Baby Aisy hidap jantung berlubang, tulang belakang bengkok perlu bantuan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya ...

Baby Aisy hidap jantung berlubang, tulang belakang bengkok perlu bantuan



Jerantut - Walaupun dilahirkan cukup sifat, namun kompilasi penyakit yang dialami seorang bayi berusia 3 bulan di Simpang Kampung Paya Garok di sini menguji ketabahan seorang ibu.

Bayi berkenaan, Muhammad Aisy Dayyan Sapuan menghidap penyakit jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan tulang kaki selepas beberapa hari dilahirkan.

Anak ketiga Siti Nor Farhanis Mohamad Faudzi, 23, itu hanya menangis mungkin kerana menahan sakit.

Menceritakan masalah dihadapi, Siti Nor Farhanis berkata, dia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa Muhammad Aisy mengalami penyakit jantung berlubang dan masalah bahagian anggota berkenaan.

"Pada ketika itu saya mula sedih, tertekan memikirkan kesihatan Muhammad Aisy. Luluh hati saya dibuatnya bila melihat penderitaan dilaluinya sejak dilahirkan.

"Ya-Allah, berat sungguh dugaan ini. Tapi saya reda dengan ketentuannya. Saya sentiasa berdoa supaya penyakitnya sembuh dan sihat semula seperti kanak-kanak lain," katanya di sini semalam.

Siti Nor Farhanis berkata, dia dan suaminya, Sapuan Zali, 32, perlu membawa Muhammad Aisy untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh setiap dua atau tiga kali bulan.

"Sekarang saya sedang menunggu keputusan doktor pakar untuk membolehkan dia menjalani pembedahan tulang belakang dan jantung.

"Sama ada boleh dibedah akan ditentukan menerusi temujanji pada 14 Julai ini bagi memaklumkan jumlah kos pembedahan," katanya.

Siti Nor Farhanis berkata, dia tidak dapat bekerja memandang Muhammad Aisy memerlukan jagaan rapi daripadanya dan berharap kepada pendapatan suami sebagai buruh kilang.

Hari ini DUN Tahan menyampaikan sumbangan peralatan kereta sorong dan 'baby-bouncer' bagi memudahkan pergerakan dan tidur termasuk keperluan dapur, lampin pakai buang dan wang tunai.

Di samping itu pihak MUIP di sini dimaklumkan bagi membantu menyalurkan bantuan perubatan untuk bayi ini.

Mereka yang ingin membantu Muhammad Aisy boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Nor Farhanis atau menghubunginya:

019-7855870
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini