
Shah Alam - "Saya tak mampu untuk tampung kos pembedahan anak saya." Seorang pemandu van sekolah dekat sini, Nora Mat Sidi, 50 merayu derma orang ramai bagi membolehkan anaknya, Mohamad Haikal Naim Nizam, 25, menjalani pemindahan sumsum tulang susulan penyakit leukemia akut (AML).
Nora yang juga ibu tunggal berkata, anaknya itu yang bekerja sebagai kru kapal disahkan menghidap AML sejak September lalu.
Bagaimanapun selepas tiga kali melalui rawatan kemoterapi di Hospital Ampang, anaknya tidak menunjukkan respon yang positif.
"Anak saya memerlukan ubat tambahan dikenali sebagai 'targeted chemotherapy' iaitu Midostaurin iaitu kombinasi kemoterapi untuk membolehkan beliau mencapai tindak balas memuaskan bagi menjalani pemindahan sumsum tulang," katanya di rumah di Bukit Jelutong.
Nora berkata, doktor memaklumkan bahawa tempoh rawatan dengan ubat sedia ada dijangka untuk tiga bulan dengan dos 50mg dua kali sehari dan ubat tambahan 'targeted chemoterapy' pula memerlukan kos sebanyak RM 186,932.64.
Tambahnya, anak sulungnya itu baru bekerja sebagai kru kapal secara kontrak dan tidak layak untuk mendapat elaun perubatan juga gaji. "Kos perubatan Haikal saya tanggung sendiri sejak dapat tahu dia menghidap penyakit itu.
"Sekarang saya tiada pendapatan tetap, jadi terpaksa menggunakan simpanan selain pada masa sama duit itu juga untuk lunaskan sewa rumah, utiliti dan perbelanjaan lain," katanya.
Nora berkata, dia terpaksa meminta bantuan sumbangan orang ramai kerana kos ubat-ubatan terlalu mahal dan dia tidak mampu membiayai sendiri kerana pendapatan yang terjejas sejak Mac lalu susulan penularan COVID-19.
"Sepanjang PKP, macam-macam saya buat malah berniaga untuk menampung semua kos ini termasuk sewakan salah satu bilik di rumah ini kepada orang luar," katanya.
Tegas Nora, anaknya itu kelihatan sihat cergas dan lasak namun dia kerap sakit kepala dan pernah pengsan di tempat kerja.
"Selepas pemeriksaan lanjut di Hospital Ampang, dia disahkan menghidap leukemia dan menjalani kemoterapi sejak Ogos lalu, dan sehingga kini sudah menjalani lima kitaran kemoterapi.
"Sekarang Haikal berada dalam senarai menunggu dan pemindahan sumsum tulang hanya boleh dilakukan dengan penderma yang sesuai.
"Sekiranya tidak ada penderma yang sesuai di Malaysia, doktor mencadangkan membeli dari negara jiran seperti Thailand, yang harganya kira-kira RM100,000," katanya.
Orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Haikal Naim Mohamad Nizam manakala sebarang pertanyaan mengenai Haikal boleh berhubung dengan ibunya di talian:
![]() |
013-3303347 |
Progress:
|
Goal: RM50000 |
0 comments: