Kuala Lumpur - Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Impian pasangan ibubapa ini untuk melihat anak membesar dengan sihat hancu...
Kuala Lumpur - Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Impian pasangan ibubapa ini untuk melihat anak membesar dengan sihat hancur sekelip mata apabila
anak yang normal sebelum ini disahkan sebagai pesakit kanser B-cells acute lymphoblastic
leukemia.
Bercerita lanjut mengenai keadaan adik Nadhim Nubhan yang kini berusia 1 tahun 9 bulan,
ibunya Nuratikah Mat Osman memberitahu ia dikesan pada penghujung tahun lalu.
Tahu Nadhim sakit 16 November 2019, seminggu sebelum anak sakit tu anak semakin tidak
aktif, hilang minat dan kurang selera makan. Nadhim juga menunjukkan kulit yang bertambah
pucat. Sebelum tu dia ada demam pada bulan Mac dan September tetapi ujian darah tidak
menunjukkan gejala kesihatan yang serius hanya demam biasa.
Tanggal 16 November saya bawa ke klinik dan klinik refer untuk ke hospital dalam kadar segera.
Malam tu saya bersama suami bawa anak ke emergency Hospital Selayang, ujian darah menunjukkan yang kurang normal dan hb platelet anak masa itu sangatlah rendah. Malam itu
juga doktor bagitahu dia nampak sel kanser. Dan 17hb refer ke HUKM untuk rawatan susulan.
18 Nov anak menjalani procuder bone marrow untuk mengetahui sel kanser apa yang
menyerang.
Akhirnya Nadhim di diagnosis sebagai pesakit kanser (B-cells acute lymphoblastic leukemia) dan
menjalani rawatan intensif kemoterapi pada 19 Nov.
Rawatan intensif perlu dijalani selama lebih kurang 8 bulan tapi malangnya kanser anak
menyerang semula (relapse) pada 20 Mei 2020. Dan perlu menjalani kemoterapi yang lebih
berat selama sebulan pada 3 Jun sehingga 1 Julai baru-baru ini.
Alhamdulillah ujian bone marrow dilakukan pada 15 Julai lalu menunjukkan progress yang baik
dan anak harus teruskan rawatan yang lebih rapi supaya sel-sel kanser tidak dapat menyerang
semula dengan ubat khas.
Ubat khas blinatumomad (blincyto) doktor suggest untuk cure kanser anak dari terus menyerang
semula. Risiko sel kanser kembali adalah tinggi jika tidak di kawal.
Bagi mengelakkan risiko seperti yang saya nyatakan ubat blinatumomad (blincyto) mempunyai
kesan sampingan yang rendah lebih rendah dari 5 peratus. Imunoterapi adalah sejenis terapi
biologi. Terapi biologi adalah sejenis rawatan yang menggunakan bahan yang terbuat dari
organisma hidup untuk merawat barah.
Nuratikah berkata, dia terpaksa membuka tabung dana untuk menyara kos ubat anaknya yang
berjumlah RM74101.50 untuk kelangsungan hidup yang lebih cerah supaya ia dapat membesar
seperti kanak-kanak lain.
Memandangkan suami, Nazwan bin Nayan hanya bekerja sebagai kakitangan kurier ia tak
mampu nak menampung perbelanjaan kos ubat-ubatan ini.
Harapan saya dengan terkumpulnya dana ini, kami suami isteri dapat melihatnya membesar
dengan sihat dan ceria.
Lagi satu sekiranya ada penderma yang 100% sepadan stem cells Nadhim akan melakukan BMT
(bone marrow transplant).
Dana Ubat Nadhim Nubhan
Status dana pada 19 Julai 2020
(Sasaran : RM74,101.50)
Jumlah Terkumpul (setakat 19/7/2020) : RM54,195
Dalam akaun peribadi ibu Nadhim : RM46,787
Ini bermakna baki yang masih diperlukan : RM19,906.50
Rayuan ini akan ditutup apabila jumlah yang diperlukan tercapai. Insyaallah.
Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan bagi kelancaran rawatan adik Nadhim boleh
masukkan ke akaun tertera atau hubungi terus talian berikut.
Sesiapa yang sudi menderma ke tabung ini silalah berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Nuratikah Binti Mat Osman (Ibu Nadhim):
views
Pokok Sena - Kanser esofagus tahap tiga yang ditanggung sejak Mei tahun lalu menyebabkan tukang cuci, Sufiza Osman, 40, terpaksa makan...
Pokok Sena - Kanser esofagus tahap tiga yang ditanggung sejak Mei tahun lalu menyebabkan tukang cuci, Sufiza Osman, 40, terpaksa makan bubur nasi dan minum susu melalui tiub.
Sufiza berkata, gajinya setiap bulan digunakan untuk pengangkutan ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selain membeli susu khas berharga RM80 setin.
Kehidupan seorang tukang cuci di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, dekat sini berubah sejak Mei 2019 selepas disahkan menghidap kanser esofagus iaitu kerosakan akibat asid dalam perut.
Sufiza Osman, 40 yang kini sedang bercuti sakit tiga bulan bakal melakukan pembedahan pada September ini namun lokasi hospital dan kosnya masih belum lagi diketahui.
Menurutnya, simpanannya sudah habis digunakan untuk menampung kos rawatan yang digunakan untuk berulang-alik ke HSB dan Hospital Pulau Pinang malah gajinya setiap bulan juga banyak diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
"Gaji saya adalah sebanyak RM1,200 sebulan namun selepas ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, gaji bersih saya sekitar RM900.
Dari jumlah itu, sebanyak RM200 diperuntukkan untuk membeli susu khas dan selebihnya untuk kegunaan kos kimoterapi dan sebagainya di Hospital Pulau Pinang.
"Saya kini hanya mampu makan bubur nasi dan susu khas melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung saya," katanya di rumahnya di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, badannya semakin lemah dan rambut juga gugur selepas menjalani kimoterapi di Hospital Pulau Pinang setiap dua minggu malah berat badannya juga susut dari 79 kilogram kepada 49 kilogram.
"Saya buntu untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan pada September nanti. Suami saya, Azizan Ismail, 47 hanya memperoleh gaji sekitar RM380 sebulan hasil bekerja menoreh getah secara pawah.
"Dengan pendapatan sekitar RM1,270 sebulan, kami juga perlu menampung tiga anak yang masih sekolah rendah dan menengah termasuk seorang anak yang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia sekarang," katanya lagi.
Tambah Sufiza, dia perlu segera menjalani pembedahan untuk kembali menjalani kehidupan normal kerana sepanjang tempoh menghidap penyakit tersebut, sukar untuknya membuang air besar yang bercampur dengan darah.
Kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Sufiza Binti Osman bagi membantu kos pembedahan atau hubungi beliau:
views
Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya ...
Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya Garok di sini menguji ketabahan seorang ibu.
Bayi berkenaan, Muhammad Aisy Dayyan Sapuan menghidap penyakit jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan tulang kaki selepas beberapa hari dilahirkan.
Anak ketiga Siti Nor Farhanis Mohamad Faudzi, 23, itu hanya menangis mungkin kerana menahan sakit.
Menceritakan masalah dihadapi, Siti Nor Farhanis berkata, dia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa Muhammad Aisy mengalami penyakit jantung berlubang dan masalah bahagian anggota berkenaan.
"Pada ketika itu saya mula sedih, tertekan memikirkan kesihatan Muhammad Aisy. Luluh hati saya dibuatnya bila melihat penderitaan dilaluinya sejak dilahirkan.
"Ya-Allah, berat sungguh dugaan ini. Tapi saya reda dengan ketentuannya. Saya sentiasa berdoa supaya penyakitnya sembuh dan sihat semula seperti kanak-kanak lain," katanya di sini semalam.
Siti Nor Farhanis berkata, dia dan suaminya, Sapuan Zali, 32, perlu membawa Muhammad Aisy untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh setiap dua atau tiga kali bulan.
"Sekarang saya sedang menunggu keputusan doktor pakar untuk membolehkan dia menjalani pembedahan tulang belakang dan jantung.
"Sama ada boleh dibedah akan ditentukan menerusi temujanji pada 14 Julai ini bagi memaklumkan jumlah kos pembedahan," katanya.
Siti Nor Farhanis berkata, dia tidak dapat bekerja memandang Muhammad Aisy memerlukan jagaan rapi daripadanya dan berharap kepada pendapatan suami sebagai buruh kilang.
Hari ini DUN Tahan menyampaikan sumbangan peralatan kereta sorong dan 'baby-bouncer' bagi memudahkan pergerakan dan tidur termasuk keperluan dapur, lampin pakai buang dan wang tunai.
Di samping itu pihak MUIP di sini dimaklumkan bagi membantu menyalurkan bantuan perubatan untuk bayi ini.
Mereka yang ingin membantu Muhammad Aisy boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Nor Farhanis atau menghubunginya:
views
Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpu...
Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Injap jantung kanan tidak berfungsi menyebabkan seorang bayi perempuan, Nur Aireeana Zahrah Norrasid yang baru berusia 33 hari terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini.
Bapanya, Norrasid Ayub, 46, berkata, penyakit anaknya itu dikesan enam jam selepas dilahirkan apabila bayi itu kebiruan.
Menurutnya, bayinya yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat itu kini dirujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
"Empat hari lepas Nur Aireeana buat pembedahan pertama selepas kaedah memasukkan tiub ke jantung tidak berjaya.
"Awalnya pembedahan itu berjalan lancar cuma kelmarin doktor maklumkan yang keadaan paru-paru dia belum stabil dan masih ditahan di wad ICU kanak-kanak," katanya.
Katanya, dia masih menunggu perkembangan kondisi anaknya sama ada perlu menjalani pembedahan susulan atau dibenarkan pulang selepas ini.
"Dalam masa terdekat, saya tak pasti sama ada anak saya memerlukan apa-apa mesin atau alat sokongan pernafasan kerana masih menunggu hasil pembedahan pertama.
"Cuma doktor maklumkan anak saya perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan iaitu selepas usianya 8 bulan dan 7 tahun," katanya.
Norrasid yang bekerja sendiri memaklumkan, sehingga kini dia dan isterinya, Julia Shahdan, 39, yang masih berpantang bergilir-gilir menguruskan bayinya itu sepanjang menerima rawatan.
"Mengikut kata doktor, untuk melihat anak saya sihat seperti anak normal lain adalah rendah dan akan mengalami kesan sampingan semasa pembesarannya.
"Cuma sebagai ibu bapa, saya mahukan yang terbaik buat anak saya, panjang umur dan sihat serta dapat meneruskan kehidupan di samping keluarga," katanya.
Menurutnya, keadaan kesihatan anaknya itu memerlukan dia perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan.
"Apabila masuk sahaja hospital sudah dikenakan caj, tidak termasuk kos pembedahan, scan dan lain-lain yang kos tersebut akan terus bertambah sehinggalah anak saya discaj.
"Dengan keadaan saya yang bekerja sendiri dan isteri yang tidak bekerja agak menyulitkan kami untuk menyediakan wang yang banyak secara mengejut.
"Tapi Alhamdulillah, sokongan rakan taulan dan saudara mara sedikit sebanyak membantu meringankan beban, saya juga menerima jika ada pihak yang sudi membantu," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Norrasid Ayub:
views
Pontian - Tiada niat untuk menagih simpati tetapi sangat terdesak akibat bebanan dan derita kekangan kewangan yang dialami selama ini. ...
Pontian - Tiada niat untuk menagih simpati tetapi sangat terdesak akibat bebanan dan derita kekangan kewangan yang dialami selama ini. Seorang warga emas yang terlantar sakit akibat strok sejak dua bulan lalu di rumahnya di Kampung Parit Bengkok di sini memohon bantuan bagi menampung perbelanjaannya.
Md Siraj Jayar, 73, diserang strok pada hari keempat Ramadan lalu dan sejak itu hanya terbaring serta tidak dapat menguruskan diri sendiri.
Segala keperluan harian Md Siraj termasuk makam minum diuruskan dua anak lelaki termasuk menantu perempuan yang tinggal bersamanya.
Menantunya, Siti Nurhafizah Tumin, 32, berkata, bapa mentuanya diserang strok selepas terjatuh.
"Bapa mentua saya sudah sangat uzur. Kami menanggung segala perbelanjaan ayah kira-kira RM1,000 sebulan.
"Suami saya (Hamdi, 37) hanya kerja kampung dengan pendapatan RM800 sebulan.
"Diharapkan ada pihak yang sudi meringankan beban keluarga kami," katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima sumbangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan Volunteer Pasir Gudang pada hari ini.
Siti Nurhafizah berkata, keluarganya kini dalam proses untuk memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, Presiden Volunteer Pasir Gudang, Nurul Ain Zakaria berkata, warga emas berkenaan masih tidak mendapat sebarang bantuan.
"Md Siraj memakai lampin pakai buang empat kali sehari selain memerlukan tisu basah dan 10 tin susu khas dalam sebulan.
"Selain itu, dia juga terpaksa berulang-alik ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dengan perbelanjaan ditanggung sendiri," katanya.
Katanya, diharap sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka.
Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Md Amri Md Sirat (anak):
views
Alor Setar - Dugaan hidup yang melanda tiada siapa boleh menduga, hanya mampu berdoa dan berserah mengharapkan yang terbaik dari Ilahi. S...

Alor Setar - Dugaan hidup yang melanda tiada siapa boleh menduga, hanya mampu berdoa dan berserah mengharapkan yang terbaik dari Ilahi. Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam.
“Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik HUSM Kubang Kerian Kelantan, semuanya kos yang tinggi.
Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut. Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah. “Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.
Lebih malang lagi, tulang yang tukar itu retak patah atas skru, terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.
“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.
“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tidak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput dan patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.
Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini. Di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar baru-baru ini, cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula. Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan? “Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajaiban mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.
“Menurutnya, memang susah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih” ujar Norliza lagi.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Norliza Bt Husain atau boleh menghubungi di talian:
Pulau Pinang - 2020 merupakan tahun yang penuh dugaan dan pengajaran. Jika merasa hidup kita susah sekarang, masih ramai di luar sana ya...
Pulau Pinang - 2020 merupakan tahun yang penuh dugaan dan pengajaran. Jika merasa hidup kita susah sekarang, masih ramai di luar sana yang lebih parah kesusahan dari kita. Terlantar sakit di katil dan kerap diserang kejang urat, itulah yang dihadapi oleh adik Nur Aifa Azira Abdul Aziz, 14, yang menghidap barah otak sejak tahun 2013.
Pada mulanya mengadu sakit leher pada usia lapan tahun dan tidak ada yang menyangka anak sulung dari lima beradik itu semakin teruk.
Tubuh mula lemah dan tidak dapat bangun dengan sendirinya. Panik dengan keadaan itu, bapanya Abdul Azizi Din, 42, menghantanya untuk mengikuti pemeriksaan hospital di Pulau Pinang.
Menurut Abdul Azizi, kepalanya seperti dipukul batu ketika doktor mengesahkan kepada Aifa bahawa ada ketumbuhan pada saraf tunjangnya yang menyebabkan keadaannya.
"Pembedahan pertama dilakukan pada 22 Januari 2014 untuk membuang tumor di leher dan sampel yang diambil bukan tumor normal.
"Rawatan susulan sedang dilakukan sehingga sekarang ketika barah kembali aktif dan menjalani radioterapi dan kemoterapi," katanya.
Kisah Aifa menjadi tren sejak perkongsian pemilik akaun Facebook, Syima Rayyqyss, yang meminta pertolongan orang ramai untuk meringankan beban keluarga.
2 hari yang lalu saya menyiarkan kisah hidup seorang gadis kecil bernama Aifa yang terbaring di tempat tidur meniti hari-hari berlalu.
Saya juga telah menunjukkan bagaimana kehidupan keluarganya begitu miskin. Siling bumbung dan plaster di sana sini hampir selalu perlu diganti dengan segera.
Pada mulanya saya memikirkan cara untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada Aifa. Bukan hanya keselamatan Aifa, tetapi keselamatan keluarga mereka.
Syukurlah beberapa pihak menghubungi saya untuk menyatakan hasrat untuk membantu. Tetapi bantuan yang mereka perlukan bukan hanya membaiki siling rumah.
Keluarga ini memerlukan pertolongan. Dalam tempoh PKP, ini merupakan tamparan hebat bagi ayah yang hanya seorang mekanik.
Seorang mekanik yang pendapatannya bergantung kepada jumlah kereta yang diperbaiki, harus menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Berjimat cermat untuk perkara-perkara asas. Makanlah apa yang anda ada. Taraf hidup yang kekurangan, mengajar mereka untuk bersyukur dan tidak menuntut.
Bayangkan 15 tahun yang lalu, ada jiran yang masih belum mengetahui tentang Aifa dan kesusahan mereka.
Kawan ..
Mereka telah diuji selama beberapa tahun. Dan hari ini, Tuhan menghantar mereka sebagai ujian untuk kita. Saya menyeru kepada semua rakan yang murah hati, sumbangan ini akan kami gunakan untuk memberi mereka keselesaan. Sedikit sahaja.…
Orang ramai yang ingin menolong, boleh menghulurkan bantuan kewangan terus ke akaun bank berikut atas nama Roslina Aswira (ibu) dengan rujukan Tabung Ehsan Ringankan Beban Pejuang Kanser Kanak-Kanak.
views
Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 b...
Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 bagi menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 20 Julai depan.
Sindrom Apert yang dialami kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah dalam kategori yang sangat jarang terjadi pada individu lain pada nisbah 1 dalam 200,000.

Sindrom Apert adalah sejenis gangguan kongenital yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak, muka, tangan dan kaki. Gangguan dalam perkembangan janin menimbulkan kesan yang berpanjangan dan meluas.
Tulang kranial terjejas, serupa dengan sindrom Crouzon dan sindrom Pfeiffer. Craniosynostosis berlaku apabila tengkorak janin dan tulang muka terlalu cepat menyatu di rahim, sehingga mengganggu pertumbuhan tulang yang normal.
Menjenguk ke posting bapa kanak-kanak tersebut iaitu Mohd Fiqri Buang, dua keping gambar Nur Ardhania atau mesra dipanggil Nia atau Firha itu dimuat naik yang kelihatan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu Nia iaitu Aisyah Yusof turut berkongsi cara melakukan sumbangan yang perlu disalurkan menerusi akaun Affin Bank Berhad kerana akaun Maybank miliknya telah disekat.
Maaf semua. Akaun Maybank kami suami isteri sudah kena sekat lagi. Dah cuba buat akaun semasa tetapi dari semalam service unavailable. Seperti yang anda tahu, akaun semasa boleh buat sendiri tak perlu ke bank. Tapi ibu pergi juga ke bank semalam. Masa pergi di kaunter pun sama juga tapi Alhamdulillah, sedikit sahaja lagi.
Firha pelik dah sehari ini tengok air mata ibu asyik mengalir saja. "Ape ibu angish". Baby...Ramai orang sayang awak. 20/7 kurang sebulan dari sekarang. Ibu takut. Tapi ibu tahu, ibu tak sendiri. Ibu ada Allah, ada family dan ada kalian.
Terima kasih semua. Ibu memang hati tisu. Korang hantar resit transfer pun ibu nangis. Allah takkan uji lebih dari apa yang kita mampu. In Sha Allah. Itu janji Allah. Semangat!!!
Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Fiqri bin Buang:
views
Shah Alam - "Saya tak mampu untuk tampung kos pembedahan anak saya." Seorang pemandu van sekolah dekat sini, Nora Mat Sidi, 50...
Shah Alam - "Saya tak mampu untuk tampung kos pembedahan anak saya." Seorang pemandu van sekolah dekat sini, Nora Mat Sidi, 50 merayu derma orang ramai bagi membolehkan anaknya, Mohamad Haikal Naim Nizam, 25, menjalani pemindahan sumsum tulang susulan penyakit leukemia akut (AML).
Nora yang juga ibu tunggal berkata, anaknya itu yang bekerja sebagai kru kapal disahkan menghidap AML sejak September lalu.
Bagaimanapun selepas tiga kali melalui rawatan kemoterapi di Hospital Ampang, anaknya tidak menunjukkan respon yang positif.
"Anak saya memerlukan ubat tambahan dikenali sebagai 'targeted chemotherapy' iaitu Midostaurin iaitu kombinasi kemoterapi untuk membolehkan beliau mencapai tindak balas memuaskan bagi menjalani pemindahan sumsum tulang," katanya di rumah di Bukit Jelutong.
Nora berkata, doktor memaklumkan bahawa tempoh rawatan dengan ubat sedia ada dijangka untuk tiga bulan dengan dos 50mg dua kali sehari dan ubat tambahan 'targeted chemoterapy' pula memerlukan kos sebanyak RM 186,932.64.
Tambahnya, anak sulungnya itu baru bekerja sebagai kru kapal secara kontrak dan tidak layak untuk mendapat elaun perubatan juga gaji. "Kos perubatan Haikal saya tanggung sendiri sejak dapat tahu dia menghidap penyakit itu.
"Sekarang saya tiada pendapatan tetap, jadi terpaksa menggunakan simpanan selain pada masa sama duit itu juga untuk lunaskan sewa rumah, utiliti dan perbelanjaan lain," katanya.
Nora berkata, dia terpaksa meminta bantuan sumbangan orang ramai kerana kos ubat-ubatan terlalu mahal dan dia tidak mampu membiayai sendiri kerana pendapatan yang terjejas sejak Mac lalu susulan penularan COVID-19.
"Sepanjang PKP, macam-macam saya buat malah berniaga untuk menampung semua kos ini termasuk sewakan salah satu bilik di rumah ini kepada orang luar," katanya.
Tegas Nora, anaknya itu kelihatan sihat cergas dan lasak namun dia kerap sakit kepala dan pernah pengsan di tempat kerja.
"Selepas pemeriksaan lanjut di Hospital Ampang, dia disahkan menghidap leukemia dan menjalani kemoterapi sejak Ogos lalu, dan sehingga kini sudah menjalani lima kitaran kemoterapi.
"Sekarang Haikal berada dalam senarai menunggu dan pemindahan sumsum tulang hanya boleh dilakukan dengan penderma yang sesuai.
"Sekiranya tidak ada penderma yang sesuai di Malaysia, doktor mencadangkan membeli dari negara jiran seperti Thailand, yang harganya kira-kira RM100,000," katanya.
Orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam manakala sebarang pertanyaan mengenai Haikal boleh berhubung dengan ibunya di talian:
views
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)