KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kota bharu

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan

Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika ber...


Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika berusia 10 bulan.

Akibatnya, badan Mohamad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, menjadi kejang serta disahkan menghidap penyakit saraf atau Acute Necrotising Encephalopathy Of Childhood (ANEC).

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu dilahirkan normal, namun kini anaknya terlantar dan tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak lain, selain kerap diserang sawan.

“Saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak kerana dia seperti bayi, dia hanya boleh disuap makanan lembut seperti nasi air dan bubur.

“Sementara lehernya perlu ditampung ketika diberi susu bagi mengelakkan tersedak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh, Badang, Jalan PCB, Kota Bharu, hari ini.

Sareha berkata, sebagai ibu dia sentiasa berharap anaknya dapat berjalan.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan untuk membeli kerusi roda khas bagi sokongan leher yang disyorkan oleh doktor bernilai RM10,000.

“Kerusi roda itu akan diubahsuai untuk menyokong kepala, bahagian leher dan tulang belakang anak yang tidak boleh ditegakkan.

“Kami memerlukan kerusi roda khas untuk membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Suri rumah itu berkata, setiap bulan dia perlu memperuntukkan kos RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan kos ulang-alik ke HRPZ II untuk fisioterapi.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan di samping pendapatan suaminya, Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, yang bekerja sebagai buruh RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor atau hubunginya:

013-9263446
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan ber...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan berikutan penyakit tuberkulosis atau tibi yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Mariam Mat Deris, 53, ketika masih sihat, dia bekerja di tempat pemprosesan keropok yang terletak berdekatan rumahnya dengan kadar upah RM50 sehari untuk menyara keluarga.

Katanya, selepas disahkan menghidap penyakit itu, dia kini tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana badannya akan berasa cepat letih.

Pada masa sama katanya, dia perlu berulang-alik ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dengan menaiki bas bagi mendapatkan rawatan dan mengambil ubat pada setiap bulan.

"Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak yang lain kerana ada antara mereka yang tidak bekerja dan jika ada kerja pun hanya sekadar cukup untuk makan minum mereka sahaja.

"Kini, selain perlu menampung keperluan diri dan ubatan, saya juga perlu menyara anak bongsu, Nur Dariana Abdullah, 11, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sabak," katanya di rumahnya di Kampung Sabak, di Kota Bharu.

Selain Nur Dariana, dia mempunyai lima anak lain dengan ada yang sudah bekerja dan mempunyai keluarga masing-masing.

Mariam berkata, dia sebelum ini mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun suami pertamanya meninggal dunia 12 tahun lalu selepas terjatuh ke dalam kolam ikan.

Dia kemudian berkahwin kali kedua tetapi bercerai sejak 10 tahun lalu.

"Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kini saya bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 sebulan.

"Saya akui bantuan ini tidak mencukupi, dan ada kalanya bagi mengalas perut, saya dan anak-anak hanya makan nasi kosong bersama kicap atau biskut kering dicicah dengan teh kosong jika kesempitan wang.

"Mujurlah anak bongsu memahami kesusahan yang dialami dan dia tidak pernah meminta-minta kerana mengetahui saya tidak mampu untuk menunaikan permintaannya," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, sejak 40 tahun lalu mereka sekeluarga juga terpaksa mengharungi lumpur untuk masuk ke kawasan rumah disebabkan air pantai berdekatan.

"Justeru itu, saya amat berharap ada pihak boleh membantu untuk meletakkan pasir atau batu di kawasan hadapan rumah untuk memudahkan kami dan orang lain keluar masuk tanpa perlu mengharungi becak lagi," katanya.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mariam Mat Deris atau menghubunginya:

011-14177602
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untu...


Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

Budu, kicap dan air kosong. Itulah menu harian Nooroslinawati Wahab, 43, yang juga ibu tunggal dan dua anaknya, Wan Maaisaroh Wan Mohamed, 13, dan Wan Maalih, 15, menyifatkan menu berkenaan sudah sebati dengan mereka sekeluarga kerana kesusahan hidup.

Tiga beranak dari Kampung Lundang di sini hanya mampu makan nasi berkuahkan budu, kicap atau air yang dibancuh bersama perencah mi segera akibat kemiskinan hidup.

“Kebiasaannya kami akan makan nasi kosong tanpa lauk apabila saya tidak dapat keluar bekerja disebabkan kurang sihat selain menghidap penyakit darah tinggi.

“Bagaimanapun, ada kalanya saya terpaksa menebalkan muka dengan meminta simpati daripada saudara terdekat hanya untuk meminta sedikit lauk mentah untuk dimasak apabila tidak lagi sanggup makan nasi kosong.

“Saya selalu berpesan kepada dua anak, mungkin sekarang kehidupan kita susah, namun dengan pendidikan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, tidak mustahil dapat mengubah kehidupan keluarga satu hari kelak,” katanya.

Nooroslinawati berkata, selepas arwah suami, Wan Mohamed Wan Ibrahim meninggal dunia pada 2016 disebabkan kencing manis kronik, dia kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anaknya yang masih masing-masing bersekolah di SMK Kubang Kerian 1.

“Ketika arwah suami masih hidup, kami bersama-sama mencari rezeki dengan berniaga menjual air tebu, namun kini tanggungjawab itu terpaksa digalas bersendirian dan anak-anak menjadi sumber kekuatan saya.

“Bagi meneruskan kelangsungan hidup, saya melakukan pelbagai pekerjaan sebelum ini termasuk mengemas rumah penduduk kampung dan kini menjadi pembantu masakan untuk tempahan katering di Padang Bongor dengan kadar upah RM30 sehari.

“Upah yang diperoleh hanya cukup untuk membeli keperluan harian selain perbelanjaan persekolahan dua anak tanpa ada baki untuk disimpan.

“Pada masa sama, saya juga bersyukur kerana dua anak masing-masing mendapat bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM100 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Katanya, bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

“Saya akan mengumpul semua barangan terbuang yang dikutip ini dan dijual setiap tiga atau empat minggu sekali bergantung kepada jumlah kutipan yang diperoleh.

“Jualan yang saya dapat daripada kutipan barangan terbuang ini memanglah tidak seberapa iaitu sekitar RM35, namun ia dapat digunakan untuk membeli keperluan anak-anak,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nooroslinawati Wahab di talian berikut:

012-9394577
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma ta...


Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 sejak bulan 5 pada tahun ini.

Saya hanya berkerja sebagai pembantu di kantin sekolah sebelum anak saya disahkan ada kanser, dan saya hanya ibu tunggal (bercerai hidup).

Setelah anak saya sakit saya tidak dapat berkerja disebabkan rawatan intensif kimoterapi terhadap anak saya.

Anak saya telah membuang tumor kanser pada 19.9.2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi malangnya pada 10 Oktober telah buat ct scan brain dan result telah menunjukan sel kanser telah merebak di tengkorak kepala dan yang terbaru doctor mengatakan ada ketulan di limpa.

Saya masih ada 2 orang anak lagi yang umur 12 tahun dan 6 tahun, yang umur 12 tahun terpaksa diberhentikan sekolah kerana saya tidak mampu membayar tuisyen untuk UPSR dan saya mengambil keputusan menghantar ke pondok. 

Anak saya yang usia 6 tahun dijaga sepenuhnya oleh ibu saudara saya. Tahun depan akan melangkah ke tahun 1 dan satu apa pun persiapan tidak dapat dilakukan lagi.

Saya penerima bantuan JKM atas kelayakan ibu tunggal dan hanya menerima RM300 sahaja, dengan keadaan saya yang tidak berkerja dan perlu berulang alik ke hospital duit JKM itu tidak mencukupi kerana saya juga perlu membeli pampers bila anak saya perlu kimo.

Alhamdulillah, baru lepas kimoterapi. Nur baru mula nak makan. Walaupun masih lagi letih dengan kesan kimo. Kuat bangkit sebab harapan Nur nak sihat. Nur nak pergi sekolah katanya. Ummi hanya iakan ja. Yang sebenarnya rawatan Nur masih panjang lagi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban saya. Jika tidak dapat membantu saya dengan wang ringgit saya harap dapat membantu dengan share kisah ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Emy Ezilliani bt Muhd Saidi:

Emy Ezilliani
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kota Bharu - Ibu muda ini mohon bantuan orang ramai untuk biayai rawatan anak hidap kanser T-lymphoblastic lymphoma (T-LBL) iaitu sejeni...


Kota Bharu - Ibu muda ini mohon bantuan orang ramai untuk biayai rawatan anak hidap kanser T-lymphoblastic lymphoma (T-LBL) iaitu sejenis kanser limfoma yang agresif dan jarang berlaku.

Menurut perkongsian beliau di Facebook, anaknya itu kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.

Di dunia ini, tidak semua orang berkemampuan terutamanya bila berkait dengan pembiayaan rawatan hospital yang tinggi. Bukan ratusan ringgit, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Seperti nasib seorang ibu muda ini yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan kini menghidap kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma.

Sel kanser itu telah menyerang di bahagian dada iaitu ada mediastinal mess yg mengganggu saluran pernafasan anak kecil ini.

Pada 22 September 2019 yang lalu, Afiq sudah genap berusia 2 tahun. Ibunya hanya mendoakan supaya anak ini bebas dari penyakit kanser ini.

Paling baru, Afiq telah menjalani pembedahan untuk membuang kimopod disebabkan jangkitan kuman pada 11 September 2019 lalu dan pada 1 Oktober 2019, Afiq juga telah ditolak masuk ke dewan pembedahan untuk masukkan kimopod.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada akaun bank berikut atas nama Nur Hazirah Bt Nordin:

Nur Ira
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kota Bharu - Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala k...


Kota Bharu - Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala kita masih dapat menjamah nasi bersama lauk, namun ada yang hanya makan nasi berlaukkan kuah air garam sahaja.

Itulah kisah enam beranak dari Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan ini tidak pernah merungut meskipun hanya dapat menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam sahaja disebabkan kemiskinan hidup.

Sedih,sebak, pilu melihat anak ini makan nasi berlauk kicap, tetapi tidak sesedih dan sepilu dan terhiris hati seorang nenek Zaharah bt Omar, 52.

Dia yang tinggal bersama anaknya yang juga ibu kepada dua orang anak berumur 6 dan 4 tahun iaitu Che Siti Fatihah bt Jaafar, 25.

Ini sajalah yang mampu Makcik Zaharah bagi makan pada 3orang anak dan dua cucunya. Kadang-kadang hanya mampu membeli telur RM2 untuk dibuat lauk dikongsi makan enam orang. 

Makcik Zaharah dan Fatihah hanya menampung perbelanjaan hariaan dengan mengambil upah cungkil isi kelapa dengan upah hanya RM12 untuk 100 biji kelapa. 

Anak lelaki Makcik Zaharah, Mohd Azmi bin Jaafar, 22, pula seorang OKU yang rosak saraf pertuturan akibat terminum minyak tanah semasa kecil bekerja dengan mengambil upah apa-apa saja yang disuruh dengan pendapatan yang tak seberapa dan tidak tetap.

Ada kerja adalah gaji. Mereka tinggal dirumah subsidi yang tak sempurna dengan lantai yang banyak reput, berlubang dan tidak bertingkap.

Semoga ada insan-insan diluar sana yang berhati mulia sudi membantu meringankan bebanan keluarga ini.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Che Siti Fatihah bt Jaafar atau hubungi beliau:

017-9709194
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kota Bharu - Selepas diceraikan suaminya, Nor Aisah Abdullah, 41, terpaksa menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga untuk menj...


Kota Bharu - Selepas diceraikan suaminya, Nor Aisah Abdullah, 41, terpaksa menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga untuk menjaga Muhammad Darwishy Zickry Abdul Syukur, 6, dan Muhammad Danielle Zulhezriq, 11.

Kedua-dua anaknya itu masing-masing dengan sindrom down dan masalah jantung sejak enam tahun yang lalu sendirian.

Zikcry telah mengalami sindrom down sejak lahir dan Zulhezriq telah mengalami kebocoran injap pada saluran jantungnya sejak berusia lima tahun dan terpaksa menjalani pembedahan.

Nor Asiah berkata walaupun pelbagai dugaan, dia masih perlu menyokong keluarganya dengan upah membuat kek.

"Sebelum ini, saya bekerja di beberapa syarikat dengan kedudukan yang agak stabil tetapi terpaksa berhenti kerana anak-anak sering diletakkan di wad dan menjaga ibu bapa yang sakit (semasa tinggal bersama ibu bapa).

"Saya kemudian menyewa sebuah rumah di Kota Bharu kerana saya terpaksa berulang hampir setiap hari untuk rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya ketika ditemui di rumahnya Berek 12, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kali Zickry dimasukkan ke wad, dia akan bergiliran dengan Zulhezriq kerana dia harus pulang ke rumah pada awal pagi untuk membuat kek.

"Saya tidak menerima apa-apa bantuan dan hanya menjangkakan jualan kuih sekitar RM10 hingga RM15 sehari. Sekali-sekala, kita kelaparan dan hanya makan kuih yang tidak laku dijual.

"Malangnya sewa sewa empat bulan itu sudah terlambat. Begitu juga, kereta Perodua Kelisa yang digunakan untuk pergi ke hospital tidak dibayar selama dua tahun, "katanya.

Orang yang ingin membantu Nor Aisah boleh mendermakan melalui nombor akaun bank berikut atas nama Nor Aisah Abdullah atau hubungi beliau:

017-2662886
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak ada pendapatan meminta bantuan daripada orang awam untuk meri...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak ada pendapatan meminta bantuan daripada orang awam untuk meringankan beban hidupnya bersama dua anaknya dan seorang cucu.

Hasnah Senik, 59, berkata dia sebelum ini bekerja di sebuah kilang kayu di bandar terpaksa berhenti kerja ketika kesihatannya merosot lebih 30 tahun yang lalu.

Dia berkata beliau tidak pasti apa penyakitnya, kerana doktor di hospital tidak dapat mengenal pasti punca sebenar peningnya sepanjang masa dan tidak dapat berdiri lama.

Lebih malang lagi, anak ketiganya daripada empat adik beradik, Nor Hayati Mohd Nawi, 36, yang juga ibu tunggal, telah mengalami nasib yang sama sepanjang tahun lalu.

"Nor Hayati sebelum ini mengambil upah membuat dan menjual kuih di sekitar kampung itu dengan pendapatan harian RM20 untuk menampung anak perempuannya, Nor Fatihah Amanda Roji, 6, selepas bercerai lebih tiga tahun," katanya di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Hasnah berkata Nor Hayati tidak mampu bekerja selepas kesihatannya merosot lebih setahun lalu. Beliau berkata tugas menyokong keluarga itu disokong sepenuhnya oleh anak sulungnya, Mohd Rizal, 32, yang bekerja di kedai cermin di Kubang Kerian dengan pendapatan kira-kira RM50 sehari.

"Wang itu juga digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah anak saudaranya, yang merupakan pelajar prasekolah di Sekolah Kebangsaan Musin," katanya.

Hasnah berkata, adakala Mohd Rizal terpaksa mengambil cuti apabila keadaan dia dan Nor Hayati membimbangkan kerana hanya mampu terlantar sepanjang hari.

"Anak saya juga bernasib baik kerana majikannya memahami apabila dia mengambil masa untuk menjaga kami di rumah ketika dia sakit," katanya.

Hasnah berkata walaupun dia menerima RM150 sebulan dari JKM, ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

"Ada kalanya keluarga kita makan nasi putih dengan ikan kering dan kicap, selain perlu mengalas perut hanya dengan biskut kering dan teh'o," kata ibu kepada empat anak tersebut.

Beliau berkata walaupun mempunyai dua anak lain, mereka hanya melakukan kerja kampung dan hanya mampu menyokong keluarga mereka masing-masing.

"Jika boleh, saya tidak mahu mengganggu mereka kerana mereka masing-masing mempunyai komitmen dan bukannya orang yang senang," katanya.

Hasnah berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban yang ditanggung sekarang, justeru mereka yang ingin memberi bantuan melalui akaun bank berikut atas nama Hasnah Senik:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Kerana tidak mahu membebankan penyewa kerana lambat membuat bayaran sewa rumah, lapan sekeluarga nekad meninggalkan rumah se...


Kota Bharu - Kerana tidak mahu membebankan penyewa kerana lambat membuat bayaran sewa rumah, lapan sekeluarga nekad meninggalkan rumah sewa yang didiami di Panchor, Pengkalan Chepa dan memilih untuk tinggal di dalam bangsal di Pantai Mek Mas di sini.

Pengamal perubatan Islam, Imran Amin, 59, yang berasal dari Pekan, Pahang berkata mereka sekeluarga meninggalkan rumah yang disewa sejak 15 tahun lepas kerana tidak mahu menanggung hutang kerana lambat membayar sewa rumah.

Imran membawa isteri dan enam anaknya yang berumur antara satu setengah tahun hingga 19 tahun untuk tinggal di sebuah bangsal sejak 10 hari lepas yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Lebih menyedihkan, keadaan bangsal yang dibina atas tanah rizab pantai itu hanya berdindingkan zink dan kain, selain hanya mengharapkan bekalan elektrik daripada jiran tetangga dan tandas awam.

Imran, yang mula berhijrah ke Kelantan sejak 1990 untuk menuntut ilmu di sini, berkata beliau mengambil tindakan itu selepas tidak lagi mampu membayar sewa rumah berikutan pendapatan yang tidak menentu setiap bulan sebagai pengamal perubatan Islam manakala isterinya, Zainon Yakob, 39, hanya suri rumah sepenuh masa.

Beliau berkata disebabkan kesempitan hidup juga, dua anaknya, Siti Nor Shafika, 16, dan Siti Nor Hidayah,13, terpaksa berhenti sekolah sejak dua tahun lepas.

“Kalau nak ikutkan semua anak-anak saya mahu bersekolah namun disebabkan ketidakmampuan mereka terpaksa berhenti.

“Walaupun yuran sekolah percuma, namun keperluan lain termasuk buku, tambang ulang alik ke sekolah, wang saku harian mereka dan sebagainya memerlukan duit yang banyak,” katanya ketika ditemui di Pantai Mek Mas di sini, hari ini.

Beliau berkata anak sulungnya, Siti Nuha Tasurunnaazirin, 19, telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Bercerita lanjut, Imran berkata ada satu ketika beliau sekeluarga hanya makan nasi berkuah budu.

“Kami makan apa yang ada selain mengharapkan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Kadang-kadang terpaksa makan nasi yang telah dimasak semalam untuk bertahan sepanjang hari,” katanya.

Beliau turut mendakwa telah memohon bantuan daripada eKasih sejak 2011 namun tidak pernah terpilih untuk menerima bantuan itu.

“Besar harapan saya agar ada pihak yang sudi membantu keluarga saya dan keutamaan saya ketika ini adalah rumah sebagai tempat untuk keluarga saya berlindung,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Imran Amin atau menghubungi beliau:

01151207784
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Walaupun sudah berumur lima tahun tubuh Annur Sofia Mohd Ashraf seperti sebesar bayi seberat hanya 5.9 kg. Siapa sangka ba...


Kota Bharu - Walaupun sudah berumur lima tahun tubuh Annur Sofia Mohd Ashraf seperti sebesar bayi seberat hanya 5.9 kg.

Siapa sangka bahawa Annur Sofia, yang dilahirkan pada berat badan normal dan sihat sebanyak 2.6 kg, mengalami masalah pertumbuhan yang teruk apabila dia mencapai usia satu tahun.

Ibunya, Zailani Mohd Yunus, 40, berkata dia dan suaminya, Mohd Ashrah Idris, 48, menyedari masalah itu selepas Annur Sofia tidak membesar seperti saudara kandungnya yang lain dan tubuhnya sebagai bayi walaupun umurnya.

"Kerana masalah ini, Sofia tidak dapat berbicara dan hanya dapat mengatakan kata 'ma' dan perlu merangkak untuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

"Pada masa yang sama, pada usia tujuh bulan, Sofia telah menjalani pembedahan untuk kedua-dua mata di Hospital King Zainab II (HRPZII) kerana penglihatan kaburnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung But, Ketereh, di sini. , semalam.

Terdahulu, keluarga Annur Sofia mendapat kunjungan dari Bersatu Ketereh, Lina Aina Zakaria, yang melawat untuk melihat anak kecil itu dan memberikan keperluan hariannya.

Zailani berkata setiap tiga bulan, dia terpaksa membawa anak bongsu dari tiga adik beradik itu ke temujanji dengan pakar pediatrik di HRPZ II untuk mengetahui pertumbuhannya.

"Walaupun Sofia berbeza dengan anak-anak lain, saya dan suami saya tidak pernah membezakannya daripada dua saudara lelaki itu kerana dia adalah hadiah khas yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.

"Walaupun keadaan Sofia, saya dan suami saya masih menghantarnya ke Pusat Komuniti Kadok (PDK) ketika dia berumur empat tahun untuk membolehkannya belajar untuk berdikari," katanya.

Dia berkata untuk memenuhi keperluan dan keperluan keluarga Sofia, dia bekerja di kedai runcit berhampiran RM30 sehari awal tahun ini.

"Sebelum ini, suami saya terpaksa berhenti dua tahun lalu kerana masalah jantung dan longkang tersumbat dan tidak dapat melakukan pengangkatan berat.

"Untuk meringankan beban, anak lelaki sulung kami, Mohd Aiman, 18, bekerja di kampung kerja yang mendapat pendapatan RM40 sehari," katanya tanpa bantuan JKM.

Zailani berkata setiap bulan dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM400 untuk membeli keperluan Annur Sofia termasuk lampin pakai buang.

Sementara itu, Lina Aina berkata hatinya tersentuh melihat keadaan Annur Sofia sebagai bayi. "Insya-Allah, saya akan membantu keluarga ini dan cuba mendapatkan kerusi roda untuk Sofia untuk memudahkan pergerakannya nanti," katanya.

Orang ramai yang boleh membuat sumbangan boleh memberikan bantuan ke Bank Simpanan Nasional melalui Zailani Mohd Yunus atau menghubungi beliau:

013-9565351
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini