
Pokok Sena - Kanser esofagus tahap tiga yang ditanggung sejak Mei tahun lalu menyebabkan tukang cuci, Sufiza Osman, 40, terpaksa makan bubur nasi dan minum susu melalui tiub.
Sufiza berkata, gajinya setiap bulan digunakan untuk pengangkutan ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selain membeli susu khas berharga RM80 setin.
Kehidupan seorang tukang cuci di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, dekat sini berubah sejak Mei 2019 selepas disahkan menghidap kanser esofagus iaitu kerosakan akibat asid dalam perut.
Sufiza Osman, 40 yang kini sedang bercuti sakit tiga bulan bakal melakukan pembedahan pada September ini namun lokasi hospital dan kosnya masih belum lagi diketahui.
Menurutnya, simpanannya sudah habis digunakan untuk menampung kos rawatan yang digunakan untuk berulang-alik ke HSB dan Hospital Pulau Pinang malah gajinya setiap bulan juga banyak diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
"Gaji saya adalah sebanyak RM1,200 sebulan namun selepas ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, gaji bersih saya sekitar RM900.
Dari jumlah itu, sebanyak RM200 diperuntukkan untuk membeli susu khas dan selebihnya untuk kegunaan kos kimoterapi dan sebagainya di Hospital Pulau Pinang.
"Saya kini hanya mampu makan bubur nasi dan susu khas melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung saya," katanya di rumahnya di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, badannya semakin lemah dan rambut juga gugur selepas menjalani kimoterapi di Hospital Pulau Pinang setiap dua minggu malah berat badannya juga susut dari 79 kilogram kepada 49 kilogram.
"Saya buntu untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan pada September nanti. Suami saya, Azizan Ismail, 47 hanya memperoleh gaji sekitar RM380 sebulan hasil bekerja menoreh getah secara pawah.
"Dengan pendapatan sekitar RM1,270 sebulan, kami juga perlu menampung tiga anak yang masih sekolah rendah dan menengah termasuk seorang anak yang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia sekarang," katanya lagi.
Tambah Sufiza, dia perlu segera menjalani pembedahan untuk kembali menjalani kehidupan normal kerana sepanjang tempoh menghidap penyakit tersebut, sukar untuknya membuang air besar yang bercampur dengan darah.
Kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Sufiza Binti Osman bagi membantu kos pembedahan atau hubungi beliau:
![]() |
017-5243037 |
Progress:
|
Goal: RM5000 |
0 comments: