Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: penang

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label penang. Papar semua catatan

Pulau Pinang - 2020 merupakan tahun yang penuh dugaan dan pengajaran. Jika merasa hidup kita susah sekarang, masih ramai di luar sana ya...


Pulau Pinang - 2020 merupakan tahun yang penuh dugaan dan pengajaran. Jika merasa hidup kita susah sekarang, masih ramai di luar sana yang lebih parah kesusahan dari kita. Terlantar sakit di katil dan kerap diserang kejang urat, itulah yang dihadapi oleh adik Nur Aifa Azira Abdul Aziz, 14, yang menghidap barah otak sejak tahun 2013.

Pada mulanya mengadu sakit leher pada usia lapan tahun dan tidak ada yang menyangka anak sulung dari lima beradik itu semakin teruk.

Tubuh mula lemah dan tidak dapat bangun dengan sendirinya. Panik dengan keadaan itu, bapanya Abdul Azizi Din, 42, menghantanya untuk mengikuti pemeriksaan hospital di Pulau Pinang.

Menurut Abdul Azizi, kepalanya seperti dipukul batu ketika doktor mengesahkan kepada Aifa bahawa ada ketumbuhan pada saraf tunjangnya yang menyebabkan keadaannya.

"Pembedahan pertama dilakukan pada 22 Januari 2014 untuk membuang tumor di leher dan sampel yang diambil bukan tumor normal.

"Rawatan susulan sedang dilakukan sehingga sekarang ketika barah kembali aktif dan menjalani radioterapi dan kemoterapi," katanya.

Kisah Aifa menjadi tren sejak perkongsian pemilik akaun Facebook, Syima Rayyqyss, yang meminta pertolongan orang ramai untuk meringankan beban keluarga.

2 hari yang lalu saya menyiarkan kisah hidup seorang gadis kecil bernama Aifa yang terbaring di tempat tidur meniti hari-hari berlalu.

Saya juga telah menunjukkan bagaimana kehidupan keluarganya begitu miskin. Siling bumbung dan plaster di sana sini hampir selalu perlu diganti dengan segera.

Pada mulanya saya memikirkan cara untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada Aifa. Bukan hanya keselamatan Aifa, tetapi keselamatan keluarga mereka.

Syukurlah beberapa pihak menghubungi saya untuk menyatakan hasrat untuk membantu. Tetapi bantuan yang mereka perlukan bukan hanya membaiki siling rumah.

Keluarga ini memerlukan pertolongan. Dalam tempoh PKP, ini merupakan tamparan hebat bagi ayah yang hanya seorang mekanik.

Seorang mekanik yang pendapatannya bergantung kepada jumlah kereta yang diperbaiki, harus menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Berjimat cermat untuk perkara-perkara asas. Makanlah apa yang anda ada. Taraf hidup yang kekurangan, mengajar mereka untuk bersyukur dan tidak menuntut.

Bayangkan 15 tahun yang lalu, ada jiran yang masih belum mengetahui tentang Aifa dan kesusahan mereka.

Kawan ..

Mereka telah diuji selama beberapa tahun. Dan hari ini, Tuhan menghantar mereka sebagai ujian untuk kita. Saya menyeru kepada semua rakan yang murah hati, sumbangan ini akan kami gunakan untuk memberi mereka keselesaan. Sedikit sahaja.…

Orang ramai yang ingin menolong, boleh menghulurkan bantuan kewangan terus ke akaun bank berikut atas nama Roslina Aswira (ibu) dengan rujukan Tabung Ehsan Ringankan Beban Pejuang Kanser Kanak-Kanak.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Georgetown - Dalam usia baru setahun, Muhamad Iman Haziq Mohamad Izham terpaksa menjalani tiga pembedahan kerana menghidap penyakit paru...


Georgetown - Dalam usia baru setahun, Muhamad Iman Haziq Mohamad Izham terpaksa menjalani tiga pembedahan kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Ibu Muhamad Iman Haziq, Hasmanita Aziz, 30, berkata, anak tunggalnya itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sejurus dilahirkan pramatang, anaknya itu terpaksa dirawat di Hospital Sungai Petani, Kedah, selama 56 hari selepas didapati mengalami masalah jantung berlubang.

Namun ketika berusia lima bulan, Muhamad Iman Haziq didapati mempunyai masalah salur darah terkeluar daripada jantung ke paru-paru dan perlu menjalani pembedahan.

“Selepas pembedahan itu berjaya, dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan berikutan masalah saluran pernafasan sempit.

“Ketika dalam pemantauan doktor, kesihatan anak saya sekali lagi diuji dan perlu menjalani pembedahan ketiga berikutan saluran pernafasannya kembali sempit akibat jangkitan kuman,” katanya.

Muhamad Iman Haziq kemudian dihantar ke Hospital Serdang, Selangor dengan menaiki helikopter bagi menjalani prosedur meluaskan saluran pernafasan (balloon angioplasty) dan kembali dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kini, kesihatan Muhamad Iman Haziq terjejas berikutan dijangkiti virus herpes yang menyebabkan saluran pernafasannya kembali sempit dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Saya dimaklumkan doktor belum ada pakar di Malaysia yang boleh merawat penyakit berkenaan dan kerana itu saya merayu pakar luar negara mengubatinya.

“Sejak melahirkan Muhamad Iman Haziq, saya terpaksa berhenti kerja di kedai menjual makanan sejuk beku dan jarang pulang ke rumah kerana perlu tinggal di wad bersama anak,” katanya.

Muhamad Iman Haziq memerlukan dana untuk membeli mesin alat bantuan pernafasan dan oksigen yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Selain itu, anak kecil terbabit juga memerlukan sekurang-kurangnya 12 tin susu khas berharga kira-kira RM100 setiap satu bagi keperluannya selama sebulan.

“Sudah lama kami tidak tinggal di rumah seperti keluarga lain. Urusan rumahtangga kini dibantu suami, Mohamad Izham Idrus, 31, yang bekerja di kilang di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Hasmanita Aziz:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000

Georgetown - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebag...


Georgetown - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai Jamal bin Madar.

Pak Jamal memerlukan bantuan untuk anaknya, Mohd Sukri b Mohd Jamal yang kini terlantar kerana strok yang menyebabkannya lumpuh.

Bantuan kewangan diperlukannya untuk membeli keperluan anaknya, Sukri selepas keluar dari wad hospital nanti.

Menurut perkongsian di Facebook, Pak Jamal kini bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara dirinya dan anak.

Lebih menyedihkan, isteri dan anak perempuannya telah meninggaldunia disebabkan perkara yang sama.

Kini Pak Jamal hanya tinggal berdua bersama Sukri di flat PPR Taman Manggis.

Admin mohon warga Malaysia yang prihatin tolong bantu Mamu Jamal ini yang memerlukan bantuan untuk anaknya yang diserang sakit brain strok (lumpuh). Sekarang berada di Hospital Pulau Pinang wad C6.

Pakcik ini tinggal di flat PPR Taman Manggis. Dia perlukan bantuan kewangan untuk beli barangan keperluan anaknya sebab selepas discaj hospital kena tanggung perbelanjaan sendiri.

Buat masa ini pakcik terpaksa kerja cleaner sebab nak kena sara anak dia saja. Pakcik pun sudah tidak kuat, umur lebih 70 tahun.

Lebih memilukan lagi, isteri dan Anak perempuan dia meninggal sebab sakit yang sama. Sekarang pakcik tinggal dengan anak laki ini saja.

Semoga segala urusan Pak Jamal dan anaknya Sukri sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Mohd Jamal bin Madar atau hubunginya:

012-2548100
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kulim - Mohon keprihatinan semua untuk bantu adik ini, Shahir Shamin bin Shuhardi dan keluarganya iaitu anak bongsu dari empat beradik se...


Kulim - Mohon keprihatinan semua untuk bantu adik ini, Shahir Shamin bin Shuhardi dan keluarganya iaitu anak bongsu dari empat beradik sejak lahir lagi menderita sakit:

1. Saluran jantung terkalih (umur 2 bulan)
2. Usus tersumbat (umur 6 bulan)
3. Masalah saluran pernafasan sempit (umur 8 bulan);
4. Masalah paru-paru (1 tahun 4 bulan)

Kos rawatan RM95000 masih berhutang dengan hospital dan kos rawatan yang akan datang masih belum tahu berapa jumlahnya.

Tidak termasuk perbelanjaan harian susu serta lain-lain lagi. Adik ini terpaksa berkongsi susu dengan bayi yang lain di atas sebab faktor kewangan. Ibu dan ayahnya berulang alik ke hospital dan berjumpa dengan doktor pakar hingga ibu dan ayahnya telah di berhentikan kerja oleh majikan.

Sekarang mereka sangat memerlukan bantuan pada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan. Jika tidak mampu menyumbang, sharekan post ini ke kenalan supaya ramai yang lain dapat mendoakan semoga adik ini cepat sembuh dan keluarganya di permudahkan segala urusan.

Terima kasih kepada semua yang salurkan bantuan kepada keluarga ini serta yang mendoakan untuk adik ni. Semoga di permudahkan segala urusan, inshaAllah. Amin.

Sebarang urusan boleh terus hubungi ibu anak syurga ini, Suhana bt Yob:

012-4527609
Progress:

RM0 raised

Goal: RM95000


blog counter views

Bukit Mertajam - Mohon bantuan warga Malaysia untuk membantu Puan Aniza Binti Mohd Mydin@Pawanteh, 43 tahun seorang ibu tunggal yang pun...


Bukit Mertajam - Mohon bantuan warga Malaysia untuk membantu Puan Aniza Binti Mohd Mydin@Pawanteh, 43 tahun seorang ibu tunggal yang punyai dua anak tinggal di Bukit Mertajam. Lima tahun lepas beliau menghidap kanser payudara.

Payudaranya telah dibuang sebelah. Sekarang beliau menghadapi ujian kedua iaitu kanser rahim Tahap 2. Dia beralamat di 83,MK 9 Kampung Tok Elong, Bukit Mertajam, Penang.

Sumber pendapatan sebelum ini hanya menjual nasi lemak. Sekarang punca pendapatan tiada dan terjejas kerana masalah kesihatan yang beliau hadapi. Hanya ibuya sahaja sekarang menjadi tempat beliau dan anaknya bergantung.

Sekarang beliau terlantar di Hospital Besar Penang. Sumbangan dari anda semua amatlah diperlukan dan dihargai lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun bank berikut atas nama Aniza Binti Mohd Mydin@Pawanteh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk membaik pulih kembali masjid, surau dan se...


Pulau Pinang - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk membaik pulih kembali masjid, surau dan sekolah agama berikutan bencana banjir dan angin kenacang yang melanda negeri ini Ahad lalu.

Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin berkata, kos untuk membaik pulih kesemua bangunan dan rumah ibadat itu menelan belanja lebih RM562,000.

Tujuan: Membaiki masjid, surau dan sekolah sekitar Pulau Pinang yang rosak akibat banjir.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Majlis Agama Islam Pulau Pinang:



Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis kerana perlu membanting tulang menyara keluarga, dua anak saudara yatim piatu s...


Pulau Pinang - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis kerana perlu membanting tulang menyara keluarga, dua anak saudara yatim piatu serta bapa tiri yang menderita kencing manis kronik.

Wan Suryani Salleh, 42, berasal dari Kamunting, Perak menyewa di Permatang Sireh, dekat sini, sejak lima tahun lalu hanya berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah untuk mencari rezeki.

Selain dua anak berusia 16 dan 21 tahun, dia juga perlu menjaga dua anak saudara, Wan Muhammad Haziq Wan Asri, 11, dan Wan Muhammad Haikal, 12, yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu bapa.

Ibu dua beradik itu, Safarina Awang Kechik meninggal dunia pada 2006 selepas tiga bulan melahirkan Wan Muhammad Haziq manakala bapa mereka, Wan Asri Salleh menemui ajal pada 2008 akibat nahas jalan raya.

Menurut Wan Suryani, dia menjaga dua beradik berkenaan sejak kecil berikutan saudaranya yang lain juga kesempitan hidup. Manakala bapa tirinya, Ishak Che Nas, 65, tidak mampu berniaga berikutan menghidap kencing manis kronik sehingga sukar berjalan.

“Saya menetap di Permatang Sireh sejak 2011 dan berniaga bihun sup dengan pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari.

“Wang itulah digunakan untuk keperluan sekolah dua anak saudara selain membayar sewa rumah RM400 sebulan. Memang tidak cukup, tetapi itu saja yang saya mampu,” katanya.

Wan Muhammad Haziq yang juga OKU belajar di Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Hashim Awang manakala abangnya di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh.

Menurut Wan Suryani, hanya Wan Muhammad Haziq menerima bantuan RM150 sebulan dari JKM. “Sebelum ini ketika di Kamunting, dua beradik berkenaan mendapat bantuan JKM RM400 sebulan, tetapi terhenti selepas kami berpindah dan menunggu keputusan permohonan baru,” katanya.

Semalam, pegawai JKM melawat dan mengambil maklumat keluarga berkenaan untuk siasatan. Wan Suryani berkata, dia turut berdepan kesukaran menghantar dua anak saudaranya itu ke sekolah kerana masing-masing belajar di sekolah berlainan manakala motosikal pula rosak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung dengan Wan Suryani Salleh:

019-7115891
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Georgetown - Dua beranak yang melecur disambar api dapur ketika menolong seorang warga emas di sebuah madrasah di Sungai Bakap, dekat s...


Georgetown - Dua beranak yang melecur disambar api dapur ketika menolong seorang warga emas di sebuah madrasah di Sungai Bakap, dekat sini bulan lalu, merayu bantuan orang ramai bagi menampung perbelanjaan dan kos perubatan mereka.

Dalam kejadian di Madrasah Al Irshad Ashraf Al Watniah pada 30 Oktober lalu, Shahrin Muhamad, 68, dan anak perempuannya, Nurul Zulaika, 18, yang juga penghuni di madrasah itu melecur pada muka, tangan dan kaki.

Mereka terlantar di Hospital Pulau Pinang sejak hari kejadian untuk mendapatkan rawatan.

Menceritakan semula detik itu, Shahrin berkata, niatnya mahu membantu seorang warga emas penghuni madrasah itu yang meminta tolong memeriksa tong gas di pondok berkenaan selepas terhidu bau gas yang kuat.

Katanya, dia dan anaknya kemudian memeriksa dapur di pondok berkenaan dan mendapati bau gas yang kuat sebelum menanggalkan hos gas untuk membiarkan bau itu hilang.

"Saya kemudian cuba memetik api dapur dan secara tiba-tiba api turut menyala dan menyambar saya dan juga anak kira-kira dalam masa seminit sebelum ia padam dengan sendiri.

"Mujurlah api tidak merebak ke kawasan lain dan hanya merebak kira-kira tiga meter di kawasan dapur itu," katanya ketika ditemui di HPP, di sini, hari ini.

Difahamkan, Shahrin bersama isteri dan anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur dan baru berpindah ke Pulau Pinang pada Disember lalu untuk memulakan kehidupan baru dengan mempelajari agama di madrasah berkenaan.

Shahrin yang bekerja sebagai tukang kebun di madrasah itu, berkata anaknya baru selesai menjalani pembedahan menampal kulit yang melecur, semalam.

Dia yang mempunyai enam anak kini memerlukan bantuan bagi membiayai kos perubatan dan pembedahan mereka di HPP.

"Madrasah berkenaan juga memerlukan peruntukan bagi kerja pembaikan yang dapat memenuhi aspek keselamatan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Shahrin Muhamad dan Nurul Zulaika bt Shahrin boleh hubungi
Madrasah Al Irshad Ashraf Al Watniah:

04-5826389
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini