Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kajang

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kajang. Papar semua catatan

Kajang - Kami memerlukan sebuah pengangkutan buat keperluan 60 orang pelajar kami yang mana keperluan ini untuk membawa pelajar ke masjid ...




Kajang - Kami memerlukan sebuah pengangkutan buat keperluan 60 orang pelajar kami yang mana keperluan ini untuk membawa pelajar ke masjid terutama ketika solat Jumaat dan untuk operasi maahad.
.
Dengan pembelian sebuah van, dapatlah memudahkan urusan pihak maahad lebih-lebih lagi sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang perlu membawa pelajar ke hospital.
.
Dengan ini, kami membuka ruang untuk tuan puan yang mana berhajat membantu pembelian sebuah van Toyota Hiace untuk maahad kami yang memerlukan dana sebanyak RM110,000.
.
Semoga dengan usaha ini, urusan membawa pelajar kami dapat dimudahkan. Kami juga doakan agar dipermudahkan urusan tuan puan yang prihatin sudi membantu pihak kami.

..............................................................
Bantu Pembelian Van Maahad:
..............................................................

CIMB BANK
Pusat pengajian al Quran As Sunnah As Syafiiyah
8604130076
Letak rujukan resit: WAKAF VAN
.
Hubungi kami jika ada pertanyaan :
Ustazah Umairah : 0193218944
.
Alamat: Lorong Haji Tahfiz, Jalan rangkaya sultan off, Jalan Aman, Sungai Merab Luar 43000 Kajang Selangor.






019-3218944
Progress:

RM00 raised

Goal: RM110000



Kajang - Setiap insan ada ujian hidup masing-masing. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mul...


Kajang - Setiap insan ada ujian hidup masing-masing. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut seorang insan yang cekal menghadapi dugaan dalam kehidupannya. Lebih terkesan jika ujian itu untuk anak yang masih kecil.

Satu perkongsian daripada seorang ibu tunggal, Nur Natasha dalam laman Facebooknya mengisahkan tentang keadaan anaknya yang bongsu diuji dengan satu penyakit yang sangat jarang kita dengar. Ya, adik Nur Mardhiah Shahadah yang berusia 4 tahun disahkan menghidap satu penyakit di mana penyait-penyakit kronik senang dijangkitinya.

Jadi, sama-samalah kita membantu meringankan beban ibu ini untuk melihat anaknya kembali pulih seperti sedia kala.

Ramai yang dm saya personal minta saya kongsikan kisah anak istemewa saya Nur Mardhiah Shahadah. Terlebih dahulu saya ingin memohon pada yang membaca, ini bukan post mintak sumbangan atau seperti dengannya. Tujuan saya post kisah-kisah anak saya ini tujuannya yang pertama nakkan doa. Saya memang sangat terharu jika ada yang sudi selitkan name anak saya dalam doa mereka.

Yang keduanya saya berharap dapat memberi sedikit semangat positive dalam diri insan-insan yang mengikuti kisah kami. Susah tak semestinya takkan bahagia. Sakit bukan penamat sebuah kehidupan tu. Jadi, bagi yang pertama kali membaca, saya ringkaskan kisah anak istemewa saya ni.

Nur Mardhiah Shahadah, lahir 14 November 2017. Mula didiagnos kanser mata pada umur 3 bulan lebih. Doktor sahkan Mardhiah ‘OKU Celebral Palsy’, ‘global development delay’ juga pada usianya 3bulan.

Pada umur 5 bulan, ujian darah khas Mardhiah keluar dan keputusannya Mardhiah mempunyai penyakit rare iaitu chromosome 13q deletion syndrome. Penyakit yang akan buat dia dapat bnyk penyakit kronik, hilang satu persatu keupayaannya sehingga nafasnya yang terakhir. Boleh dikatakan penyakit ini akan menyebabkan pesakit tidak hidup lama.

Tidak lama selepas tu, kansernya semakin teruk dan doktor terpaksa buang mata sebelah kirinya pada 18 Febuari 2019. Keadaanya semakin merosot, berat badannya tidak boleh naik kerana dia tidak boleh makan hanya boleh menyusu sahaja. Sejurus selepas itu, Mardhiah didiagnos chronic lung disease yang membuatkan dia kena pakai 2 pam sepanjang 6jam sekali.

Dan pada tahun ni Mardhiah didiagnos subglotis stenosis (saluran pernafasannya sempit) dan masih menunggu untuk operation besar yang ditunda kerana situasi Covid-19 yang melanda negara sekarang.

Berikutan dengan ramai menganggap kami susah kerana saya tidak bekerja dan memang perlu tumpukan perhatian dalam menjaga Mardhiah. Saya bukan rase saye tak susah tapi mungkin saya memang dah terbiasa hidup dengan apa ada selama bertahun. Bagi saye yang penting saye dapat sediakan susu dan pampers Mardhiah itu sudah mencukupi.

Ade yang tanya habis macam mane saye survive makan ape semua kalau takde income.. Dipendekkan, saye akan makan ape yang ade atau bila ade makanan. Sebab saye memang dah terbiasa. Tak lalu nak memikirkan kenyang perut sendiri bila tengok keadaan anak yang tak boleh makan. Yang ade di tempat saya akan faham maksud saye.

Bagi yang rase ade persoalan mengenai bapa kandung Mardhiah. Yes, saye memang dah bercerai dengan ayah kandung Mardhiah pada 2018. Ade juga yang persoalkan nafkah anak ape semua. Maaf, saye menjaga aib org sekeliling. Saye tak nak kemudian hari saya terheret semua kerana menyebarkan cerita. Cukuplah anda tahu yang saya seorang menjaga Mardhiah. Dengan sedikit bantuan dan juga support dari keluarga saya dan kawan-kawan yang rapat.

Dalam gambar tersebut, ada saya selitkan gambar no acc saya. Bagi yang nak bantu susu pampers Mardhiah boleh laa ke akaun tersebut atau nak pos ke ape boleh massenger saya direct. Saya sertakan no akaun sebab kadang-kadang saya mmg jarang bukak massenger takut ada yang tanya nanti saya tak dapat balas boleh laa rujuk di gambar ye.

Apa-apapun saya sangat berharap anda semua dapat selitkan nama Nur Mardhiah Shahadah dalam doa anda. Sebab saya terlalu sayangkan Mardhiah. Mungkin dengan doa-doa yang kita kirim, Allah boleh makbulkan doa kita dan panjangkan usia Mardhiah. Saya lebih mengharapkan doa.

Terima kasih bagi yang prihatin dengan keadaan kami.. saya sendiri kesiankan orang yang lagi susah dari kami tapi ada yang cakap tak salah saya cuba usaha macam ni. Jadi saya dengan lafaz bismillah cuba up cerita Mardhiah ni.. Moga Allah jauhkan saya dari fitnah dunia dan moga Allah murahkan rezeki Mardhiah dan orang-orang yabg membantu Mardhiah. InShaaAllah.. Aamin..

Yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Nur Natasya:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kajang - Md Roslin Kamaruddin, 34, berkata, anak sulungnya, Ahmad Maulana Md Roslin, 6, telah menjalani dua pembedahan major termasuk m...



Kajang - Md Roslin Kamaruddin, 34, berkata, anak sulungnya, Ahmad Maulana Md Roslin, 6, telah menjalani dua pembedahan major termasuk membuang satu buah pinggangnya bagi merawat penyakitnya yang dikesan Oktober tahun lepas.

Bapa mana tidak sedih apabila anak yang dahulunya lincah dan dilahirkan sihat terpaksa bergantung dengan rawatan kemoterapi selepas menghidap kanser buah pinggang tahap empat sejak setahun lalu.

Namun menurutnya, pembedahan tersebut tidak mematikan sel kanser sebaliknya telah merebak ke bahagian usus dan buah pinggangnya.

"Dia tidak mendapat bantuan sewajarnya kerana masalah dokumentasi. Walaupun lahir dalam negara namun pendaftaran kelahirannya yang lewat kerana dibesarkan isteri di Medan sehingga umurnya tiga tahun menyukarkan proses pendaftaran," katanya.

Katanya, dia berharap proses peroleh kewarganegaraan diselesaikan segera bagi menyelesaikan isu tunggakan bil di dua hospital mencecah hampir RM20,000.

"Kerana tiada Mykid, kos hospital menjadi mahal. Alhamdulillah rawatan kemoterapi yang berjumlah RM2,000 bagi setiap sesi ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor.

"Permohonan pendaftaran Maulana telah dibuat sebanyak dua kali dan dokumen yang diperlukan juga sudah lengkap hanya menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Katanya, keadaan Maulana yang kerap keluar masuk hospital menyebabkan dia dan isteri, Aguslina Suhaimi, 31, tiada pendapatan tetap sebaliknya hanya bekerja secara sambilan bagi menyara keluarga.

"Masalah anak yang sakit dan kerap masuk ke hospital menyebabkan saya sibuk menguruskannya sehingga dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan.

"Selepas jalani pembedahan saya mula cari pekerjaan namun tidak kekal lama hanya mampu bertahan kurang dua bulan selepas keadaannya kembali merosot kerana serangan sel kanser," katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Md Roslin boleh bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank miliknya berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000



blog counter views

Kajang - Dilahirkan pramatang pada usia kandungan mencecah lapan bulan, kehadiran pasangan kembar Elaina Sophea dan Eshal Sophea Muazd t...


Kajang - Dilahirkan pramatang pada usia kandungan mencecah lapan bulan, kehadiran pasangan kembar Elaina Sophea dan Eshal Sophea Muazd ternyata menjadi penyeri buat keluarga.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari melihat dunia, Elaina mengalami jangkitan kuman dan disahkan menghidap hydrocephalus, penyakit yang menyebabkan kepalanya membesar.

Ibu kepada pasangan kembar itu, Nadrah Atiqah Mazlan, 28, mengakui sedih dengan nasib yang menimpa anaknya.

Namun, dia sentiasa berharap agar Elaina yang kini mencecah usia lima bulan kembali pulih memandangkan anaknya itu bakal menjalani pembedahan tidak lama lagi. “Tipulah kalau tak sedih, dulu menangis setiap hari. 

Lama-lama saya pun OK, sebab Elaina pun sihat je, dah pandai borak-borak sekarang. “Dua bulan sembilan hari dia di hospital, selepas itu dia akan masuk ke wad seminggu sekali untuk buang air dari kepala secara manual. “Kemungkinan dia akan menjalani pembedahan pada minggu ini atau minggu depan, tarikh belum ditetapkan lagi,” ujar Nadrah. 

Nadrah berkata dia kini bertugas sebagai Pembantu Sumber Manusia di sebuah syarikat di ibu negara manakala suaminya sudah berhenti kerja sekitar Disember lalu.

Ia berikutan anaknya memerlukan pemerhatian rapi dan dia juga gusar untuk meletakkan Elaina di bawah jagaan pengasuh. “Suami saya yang jaga, dia berhenti kerja sebab syarikat dia juga kurang stabil. 

Apabila balik kerja, saya pula yang bergilir jaga anak. Tak berani nak bagi orang lain jaga,” kata Nadrah lagi. Bercerita mengenai pasangan kembar Elaina dan Eshal, Nadrah berkata tiada perbezaan ketara antara dua anaknya itu. Biarpun sakit, Elaina merupakan anak yang bagus dan tidak banyak meragam. 

“Mereka berdua sama sahaja. Tapi mestilah Elaina perlu diberi perhatian lebih sikit. “Tapi dia pun tak banyak meragam, sebab dia tak ada sakit lain pun melainkan hydrocephalus itu sahaja,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, posting mengenai Elaina yang dimuat naik oleh ibu saudaranya pada Jumaat lalu menerima lebih 13,000 Retweet. 

Malah, rata-rata netizen turut membanjiri posting berkenaan dan memberikan kata-kata positif serta mengirim doa buat Elaina. Mengulas hal itu, Nadrah mengakui terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan anaknya. “Memang tak sangka, saya sangat berterima kasih sebab mereka doakan anak saya. 

Kepada ibu-ibu lain yang yang senasib dengan saya, kena sentiasa kuat dan tabah. “Bayi tahu kalau kita sedih, jadi kita kena sentiasa kuat untuk mereka,” katanya lagi. Elaina dan Eshal dilahirkan pada 19 Oktober tahun lalu di Hospital Kajang, Selangor.

Mereka merupakan kelahiran pertama pasangan Nadrah dan Muazd yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2018. Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kongsi Portal Ini