kepala biasa.

"Sekitar Jun lalu, keadaannya semakin teruk dan kami bawanya ke Klinik Kesihatan Balok untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan mengidap kanser otak," katanya.

Tambahnya, pada 19 Ogos lalu, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong di sini terpaksa menjalani pembedahan di HTAA untuk membuang air dalam kepalanya.

"Sebagai bapa saya tetap perlu bersedia untuk pembedahan dan selepas pembedahan ini nanti.

"Saya agak risau memandangkan sudah tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Shayfullah di talian berikut:


017-9786346
Progress:

RM10 raised

Goal: RM5000

0 comments:

Kongsi Portal Ini