Scammer tipu anak sakit kronik ditahan, pasangan suami isteri masih dikesan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Perbuatan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain undang padah apabila kegiatan itu dihid...

Scammer tipu anak sakit kronik ditahan, pasangan suami isteri masih dikesan


Kuala Lumpur - Perbuatan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain undang padah apabila kegiatan itu dihidu orang ramai.

Suspek yang menggunakan gambar anak-anak sakit kronik menyebarkan bantuan derma kononnya untuk merawat anaknya yang sakit.

Orang ramai mula berasa ragu dengan kesahihan informasi apabila nombor akaun yang sama digunakan untuk mengutip derma bagi anak-anak yang berlainan.

Perkongsian pengguna Facebook, Ihs Muadzam Muadzam membuka mata orang ramai apabila dia menyedari nombor akaun dan gambar anak sakit mencurigakan. Mendapat sehingga lebih 11k shares, Ihs Muadzam menyeru netizen supaya tidak lagi terpedaya dengan helah yang digunakan.

Terbaru, media melaporkan seorang penjaga parkir ditahan polis di rumahnya semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes ini. Polis menahan penjaga parkir berusia 24 tahun itu selepas menerima maklumat orang awam mengenai akaun bank digunakan untuk tujuan ‘scam’.

Difahamkan, suspek menyerahkan kad ATM miliknya kepada sepasang suami isteri dan dibayar sejumlah wang sebagai upah.

Menurut Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pasangan suami isteri tersebut menggunakan akaun suspek untuk mengelakkan perbuatan mereka dikesan. Pasangan ‘scammer’ itu turut menggunakan beberapa lagi akaun suspek yang lain.

Kegiatan itu dipercayai dilakukan secara berkala sejak 2015 sebelum dihentikan dan kembali aktif pada April tahun ini.

Pasangan itu memegang kad ATM (suspek) berkenaan dan dipercayai membayar sejumlah wang sebagai upah.

Buat masa ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut menjejaki pasangan suami isteri berkenaan.

Polis juga bekerjasama dengan pengurusan bank bagi menyemak transaksi wang masuk yang diterima pasangan ini hasil sumbangan orang ramai.

Dalam satu kenyataan terdahulu, polis sedang mengesan Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy beralamat terakhir di PPR Beringin, Jalan Miri Off dan isteri Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah beralamat terakhir di PPR Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin di talian 013-9063634 atau Inspektor Razmil Razak di talian 012-7150785.

blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini