Bapa risau kaki anak sulung perlu dipotong kerana kanser tulang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong. Mohd Nazri ...

Bapa risau kaki anak sulung perlu dipotong kerana kanser tulang




Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong.

Mohd Nazri Yaacob, 43, berkata anaknya, Mohamad Hafaz Ali Mohd Nazri, 13, kini terlantar tidak boleh berjalan berikutan kaki kirinya semakin membengkak.

“Dari paras paha hingga ke lutut, keadaanya semakin membengkak dan doktor mengesahkan dia mengidap kanser tulang dan perlu di potong segera untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius.”

“Saya tidak mampu menyediakan RM9,500 untuk kos rawatan dan pengurusan anak memandangkan saya hanya bekerja sebagai guru pondok di Pondok Nurul Hidayah Kampung Tembak, Kuala Ketil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembak B, baru-baru ini.

Menurutnya, kesakitan anaknya itu bermula pada bulan Mac ketika dia terjatuh di Asrama Sekolah Madrasah Darul Ulum Al-Mubarakah, Kampung Batu Besar, Sik.

Sangkaannya hanya sakit biasa dan mendapatkan rawatan mengurut secara tradisional tetapi kaki anak sulung daripada tiga beradik itu semakin bengkak.

“Selama dua minggu saya buat rawatan secara tradisional dan bagi makan ubat urat sehinggalah selepas Hari Raya Aidilfitri baru ni, dia tidak boleh tidur dan saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Doktor Hajah Halimah.”

“Mereka mencadangkan membawa anak ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan doktor mengesahkan ada ketumbuhan di lutut kirinya kemudian pindahkannya ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” kata Mohd Nazri.

Katanya lagi, selepas menjalani kimoterapi sebanyak dua kali, keadaannya masih tidak berubah dan doktor meminta kebenaran untuk memotong kaki anaknya itu untuk mengelakkan jangkitan.

Namun begitu, Mohd Nazri meminta agar doktor menangguhkan dahulu cadangan memotong kaki anaknya itu dan membawanya pulang ke rumah Jumaat lalu.

Bagi mereka yang ingin membantunya boleh menghubungi Mohd Nazri melalui talian berikut:

019-4104793
Progress:

RM00 raised

Goal: RM9500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini