24 orang tinggal serumah. Emak, adik-beradik, ipar, saudara-mara - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Skudai - “Keseluruhan ada 24 orang tinggal dalam rumah ini. Hidup kami ini serba berkongsi...makan sama-sama, tak makan pun sama-sama,”...

24 orang tinggal serumah. Emak, adik-beradik, ipar, saudara-mara



Skudai - “Keseluruhan ada 24 orang tinggal dalam rumah ini. Hidup kami ini serba berkongsi...makan sama-sama, tak makan pun sama-sama,” kata Zaimah Sabnon, 40.

Untuk rekod, 24 individu membabitkan Zaimah dan anak-anaknya, dua adik Zaimah serta anak mereka dan ibunya, Marmiah Tompok tinggal di rumah berkenaan.

Rumah setinggan di di Batu 10, Kampung Laut, Skudai di sini, kelihatan usang malah dinding papannya terkopak selain hanya menggunakan air perigi.

Zaimah yang tinggal di rumah itu sejak dilahirkan berkata, mereka tiga beradik bersama-sama membesarkan kesemua 17 anak daripada tiga keluarga berkenaan yang berusia setahun hingga 19 tahun.

Katanya, pekerjaan dilakukan ketua keluarga masing-masing juga tidak menentu. “Saya bersama suami, Kamal Herul Zaman yang berusia 42 tahun berniaga burger di kawasan berhampiran.

“Adik kedua, Samsuri yang berusia 38 tahun bersama isterinya, Nurrani Jaini yang berumur 31 tahun bekerja sebagai tukang cuci di medan selera.

“Adik bongsu, Supian yang berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu manakala isterinya, Diana Jarfinie Mahamat Parudin, berumur 30 tahun adalah suri rumah,” katanya ditemui.

Menurut Zaimah, ibunya amat menyayangi rumah itu dan mereka sekeluarga akan terus tinggal di situ kerana tidak mampu membayar sewa kediaman lain.

Katanya, bekalan elektrik juga beberapa kali dipotong menyebabkan mereka terpaksa bergelap atau menggunakan lilin.

“Ibu mula tinggal di sini sejak dia berusia setahun lapan bulan. Pada asalnya, ia hanya pondok dan kami menumpang di atas tanah milik warga Singapura.

“Sepanjang hayat kami, kami hanya makan apa yang ada. Seandainya ada beras sahaja dalam rumah itu, kami makan bubur kosong,” katanya.

Menurut Zaimah, pendapatan keluarga jika disatukan juga masih tidak mencukupi. “Kami kerap keputusan belanja berikutan pendapatan tidak mencukupi, anak ramai.

“Jadi kami adik-beradik berkongsi wang untuk membeli apa yang kurang di rumah ini termasuk lampin pakai buang untuk ibu,” katanya.

Menurut Zaimah, ibu mereka turut menghidap kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang bengkak.

Zaimah berkata, ibunya bergantung kepada suntikan insulin untuk kencing manis selai ubatan lain bagi darah tinggi.

“Mak tidak larat untuk ke klinik kerajaan Sri Orkid di sini, jadi doktor akan bagi ubat untuk dua atau tiga bulan.

“Untuk mak, dia sepatutnya berpantang dalam soal pemakanan namun dia tidak sampai hati melihat makanannya berbeza daripada kami,” katanya.

Oleh itu, menurut Zaimah, jika berlaukkan ikan masin, ibunya akan tetap memakannya walaupun dilarang.

Katanya, mereka pernah meminta bantuan jiran atau saudara mara selepas terputus bekalan makanan. “Syukur kerana ramai yang membantu. Anak kami juga tidak cerewet.

“Saya kerap berpesan kepada anak untuk belajar menerima apa adanya selain memaklumkan, jika kita susah, ada lagi insan lain yang lebih susah,” katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi Zaimah di talian berikut:

010-8250700
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini