Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bachok - Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual ...



Bachok - Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik.

Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.

“Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.

Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.

“Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.

Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.

“Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang,” katanya.

Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.

Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.

“Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan sehari sebelum. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.

“Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok,” katanya.

Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.

“Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Nor Hayati Abdullah atau menghubunginya:

011-25560464
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia atau PADU memerlukan dana sebanyak RM290,000 bagi memenuhi permintaan terhadap kekuran...



Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia atau PADU memerlukan dana sebanyak RM290,000 bagi memenuhi permintaan terhadap kekurangan alatan sokongan pernafasan di hospital seluruh Malaysia.

Dana itu diperlukan bagi mengisi tabung Projek Dana Pembelian Alatan Sokongan dan Bantuan Pernafasan (Covid-19) yang sudah dilancarkan pada 23 Mac lalu.

Presidennya, Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah berkata, projek dana itu bertujuan bagi membantu mengatasi kekurangan alatan khususnya alatan sokongan pernafasan akibat wabak pandemik Covid-19 di hospital seluruh Malaysia.

Katanya, sejak projek berkenaan dilaksanakan, ia mendapat sambutan menerusi dana yang sudah terkumpul hampir RM70,000.

Ia termasuk sumbangan daripada Tabung Mawaddah, Bank Muamalat Malaysia Berhad sebanyak RM37,500 bagi pembelian 10 set topi keledar Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).

“Namun disebabkan kekangan kewangan, kami hanya membekalkan alatan mampu beli mengikut dana yang ada.

“Alatan bantuan pernafasan yang mendapat permintaan termasuk CPAP, Bilevel Positive Airway Pressure (BiPAP) , ‘high flow nasal cannula’ serta ventilator dan ia dikenalpasti menerusi wakil PADU yang bertugas di semua hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi sumbangan berkenaan, PADU sudah membeli 11 set topi keledar CPAP dan lima topi keledar BiPAP yang diagihkan ke enam hospital di Malaysia.

Hospital terbabit ialah Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor; Hospital Kuala Lumpur (HKL); Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah; Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak serta Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing di Kota Bharu, Kelantan.

“Kini PADU juga turut mengelola projek memasang perisai muka plastik pada 300 perisai muka 3 dimensi (3D) hasil sumbangan daripada pihak 3D Printing Malaysia Community for Covid-19 dan sudah diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan makmal Hospital Raja Perempuan Zainab II, HUSM dan Hospital Tumpat di Kelantan.

“Malah PADU turut melancarkan projek ‘Food Charity For Students USM-PADU (Covid-19) yang mana dana ini menyumbang bekalan makanan kepada penuntut di Kampus Kesihatan yang berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PADU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan sumbangan boleh salurkan menerusi akaun bank berikut atas nama Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) dengan rujukan CPAP Covid-19,” katanya lagi.

09-7602585
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Seberang Perai - PKP yang dilanjut sehingga 28 April dan bulan Ramadan yang menjelang tiba, setiap masa sentiasa ada mereka yang meme...



Seberang Perai - PKP yang dilanjut sehingga 28 April dan bulan Ramadan yang menjelang tiba, setiap masa sentiasa ada mereka yang memerlukan bantuan di waktu yang sukar ini bagi rakyat seluruh pelusuk negara. Ujian lebih perit buat keluarga susah ini yang cukup menyentuh hati iaitu anak syurga Muhammad Fariszal Iskandar Abdul Hadi 3 tahun seorang anak yatim yang dijaga oleh tok wan dan toknya di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Ibunya Siti Hamiszul 23 tahun seorang OKU meninggal dunia selepas beberapa hari melahirkan Fariszal 3 tahun dulu dan bapanya hilang entah kemana.

Keluarga ini sudah tak mampu untuk membeli susu khas dan pampers ketika wabak Covid 19 ini. Allahuakbar. En Ishak Hamid 67 tahun Tok Wan membesarkan Fariszal dengan mengutip sampah dan barangan buangan untuk dijual bagi menampung keluarga.

Bersama beliau masih ada 6 lagi cucu dari seorang anaknya yang kini menjadi ibu tunggal bekerja sebagai ‘cleaner’ di Juru. Dengan rumah yang usang 10 beranak ini menumpang teduh. .

Walaupun sudah tua beliau terpaksa bekerja khususnya Adik Fariszal yang hanya minum susu khas bernilai RM 400 sebulan. Ketika ini sejak wabak covid 19 ini beliau tidak dapat lagi bekerja dan hanya mengharapkan bantuan dari JKM dan Zakat Pulau Pinang.

Beliau cukup sayang pada cucu ini kerana inilah satu-satunya zuriat dari arwah ibu Fariszal walaupun seorang OKU.

Beliau pernah berkali-kali diminta oleh beberapa individu untuk mengambil sebagai anak angkat serta ditawarkan dengan wang yang banyak namun ditolak, susah senang inilah cucunya.
Insyaallah...

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Sdr Mohd Norhiesam Ismal @chegusham_nt, Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal di atas keprihatinan beliau yang hadir menyantuni mereka dan menyampaikan sumbangan. Beliau juga akan berbincang dengan agensi yang berkaitan bagi terus membantu keluarga ini. .

Sayu sebelum Sdr Norhiesam meninggalkan Adik Fariszal dan sepupu-sepupunya yang masih kecil dan beliau berdoa agar Allah jua melindungi mereka. Insha Allah, beliau akan pergi kembali!!!

Bagi yang ingin membantu boleh sumbangkan ke akaun bank berikut atas nama Ishak bin Hamid (Tokwan):

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Parit Buntar - Tiga beranak orang kurang upaya (OKU) amat mengharapkan simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu m...



Parit Buntar - Tiga beranak orang kurang upaya (OKU) amat mengharapkan simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka dalam membina rumah baharu bagi kehidupan lebih selesa.

Mohd Nazri Abdul Raji, 36, berkata dia bersama ibu, Hamidiah Adnam, 60 dan bapanya Abdul Raji Masdar, 72, kini menumpang simpati di rumah bapa saudaranya di Batu 5, Parit Buntar.

Menurutnya, ini berikutan rumah asal mereka begitu usang kerana tidak mempunyai lantai sekali gus menyukarkan pergerakan kerana bergantung pada tongkat dan kerusi roda.

Katanya, dia mengalami masalah buah pinggang sejak Februari tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak empat kali sehari.

“Sebelum jatuh sakit, saya menjual burger sambil menjaga ibu yang menghidap penyakit tulang reput, manakala ayah pula diserang angin ahmar dan ghout sejak 11 tahun lalu.

“Ibarat jatuh ditimpa tangga kini saya tidak dapat bekerja akibat kompilasi buah pinggang yang dihidapi.

“Kami kini hidup menumpang kerana rumah pusaka yang didiami sebelum ini sudah banyak rosak, selain sukar untuk turun naik tangga ke tandas dan bilik mandi,” katanya.

Mohd Nazri berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan pek makanan daripada Armada dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar, hari ini.

Hadir sama, Ketua Bersatu Parit Buntar, Md Nayan Salleh.

Menurutnya, dia juga memerlukan sebuah bilik khas bertutup dan lengkap dengan sinki air bagi membolehkannya melakukan dialisis sendiri di rumah.

“Saya sempat buat bilik sahaja, tapi siling dan sinki tak mampu dibuat sebab tiada sumber pendapatan.

“Sekarang kami harap bantuan kakak dan adik, selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ayah sebanyak RM250,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Nazri di talian berikut:

012-5156817
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Skudai - “Keseluruhan ada 24 orang tinggal dalam rumah ini. Hidup kami ini serba berkongsi...makan sama-sama, tak makan pun sama-sama,”...



Skudai - “Keseluruhan ada 24 orang tinggal dalam rumah ini. Hidup kami ini serba berkongsi...makan sama-sama, tak makan pun sama-sama,” kata Zaimah Sabnon, 40.

Untuk rekod, 24 individu membabitkan Zaimah dan anak-anaknya, dua adik Zaimah serta anak mereka dan ibunya, Marmiah Tompok tinggal di rumah berkenaan.

Rumah setinggan di di Batu 10, Kampung Laut, Skudai di sini, kelihatan usang malah dinding papannya terkopak selain hanya menggunakan air perigi.

Zaimah yang tinggal di rumah itu sejak dilahirkan berkata, mereka tiga beradik bersama-sama membesarkan kesemua 17 anak daripada tiga keluarga berkenaan yang berusia setahun hingga 19 tahun.

Katanya, pekerjaan dilakukan ketua keluarga masing-masing juga tidak menentu. “Saya bersama suami, Kamal Herul Zaman yang berusia 42 tahun berniaga burger di kawasan berhampiran.

“Adik kedua, Samsuri yang berusia 38 tahun bersama isterinya, Nurrani Jaini yang berumur 31 tahun bekerja sebagai tukang cuci di medan selera.

“Adik bongsu, Supian yang berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu manakala isterinya, Diana Jarfinie Mahamat Parudin, berumur 30 tahun adalah suri rumah,” katanya ditemui.

Menurut Zaimah, ibunya amat menyayangi rumah itu dan mereka sekeluarga akan terus tinggal di situ kerana tidak mampu membayar sewa kediaman lain.

Katanya, bekalan elektrik juga beberapa kali dipotong menyebabkan mereka terpaksa bergelap atau menggunakan lilin.

“Ibu mula tinggal di sini sejak dia berusia setahun lapan bulan. Pada asalnya, ia hanya pondok dan kami menumpang di atas tanah milik warga Singapura.

“Sepanjang hayat kami, kami hanya makan apa yang ada. Seandainya ada beras sahaja dalam rumah itu, kami makan bubur kosong,” katanya.

Menurut Zaimah, pendapatan keluarga jika disatukan juga masih tidak mencukupi. “Kami kerap keputusan belanja berikutan pendapatan tidak mencukupi, anak ramai.

“Jadi kami adik-beradik berkongsi wang untuk membeli apa yang kurang di rumah ini termasuk lampin pakai buang untuk ibu,” katanya.

Menurut Zaimah, ibu mereka turut menghidap kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang bengkak.

Zaimah berkata, ibunya bergantung kepada suntikan insulin untuk kencing manis selai ubatan lain bagi darah tinggi.

“Mak tidak larat untuk ke klinik kerajaan Sri Orkid di sini, jadi doktor akan bagi ubat untuk dua atau tiga bulan.

“Untuk mak, dia sepatutnya berpantang dalam soal pemakanan namun dia tidak sampai hati melihat makanannya berbeza daripada kami,” katanya.

Oleh itu, menurut Zaimah, jika berlaukkan ikan masin, ibunya akan tetap memakannya walaupun dilarang.

Katanya, mereka pernah meminta bantuan jiran atau saudara mara selepas terputus bekalan makanan. “Syukur kerana ramai yang membantu. Anak kami juga tidak cerewet.

“Saya kerap berpesan kepada anak untuk belajar menerima apa adanya selain memaklumkan, jika kita susah, ada lagi insan lain yang lebih susah,” katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi Zaimah di talian berikut:

010-8250700
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Bangi - Peniaga kecil-kecilan adalah golongan yang paling terkesan dengan wabak COVID-19. PKP lanjutan bakal diketahui hari ini apabila...



Bangi - Peniaga kecil-kecilan adalah golongan yang paling terkesan dengan wabak COVID-19. PKP lanjutan bakal diketahui hari ini apabila PM akan mengumumkannya. Jika kita rasa kita susah, ketahuilah ada orang yang lebih jauh susah daripada kita. Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita bersama anak kecilnya yang sedang sakit.

Apabila negara kita menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, ramai diantara kita yang terpaksa akur dengan kesan daripada perintah tersebut.

Hampir majoriti penduduk Malaysia berhadapan dengan isu terjejasnya pendapatan harian atau bulanan mereka disebabkan tidak boleh bekerja.

Paling sayu ada yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan hidup bagi keluarga masing-masing.

Menerusi perkongsian seorang pemuda di laman Twitter iaitu Encik Aznil, seorang wanita terpaksa menjual donat secara dalam talian kerana anaknya sedang sakit dan memerlukan wang.

Dengan rasa prihatin, sorang pemuda tambil membantu perusahaan kecil-kecilan sekaligus berharap ia dapat meringankan beban wanita berkenaan.

Lebih mengejutkan, pesanannya itu ditambah dengan beberapa lebihan donat yang diberikan secara percuma.


Akak Norhasdin ini merupakan ibu kepada anak yang menghidap syndrome. Anak dia dah berumur 1 tahun tapi tak membesar macam kanak-kanak lain.

Menurut temubual melalui whatsapp daripada team Daily Makan, akak ini tak sangka yang post tersebut jadi viral sehingga menerima banyak tempahan.

Alhamdulillah rezeki buat dia sekeluarga. Semoga terus dimurahkan rezeki. Sesiapa yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Norhasdin binti Pakilu atau hubunginya:

018-4014415
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kajang - Md Roslin Kamaruddin, 34, berkata, anak sulungnya, Ahmad Maulana Md Roslin, 6, telah menjalani dua pembedahan major termasuk m...



Kajang - Md Roslin Kamaruddin, 34, berkata, anak sulungnya, Ahmad Maulana Md Roslin, 6, telah menjalani dua pembedahan major termasuk membuang satu buah pinggangnya bagi merawat penyakitnya yang dikesan Oktober tahun lepas.

Bapa mana tidak sedih apabila anak yang dahulunya lincah dan dilahirkan sihat terpaksa bergantung dengan rawatan kemoterapi selepas menghidap kanser buah pinggang tahap empat sejak setahun lalu.

Namun menurutnya, pembedahan tersebut tidak mematikan sel kanser sebaliknya telah merebak ke bahagian usus dan buah pinggangnya.

"Dia tidak mendapat bantuan sewajarnya kerana masalah dokumentasi. Walaupun lahir dalam negara namun pendaftaran kelahirannya yang lewat kerana dibesarkan isteri di Medan sehingga umurnya tiga tahun menyukarkan proses pendaftaran," katanya.

Katanya, dia berharap proses peroleh kewarganegaraan diselesaikan segera bagi menyelesaikan isu tunggakan bil di dua hospital mencecah hampir RM20,000.

"Kerana tiada Mykid, kos hospital menjadi mahal. Alhamdulillah rawatan kemoterapi yang berjumlah RM2,000 bagi setiap sesi ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor.

"Permohonan pendaftaran Maulana telah dibuat sebanyak dua kali dan dokumen yang diperlukan juga sudah lengkap hanya menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Katanya, keadaan Maulana yang kerap keluar masuk hospital menyebabkan dia dan isteri, Aguslina Suhaimi, 31, tiada pendapatan tetap sebaliknya hanya bekerja secara sambilan bagi menyara keluarga.

"Masalah anak yang sakit dan kerap masuk ke hospital menyebabkan saya sibuk menguruskannya sehingga dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan.

"Selepas jalani pembedahan saya mula cari pekerjaan namun tidak kekal lama hanya mampu bertahan kurang dua bulan selepas keadaannya kembali merosot kerana serangan sel kanser," katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Md Roslin boleh bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank miliknya berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000



blog counter views

Gua Musang - Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya yang jarang mendapat perhatian orang ramai akibat wabak COVID19. ...



Gua Musang - Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya yang jarang mendapat perhatian orang ramai akibat wabak COVID19. “Beras habis dan mak cik tiga beranak hanya bergantung kepada biskut kering cicah teh-o untuk alas perut,” keluhan Hasnah Che Mat, 58, di Kampung Perasu, dekat sini.

Beliau berkata, keadaan itu dihadapi selepas tiga hari pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penularan coronavirus (COVID-19) bermula 18 Mac lalu.

Katanya, perbelanjaan hariannya bergantung kepada upah menoreh getah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana arahan supaya berada dalam rumah.

“Lebih menyedihkan, bapa sedang sakit tua terlantar rumah hanya mampu disediakan teh-o dan biskut kering sahaja untuk dia makan tiga kali sehari.

“Kami hanya menumpang tinggal di rumah usang milik tuan kebun getah itu tanpa ada kemudahan air dan elektrik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perasu, hari ini.

Hasnah berkata, dia mengambil upah menoreh getah bersama suaminya, Ahmad Azmi Jusoh, 58, manakala bapanya, Che Mat Bakar, ditinggal seorang diri di rumah.

Katanya, sejak pelaksanaan arahan PKP itu dia tidak mengambil upah menoreh hingga wang yang disimpan hasil menoreh getah kehabisan.

“Mak cik hanya dapat upah menoreh getah sekitar RM500 sebulan, itu pun getah yang dijual sebulan sebelum dilarang menoreh untuk belanja makan,” katanya.

Katanya, selain belanja makan, wang itu juga dibelanja untuk membeli lampin pakai buang untuk bapanya yang sakit tua dan tidak boleh bergerak.

“Mak cik juga risau dengan harga getah sekerap yang menurun sehingga RM1.60 sekilogram sekarang sudah tentu turut menjejaskan pendapatan,” katanya.

“Bagaimanapun, kami bersyukur sudah mendapat bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusof,”katanya.

Ab Aziz ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil perhatian terhadap tiga beranak yang kehabisan makanan kerana arahan PKP.

Mereka yang ingin menyumbang kepada keluarga boleh menghubungi Hasnah di talian berikut:

019-9359413
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fa...



Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah seorang pesakit leukimia dan pesakit termuda yang disahkan positif virus covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak yang melanda seluruh dunia itu yang sudah masuk fasa kedua di Malaysia.

Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama. Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.

Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak. Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.

Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut. Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.

Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.

Unpaid leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.

Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.

Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.

Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser. Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.

Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.

Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.

Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan. Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.

Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.

Bantuan boleh dibuat terus kepada akaun bank berikut atas nama Nazmee Hamid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kongsi Portal Ini