Bapa rayu bantuan orang ramai tampung kos pembedahan jantung anak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Kangsar - Walaupun dua daripada lapan anaknya disahkan menghidap penyakit jantung sejak kecil, Mohamed Fairos Mustafa, 39, tetap c...

Bapa rayu bantuan orang ramai tampung kos pembedahan jantung anak


Kuala Kangsar - Walaupun dua daripada lapan anaknya disahkan menghidap penyakit jantung sejak kecil, Mohamed Fairos Mustafa, 39, tetap cekal menjaga kesemua mereka di samping isteri, Wahida Ahmad, 36.

Lelaki ini tidak sesekali berasa putus asa membesarkan mereka, khususnya bagi merawat dua anaknya itu yang kini mengalami masalah rentak jantung tidak normal meskipun pendapatan bulanan dengan bekerja kampung kira-kira RM900 sebulan.

Selepas anak bongsunya, Nor Fatiha Damia, 4, yang menghidap jantung berlubang sejak lahir selesai menjalani pembedahan bagi memasukkan bateri ke jantung pada 2016, kini giliran abangnya, Ahmad Fauzi, 9, berdepan situasi serupa.

Ahmad Fauzi yang menghidap jantung berlubang dan mula mendapatkan rawatan sejak berusia enam bulan hingga hujung tahun lalu kini menghadapi masalah rentak jantung tidak normal.

Sementara itu, Mohamed Fairos berkata, bantuan bulanan yang diterima dari JKM sebanyak RM450 sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung mereka 10 beranak, malah perlu mengeluarkan belanja sendiri khususnya ketika menghantar anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur kebanyakan kos rawatan Ahmad Fauzi sebelum ini dibiaya melalui subsidi rawatan dari kerajaan selain sumbangan orang ramai ketika kes Nor Fatiha Damia pernah disiarkan media.

“Walaupun mendapat subsidi, kami tetap perlu menampung sebahagian kos kira-kira RM10,000 untuk pembedahan seterusnya bagi memasukkan bateri dalam badan Ahmad Fauzi pada Februari 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM55,000.

“Sebelum ini permohonan menampung kos RM10,000 itu diluluskan Baitulmal Majlis Agama Islam Perak melalui surat jaminan yang dikeluarkan, namun peruntukan itu ‘hangus’ kerana ketika itu doktor mengatakan anak saya (Ahmad Fauzi) belum sedia untuk dibedah sebaliknya hanya perlu dimasukkan ke ICU IJN pada hujung November lalu yang menelan kos RM4,000.

“Kini kami buntu untuk mendapatkan semula peruntukan membiaya kos pembedahan yang dipinda kepada Februari 2020 depan dari tarikh sepatutnya iaitu hujung bulan lalu memandangkan perlu melalui proses yang panjang serta bimbang permohonan kali ini ditolak,” katanya di rumah sewa mereka di Kampung Ketior Dalam, Manong.

Katanya, keadaan dua anaknya itu juga memaksanya melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupan.

Selain itu, disebabkan ketiadaan kenderaan, Mohamed Fairos perlu menyewa kereta dengan membayar RM100 sehari bagi merujuk kes anaknya kepada doktor.

“Sekali mereka sakit, kadangkala saya terpaksa memperuntukkan seminggu hingga dua minggu untuk menemani mereka di hospital dan bayangkanlah kalau sepanjang dua minggu saya perlu menemani mereka di IJN yang memaksa saya bukan hanya perlu membayar sewa kereta, malah tol, petrol, penginapan, makan, dan sebagainya sepanjang di sana.

“Tambahan pula bateri yang dimasukkan ada jangka hayatnya yang menyebabkan ia perlu ditukar, termasuk bateri dalam badan Nor Fatiha Damia yang perlu diperbaharui dua tahun dari sekarang dengan kos dianggarkan berjumlah RM35,000,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Mohamed Fairos di talian berikut mahupun melalui sumbangan:

019-4963730
Progress:

RM0 raised

Goal: RM35000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini