Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: temerloh

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label temerloh. Papar semua catatan

Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata ber...




Temerloh - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah apa yang dirasakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan empat cahaya mata berusia antara tiga hingga 14 tahun selepas kematian suaminya pada Januari lalu.

Lebih pilu, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga dan menampung kos perubatan si bongsu, Nur Airis Maisarah Mohd. Zulkarnaen, 3, yang mengalami masalah buah pinggang bocor.

"Saya kerja tak menentu. Saya buat macam-macam, mengikut tawaran yang ada. Kadang-kadang orang minta tolong berniaga, ada kalanya orang minta saya buat kerja penghantaran barang.

"Pada masa sama, saya juga ambil tempahan kuih-muih tradisional. Tapi sekarang kos bahan mentah semua dah meningkat, saya pun serba-salah untuk naikkan harga.

"Bila buat macam-macam kerja, memang saya terkejar dengan masa. Nak uruskan anak yang sekolah lagi, kemudian nak uruskan anak bongsu yang sakit. Masa saya kena atur sendiri," ujarnya.

Mesra disapa Faizah, dia yang menetap di Temerloh, Pahang mengakui perjalanan kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata selepas suaminya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.

Paling sedih katanya, dia juga terpaksa mengurangkan kekerapan rawatan untuk anak bongsunya kerana perbelanjaan dari Pahang ke ibu negara memakan belanja yang besar.

"Anak saya mula sakit masa dia umur setahun enam bulan. Dia menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

"Dulu kami akan bawa dia untuk dimasukkan ubat sebanyak tiga kali seminggu. Tapi selepas kematian suami, saya minta doktor kurangkan kekerapan rawatan.

"Saya tak mampu nak pergi tiga kali seminggu. Saya minta budi bicara mereka agar rawatan dibuat sekali sebulan saja.

"Lepas suami tiada, saya memandu sendiri ke hospital. Kos sehala dah makan belanja lebih RM100 untuk minyak dan tol. Kami memang tak makan kalau ke sana, kami bawa bekal saja.

"Setiap kali pergi sana, anak-anak yang lain saya tinggalkan di rumah saya atau tumpangkan di rumah nenek mereka. Mujurlah nenek duduk dekat," ujarnya lagi.

Menurut Faizah, doktor juga tidak dapat memberi jaminan mengenai masa depan anaknya, malah peluang untuk sembuh sepenuhnya juga masih lagi samar.

"Bila dia alami buah pinggang bocor, kalau silap bagi makan, habis bengkak satu badan. Dia juga akan alami sakit perut dan cirit-birit," ujarnya lagi.

Selain anaknya, Faizah juga menghidap sakit tiroid, sekali gus memberi kesan untuknya menjalani kehidupan harian secara normal.

"Saya mula sakit selepas melahirkan anak bongsu. Kesannya, kadang-kadang saya akan rasa letih. Tiba-tiba dada jadi laju, macam kita rasa gemuruh. Sakit tak menentu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Faizah atau menghubunginya:


013-6958230
Progress:

RM120 raised

Goal: RM5000



Temerloh - Mesti semua terlupa bahawa setiap pakaian yang kita pakai, tidak semua yang mampu pakai.. Tempat tinggal yang kita duduk, tid...


Temerloh - Mesti semua terlupa bahawa setiap pakaian yang kita pakai, tidak semua yang mampu pakai.. Tempat tinggal yang kita duduk, tidak semua yang mampu milik dan makan minum yang kita jamah, tidak semua yang dapat merasai kenikmatan makanan itu

Terutamanya, para tahfiz dan anak yatim yang sangat memerlukan untuk teruskan kehidupan sebagai pejuang, panji dan pemimpin Islam pada masa depan.

Kami sangat memerlukan sumbangan ikhlas daripada tuan & puan untuk pembangunan penginapan pelajar Maahad Tahfiz Al Istiqamah Temerloh Pahang

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.”

Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.

(Riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Kami memerlukan sumbangan ikhlas Tuan /Puan sebanyak mungkin untuk dana pengurusan dan pembangunan asrama pelaja.
.
Permintaan yang sangat ramai untuk memasuki ke Tahfiz Istiqamah Temerloh, maka kami merancang untu membuat persiapan awal supaya kami dapat memastikan prasarana bagi para tahfiz muda ini dapat disediakan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Al Istiqamah atau hubungi Pengurusan:

019-9610849
Progress:

RM100 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup ...


Temerloh - Sepasang suami isteri yang buntu memikirkan kos menampung pembedahan bagi membuang ketumbuhan di telinga anak mereka sanggup berhutang daripada ceti bagi memastikan kesihatan anaknya pulih seperti sediakala.

Bagaimanapun, belum pun langsai hutang berbaki RM12,000, Ahmad Zamri Maarof, 45, dan Earnie Yusnida Pahang, 41, dari Kampung Paya Keladan, di sini kembali diuji dengan kesihatan anaknya, Ahmad Ziqrie Ahmad Zamri, 16, apabila terpaksa menyediakan kos perubatan sebanyak RM30,000 bagi pembedahan kali ketiga untuk membuang ketumbuhan terbabit.

Earnie yang berniaga kecil-kecilan mengakui, hutang ceti itu terpaksa dilakukan bagi membiayai kos pembedahan anaknya sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kami terpaksa membuat pinjaman tersebut demi anak. Walaupun malu, tertekan, namun demi anak, apa pun sanggup kami usahakan.

Menurutnya, setiap bulan gaji suaminya dipotong sebanyak RM750 sebulan untuk menjelaskan pinjaman keseluruhan berjumlah RM15,000.

Mengulas mengenai kesihatan anaknya, Earnie memberitahu anak sulung tiga beradik itu menghidap penyakit tersebut sejak berumur 12 tahun.

Pada peringkat awal katanya, terdapat lelehan darah keluar dari telinga Ahmad Ziqrie selama seminggu sebelum timbul benjolan kecil di belakang telinganya.

"Kami membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk pemeriksaan, namun doktor tidak dapat mengenal pasti dan perlu menunggu doktor pakar.

"Akhirnya kami membawa anak ke sebuah hospital swasta selepas keadaannya semakin teruk dan sejak itu dua kali pembedahan dijalankan dengan menelan belanja puluhan ribu.

"Untuk tujuan itu, saya dan suami mengeluarkan semua wang simpanan dan menggadaikan barangan kemas selain terpaksa meminjam daripada ceti," akuinya.

Katanya, keadaan dialami itu membuatkan Ahmad Ziqrie malu ke sekolah dan hanya menamatkan persekolahan di tingkatan satu sahaja.

Ujarnya, bagi pembedahan kali ketiga ini, dia mengakui sanggup menebalkan muka meminta simpati masyarakat.

"Saya terpaksa kali ini memikirkan nasib anak yang menanggung penyakit ini selepas doktor mengesyaki kemungkinan ia adalah kanser dan perlu membuat pembedahan lagi," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Ahmad Zamri Maarof atau menghubunginya:

013-3406932
Progress:

RM0 raised

Goal: RM15000



blog counter views

Temerloh - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dari Taman Setia Jasa di sini berdepan ujian terhebat pabila disahkan meng...


Temerloh - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dari Taman Setia Jasa di sini berdepan ujian terhebat pabila disahkan menghidap kanser tulang tahun lalu.

Disebabkan kanser tersebut, kaki kiri Mohamad Afif Ilyas Mohd Haidir terpaksa dipotong dan tidak dapat meneruskan persekolahan selepas pembedahan pada Mac lalu.

Ibunya, Rosidah Kamisan, 36, berkata, dia tidak menyangka kesakitan di kaki kiri anak ketiga daripada lima beradik itu akibat terkena sepakan rakan ketika bermain membawa detik hitam sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

"Dari kecil dia lincah seperti kanak-kanak lain sehinggalah ketika berusia enam tahun dia mengalami sakit berlarutan di bahagian kaki dan disahkan menghidap kanser tulang (osteosarcoma).

"Pada masa ini dia masih melakukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur dan tidak dapat bersekolah kerana tiada kaki palsu," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurutnya, buat masa ini, selain rawatan susulan di HKL, anaknya juga perlu berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh serta memerlukan susu khas setiap hari.

"Kami menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mulai bulan ini dan selain bantuan zakat sebanyak RM1,000 diterima sekali sebelum ini.

Dalam pada itu Rosidah berkata, keadaan keluarganya bagai jatuh ditimpa tangga apabila suaminya, Mohd Haidir Minin, 36, yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Temerloh hanya diberikan gaji hari pada masa ini disebabkan banyak mengambil cuti bagi menguruskan anaknya.

Katanya, kekurangan pendapatan suaminya itu menyebabkan mereka sekeluarga terbeban kerana perlu menyara tiga orang anak yang masih bersekolah dan menanggung rawatan susulan anaknya itu.

"Jadi dengan mengharapkan gaji hari yang diberikan sememangnya agak perit apatah lagi untuk berulang ke HKL yang memakan belanja kira-kira RM300 selain susu khas yang perlu dibeli," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian berikut atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank dibawah atas nama Rosidah Kamisan:

019-9485141
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Temerloh - Lapan daripada 64 unit pondok asrama kayu lelaki di Madrasah Ad-dinniah Al-islamiah, di Temerloh hangus terbakar. Ketua Bal...


Temerloh - Lapan daripada 64 unit pondok asrama kayu lelaki di Madrasah Ad-dinniah Al-islamiah, di Temerloh hangus terbakar.

Ketua Balai Bomba Bukit Angin Temerloh, Hashnuddin Hussin mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.38 pagi semalam.

Ketika kejadian, asrama pelajar itu kosong kerana pelajar bercuti. Api dapat dipadam sepenuhnya pada kira kira pukul 1.25 tenghari. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Ketika ini pasukan bomba masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dan memulakan operasi pemadaman.

Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.51 pagi sebelum menamatkan operasi pada pukul 1.25 petang.

Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan beban madrasah ini di Temerloh. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah melalui akaun berikut:

LOT 5825 Kampung Paya Jauh
017-947 5433
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya di...


Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya dilihat menumpang teduh di Hospital Temerloh, dengan hanya tidur beralaskan kotak.

Namun, menurut tersebut yang dikenali Sarina Endut, 40 tahun, tindakannya tidur di hospital bersama dua anak perempuannya, adalah kerana dia mahu menjaga suami yang sakit selepas menghidap kanser usus 24 Julai lalu.

Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tiada kenderaan untuk berulang dari rumah, Sarinah terpaksa membawa dua anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun, berkampung hampir dua minggu di hospital tersebut.

Ibu kepada dua orang anak itu kini dilanda pula dengan masalah kewangan, selepas dia yang bekerja sebegai tukang cuci telah diberhentikan, kerana selalu mengambil cuti menjaga suami di hospital.

Sarinah selalu dilihat sedang termengah-mengah kerana terpaksa terkejar-kejar untuk menjaga keperluan suami dengan menjenguk anak-anak yang berada di aras bawah.

“Suami memerlukan bantuan saya untuk menguruskan dirinya. Saya terpaksa turun naik dari wad ke lobi untuk melihat anak-anak, memang penat namun sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka di depan mata…”

Difahamkan, kos perbelanjaan akan bertambah kerana suaminya terpaksa dipindahkan ke hospital Selayang selama dua minggu, oleh itu pada sesiapa yang ingin menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank di bawah ini atas nama Sarina bt Endut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh -  Dua kali anak dikandung keguguran adalah antara dugaan terpaksa diharungi seorang wanita dalam menguruskan empat abang dan du...


Temerloh -  Dua kali anak dikandung keguguran adalah antara dugaan terpaksa diharungi seorang wanita dalam menguruskan empat abang dan dua kakak orang kurang upaya yang mengalami masalah mental.

Haslina Musa, 35, dua kali keguguran iaitu pada 2018 dan bulan lalu kerana perlu memberi perhatian menjaga abang dan kakaknya selepas kematian ibu bapa.

Haslina bersama kakaknya, Muslaili, 36, menguruskan abang dan kakak mereka iaitu Mustafa, 54; Mustajudin, 53; Musnani, 45; Musalmah, 43; Muzlan, 42, dan Mohd Muslim, 41, selepas kematian ibu mereka, Halijah Mat Bakar pada 2013 sebelum disusuli bapa, Musa Singah, dua tahun lalu.

Mengakui berdepan pelbagai kesukaran, Haslina berkata, sikap kakak dan abangnya yang ada kalanya terlalu agresif menyebabkan beliau tertekan hingga gugur kandungan.

“Selama ini arwah ayah yang menjaga abang dan kakak, tetapi selepas orang tua tiada, kami dua beradik inilah yang mengambil alih tugas kerana arwah ayah pesan, biarlah kita susah di dunia kerana di akhirat kita akan senang,” katanya.

Haslina berkata, sokongan suami, Ahmad Rizuan Jamin, 31 yang memahami kesulitan dihadapi, sedikit meringankan beban ditanggung.

Bagaimanapun, suaminya yang bekerja di bengkel kimpalan dengan pendapatan RM55 sehari tidak cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga, termasuk persekolahan anak perempuan berusia 13 tahun.

Haslina berkata, Muslaili yang juga ibu tunggal, tinggal bersamanya bagi menguruskan abang dan kakak mereka yang menetap bersebelahan rumahnya di Kampung Baru, di sini.

“Ada antara abang dan kakak saya agak agresif, maka kami perlu beri ubat bagi menenangkan mereka,” ” katanya.

Beliau berkata, empat daripada enam beradik itu menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang digunakan untuk ubat-ubatan dan rawatan di hospital serta perbelanjaan harian.

Haslina berkata, suaminya banyak membantu mengurus dan menghantar mereka ke hospital bila perlu.

“Saya berharap ada pihak sudi menempatkan mereka di pusat jagaan khas supaya dapat menerima rawatan yang lebih baik,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Haslina di talian berikut:

019-9854132
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh - Assalamualaikum, rayuan untuk orang ramai tolonglah bantu baby Harazz & Harizz. Baby ini sakit jantung berlubang. Paru-...


Temerloh - Assalamualaikum, rayuan untuk orang ramai tolonglah bantu baby Harazz & Harizz. Baby ini sakit jantung berlubang.

Paru-paru baby ini sudah dipenuhi darah dan menyukarkannya untuk bernafas.

Baby Harizz memerlukan dana sebanyak RM35,000 untuk lakukan pembedahan segera, jika tidak banyak sedikit pun janji kita sama-sama membantu selamatkan baby Harizz.

Viralkan kisah baby ini sejak tidak ada pihak yang membantu, komuniti sangat penting untuk saling membantu di kala kesusahan untuk kumpul dana.

Orang ramai yang ingin meringakan beban keluarga ini boleh berbuat demikian melalui sumbangan ke akaun bank atas nama Normala Syakilla bt Arman atau hubunginya:

@schakieyla_
014-2191292
Progress:

RM0 raised

Goal: RM35000

Temerloh - Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih seorang gadis apabila dia dimaklumkan bahawa kedai makan milik ibunya musna...


Temerloh - Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih seorang gadis apabila dia dimaklumkan bahawa kedai makan milik ibunya musnah dalam satu kejadian kebakaran, minggu lalu.

Menurut Ummairah Abd Rahman, 19, dia hanya mampu mengalirkan air mata apabila memikirkan kedai berusia lebih 20 tahun yang terletak di Batu Angin, Temerloh, Pahang itu hangus dalam kejadian berkenaan. 

Susulan kejadian itu, ibunya, Jamaliah Abd Rahman, 63, yang terkesan dengan peristiwa itu terus memaklumkan hasratnya untuk bersara dan menyerahkan perniagaan kepada salah seorang anak “Mak memang menangis, tapi dia reda dengan apa yang berlaku. Dia cakap, dah sampai masa dia berehat dan bersara. 

“Memang dah lama dia nak bagi kedai dekat abang, tapi tak sangka pula jadi macam ni. Mungkin ia satu permulaan baharu, perniagaan ni mungkin akan lebih berkembang selepas ini,” katanya. Menurut Ummairah lagi, kebakaran itu berlaku pada Ahad minggu lepas (17 Mac) tetapi dia hanya pulang bertemu ibunya beberapa hari selepas itu, iaitu pada Khamis. 

“Saya belajar di Kuantan, saya tak sanggup balik Temerloh tengok mak bersedih. Saya call sahaja, dia memang menangis. “Mestilah terkesan, setiap kali cuti memang saya akan bantu mak di kedai. Ia merupakan mata pencarian kami. Ayah dah bersara dan kurang sihat. “Pelanggan mak saya pun sedih, mereka kata dah tak ada port untuk makan rojak sedap,” katanya lagi. 

Kedai ibunya yang lebih dikenali sebagai Gerai Kak Zee popular dengan hidangan seperti rojak buah, rojak ayam, rojak mee, rojak tauhu, mee Jawa, laksa asam dan pelbagai makanan lain. Dalam kejadian itu, kedai ibunya mengalami 80 peratus kerosakan yang membawa kerugian sekitar RM30,000. 

Malah, hanya beberapa peralatan kedai sahaja yang berjaya diselamatkan. Tambah Ummairah lagi, kejadian dikatakan berpunca daripada litar pintas di salah sebuah kedai lain sebelum ia merebak ke 15 premis lain termasuk kedai milik ibunya. Berkongsi kisah itu di laman Twitter, posting Ummairah mengundang simpati ramai sehingga beberapa individu tampil memberi sumbangan dana untuk dia dan ibunya.

Turut disertakan dengan beberapa foto kemusnahan akibat kejadian itu, posting Ummairah menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) daripada pelayar laman sosial itu. “Tak sangka ramai yang direct message (DM) dan cuba membantu. Saya sangat berterima kasih. Setakat ini ada beberapa individu yang bantu dan jumlahnya sudah mencapai RM350. “Pada saya bukan nilai yang menjadi ukuran sebaliknya keihklasan mereka nak bantu yang buat saya terharu,” katanya lagi.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh - Adik-beradik yang mengalami kecacatan otot sejak lahir tidak menjadikan kekurangan dialami sebagai halangan untuk melanjutkan ...


Temerloh - Adik-beradik yang mengalami kecacatan otot sejak lahir tidak menjadikan kekurangan dialami sebagai halangan untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Buktinya, Muhammad Badiuzzaman Khairil , 25 dan Muhammad Syakib Arsallan, 20, dari Kampung Teluk Ira, dekat Temerloh berjaya melanjutkan pengajian ke OUM Kampus Temerloh sejak tahun lalu.

Muhammad Badiuzzaman mengambil Ijazah Sarjana Muda TESL manakala adiknya, Muhammad Syakib Arsallan pula Ijazah Sarjana Muda Pengajian Teknologi Maklumat.

Bagaimanapun, hanya Muhammad Syakib Arsallan hadir ke kampus kerana masih mampu berdiri, manakala Muhammad Badiuzzaman mengikuti pengajian secara dalam talian kerana kesukaran bergerak iaitu terpaksa mengengsot dan hanya ke kampus ketika peperiksaan.

Muhammad Badiuzzaman yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia mengambil Ijazah Sarjana Muda TESL kerana meminati Bahasa Inggeris sejak sekolah rendah dan mahu menjadi seorang penterjemah pada masa depan.

“Walaupun tidak menghadiri kelas secara fizikal, saya dapat berinteraksi bersama tutor dan rakan di alam maya yang banyak membantu serta memahami kesulitan dialami kerana perlu belajar dari rumah.

“Saya tidak menganggap ia semua sebagai penghalang sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk membalas jasa ibu bapa (Khairil Abdul Rahim, 58 dan Rapeah Rasu, 52) yang banyak berkorban untuk kami,” katanya.

Bagi Muhammad Syakib Arsallan pula, dia tidak mahu mensia-siakan peluang belajar di OUM dan mahu menjadi pakar IT yang mampu memberi sumbangan kepada kemajuan serta pembangunan negara pada masa depan.

“Dari kecil saya belajar menerima ketentuan dan kekurangan pada diri saya, ia bukan alasan untuk tidak berjaya...ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan banyak memberi sokongan sehingga saya berjaya ke menara gading.

“Memang banyak cabaran perlu dilalui tetapi saya sudah biasa dengannya, dahulu ketika di sekolah pun sudah mengalami seperti perlu mengangkat beg berat dengan keadaan saya,” katanya.

Sementara itu, Khairil berkata, mereka sekeluarga berbangga dengan kecekalan dua beradik itu untuk melanjutkan pengajian ke universiti walaupun mengalami kecacatan otot sejak lahir dan semakin kritikal ketika berusia 13 tahun.

“Saya dan isteri akur dengan ujian Allah ini dan berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik buat mereka supaya dapat menjalani kehidupan seperti insan normal lain.

“Dahulu ketika Muhammad Badiuzzaman bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, kami sanggup menyewa rumah berdekatan sekolah untuk memudahkan mereka, Alhamdulillah dia mendapat keputusan baik iaitu 6A pada SPM,” katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Temerloh - Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan asrama pelajar di maahad tersebut. Terletak...


Temerloh - Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan asrama pelajar di maahad tersebut.

Terletak di Kampung Padang Lalang, Jalan Maran, maahad itu memerlukan kos kira-kira RM190,000 untuk menampung pembinaan asrama tersebut.

Mudirnya, Zarimi Shu­bra­wi memberitahu, pihak­nya menjangkakan asrama terbabit dapat disiapkan pada tahun depan.

Menurutnya, kewujudan asrama itu dapat menampung hingga 60 pelajar dan ia melibatkan fasa satu. "Apabila asrama ini siap, kita boleh menambahkan jumlah pelajar kerana buat masa ini kita hanya boleh menerima 28 pelajar sahaja. "Kita turut merancang untuk penambahan jumlah pelajar antara 30 atau 40 orang bagi sesi pembelajaran 2020 nanti," katanya lagi.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun lalu terdiri 18 pelajar lelaki dan 10 perempuan berusia 14 tahun dan memiliki 15 tenaga pengajar iaitu enam guru tetap dan sembilan separuh masa.

Sementara itu, Zarimi tu­rut memberitahu dua pelajar MTIS berjaya menjadi juara Majlis Ujian Kelayakan Tilawah dan Hafazan Al Quran TNB Peringkat Negeri Pahang 2018 di Uniten, Muadzam Shah, kelmarin.

Dengan kemenangan te­rsebut, Muhammad Aqasya Zulkelfe dan Hafsah Mohd Saiful, masing-masing ber­usia 14 tahun bakal mewakili Pahang pada Majlis Ujian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Zon Pantai Timur di Terengganu pada Ogos ini.

Menurutnya, sejuta penghargaan dan tahniah kepada semua tenaga pengajar, ibu bapa dan semua yang telah banyak menyo­kong maahad tersebut.

Orang ramai dan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke dalam akaun bank berikut di bawah nama Akademi Al Istiqamah, hubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut atau melalui:

019-9610849
Progress:

RM0 raised

Goal: RM190000

Kongsi Portal Ini