Derita ibu tunggal suami sudah meninggal dan anak pula sakit lumpuh - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berj...

Derita ibu tunggal suami sudah meninggal dan anak pula sakit lumpuh


Machang - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada ibunya apabila tidak lagi mampu berjalan seperti rakan-rakan lain.

Nur Alya Mohd Sufian kini terbaring dan hanya mampu mengukir senyum jika disapa dan diusik ibu atau saudara mara yang menziarahinya.

Menurut ibunya, Aishah Othman, 50, Alya pada mulanya diserang demam panas yang teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital kerana keadaan yang sangat kritikal.

"Alya demam panas pada hari ke-39 arwah bapanya meninggalkan kami. Saya juga terpaksa melupakan hasrat untuk menguruskan jamuan tahlil 40 hari untuk arwah kerana terpaksa berkejar ke hospital.

"Mujurlah ketika itu ibu saudara arwah membantu menguruskan majlis. Memang sedih sebab saya sebagai isteri baru sahaja kehilangan suami kini anak pula tidak mampu berjalan," katanya di kediaman saudaranya di Kampung Selimbar, Muka Bukit di sini.

Aishah berkata, suaminya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Ogos lalu dan selepas itu dia mengambil alih semua tugasan menjaga Alya.

Sejak lima bulan lalu, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak mampu bangun dan makan sendiri.

Aishah yang bekerja di kedai makan mengakui perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli susu dan lampin pakai buang kerana terpaksa bercuti untuk menjaga Alya.

Katanya, sebelum ini Alya berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Keadaan semakin perit apabila kediaman mereka bocor teruk sehingga memaksa keluarga itu menumpang di rumah ibu saudara arwah bapa Alya.

"Sekarang musim tengkujuh. Saya tidak ada duit untuk membaiki kebocoran itu. Sebab itu saya menumpang di rumah mak saudara arwah," katanya.

Aishah berkata, dia akan mengajar anak sulungnya, Mohd Shahnizam, 19, untuk menguruskan Nur Alya sementara dia keluar mencari rezeki.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Aishah Othman atau boleh menghubunginya di talian berikut:

011-29382120
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini