Anak pohon bantuan orang ramai bawa pulang ayah dari Jeddah - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas be...

Anak pohon bantuan orang ramai bawa pulang ayah dari Jeddah


Seremban - Keluarga pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos membawa pulang warga emas berkenaan dari Hospital King Abdullah, Jeddah berjumlah RM150, 000.

Warga emas yang berasal dari Felda Raja Alias 1, Jempol itu telah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana masalah komplikasi jantung dan buah pinggang ketika sedang menunaikan umrah.

Anak sulungnya, Mohd Faizal Abd Aziz, 35, berkata, bapa dengan ibunya ke Makkah menunaikan umrah pada 8 November namun pada hari terakhir di sana iaitu pada 18 November dia tiba-tiba rebah ketika sedang menunggu penerbangan.

"Ayah tak dapat pulang dan terpaksa ditahan di wad dan kini terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

"Sebelum pergi umrah ayah sihat sahaja dan hanya ada penyakit kencing manis tapi terkawal. Tapi selepas seminggu di sana, ayah mula tak sihat dan demam," katanya.

Menurutnya, ketika ini ibu dan dua adiknya serta adik ipar berada di Jeddah untuk menemani ayahnya.

Katanya, keluarga berusaha untuk membawa ayahnya pulang tetapi doktor hanya benarkan pulang dengan menaiki penerbangan khas dengan kos RM150,000.

"Kami dah cuba berusaha minta bantuan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia sebab ayah bekas tentera, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di sana.

"Mereka kata boleh bantu urusan bawa pulang tapi kos perlu tanggung sendiri. Keluarga dah buntu sebab kos itu terlalu besar, kami memang tak mampu dan sangat berharap ayah dapat dibawa balik ke sini untuk teruskan rawatan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Mohd Faizal di talian berikut:

019-5965649
Progress:

RM0 raised

Goal: RM150000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini