Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000...


Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000 pelajar miskin di seluruh Malaysia, tahun ini.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, pelajar yang menerima bantuan adalah daripada keluarga yang memerlukan sumbangan kewangan dan peralatan persekolahan demi meneruskan pembelajaran.

“Insya-Allah, sasaran kita pada program kali ini ialah 2,000 pelajar. Kita akan menumpukan kawasan miskin bandar di Semenanjung dan kawasan pedalaman di Borneo.

“Kita telah bermula sejak 7 Disember 2019, dan pada 23 Disember lalu, kita telah sampaikan bantuan sekolah kepada 822 orang pelajar dari keluarga miskin.

“Kita masih memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan sasaran bantuan kepada 2,000 pelajar,” katanya.

Program Kit Bantuan Ke Sekolah ini adalah siri kelima penganjuran. Tahun 2018 mencatatkan seramai 1,000 pelajar menerima bantuan, dan setiap tahun berlaku peningkatan penerima bantuan sekolah.

Setiap pelajar akan menerima bantuan sekolah sumbangan berupa wang tunai RM100 dan barangan sekolah bernilai RM100 berupa beg sekolah, alat tulis, buku motivasi dan lain-lain peralatan.

Fokus utama penerima bantuan sekolah adalah yang berada di sekolah menengah kerana mereka tidak menerima bantuan dari Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bagi meningkatkan jumlah penerima sumbangan, Yayasan Ikhlas menyeru seluruh masyarakat sama ada syarikat atau individu yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas.

“Insya-Allah, kita akan tamat program Bantuan Sekolah ni pada 31 Januari 2020. Kita akan usaha untuk membantu para pelajar daripada keluarga miskin supaya mereka dapat ke sekolah dan mendapat pendidikan dengan baik, seterusnya menjadi modal insan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pihak yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Yayasan Ikhlas atau untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Yayasan Ikhlas di talian telefon atau melalui emel:

03-89265954
admin@yayasanikhlas.org.my
Progress:

RM0 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berj...


Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berjalan seperti rakan-rakan lain.

Nur Alya Mohd Sufian kini terbaring dan hanya mampu mengukir senyum jika disapa dan diusik ibu atau saudara mara yang menziarahinya.

Menurut ibunya, Aishah Othman, 50, Alya pada mulanya diserang demam panas yang teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital kerana keadaan yang sangat kritikal.

"Alya demam panas pada hari ke-39 arwah bapanya meninggalkan kami. Saya juga terpaksa melupakan hasrat untuk menguruskan jamuan tahlil 40 hari untuk arwah kerana terpaksa berkejar ke hospital.

"Mujurlah ketika itu ibu saudara arwah membantu menguruskan majlis. Memang sedih sebab saya sebagai isteri baru sahaja kehilangan suami kini anak pula tidak mampu berjalan," katanya di kediaman saudaranya di Kampung Selimbar, Muka Bukit di sini.

Aishah berkata, suaminya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Ogos lalu dan selepas itu dia mengambil alih semua tugasan menjaga Alya.

Sejak lima bulan lalu, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak mampu bangun dan makan sendiri.

Aishah yang bekerja di kedai makan mengakui perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli susu dan lampin pakai buang kerana terpaksa bercuti untuk menjaga Alya.

Katanya, sebelum ini Alya berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Keadaan semakin perit apabila kediaman mereka bocor teruk sehingga memaksa keluarga itu menumpang di rumah ibu saudara arwah bapa Alya.

"Sekarang musim tengkujuh. Saya tidak ada duit untuk membaiki kebocoran itu. Sebab itu saya menumpang di rumah mak saudara arwah," katanya.

Aishah berkata, dia akan mengajar anak sulungnya, Mohd Shahnizam, 19, untuk menguruskan Nur Alya sementara dia keluar mencari rezeki.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Aishah Othman atau boleh menghubunginya di talian berikut:

011-29382120
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Kangsar - Sumbangan dialu-alukan untuk kebajikan pelajar tahfiz yang terdiri dari anak-anak yatim dan asnaf. Marilah memberi saham...


Kuala Kangsar - Sumbangan dialu-alukan untuk kebajikan pelajar tahfiz yang terdiri dari anak-anak yatim dan asnaf. Marilah memberi saham utk membela anak yatim dan pelajar miskin di tahfiz ini.

“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat.

Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. 

Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.” 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang diperolehi oleh orang yang memberi makan serta bersyukur sama pahalanya dengan pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa serta bersabar”.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.

Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. 

Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Baqarah, ayat 220)

Perkataan yatim disebut sebanyak 23 kali dalam al-Quran dan ia pasti memberi satu isyarat jelas kepada umat Islam bahawa mereka perlu memberikan perhatian serta pembelaan untuk membolehkan anak yatim hidup selesa, sempurna seperti orang lain yang mempunyai ayah dan ibu.

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. 

Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: "Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain."

Ayat itu antara puluhan ayat menyarankan supaya hubungan dengan anak yatim ini bukan hanya sekadar memberi makan minum atau pakaian sahaja, tetapi juga layanan perasaan dengan mencampuri mereka penuh rasa cinta dan kasih sayang sebagaimana hubungan dengan adik beradik.

Umat Islam wajib memperbaiki keadaan mereka dengan memberikan pendidikan, bimbingan moral dan menguruskan harta kekayaan mereka. Jangan dipersia-siakan nasib mereka sehingga moral menjadi rosak dan hak mereka terbengkalai.

Dahulunya, sebahagian penjaga anak yatim mencampurkan makanan anak yatim dengan makanan mereka, harta anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan ada kala berlaku penganiayaan terhadap anak yatim.

Orang ramai boleh hulurkan sumbangan ke no akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Ad Dawwamah atau hubungi mereka:

012-3537313
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kuala Lumpur - Perbuatan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain undang padah apabila kegiatan itu dihid...


Kuala Lumpur - Perbuatan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain undang padah apabila kegiatan itu dihidu orang ramai.

Suspek yang menggunakan gambar anak-anak sakit kronik menyebarkan bantuan derma kononnya untuk merawat anaknya yang sakit.

Orang ramai mula berasa ragu dengan kesahihan informasi apabila nombor akaun yang sama digunakan untuk mengutip derma bagi anak-anak yang berlainan.

Perkongsian pengguna Facebook, Ihs Muadzam Muadzam membuka mata orang ramai apabila dia menyedari nombor akaun dan gambar anak sakit mencurigakan. Mendapat sehingga lebih 11k shares, Ihs Muadzam menyeru netizen supaya tidak lagi terpedaya dengan helah yang digunakan.

Terbaru, media melaporkan seorang penjaga parkir ditahan polis di rumahnya semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes ini. Polis menahan penjaga parkir berusia 24 tahun itu selepas menerima maklumat orang awam mengenai akaun bank digunakan untuk tujuan ‘scam’.

Difahamkan, suspek menyerahkan kad ATM miliknya kepada sepasang suami isteri dan dibayar sejumlah wang sebagai upah.

Menurut Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pasangan suami isteri tersebut menggunakan akaun suspek untuk mengelakkan perbuatan mereka dikesan. Pasangan ‘scammer’ itu turut menggunakan beberapa lagi akaun suspek yang lain.

Kegiatan itu dipercayai dilakukan secara berkala sejak 2015 sebelum dihentikan dan kembali aktif pada April tahun ini.

Pasangan itu memegang kad ATM (suspek) berkenaan dan dipercayai membayar sejumlah wang sebagai upah.

Buat masa ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut menjejaki pasangan suami isteri berkenaan.

Polis juga bekerjasama dengan pengurusan bank bagi menyemak transaksi wang masuk yang diterima pasangan ini hasil sumbangan orang ramai.

Dalam satu kenyataan terdahulu, polis sedang mengesan Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy beralamat terakhir di PPR Beringin, Jalan Miri Off dan isteri Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah beralamat terakhir di PPR Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin di talian 013-9063634 atau Inspektor Razmil Razak di talian 012-7150785.

blog counter views

Dungun - Doakan untuk Siti Umaimah Bt Saludin berumur 20 tahun (Gen28 MDQ). Sedikit maklumat tentang Umaimah (sumber: Group Whatsapp Gen...


Dungun - Doakan untuk Siti Umaimah Bt Saludin berumur 20 tahun (Gen28 MDQ). Sedikit maklumat tentang Umaimah (sumber: Group Whatsapp Gen28 Banat).

25 Jun 2019 - Umaimah dah masuk hospital. (Tak pasti HSNZ atau Hosp. Dungun). Doktor tak dapat kenal pasti umaimah sakit apa. Puncanya demam dan batuk.

(Mak umaimah cerita dekat kami yg umaimah takde selera makan sebab terlalu banyak program Pasti. Umaimah kerja sebagai cikgu pasti di Dungun)

7 July 2019 - Kami melawat umaimah di HSNZ. Keadaan demam teruk. Ditemani mak dan ayahnya yg mesra melayan kehadiran kami.

Tak pasti lama mana duduk di hospital, sebab dapat berita yg umaimah selalu sangat keluar masuk hospital sejak 25 jun tu.

7 November 2019 - Umaimah operate kepala sebab doktor kata ada cecair dalam kepala. Dan umaimah terpaksa pakai wayar seumur hidup. Operate di HSNZ.

Sekarang dah transfer ke Hospital Dungun dan doktor kata kena stay di hospital selama setahun sebab umaimah terpaksa bergantung dengan ubat.

Semalam, 14 Disember 2019, Mak umaimah meninggal dunia lebih kurang jam 10 malam. Dikhabarkan sakit barah.

Harini 15 Disember 2019, kami melawat pengebumian mak umaimah di rumah tok dia di manir. Umaimah boleh keluar hospital sekejap, untuk memcium maknya buat kali yg terakhir. 

Keadaan umaimah tadi terbaring, pakai pampers, makan dan minum melalui tiub, mata tak nampak apa2.

Mohon sangat2 kepada semua, jangan baca saja2 post ni. Umaimah sendiri pun alumni MDQ. Segala infaq Tuan/Puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan yang mulia Jazakumullahu khairan jaza'.

Siapa2 yang berkelapangan dan yang nak berikan bantuan, boleh salurkan terus ke akaun bank berikut atas nama Saludin bin Hamzah (Ayah Umaimah) atau hubunginya:

013-9395653
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup ...


Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup berhutang daripada ceti bagi memastikan kesihatan anaknya pulih seperti sediakala.

Bagaimanapun, belum pun langsai hutang berbaki RM12,000, Ahmad Zamri Maarof, 45, dan Earnie Yusnida Pahang, 41, dari Kampung Paya Keladan, di sini kembali diuji dengan kesihatan anaknya, Ahmad Ziqrie Ahmad Zamri, 16, apabila terpaksa menyediakan kos perubatan sebanyak RM30,000 bagi pembedahan kali ketiga untuk membuang ketumbuhan terbabit.

Earnie yang berniaga kecil-kecilan mengakui, hutang ceti itu terpaksa dilakukan bagi membiayai kos pembedahan anaknya sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kami terpaksa membuat pinjaman tersebut demi anak. Walaupun malu, tertekan, namun demi anak, apa pun sanggup kami usahakan.

Menurutnya, setiap bulan gaji suaminya dipotong sebanyak RM750 sebulan untuk menjelaskan pinjaman keseluruhan berjumlah RM15,000.

Mengulas mengenai kesihatan anaknya, Earnie memberitahu anak sulung tiga beradik itu menghidap penyakit tersebut sejak berumur 12 tahun.

Pada peringkat awal katanya, terdapat lelehan darah keluar dari telinga Ahmad Ziqrie selama seminggu sebelum timbul benjolan kecil di belakang telinganya.

"Kami membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk pemeriksaan, namun doktor tidak dapat mengenal pasti dan perlu menunggu doktor pakar.

"Akhirnya kami membawa anak ke sebuah hospital swasta selepas keadaannya semakin teruk dan sejak itu dua kali pembedahan dijalankan dengan menelan belanja puluhan ribu.

"Untuk tujuan itu, saya dan suami mengeluarkan semua wang simpanan dan menggadaikan barangan kemas selain terpaksa meminjam daripada ceti," akuinya.

Katanya, keadaan dialami itu membuatkan Ahmad Ziqrie malu ke sekolah dan hanya menamatkan persekolahan di tingkatan satu sahaja.

Ujarnya, bagi pembedahan kali ketiga ini, dia mengakui sanggup menebalkan muka meminta simpati masyarakat.

"Saya terpaksa kali ini memikirkan nasib anak yang menanggung penyakit ini selepas doktor mengesyaki kemungkinan ia adalah kanser dan perlu membuat pembedahan lagi," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Ahmad Zamri Maarof atau menghubunginya:

013-3406932
Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000



blog counter views

Machang - Bukan tidak memikirkan masa depan dan bekerja seperti remaja lain, namun tanggungjawab menjaga ibu yang terlantar lebih menjad...


Machang - Bukan tidak memikirkan masa depan dan bekerja seperti remaja lain, namun tanggungjawab menjaga ibu yang terlantar lebih menjadi keutamaan kepada Nur Farah Syakila Ramli, 23.

Ibunya, Noraini Abu Seman, 59, terlantar sejak dua tahun lalu selepas terjatuh ketika menunggang motosikal sehingga mengalami pendarahan dan kecederaan parah di bahagian kepala.

Sejak saat itu, Nur Farah yang ketika itu bekerja di Kuala Lumpur melakukan pengorbanan besar berhenti kerja untuk menjaga ibunya di Kampung Simpul Belubang, Machang memandangkan adik-beradik lain mempunyai komitmen masing-masing, termasuklah dua di universiti dan seorang lagi masih di bangku sekolah.

"Saya tidak pernah mengeluh untuk jaga mak. Cuma yang saya risau sekarang ialah apabila ayah saya, Ramli Che Ngoh juga kini sudah tidak mampu bekerja selepas serangan jantung bulan lalu.

"Saya risau sumber pendapatan kami semakin terhad dan saya pula tidak boleh meninggalkan ibu sendirian untuk bekerja.

"Adik-beradik yang lain ada juga membantu tapi sekadar yang mampu sahaja sebab mereka juga membantu dua lagi adik-beradik kami di universiti dan seorang tingkatan empat," katanya.

Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook mengenai kegigihan Nur Farah yang sanggup berhenti kerja menjaga ibunya yang sakit akibat kemalangan tersebut.

Ketika kejadian dua tahun lalu, Noraini dikatakan mengalami pening kepala selepas menghantar suami ke tempat kerja, namun tetap meneruskan perjalanan ke bank untuk memasukkan duit kepada anaknya yang berada di universiti ketika itu.

Dalam perjalanan pulang, Noraini dikatakan rebah dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala.

Nur Farah memberitahu, ibunya memerlukan sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan untuk pengurusan melibatkan pembelian susu, lampin pakai buang, perkakasan perubatan cuci luka dan sebagainya.

Katanya, susu diperlukan ibunya lebih mahal berbanding susu lain memandangkan ia mempunyai rumusan khas untuk penghidap kencing manis.

"Untuk susu sahaja saya perlukan RM1,200 sebulan memandangkan ibu memang tidak boleh makan makanan lain. Saya cuba kecilkan perbelanjaan lain bagi memastikan keperluan ibu terjaga.

"Saya berharap ada pihak boleh bantu kami untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Kalaulah saya boleh bekerja sendiri, saya tidak akan menyusahkan orang lain tapi apakan daya, menjaga ibu lebih penting buat saya. Ayah pun sudah tidak boleh buat kerja berat lagi," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan melalui akaun bank berikut atas nama Nur Farah Shakylla Ramli:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas be...


Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas berkenaan dari Hospital King Abdullah, Jeddah berjumlah RM150, 000.

Warga emas yang berasal dari Felda Raja Alias 1, Jempol itu telah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana masalah komplikasi jantung dan buah pinggang ketika sedang menunaikan umrah.

Anak sulungnya, Mohd Faizal Abd Aziz, 35, berkata, bapa dengan ibunya ke Makkah menunaikan umrah pada 8 November namun pada hari terakhir di sana iaitu pada 18 November dia tiba-tiba rebah ketika sedang menunggu penerbangan.

"Ayah tak dapat pulang dan terpaksa ditahan di wad dan kini terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

"Sebelum pergi umrah ayah sihat sahaja dan hanya ada penyakit kencing manis tapi terkawal. Tapi selepas seminggu di sana, ayah mula tak sihat dan demam," katanya.

Menurutnya, ketika ini ibu dan dua adiknya serta adik ipar berada di Jeddah untuk menemani ayahnya.

Katanya, keluarga berusaha untuk membawa ayahnya pulang tetapi doktor hanya benarkan pulang dengan menaiki penerbangan khas dengan kos RM150,000.

"Kami dah cuba berusaha minta bantuan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia sebab ayah bekas tentera, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di sana.

"Mereka kata boleh bantu urusan bawa pulang tapi kos perlu tanggung sendiri. Keluarga dah buntu sebab kos itu terlalu besar, kami memang tak mampu dan sangat berharap ayah dapat dibawa balik ke sini untuk teruskan rawatan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Mohd Faizal di talian berikut:

019-5965649
Progress:

RM0 raised

Goal: RM150000



blog counter views

Kuala Kangsar - Walaupun dua daripada lapan anaknya disahkan menghidap penyakit jantung sejak kecil, Mohamed Fairos Mustafa, 39, tetap c...


Kuala Kangsar - Walaupun dua daripada lapan anaknya disahkan menghidap penyakit jantung sejak kecil, Mohamed Fairos Mustafa, 39, tetap cekal menjaga kesemua mereka di samping isteri, Wahida Ahmad, 36.

Lelaki ini tidak sesekali berasa putus asa membesarkan mereka, khususnya bagi merawat dua anaknya itu yang kini mengalami masalah rentak jantung tidak normal meskipun pendapatan bulanan dengan bekerja kampung kira-kira RM900 sebulan.

Selepas anak bongsunya, Nor Fatiha Damia, 4, yang menghidap jantung berlubang sejak lahir selesai menjalani pembedahan bagi memasukkan bateri ke jantung pada 2016, kini giliran abangnya, Ahmad Fauzi, 9, berdepan situasi serupa.

Ahmad Fauzi yang menghidap jantung berlubang dan mula mendapatkan rawatan sejak berusia enam bulan hingga hujung tahun lalu kini menghadapi masalah rentak jantung tidak normal.

Sementara itu, Mohamed Fairos berkata, bantuan bulanan yang diterima dari JKM sebanyak RM450 sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung mereka 10 beranak, malah perlu mengeluarkan belanja sendiri khususnya ketika menghantar anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur kebanyakan kos rawatan Ahmad Fauzi sebelum ini dibiaya melalui subsidi rawatan dari kerajaan selain sumbangan orang ramai ketika kes Nor Fatiha Damia pernah disiarkan media.

“Walaupun mendapat subsidi, kami tetap perlu menampung sebahagian kos kira-kira RM10,000 untuk pembedahan seterusnya bagi memasukkan bateri dalam badan Ahmad Fauzi pada Februari 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM55,000.

“Sebelum ini permohonan menampung kos RM10,000 itu diluluskan Baitulmal Majlis Agama Islam Perak melalui surat jaminan yang dikeluarkan, namun peruntukan itu ‘hangus’ kerana ketika itu doktor mengatakan anak saya (Ahmad Fauzi) belum sedia untuk dibedah sebaliknya hanya perlu dimasukkan ke ICU IJN pada hujung November lalu yang menelan kos RM4,000.

“Kini kami buntu untuk mendapatkan semula peruntukan membiaya kos pembedahan yang dipinda kepada Februari 2020 depan dari tarikh sepatutnya iaitu hujung bulan lalu memandangkan perlu melalui proses yang panjang serta bimbang permohonan kali ini ditolak,” katanya di rumah sewa mereka di Kampung Ketior Dalam, Manong.

Katanya, keadaan dua anaknya itu juga memaksanya melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupan.

Selain itu, disebabkan ketiadaan kenderaan, Mohamed Fairos perlu menyewa kereta dengan membayar RM100 sehari bagi merujuk kes anaknya kepada doktor.

“Sekali mereka sakit, kadangkala saya terpaksa memperuntukkan seminggu hingga dua minggu untuk menemani mereka di hospital dan bayangkanlah kalau sepanjang dua minggu saya perlu menemani mereka di IJN yang memaksa saya bukan hanya perlu membayar sewa kereta, malah tol, petrol, penginapan, makan, dan sebagainya sepanjang di sana.

“Tambahan pula bateri yang dimasukkan ada jangka hayatnya yang menyebabkan ia perlu ditukar, termasuk bateri dalam badan Nor Fatiha Damia yang perlu diperbaharui dua tahun dari sekarang dengan kos dianggarkan berjumlah RM35,000,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Mohamed Fairos di talian berikut mahupun melalui sumbangan:

019-4963730
Progress:

RM0 raised

Goal: RM35000



blog counter views

Kongsi Portal Ini