Terpaksa pinjam ceti demi tampung pembedahan ketumbuhan anak lelaki - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup ...

Terpaksa pinjam ceti demi tampung pembedahan ketumbuhan anak lelaki


Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup berhutang daripada ceti bagi memastikan kesihatan anaknya pulih seperti sediakala.

Bagaimanapun, belum pun langsai hutang berbaki RM12,000, Ahmad Zamri Maarof, 45, dan Earnie Yusnida Pahang, 41, dari Kampung Paya Keladan, di sini kembali diuji dengan kesihatan anaknya, Ahmad Ziqrie Ahmad Zamri, 16, apabila terpaksa menyediakan kos perubatan sebanyak RM30,000 bagi pembedahan kali ketiga untuk membuang ketumbuhan terbabit.

Earnie yang berniaga kecil-kecilan mengakui, hutang ceti itu terpaksa dilakukan bagi membiayai kos pembedahan anaknya sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kami terpaksa membuat pinjaman tersebut demi anak. Walaupun malu, tertekan, namun demi anak, apa pun sanggup kami usahakan.

Menurutnya, setiap bulan gaji suaminya dipotong sebanyak RM750 sebulan untuk menjelaskan pinjaman keseluruhan berjumlah RM15,000.

Mengulas mengenai kesihatan anaknya, Earnie memberitahu anak sulung tiga beradik itu menghidap penyakit tersebut sejak berumur 12 tahun.

Pada peringkat awal katanya, terdapat lelehan darah keluar dari telinga Ahmad Ziqrie selama seminggu sebelum timbul benjolan kecil di belakang telinganya.

"Kami membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk pemeriksaan, namun doktor tidak dapat mengenal pasti dan perlu menunggu doktor pakar.

"Akhirnya kami membawa anak ke sebuah hospital swasta selepas keadaannya semakin teruk dan sejak itu dua kali pembedahan dijalankan dengan menelan belanja puluhan ribu.

"Untuk tujuan itu, saya dan suami mengeluarkan semua wang simpanan dan menggadaikan barangan kemas selain terpaksa meminjam daripada ceti," akuinya.

Katanya, keadaan dialami itu membuatkan Ahmad Ziqrie malu ke sekolah dan hanya menamatkan persekolahan di tingkatan satu sahaja.

Ujarnya, bagi pembedahan kali ketiga ini, dia mengakui sanggup menebalkan muka meminta simpati masyarakat.

"Saya terpaksa kali ini memikirkan nasib anak yang menanggung penyakit ini selepas doktor mengesyaki kemungkinan ia adalah kanser dan perlu membuat pembedahan lagi," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Ahmad Zamri Maarof atau menghubunginya:

013-3406932
Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini